Allahlah yang mencipta segala yang dialami oleh seseorang dan Allah pasti mencipta satu alasan untuk apa yang diciptaNya. Sebab musababnya tidak datang dengan sendirinya kecuali dikehendaki Allah. Tidak seorang pun mempunyai kuasa untuk melakukan sesuatu kecuali jika dikehendaki oleh Allah. Allah menerangkan perkara ini di dalam Al-Qur'an melalui ayat-ayat berikut :
Dan tiadalah kamu berkemahuan ( melakukan sesuatu perkara ) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana ( mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya ). (QS. Al-Insan, 30)
Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu ( mengenai sesuatu pun ) kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam.
(QS.At-Takwir,29)
" Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!"
(QS:As-Saffat,96)
Maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang menyebabkan pembunuhan mereka. Dan bukanlah engkau ( wahai Muhammad ) yang melontar, ketika engkau melontar, akan tetapi Allah jualah yang melontar ( untuk membinasakan orang-orang kafir ) dan untuk mengurniakan orang-orang yang beriman dengan pengurniaan yang baik ( kemenangan ) daripadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (QS. Al-Anfal, 17)
"... dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan " (QS. Al-Anbiya, 35).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.