Pages

Memaparkan catatan dengan label An-Nahl. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label An-Nahl. Papar semua catatan

Sabtu, 14 Jun 2014

JANGAN MENGADAKAN SESUATU YANG SEBANDING DENGAN ALLAH

JANGAN MENGADAKAN SESUATU YANG SEBANDING DENGAN ALLAH

16.Surah An-Naĥl (Verse 74)

فَلَا تَضْرِبُوا لِلَّهِ الْأَمْثَالَۚ إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ


Oleh itu, janganlah kamu mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah, kerana sesungguhnya Allah mengetahui (setakat mana buruknya perbuatan syirik kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya.


ALLAH BERFIRMAN
57.Surah Al-Ĥadīd (Verse 3)

هُوَ الْأَوَّلُ وَالْآخِرُ وَالظَّاهِرُ وَالْبَاطِنُۖ وَهُوَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ


Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Ddalam firman Allah seperti diatas Allah telah memberitahu bahawa Allahlah segala-galanya. Yang awal, yang akhir, yang zahir dan yang batin kesemuanya ialah Allah..

Lagi firman Allah
51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 20)

وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِّلْمُوقِنِينَ


Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,

51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 21)

وَفِي أَنفُسِكُمْۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ


Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?

Badan diri kita dan keseluruh isi alam adalah kenyataan zat, sifat, asmak dan afa'al Allah..
Ini adalah satu kenyataan dan yang sebenar-benarnya...

Mari sama-sama kita menyelami disebalik kehidupan seharian kita, apa sebenarnya yang kita semua rasai.

Tanyalah diri sendiri, apakah semuanya ini, adakah dunia ini dan badan diri kita sendiri ada ujud sendiri atau kesemua ini adalah sedang menyatakan wujud Allah...

Jika telah mendapat pengertian bahawa semua ini adalah kenyataan Allah, lihatlah pada badan diri sendiri apa yang sedang dirasai, adalah kita sedang merasai ujud badan diri sendiri atau kita sedang merasai akan wujud Allah...

Allah telah memberitahu kepada kita melalui firman-firman nya didalam Al-Quran bahawa pada bumi dan pada diri kita terdapat tanda-tanda wujud Allah ... Yang membawa maksud dunia dan badan diri kita adalah pentajalian zat, sifat, asma' dan afa'al Allah...

Allah berfirman

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 39)


قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ


Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 40)

إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ


"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 41)

قَالَ هَٰذَا صِرَاطٌ عَلَيَّ مُسْتَقِيمٌ


Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
15.Surah Al-Ĥijr (Verse 42)

إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلَّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ


"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

DIDALAM FIRMANNYA DIDALAM AYAT DIATAS TELAH MENERANGKAN KEPADA KITA BAHAWA BERSIH DARI SYIRIK ADALAH SATU JALAN YANG LURUS YANG TETAP DIPELIHARA OLEH ALLAH DAN TIDAK BOLEH DISESATKAN OLEH IBLIS

16.Surah An-Naĥl (Verse 74)

فَلَا تَضْرِبُوا لِلَّهِ الْأَمْثَالَۚ إِنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ


Oleh itu, janganlah kamu mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah, kerana sesungguhnya Allah mengetahui (setakat mana buruknya perbuatan syirik kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya.


BAGAIMANAKAH CARA UNTUK TIDAK MENYENGUTUKAN ALLAH DENGAN SESUATU?

Firman Allah
17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)

وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا


Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

SALAH SATU CARA SEPERTI YANG DIFIRMANKAN OLEH ALLAH

33.Surah Al-'Aĥzāb (Verse 41)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا


Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang 
sebanyak-banyaknya;

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8)

وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا


Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

CARA PERLAKSANAAN
SEDARLAH BAHAWA BADAN DIRI KITA ADALAH TANDA KEESAAN DAN KEKUASAAN ALLAH. TENGGELANKAN RASA PERASAAN KEDALAM TANDA-TANDA KEESAAN DAN KEKUASAAN ALLAH YANG TELAH DIBERI RASA OLEH ALLAH DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN KEPADA RASA YANG SEDANG DIRASA SEKARANG INI..

ADAKAN PENGAKUAN BAHAWA TANDA KEESAAN DAN KEJUASAAN ALLAH ITU ADALAH SEDANG MENYATAKAN KEADAAN ALLAH HANYA DENGAN MENYEBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA

CONTOH:-
ALLAH BERSIFAT DENGAN SIFAT ADA DAN ALLAH TELAH NYATAKAN SIFAT ADANYA KEPADA BADAN DIRI KITA SENDIRI UNTUK MEMPERLIHATKAN SIFAT ADANYA..
TETAPI KITA SUDAH SALAH ANGGAP YANG ADA ALLAH YANG SEDANG ALLAH NYATAKAN SEBAGAI TANDA ADANYA ITU TELAH DIANGGAP DAN SEDANG DIRASAI SEBAGAI ADA BADAN DIRI KITA SENDIRI...

