Pages

Khamis, 8 Mei 2014

PENGERTIAN MENCURI DALAM SOLAT

PENGERTIAN MENCURI DALAM SOLAT 

Yang di maksud dengan mencuri solatnya adalah seseorang yang melakukan solat tanpa tomakninah ( ertinya diam sekejap di setiap gerakan solat. Misalnya kalau ruku, iktidal, sujud, duduk di antara dua sujud, maka harus ada waktu untuk diam meskipun sekejap ) sedangkan pengertian tomakninah adalah ketika setiap tulang mengambil posisi masing-masing dalam solat. Boleh juga di ertikan santai, tenang tidak terburu-buru.


Solat yang tidak tomakninah seprti ayam mematuk makanannya. Lihatlah ayam ketika makan, kepalanya cepat sekali mengambil makanannya...

HUKUMAN BAGI PENCURI SOLAT
Dalam sebuah riwayat, Nabi bersabda, “tidak ada di beri pahala shalat seseorang yang tulang belakangnya tidak diluruskan ketika ruku’(tidak tomakninah)”. (Hasan Shahih. HR. Ahmad, Abu Dawud. Lihat shahih al jami’ {7224,7225} )

Dalam riwayat lain, Nabi bersabda,”Allah tidak akan melihat kepada seseorang yang tidak menegakkan tulang belakangnya ketika ruku’ dan sujudnya.” (Shahih. HR. Ahmad)

Dalam riwayat lain, Hudzaifah bertanya, ‘ sejak bila kamu mengerjakan solat seperti yang ku lihat tadi (tidak tomakninah) ? ‘sejak empat puluh tahun yang lalu,’ jawab orang itu. Lalu huzhaifah berkata,’selama empat puluh tahun ini kamu tidak solat sama sekali, dan jika kamu mati, kamu mati di atas selain fitrah Muhammad.” (HR. Ibnu Hibban)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.