Pages

Selasa, 6 Mei 2014

Inilah pertembungan 2 laut iaitu laut air tawar dan air masin



Inilah pertembungan 2 laut iaitu laut air tawar dan air masin. Pada 1400 tahun yang lalu, sebelum manusia menemui perkara ini, Allah telah menjelaskan di dalam al-Quran:

مَرَ‌جَ الْبَحْرَ‌يْنِ يَلْتَقِيَانِ ﴿١٩﴾ بَيْنَهُمَا بَرْ‌زَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ ﴿٢٠
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَ‌بِّكُمَا تُكَذِّبَانِ ﴿٢١

Maksudnya: Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya; Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? -Surah Ar-Rahman ayat 19-21

Allah yang telah berfirman mengenai perkara di atas, adalah merupakan Allah (Tuhan) yang sama membicarakan mengenai hukum jenayah dan Hudud dalam al-Quran. Jika Allah telah membuktikan apa yang didakwa oleh-Nya mengenai terdapatnya fenomena pertembungan antara 2 laut tawar dan masin adalah benar sejak 1400 tahun yang lalu, mengapa kita tidak boleh mengakui kebenaran hukum jenayah dan hudud sedangkan ianya datang daripada Allah (Tuhan) yang sama?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.