JADI SUDAH MENJADI KEWAJIPAN KEPADA SESIAPA YANG HENDAK KEMBALI KEPADA IKTIQAD TAUHID DAN MAKRIFATULLAH MAKA HENDAKLAH MENGADAKAN PENGAKUAN BAHAWA SEGALA KENYATAAN KEESAAN DAN KEKUASAAN ALLAH ADALAH HAQ ALLAH...

LANGKAH PERTAMA TENGGELAM DAN TUMPUKAN KESEDARAN KEDALAM RASA PERASAAN KEPADA SIFAT ADA YANG SEDANG DIRASAI SEKARANG INI DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN, SETELAH PENUMPUAN DENGAN SEBULAT TUMPUAN, DIDALAM MASA YANG SAMA ADAKANLAH PENGAKUAN BAHAWA ADA YANG SEDANG DIRASA DENGAN SEBULAT-BULAT TUMPUAN ITU ADALAH ADA ALLAH HANYA DENGAN MENYEBUT ALLAH SEBANYAK-BANYAKNYA..

LAKUKANLAH PRAKTIKAL SEPERTI INI DARI SATU SIFAT KEPADA SIFAT YANG LAIN, DARI SATU ASMA' KEPADA ASMA' YANG LAIN DAN DARI SATU AFA'AL KESATU AFA'AL YANG LAIN SEHINGGA TIDAK LAGI TIMBUL RASA ADA DIRI KITA SENDIRI KERANA SEDANG TENGGELAM DIDALAM KEADAAN ALLAH YANG SEDANG MERASA ADA ALLAH...

IAITU "'ANA ARAFTU ROBBI BI ROBBI - AKU KENAL TUHAN AKU DENGAN TUHAN AKU"..

Rabu, 4 Jun 2014

KITA TIDAK SEDAR YANG KITA SEDANG MENGAKU - AKU DIRI SENDIRI ADALAH TUHAN SELAIN DARI ALLAH

KITA TIDAK SEDAR YANG KITA SEDANG MENGAKU - AKU DIRI SENDIRI ADALAH TUHAN SELAIN DARI ALLAH..."

Allah mempunyai segala sifat yang wajib dan hanya layak untuk Dia memiliki sendiri tanpa boleh dikongsi dengan yang lain selain dari Dia sendiri...

Sifat yang wajib bagi Allah tidak terbilang banyaknya, ulamak telah menetapkan yang wajib kita ketahui sebanyak 20 sifat seperti yang telah dihuraikan didalam banyak kitab-kitab ilmu tauhid...

Sifat yang wajib bagi Allah hanya layak untuk Allah sahaja, selain dari Allah haram untuk memakainya, jika ada makhlok yang berani memakainya untuk diri mereka sendiri (makhlok yang tidak ada telah dianggap ada ujud sendiri dengan memakai sifat-sifat yang wajib bagi Allah kepada makhlok yang tidak ada, sehinggakan timbul anggapan segala sifat yang wajib bagi Allah telah dianggap sebagai sifat makhlok sendiri sehingga menimbulkan anggapan bahawa makhlok ada mempunyai ujud sendiri... 

Sehingga dengan rasa memiliki segala sifat yang wajib bagi Allah untuk diri sendiri timbullah didalam rasa dan perasaan diri sendiri akan keAKUan diri (yang sebenarnya yang bersifat tidak ada) tetapi telah dirasai ada oleh diri sendiri kerana mengambil dan meletakkan sifat ada Allah kepada diri sendiri yang sebenarnya tidak ada)...

Keakuan diri sendiri yang sebenarnya bersifat dengan sifat tidak ada, telah dirasai ada kerana kita telah meletakkan sifat ada itu pada tempat yang salah iaitu kepada diri yang tidak ada, sifat ada yang sepatutnya adalah sifat Allah sahaja telah diletakkan kepada selain dari Allah dan pada diri sendiri...

Dengan meletakkan sifat ada (yang sebenarnya sifat ada itu hanya milik Allah sahaja) kepada diri sendiri, maka dengan sendirinya akan menimbulkan sifat keakuan diri (mengaku segala sifat yang wajib bagi Allah adalah milik diri sendiri yang sedang memakai sifat ada yang hanya milik Allah sendiri sahaja...)

Bermula dengan merasai sifat ada yang hanya milik Allah sendiri sahaja sebagai ujud diri sendiri, secara automatik kita akan merasai didalam rasa dan perasaan yang dalam bahawa segala sifat-sifat yang wajib bagi Allah yang hanya layak untuk Allah sahaja telah dirasai menjadi milik diri sendiri ( yaitu ada Allah yang dianggap sebagai ada diri sendiri)..

Secara tidak disedari bermula dengan menganggap diri sendiri dan selain daripada Allah mempunyai ujud sendiri, kita telah memperakui diri kita telah memiliki sifat ketuhanan yang hanya milik Allah sendiri sahaja...

Dengan secara tidak disedari, apabila kita mengakui kita ada ujud sendiri, secara automatik kita telah mengakui diri kita memiliki sifat ketuhanan, secara tidak disedari kita telah memperakui diri kita memiliki sifat-sifat yang wajib bagi Allah yang membawa makna "AKU ALLAH - sebab ADA adalah sifat yang wajib bagi Allah, ADA itu bersifat Esa (tidak berbilang-bilang), sifat ada itu hanya milik Allah dan tidak boleh diletakkan sifat ADA kepada selain dari Allah.

