SYIRIK YANG TERSEMBUNYI - SECARA TIDAK DISEDARI KITA TELAH DAN SEDANG MENGAKU "AKU (DIRI SENDIRI) TUHAN SELAIN DARI ALLAH"
Larangan Allah
Jangan sekutukan Allah dengan sesuatu
Jangan jadikan hawa nafsu sebagai tuhan
Jangan katakan aku tuhan selain dari Allah
6.Surah Al-'An`ām (Verse 19)
قُلْ أَيُّ شَيْءٍ أَكْبَرُ شَهَادَةًۖ قُلِ اللَّهُۖ شَهِيدٌ بَيْنِي وَبَيْنَكُمْۚ وَأُوحِيَ إِلَيَّ هَٰذَا الْقُرْآنُ لِأُنذِرَكُم بِهِ وَمَن بَلَغَۚ أَئِنَّكُمْ لَتَشْهَدُونَ أَنَّ مَعَ اللَّهِ آلِهَةً أُخْرَىٰۚ قُل لَّا أَشْهَدُۚ قُلْ إِنَّمَا هُوَ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ وَإِنَّنِي بَرِيءٌ مِّمَّا تُشْرِكُونَ
Bertanyalah (wahai Muhammad): "Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?"
(Bagi menjawabnya) katakanlah: "Allah menjadi Saksi antaraku dengan kamu, dan diwahyukan kepadaku Al-Quran ini, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan Al-Quran itu. Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama-sama Allah?"
Katakanlah:
"Aku tidak mengakuinya". Katakanlah lagi: "Hanyasanya Dia lah sahaja Tuhan Yang Maha Esa, dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri apa yang kamu sekutukan (dengan Allah Azza Wa Jalla)".
ADAKAH SELAIN DARI ALLAH YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT-SIFAT TUHAN (ALLAH)...
HANYA ALLAH SAHAJA YANG BERSIFAT DENGAN SIFAT TUHAN..
DICIPTAKAN SEGALA MAKHLOK DARI TIADA KEPADA ADA, DAN PADA CIPTAAN MAKHLOK DINYATAKAN SEGALA SIFAT-SIFAT TUHAN UNTUK MENYATAKAN ALLAH SEBAGAI TUHAN,
KENYATAAN SIFAT KETUHANAN KEPADA MAKHLOK ADALAH UNTUK MENJADI BUKTI DAN TANDA-TANDA KEESAAN ALLAH, UNTUK MENYATAKAN SIFAT ALLAH, BUKAN UNTUK DISEKUTUKAN DENGAN ALLAH..
SETELAH DINYATAKAN SEGALA SIFAT KETUHANAN KEPADA MAKHLOK, SIFAT-SIFAT KETUHANAN ITU BUKANLAH SIFAT-SIFAT MAKHLOK YANG DICIPTAKAN ITU TETAPI SIFAT KETUHANAN YANG DINYATAKAN KEPADA MAKHLOK ADALAH UNTUK MENJADI BUKTI ATAU TANDA ATAU AYAT-AYAT YANG SEDANG MENERANGKAN TENTANG KEESAAN ALLAH BUKAN UNTUK DIJADIKAN SEKUTU KEPADA ALLAH.
Firman Allah
51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 20)
وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِّلْمُوقِنِينَ
Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,
51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 21)
وَفِي أَنفُسِكُمْۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ
Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?
Badan diri kita dan keseluruh isi alam adalah kenyataan zat, sifat, asmak dan afa'al Allah..
(MAKSUDNYA SIFAT ALLAH YANG DINYATAKAN KEPADA MAKHLOK ITU TETAP SIFAT ALLAH, BUKAN BERTUKAR MENJADI SIFAT MAKHLOK, KERANA ALLAH TIDAK BOLEH DISEKUTUKAN DENGAN SEGALA SESUATU CIPTAANNYA..
3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 64)
قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَىٰ كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلَّا نَعْبُدَ إِلَّا اللَّهَ وَلَا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلَا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللَّهِۚ فَإِن تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".
10.Surah Yūnus (Verse 34)
قُلْ هَلْ مِن شُرَكَائِكُم مَّن يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُۚ قُلِ اللَّهُ يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُۖ فَأَنَّىٰ تُؤْفَكُونَ
Bertanyalah (kepada mereka wahai Muhammad): "Adakah di antara makhluk-makhluk yang kamu sekutukan dengan Tuhan itu, sesiapa yang mula menciptakan sesuatu kejadian kemudian ia mengembalikan adanya semula (pada hari kiamat)?
"Katakanlah: Allah jualah yang mula menciptakan sekalian makhluk
kemudian Ia mengembalikan adanya semula (untuk menerima balasan); oleh itu, mengapa kamu rela dipalingkan (kepada menyembah yang lain)?"
