Apa yang nabi katakan dulu..telah terbukti hari ini...makin tinggi tudung makin sombong...
Nabi SAW ada menyebut, “Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu; (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan (2) Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian-sekian jauh.” (Direkodkan oleh Muslim, no. 2128)
Hadis ini telah disyarahkan oleh Imam an-Nawawi Rahimahullah di dalam kitab syarah Sahih Muslim, beliau menyebut, “Makna bonggol unta itu ialah wanita yang membesarkan kepala-kepala dengan tudung mereka. Mereka meletakkan apa-apa sahaja bagi membesarkan kepala mereka, sehingga seolah-olah kelihatan kepala mereka bagaikan bonggol di atas unta. Tambahnya lagi, perkara ini adalah bukti mukjizat kenabian, perkara ini telah terbukti pada zaman ini.” (Syarah Sahih Muslim oleh Imam an-Nawawi 5/291)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.