Bila sifat yang wajib bagi Allah telah diletakkan kepada diri sendiri dan selain dari Allah (makhlok Allah).. Secara tidak disedari kita telah menjadikan (diri yang tiada tetapi telah dianggap ada kerana meletakkan sifat ada yang hanya milik Allah kepada diri yang tiada)

Dengan meletakkan sifat ADA kepada diri sendiri yang sebenarnya bersifat dengan sifat tiada akan melahirkan sifat Ke-Aku-an diri sendiri... Sifat ke-Aku-an diri ini adalah hawa nafsu yang secara tidak disedari telah dijadikan tuhan selain dari Allah sebab kita telah meletakkan segala sifat yang wajib bagi Allah kepada selain dari Allah (diri yang tiada tetapi telah dianggap ada kerana meletakkan sifat Ada yang hanya milik Allah kepada diri yang tiada...

Firman Allah
21.Surah Al-'Anbyā' (Verse 29)
وَمَن يَقُلْ مِنْهُمْ إِنِّي إِلَٰهٌ مِّن دُونِهِ فَذَٰلِكَ نَجْزِيهِ جَهَنَّمَۚ كَذَٰلِكَ نَجْزِي الظَّالِمِينَ

Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.

Mengaku dan menganggap diri sendiri mempunyai ujud sendiri dengan secara tidak langsung dan secara yang tersembunyi telah berlaku seperti firman Allah

22.Surah Al-Ĥaj (Verse 62)
ذَٰلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ هُوَ الْحَقُّ وَأَنَّ مَا يَدْعُونَ مِن دُونِهِ هُوَ الْبَاطِلُ وَأَنَّ اللَّهَ هُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ

Bersifatnya Allah dengan kekuasaan dan luas ilmu pengetahuan itu kerana bahawasanya Allah, Dia lah sahaja Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan bahawa segala yang mereka sembah selain dari Allah itulah yang nyata palsunya. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Secara tidak sedar kita telah meletakkan sifat yang wajib bagi Allah yang hanya milik Allah kepada diri sendiri (yang dianggap ada).... Yang sebenarnya ada itu adalah sifat Ada Allah yang sedang ditunjukkan sebagai tanda dan ayat yang sedang menerangkan wujud atau ada Allah...

YANG MENJADI MASALAH BESAR KEPADA KITA IALAH KITA TAK JUMPA JALAN UNTUK MENGHILANGKAN RASA ADA DIRI SENDIRI YANG TELAH LAMA MELEKAT DAN TELAH MENJADI DARAH DAGING.....

Selagi kita tidak bertemu jalan bagaimana nak menafikan atau menghilangkan rasa ada diri sendiri selagi itu kita kekal bertuhankan kepada keakuan diri (Aku diri sendiri yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan itu sifat yang wajib bagi Allah yang hanya milik Allah sahaja)...

Orang yang syirik kepada Allah dipanggil didalam Al-Quran sebagai orang musyrik...

39.Surah Az-Zumar (Verse 3)
أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُۚ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَىٰ إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ

Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya", - sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).

2.Surah Al-Baqarah (Verse 163)
وَإِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌۖ لَّا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الرَّحْمَٰنُ الرَّحِيمُ

Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

20.Surah Ţāhā (Verse 14)
إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku.

21.Surah Al-'Anbyā' (Verse 25)
وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ مِن رَّسُولٍ إِلَّا نُوحِي إِلَيْهِ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدُونِ

Dan Kami tidak mengutus sebelummu (wahai Muhammad) seseorang Rasul pun melainkan Kami wahyukan kepadanya: "Bahawa sesungguhnya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Aku; oleh itu, beribadatlah kamu kepadaKu".

16.Surah An-Naĥl (Verse 2)
يُنَزِّلُ الْمَلَائِكَةَ بِالرُّوحِ مِنْ أَمْرِهِ عَلَىٰ مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ أَنْ أَنذِرُوا أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاتَّقُونِ

Ia menurunkan malaikat membawa wahyu dengan perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya (yang layak menjadi Rasul); (lalu Ia berfirman kepada Rasul-rasul): "Hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepadaku".

28.Surah Al-Qaşaş (Verse 88)
وَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَۘ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَۚ كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُۚ لَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Dan janganlah engkau menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah. Tiada Tuhan melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu akan binasa melainkan Zat Allah. BagiNyalah kuasa memutuskan segala hukum, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

28.Surah Al-Qaşaş (Verse 30)
فَلَمَّا أَتَاهَا نُودِيَ مِن شَاطِئِ الْوَادِ الْأَيْمَنِ فِي الْبُقْعَةِ الْمُبَارَكَةِ مِنَ الشَّجَرَةِ أَن يَا مُوسَىٰ إِنِّي أَنَا اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ

Maka ketika ia sampai ke tempat api itu, (kedengaran) ia diseru dari tepi lembah yang di sebelah kanan, di tempat yang dilimpahi berkat, dari arah pohon kayu (yang ada di situ): "Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah Tuhan sekalian alam.