10.Surah Yūnus (Verse 35)
قُلْ هَلْ مِن شُرَكَائِكُم مَّن يَهْدِي إِلَى الْحَقِّۚ قُلِ اللَّهُ يَهْدِي لِلْحَقِّۗ أَفَمَن يَهْدِي إِلَى الْحَقِّ أَحَقُّ أَن يُتَّبَعَ أَمَّن لَّا يَهِدِّي إِلَّا أَن يُهْدَىٰۖ فَمَا لَكُمْ كَيْفَ تَحْكُمُونَ
Bertanyalah (wahai Muhammad): "Adakah di antara makhluk-makhluk: yang kamu sekutukan dengan Tuhan itu, sesiapa yang dengan memberi petunjuk kepada kebenaran? "Katakanlah: "Allah jualah yang memberi hidayah petunjuk kepada kebenaran; (kalau sudah demikian) maka adakah yang dapat memberi hidayah petunjuk kepada kebenaran itu, lebih berhak diturut, ataupun yang tidak dapat memberi sebarang petunjuk melainkan sesudah ia diberi hidayah petunjuk? Maka apakah alasan sikap kamu itu ? Bagaimana kamu sanggup mengambil keputusan (dengan perkara yang salah, yang tidak dapat diterima oleh akal)?"
12.Surah Yūsuf (Verse 108)
قُلْ هَٰذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِيۖ وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."
18.Surah Al-Kahf (Verse 110)
قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌۖ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".
72.Surah Al-Jinn (Verse 20)
قُلْ إِنَّمَا أَدْعُو رَبِّي وَلَا أُشْرِكُ بِهِ أَحَدًا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku
semata-mata, dan aku tidak mempersekutukanNya dengan sesiapapun".
MAKNANYA SETELAH DICIPTAKAN MAKHLOK DARI TIADA KEPADA ADA, MAKHLOK TETAP BERSIFAT DENGAN SIFAT ASLINYA IAITU TIDAK ADA, MATI, BODOH, LEMAH, BENCI, BUTA, TULI, BISU DAN LAIN-LAIN..
KERANA SEGALA SIFAT KETUHANAN YANG DIZAHIRKAN KEPADA MAKHLOK ITU ADALAH SIFAT-SIFAT ALLAH YANG DINYATAKAN KEPADA MAKHLOK UNTUK MENYATAKAN SIFAT ALLAH BUKAN UNTUK DISEKUTUKAN DENGAN ALLAH (BUKAN UNTUK DIMILIKI OLEH MAKHLOK)..
JADI SIFAT ALLAH TETAP DENGAN SIFAT ALLAH WALAUPUN DINYATAKAN KEPADA MAKHLOK KERANA DINYATAKAN SEGALA SIFAT-SIFAT ALLAH KEPADA MAKHLOK SEBAGAI TANDA DAN KENYATAAN KENYATAAN SIFAT-SIFAT ALLAH... BUKAN MENJADI SIFAT MAKHLOK ITU SENDIRI (BUKAN UNTUK MENJADI SEKUTU KEPADA ALLAH)
JIKA KITA BERPEGANG SETELAH DINYATAKAN SIFAT ALLAH KEPADA MAKHLOK, SIFAT-SIFAT ALLAH YANG DINYATAKAN KEPADA MAKHLOK ITU MENJADI SIFAT MAKHLOK SECARA TIDAK DISEDARI (TERAMAT TERSEMBUNYI) KITA TELAH SEKUTUKAN ALLAH DENGAN MAKHLOK CIPTAANNYA..
DAN SECARA TIDAK DISEDARI KITA SEDANG BERKATA "AKU DIRI KITA SENDIRI SEBAGAI TUHAN SELAIN DARI ALLAH, SEPERTI YANG DIFIRMANKAN OLEH ALLAH
21.Surah Al-'Anbyā' (Verse 29)
وَمَن يَقُلْ مِنْهُمْ إِنِّي إِلَٰهٌ مِّن دُونِهِ فَذَٰلِكَ نَجْزِيهِ جَهَنَّمَۚ كَذَٰلِكَ نَجْزِي الظَّالِمِينَ
Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.
SEDANG MERASAI ADA DIRI KITA SENDIRI MEMBAWA MAKNA KEPADA KITA SEDANG BERKATA SESUNGGUHNYA AKU IALAH TUHAN SELAIN DARI ALLAH.
KITA TAHU ADA ADALAH SIFAT ALLAH, SELAIN DARI ALLAH BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA...
APABILA KITA MERASA ADA BERMAKNA KITA SEDANG MERASAI SIFAT ALLAH / TUHAN (ADA) ADALAH SIFAT DIRI KITA SENDIRI..
