JANGAN MENGADAKAN SESUATU YANG SEBANDING DENGAN ALLAH
16.Surah An-Naĥl (Verse 74)
فَلَا تَضْرِبُوا لِلَّهِ الْأَمْثَالَۚ إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Oleh itu, janganlah kamu mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah, kerana sesungguhnya Allah mengetahui (setakat mana buruknya perbuatan syirik kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya.
ALLAH BERFIRMAN
57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 3)
هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Ddalam firman Allah seperti diatas Allah telah memberitahu bahawa Allahlah segala-galanya. Yang awal, yang akhir, yang zahir dan yang batin kesemuanya ialah Allah..
Lagi firman Allah
51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 20)
وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِّلْمُوقِنِينَ
Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,
51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 21)
وَفِي أَنفُسِكُمْۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ
Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?
Badan diri kita dan keseluruh isi alam adalah kenyataan zat, sifat, asmak dan afa'al Allah..
Ini adalah satu kenyataan dan yang sebenar-benarnya...
Mari sama-sama kita menyelami disebalik kehidupan seharian kita, apa sebenarnya yang kita semua rasai.
Tanyalah diri sendiri, apakah semuanya ini, adakah dunia ini dan badan diri kita sendiri ada ujud sendiri atau kesemua ini adalah sedang menyatakan wujud Allah...
Jika telah mendapat pengertian bahawa semua ini adalah kenyataan Allah, lihatlah pada badan diri sendiri apa yang sedang dirasai, adalah kita sedang merasai ujud badan diri sendiri atau kita sedang merasai akan wujud Allah...
Allah telah memberitahu kepada kita melalui firman-firman nya didalam Al-Quran bahawa pada bumi dan pada diri kita terdapat tanda-tanda wujud Allah ... Yang membawa maksud dunia dan badan diri kita adalah pentajalian zat, sifat, asma' dan afa'al Allah...
Allah berfirman
15.Surah Al-Ĥijr (Verse 39)
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
15.Surah Al-Ĥijr (Verse 40)
إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
15.Surah Al-Ĥijr (Verse 41)
قَالَ هَٰذَا صِرَاطٌ عَلَيَّ مُسْتَقِيمٌ
Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
15.Surah Al-Ĥijr (Verse 42)
إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلَّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ
"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
DIDALAM FIRMANNYA DIDALAM AYAT DIATAS TELAH MENERANGKAN KEPADA KITA BAHAWA BERSIH DARI SYIRIK ADALAH SATU JALAN YANG LURUS YANG TETAP DIPELIHARA OLEH ALLAH DAN TIDAK BOLEH DISESATKAN OLEH IBLIS
16.Surah An-Naĥl (Verse 74)
فَلَا تَضْرِبُوا لِلَّهِ الْأَمْثَالَۚ إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Oleh itu, janganlah kamu mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah, kerana sesungguhnya Allah mengetahui (setakat mana buruknya perbuatan syirik kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya.
BAGAIMANAKAH CARA UNTUK TIDAK MENYENGUTUKAN ALLAH DENGAN SESUATU?
Firman Allah
17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
SALAH SATU CARA SEPERTI YANG DIFIRMANKAN OLEH ALLAH
33.Surah Al-'Aĥzāb (Verse 41)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا
Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang
sebanyak-banyaknya;
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
CARA PERLAKSANAAN
SEDARLAH BAHAWA BADAN DIRI KITA ADALAH TANDA KEESAAN DAN KEKUASAAN ALLAH. TENGGELANKAN RASA PERASAAN KEDALAM TANDA-TANDA KEESAAN DAN KEKUASAAN ALLAH YANG TELAH DIBERI RASA OLEH ALLAH DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN KEPADA RASA YANG SEDANG DIRASA SEKARANG INI..
ADAKAN PENGAKUAN BAHAWA TANDA KEESAAN DAN KEJUASAAN ALLAH ITU ADALAH SEDANG MENYATAKAN KEADAAN ALLAH HANYA DENGAN MENYEBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA
CONTOH:-
ALLAH BERSIFAT DENGAN SIFAT ADA DAN ALLAH TELAH NYATAKAN SIFAT ADANYA KEPADA BADAN DIRI KITA SENDIRI UNTUK MEMPERLIHATKAN SIFAT ADANYA..
TETAPI KITA SUDAH SALAH ANGGAP YANG ADA ALLAH YANG SEDANG ALLAH NYATAKAN SEBAGAI TANDA ADANYA ITU TELAH DIANGGAP DAN SEDANG DIRASAI SEBAGAI ADA BADAN DIRI KITA SENDIRI...
JADI SUDAH MENJADI KEWAJIPAN KEPADA SESIAPA YANG HENDAK KEMBALI KEPADA IKTIQAD TAUHID DAN MAKRIFATULLAH MAKA HENDAKLAH MENGADAKAN PENGAKUAN BAHAWA SEGALA KENYATAAN KEESAAN DAN KEKUASAAN ALLAH ADALAH HAQ ALLAH...
LANGKAH PERTAMA TENGGELAM DAN TUMPUKAN KESEDARAN KEDALAM RASA PERASAAN KEPADA SIFAT ADA YANG SEDANG DIRASAI SEKARANG INI DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN, SETELAH PENUMPUAN DENGAN SEBULAT TUMPUAN, DIDALAM MASA YANG SAMA ADAKANLAH PENGAKUAN BAHAWA ADA YANG SEDANG DIRASA DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN ITU ADALAH ADA ALLAH HANYA DENGAN MENYEBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA..
LAKUKANLAH PRAKTIKAL SEPERTI INI DARI SATU SIFAT KEPADA SIFAT YANG LAIN, DARI SATU ASMA' KEPADA ASMA' YANG LAIN DAN DARI SATU AFA'AL KESATU AFA'AL YANG LAIN SEHINGGA TIDAK LAGI TIMBUL RASA ADA DIRI KITA SENDIRI KERANA SEDANG TENGGELAM DIDALAM KEADAAN ALLAH YANG SEDANG MERASA ADA ALLAH...
IAITU "'ANA ARAFTU ROBBI BI ROBBI - AKU KENAL TUHAN AKU DENGAN TUHAN AKU"..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.