Jangan Taksub Kepada Cawan Hingga Kopi Tertumpah...
Aku bersama rakan alumniku yang dikira berjaya dalam kerjaya, balik melawat ustaz kesayangan kami di universiti.
Ustaz Abu Khari menghampiri umur persaraan. Seorang peramah dan terkenal dengan rendah dirinya.
Perbualan bersama Ustaz Abu Khari membawa balik kembali seribu satu nostalgia.
Di tengah-tengah kerancakan, perbualan kami bertukar arus kepada rintihan mengenai tekanan di tempat kerja dan kehidupan. Kami semua, walaupun dikira berjaya, tetap menghadapi kesukaran mengemudi tekanan kerja dan kehidupan seharian.
Ustaz Abu Khari bingkas bangun dan pergi ke dapur untuk menyediakan air kepada kami. Air kopi kesukaannya dibancuh di dalam satu teko dan pelbagai jenis cawan disediakan untuk kami – porselin, plastik, kaca, kristal, yg biasa, yg mahal, yg unik rekabentuknya – dan dia menyuruh kami untuk menghidangkannya sendiri.
Kami semua mengambil giliran masing-masing untuk mengambil air kopi yang dihidangkan. Ada secawan terlebih.
“Jika anta semua perasaan, semua cawan yang elok dan mahal semua diambil, yang tinggal hanyalah cawan yang biasa. Adalah normal bagi anta semua nak yang terbaik untuk diri sendiri, tapi itulah juga punca kepada segala tekanan dan masalah anta semua.
Kita tahu cawan tidak akan "mengenakkan" lagi rasa kopi. Dalam kebanyakan keadaan, ia cuma lebih mahal, malah ada dalam situasi tertentu ia "memendamkan" apa yang kita minum.
Apa yang diperlukan anta semua ialah kopi, dan bukan cawan, tapi secara sedar, anta semua berebut untuk cawan yang terbaik, dan selepas itu, anta semua saling melihat cawan yang ada pada orang lain.
Sekarang, bayangkan kehidupan ialah kopi, kerja, duit dan pangkat di dunia ini sebagai cawan - Ia cumalah alat untuk memegang dan mengisi kehidupan. Tapi jenis cawan tidak akan mengubah, mahupun memberikan makna kepada kualiti kopi yang ada. Kadangkala kerana cawan, kita lupa untuk menikmati kopi yang dibuat Allah ini. Ana tukang bancuh saja,” kata Ustaz Abu Khari.
Kami semua terpegun dan tersentak. Dengan seteko kopi, Ustaz Abu Khari menjawab segala persoalan di minda kami.
“ORANG YANG GEMBIRA DAN BAHAGIA, TIDAK MEMILIKI SEGALANYA. MEREKA CUMA MEMANFAATKAN APA YANG ADA,” tambah Ustaz Abu Khari lagi sebelum kami meminta izin untuk beredar.
Wahai anakku...
Dalam hidup ini, jangan taksub pada cawan sehingga tertumpah kopi. Jangan pula terlalu fokus pada kopi tapi terlupa ia perlukan cawan untuk diminum...
Renungkan...
Sampaikan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.