Pages

Memaparkan catatan dengan label kitab tok kenali. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kitab tok kenali. Papar semua catatan

Selasa, 28 Jun 2016

Air iLmu drpd Ayahda HAji SHAARI

Air iLmu drpd Ayahda HAji SHAARI,

Di Type oleh Tuan azam Muar...

Assallamualaikum warohmatullah hi wabarokatuh...
Salam sejahtera kepada anakanda semua, ahli-ahli group, muslimin-muslimat yang dirahmati Allah sekelian. Mudah-mudahan Allah merahmati kita-kita semua.

Adapun saya berkalam pada hari ini adalah kerana untuk memperkhabarkan, memperjelaskan, memperbetulkan suara-suara sumbang daripada ahli-ahli jamaah mengenai percakapan yang mengatakan semua Allah. Itu Allah, ini Allah, buruk Allah, baik Allah, tak sembahyang pun Allah, minum arak pun Allah. Jadi perkataan-perkataan begini, boleh kita bercakap. Benar.... Tetapi benarnya itu hanya sekadar 2 persen sahaja. Markah 2 persen yang di bagi itu hanya diatas percakapannya saja.

Itu makanya barang siapa sahabat-sahabat yang ingin bercakap perkataan ilmu semua Allah... Boleh! Boleh bercakap sebegitu, tetapi markahnya hanya 2 persen sahaja. 2 persen markah itu hanya diatas percakapannya sahaja. Diatas suara yang keluar daripada mulutnya sahaja. Persoalanya di sini, yang bercakap semua Allah, semua allah itu mana yang selebihnya 98 persen lagi... Mana... Nilaian 98 persen itu marilah kita lihat, marilah kita ukur dalam kehidupan seharian orang yang bercakap itu.

Barang siapa yang bercakap semua Allah, Aku Allah, itu Allah, ini Allah mari kita sama-sama lihat keperibadiannya. Apakah mulutnya sama dengan hatinya, apakah mulutnya sama dengan perbuatan sehariannya, afaalnya... baik... Boleh kita bercakap itu Allah, ini Allah, mencuri Allah, merompak Allah, merogol Allah... boleh... Tetapi dengan syarat. Mari kita lihat tiga perkara.

Pertama apakah dia itu bersifat, berperangai sebagaimana sifat dan perangainya budak yang belum akil baligh, apakah sebagaimana orang gila yang hilang akal dan apakah sebagaimana orang yang sudah mati. Mari kita lihat contoh apakah dia berperangai sebagaimana kanak-kanak yang belum akil baligh? Cuba lihat, apakah orang yang bercakap semua Allah itu masih sayang akan duit wang ringgitnya. Kalau dia masih sayang, masih berkira-kira dengan wang ringgit... bermakna percakapannya itu belum betul itu...

Cuba kita lihat kanak-kanak.... Biarpun tidak ada duit, biarpun kanan-kanak tidak ada duit dia tidak mengeluh dan jikalau pun dia ada duit, dia bahagi-bahagi kepada kawan-kawannya, duit syilling itu ditabur-tabur kepada kawan-kawannya. Ini sikap orang yang mati, orang yang hilang akal, inilah sikap kanak-kanak. Sikap orang yang bercakap semua Allah itu mesti bersikap begini, tidak sayangkan wang ringgit baru kita boleh bercakap semua Allah.

Tengok kanak-kanak, ada makan pun tak apa, tak ada makan pun tak apa. Tak selimut masa kesejukkan pun tak apa, dicucuh dengan api rokok pun tak pandai melawan, dipukul didera pun tidak pandai melawan. Apakah orang yang bercakap semua Allah sedemikian... Ukurlah ye...

Cakap semua orang boleh bercakap itu Allah, ini Allah, aku Allah, mencuri Allah tetapi kenyataannya... Apakah kita sudah bersikap sebagaimana budak yang belum akil baligh.

Orang yang hanya tau bercakap itu hanyalah ye rrang yang hanya tau bercakap itu kalaulah boleh diberi markah hanya 2 persen sahaja. Mana yang 98 persen lagi. Yang 98 persen lagi tengok, lihat, tilik dan perhatikan sikap peribadinya. Apakah dia pemurah, apakah dia selalu bersedekah...

Yang bercakap semua Allah itu Allah tetapi didapati kedekut, bakhil... Kerjanya mengumpat orang, kerjanya tau membohong, menipu sana-sini. Kerjanya minum arak... Apakah itu orang yang semua Allah. Orang yang semua Allah ini seharusnya ada lima sikapnya. Orang yang semua Allah ini sepatutnya pertama jujur, kedua redha, ketiga sabar, keempat ikhlas dan kelima tawakal.

