Pages

Sabtu, 28 Mei 2016

Nak Khusyuk Solat? Nak Ingat Allah?

Nak Khusyuk Solat? Nak Ingat Allah?

Barang siapa yang berhajat kepada solatnya khusyuk dan barang siapa yang berhajat nak ingat Allah, syarat dan petuanya amat-amat mudah, iaitu kena kenal Allah.

Bila kenal Allah, baru datangnya khusyuk, zuk, tawaduk, limpah, lazat, ikhlas, redha dan sebagainya. Jika tidak kenal Allah, mana mungkin datangnya semua itu, melainkan tipu, tipu, tipu dan tipu!

Pembohong bagi sesiapa yang mengaku khusyuk kalau belum kenal Allah. Hendak mengenal Allah, bacalah kitab-kitab Tok Kenali dan lihatlah DVD ceramah Hj. Shaari.

Biar orang tuduh sesat, biar orang tuduh haram, asal kita dapat berjumpa Allah. Orang yang tuduh sesat itu adalah kerana mereka belum jumpa, kalau dah jumpa maka tidaklah timbulnya sesat.

Oleh itu, jangan tuduh sesat kalau belum jumpa, tuduhan sesat itu adalah bagi mereka-mereka yang belum jumpa.

Jika tuan-tuan hendak mengenal Allah, bacalah kitab-kitab Tok Kenali dan lihatlah DVD ceramah Hj. Shaari.

Kalau dah sesat sangat Hj. Shaari itu, tuan-tuan kutip isi-isi ilmu yang tak sesat, bakar mana yang haram dan kutiplah yang tidak haram.

Rakyat kita itu adalah rakyat yang suka menghukum sebelum membaca. Baca dua baris dah mula tuduh makrifat itu sesat dan tuduh makrifat itu haram,

Kalau betullah Makrifat Tok Kenali itu sesat atau haram, tunjukkan mana makrifat yang betul dan nyatakan mana makrifat yang benar?

Yang menuduh ajaran makrifat Tok Kenali itu sesat, silalah tuan-tuan tunjukkan mana sebenar-benar solat, mana sebenar-benar mengenal diri dan mana sebenar-benar mengenal Allah?

Yang mengaku tidak sesat dan yang mengaku tidak salah itu, cuba tunjukkan jalan benar bagaimana hendak mengenal Allah yang sebenar-benar Allah?

Allah itu bukan hanya nama, mana tuan yang empunya nama? Kalau boleh, silalah yang mendakwa tidak sesat itu tunjukkan? Melainkan hanya melalui ilmu makrifat sajalah tuan-tuan akan dapat mengenal Allah Taala.

Oleh itu, baca dan rujuklah kitab-kitab Tok Kenali, ambillah yang jernih dan buangkan yang keruh.

Semoga tuan-tuan akan dapat mengenal Allah Taala yang sebenar Allah iaitu Allah yang tidak berhuruf dan yang tidak bersuara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.