Pages

Selasa, 1 September 2015

KEMERDEKAAN MENURUT ISLAM

KEMERDEKAAN MENURUT ISLAM

Sempena menyambut kemerdekaan negara Malaysia tercinta
Mari kita memahami erti kemerdekaan yang sejati dan hakiki
Semoga kita benar-benar jadi bangsa yang merdeka mengikut erti
Kemerdekaan mempunyai definisi yang banyak sekali:-
Berlainan sudut dan aspek berlainan pula erti
Di antara pengertian itu, untuk pengetahuan kita

Kemerdekaan BANGSA,
mengikut politik terlepas daripada penjajahan lain-lain bangsa
Bangsa kita itu dapat berkuasa dan menentukan hala tujuan mereka
Bebas bangsa kita daripada ideologi buatan manusia
Yang mendapat tempat dan menjadi sistem hidup adalah sistem Tuhan
Yang Maha Pencipta
Yang dunia ini adalah milikNya
Dan kita juga kepunyaanNya

Kemerdekaan EKONOMI,
tidak ada monopoli oleh seorang atau satu golongan.
Tidak ada penindasan,
tidak ada sekatan,
tidak ada penzaliman
Pengagihan kekayaan diratakan kepada semua rakyat jelata
Mengikut kebolehan, kemampuan serta keperluan.

Kemerdekaan FIKIRAN,
semua rakyat boleh memberi pendapat dan fikiran
Tidak ada ketakutan dan kebimbangan memberi pandangan

Kemerdekaan KEBUDAYAAN
setiap bangsa ada identiti yang tersendiri
Di sudut pakaian, pergaulan dan lain-lain lagi
Corak hidup mereka mengikut bentuk dan patent mereka sendiri
Bukan ditiru dan budaya luar yang asing sekali

Kemerdekaan PENDIDIKAN
semua rakyat diberi peluang menerima pelajaran
Setiap orang diberi galakan menerima pengetahuan mengikut bidang
Yang patut menerima bantuan kewangan untuk pelajaran diberi peluang
Tidak ada diskriminasi
tidak ada kroni yang menghalang

Kemerdekaan AGAMA,
setiap orang bebas amalkan agama yang diyakinkan
Tidak boleh menghina, tidak boleh memusuhi antara satu sama lain kerana agama
Tapi tidak salah membuat penjelasan mencari kebenaran
Agar setiap orang dapat menganut agama yang jelas lagi terang
Kerana kebenaran itu hanya satu yang datang dari Tuhan

Ada satu kemerdekaan yang amat penting dilupakan orang
Kemerdekaan itu orang tidak ambil kira bahkan melupakan
Padahal dia penentu kebahagiaan
dan keharmonian hidup dalam pergaulan manusia
Bahkan penentu seseorang apakah ke syurga atau neraka
Kemerdekaan apakah yang dimaksudkan?

MERDEKA daripada hawa nafsu yang jahat merosakkan manusia
Merosakkan diri sendiri dan merosakkan orang lain bahkan harta
benda
laitu merdeka daripada mazmumah yang memusnah
Kepada mahmudah yang indah dan membahagiakan
Bebas daripada hasad dengki, sombong, pemarah,
jatuh menjatuhkan yang memusnah
Merdeka daripada dendam kesumat, bakhil, tamak, penakut, pemalas dan culas
Ria’, megah, mencari nama, ingin glamour,
yang ramai orang tersinggung dibuatnya.
Diganti dengan kasih sayang, merendah diri, lemah lembut yang digemari
Jadikan pemurah, rajin, berani, bekerjasama, maaf bermaafan sebagai budaya
lkhlas, lapang dada, bertolak ansur, hayati hati
Cintakan Tuhan, takutkan-Nya, dekatkan diri kepada-Nya jadi sebati
lnilah dia yang dikatakan ‘kemerdekaan sejati’.

hamba Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.