OLEH KERANA SIFAT ADA ITU SEBENARNYA SIFAT ALLAH / TUHAN, MAKA SEDANG MERASA ADA DIRI SENDIRI BERMAKNA KITA SEDANG MELETAKKAN SIFAT ALLAH / TUHAN KEPADA DIRI SENDIRI (YANG SEBENARNYA BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA)..
MERASAKAN ADA MAKHLOK DISAMPING ADA ALLAH SEBENARNYA SEDANG SEKUTUKAN ALLAH DENGAN MAKHLOK..
OLEH KERANA SEDANG MERASAKAN ADA MAKHLOK, SEGALA SIFAT TUHAN YANG SEDANG DIRASA AKAN DIRASAKAN SEBAGAI SIFAT DIRI SENDIRI,
DIDALAM ILMU TAUHID MENGATAKAN ALLAH TIDAK BOLEH DISEKUTUKAN DENGAN SESUATU SELAIN DARI ALLAH...
OLEH KERANA KITA SEDANG MERASAKAN SIFAT ADA ALLAH (YANG SEDANG DINYATAKAN UNTUK MEMBUKTIKAN SIFAT ADA ALLAH), SEBAGAI SIFAT ADA DIRI SENDIRI,
SECARA AUTOMATIK AKAN TIMBUL DIDALAM AKAL FIKIRAN DAN RASA PERASAAN KITA SESIAPA YANG BERPEGANG ADA YANG TERNYATA KEPADA DIRI ADALAH ADA ALLAH YANG SEDANG DINYATAKAN SEBAGAI BUKTI KEESAAN ALLAH TELAH MENYENGUTUKAN ALLAH DENGAN DIRI SENDIRI, TELAH MENJADIKAN DIRI SENDIRI SEBAGAI TUHAN SELAIN DARI ALLAH... (AKAN TIMBUL DIDALAM RASA DIRI ORANG YANG SEDANG MENGAKU SIFAT ALLAH ADALAH SIFAT ALLAH TELAH SEKUTUKAN ALLAH DENGAN MAKHLOK KERANA SEDANG MERASAKAN ADA MAKHLOK, DIDALAM ILMU TELAH MENJELASKAN BAHAWA ALLAH TIDAK BOLEH DISEKUTUKAN DENGAN MAKHLOK, OLEH KERANA SEDANG MERASAKAN ADA ALLAH YANG SEDANG DINYATAKAN SEBAGAI ADA DIRI SENDIRI DAN ADA MAKHLOK MAKA SECARA TIDAK DISEDARI /AUTOMATIK AKAN TIMBUL ANGGAPAN SYIRIK KEPADA SESIAPA YANG BERPEGANG SIFAT ALLAH YANG DINYATAKAN ADALAH SEBAGAI SIFAT ALLAH SENDIRI)... INI BERLAKU KERANA SEDANG MERASA ADA DIRI SENDIRI DISAMPING ADA ALLAH....
SEBENARNYA SESIAPA YANG SEDANG MERASAKAN ADA DIRI SENDIRI DISAMPING ADA ALLAH YANG SEDANG MENYENGUTUKAN ALLAH DENGAN DIRINYA KERANA SEBENARNYA ADA YANG DINYATAKAN PADA DIRI ITU ADALAH KENYATAAN ADA ALLAH YANG SEDANG MEMBUKTIKAN ADA ALLAH, BUKAN ADA DIRI SENDIRI...
ORANG YANG MENJADIKAN BUKTI ADA ALLAH SEBAGAI ADA DIRI SENDIRI SEBENARNYA SEDANG SEKUTUKAN ALLAH DENGAN DIRI SENDIRI YANG TELAH DIANGGAP ADA...
KEPADA MEREKA YANG TETAP BERPEGANG HANYA ALLAH SAHAJA YANG BERSIFAT ADA KERANA SIFAT ADA YANG TERNYATA KEPADA MAKHLOK ADALAH KENYATAAN YANG SEDANG MENYATAKAN ADA ALLAH, BUKAN ADA DIRI SENDIRI DAN BUKAN ADA SELAIN DARI ALLAH...
HAL INI TERAMAT SULIT UNTUK DIFAHAMI KERANA WAJIB BERPERANG DENGAN SIFAT KEAKUAN DIRI SENDIRI (HAWA NAFSU - RASA DIRI SENDIRI BERSIFAT DENGAN SIFAT ADA) KERANA SEDANG MENGANGGAP ADA ALLAH ADALAH SEBAGAI ADA DIRINYA SENDIRI, ADA ALLAH ADALAH SEBAGAI ADA SELAIN DARI ALLAH...
SELAGI TIDAK BOLEH MELEPASKAN RASA PERASAAN YANG SEDANG MERASAKAN ADA ALLAH SEBAGAI ADA DIRI SENDIRI SELAGI ITU TETAP BERADA DIDALAM KEADAAN SYIRIK SAMPAI BILA-BILA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.