Pages

Isnin, 20 Oktober 2014

TIDAK TERTULIS KALIMAH TUHAN - ADNAN DAHALAN


TIDAK TERTULIS KALIMAH TUHAN


18.Surah Al-Kahf (Verse 109)


قُل لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِّكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".


18.Surah Al-Kahf (Verse 110)


قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌۖ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

Allah tidak boleh nak diterangkan dengan kata-kata dan lain-lain cara, Allah boleh diketahui, dikenali atau ditemui setelah badan diri sendiri dan keseluruhan Alam yang dianggap itu dibinasakan..

Setelah badan diri sendiri dan sekalian alam atau selain daripada Allah fana', maka kekallah Allah semata-mata.

UNTUK MENGENAL ALLAH KITA PERLU MELAKUKAN PERJALANAN HINGGA MENEMUINYA.

SETELAH MENEMUINYA TIDAK ADA SEORANG PUN YANG BOLEH MENGHURAIKAN TENTANG ALLAH YANG TELAH DITEMUI ITU (AKU KENAL TUHAN KU DENGAN TUHAN KU)

APA YANG BOLEH DICERITAKAN DAN DITUNJUKI HANYALAH JALAN DAN CARA UNTUK MENUJU KEPADA ALLAH

SESIAPA YANG HENDAK MENEMUI ALLAH MAKA HENDAKLAH IA SENDIRI YANG BERJALAN PERGI MENEMUI ALLAH

SELAGI BELUM BERJALAN TIDAK AKAN MENEMUI ALLAH SAMPAI BILA-BILA

JIKA NAK RASA MANIS GULA SAHAJA KITA SENDIRI MESTI MAKAN GULA..

BARU MANIS GULA SAHAJA KITA TIDAK BOLEH NAK CERITAKAN.. TAK BOLEH NAK DITERANGKAN SUPAYA ORANG LAIN DAPAT RASA MANIS DENGAN PENERANGAN KITA ITU...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.