Jujur, redha, sabar, ikhlas dan tawakal ini hendaklah sebagaimana jujur, redha, sabar, ikhlas dan tawakal kanak-kanak yang belum akil baligh, sebagaimana orang yang hilang akal dan sebagaimana orang mati. Tengok kanak-kanak, tengok orang gila dan tengok orang mati. Kalau kita pijak, kalau kita tendang, kita cucuh api rokok apa mereka ada melawan, ada mereka marah kembali kepada kita. Tapi cuba lihat kita... Bagaimana kalau orang tampar kita, bagaimana kalau orang caci hamun kita,

Ukurlah... jangan bercakap sembarangan jika belum sampai, belum putus ilmunya melainkan kebanyakkan kita ini hanya tau bercakap saja. Mari kita ukur lagi orang yang bercakap semua Allah itu lihat semasa dia makan di restoran, ada orang thailand yang menjual keropok menjaja meja ke meja. Orang yang tau bercakap semua Allah itu kalau pun tidak beli keropok itu, apakah dia pernah hulur dua ringgit, apakah pernah diajak orang yang jual keropok itu minum secawan kopi...

Kata semua Allah... Tengok orang yang bercakap semua Allah itu, makan direstoran dengan lauk-pauknya, tetapi kucing yang mengiau-ngiau dibawah meja, ada dia pandang... ada dia hulur secebis lauk... Tengok orang yang bercakap semua Allah itu, ada ke tidak dia belanja sahabat-sahabatnya makan-minum. Hari ini kawan dia belanja, esok kawan dia belanja lusa baru ganti kawan dia pulak belanja... Bila yang dia nak belanja. Bercakap semua Allah tetapi masih sayang kepada duit, masih berkira-kira kepada duit. Apakah ini orang yang bercakap semua Allah.

Apakah masa kita makan di restoran dengan lauk pauk dengan anak isteri, kita ingat kepada ibu bapa dikampung... Cuba... Cakap semua orang boleh bercakap, bukan kena bayar pun nak bercakap ini, tetapi percakapan itu hanya 2 persen sahaja, mana yang 98 persen lagi...

Contoh kedua. Apakah yang orang bercakap semua Allah itu... Macamana perangainya, sikapnya terhadap gurunya. Apakah dia pernah memanggil gurunya untuk belanja minum kopi secawan. Apakah dia pernah hadiahkan satu ketayap, satu kopiah kepada gurunya, apakah dia pernah menghadiahkan satu biji tasbih kepada gurunya... Bercakap semua Allah...

Yang ketiga cuba tengok sahabat-sahabat yang bercakap semua Allah itu, apakah pernah dia melawat sahabatnya yang sakit terlantar dihospital, saudara-saudaranya terlantar dihospital. Sahabat-sahabatnya meninggal dunia pun saya melihat tidak ramai yang datang. Bercakap semua Allah. Tetapi semasa saya menghadiri pengkebumian sahabat-sahabat... Mana mereka-mereka yang bercakap semua Allah itu.

Itu makanya bercakap, semua orang boleh bercakap... Kenyataannya... Yang bercakap semua Alllah itu berjalan pasar malam dengan isterinya, dia tinggal isterinya 6 kilometer. Orang yang semua Allah ini seharusnya berkasih sayang. Pegang tangan isterinya... Tetapi kalau pergi pasar malam itu, berjalannya ditinggalkan isterinya sejauh 6 kilometer... Apakah itu orang yang semua Allah.

Usah nak kata bagi makan kucing, ditendang ada... Baca surat khabar di restoran daripada mukasurat satu di tinggalnya mukasurat 17. Masuk dalam toilet, dia tidak bersihkan toilet, dia keluar begitu saja. Tengok orang yang bercakap semua Allah itu buang puntung rokok merata-rata. Cuba perhatikan, bercakap semua Allah tetapi hisap rokok puntungnya dibuang merata-rata.
Inikah sikap orang yang bercakap semua Allah.

Jadi saya ingin menyeru kepada muslimin-muslimat yang dirahmati Allah, jangan sebarangan bercakap jika belum putus... Jikalau masih mengeluh datangnya kerugian, masih mengeluh datangnya kemiskinan, masih mengeluh datangnya kesakitan maka itu orang yang percakapannya hanya sekadar bercakap.

Marilah pada hari ini saya menyeru kepada sekelian muslimin-muslimat yang dirahmati Allah, bercakaplah sebagaimana hati. Memang zahir tidak boleh menggambarkan batin, sesungguhnya batin boleh menggambarkan zahir.

Wassalamualaikum warohmatullah hi wabarokatuh

Aminn daripada Ayahda HAji SHAARI

Sabtu, 28 Mei 2016

Nak Khusyuk Solat? Nak Ingat Allah?

Nak Khusyuk Solat? Nak Ingat Allah?

Barang siapa yang berhajat kepada solatnya khusyuk dan barang siapa yang berhajat nak ingat Allah, syarat dan petuanya amat-amat mudah, iaitu kena kenal Allah.

Bila kenal Allah, baru datangnya khusyuk, zuk, tawaduk, limpah, lazat, ikhlas, redha dan sebagainya. Jika tidak kenal Allah, mana mungkin datangnya semua itu, melainkan tipu, tipu, tipu dan tipu!

Pembohong bagi sesiapa yang mengaku khusyuk kalau belum kenal Allah. Hendak mengenal Allah, bacalah kitab-kitab Tok Kenali dan lihatlah DVD ceramah Hj. Shaari.

Biar orang tuduh sesat, biar orang tuduh haram, asal kita dapat berjumpa Allah. Orang yang tuduh sesat itu adalah kerana mereka belum jumpa, kalau dah jumpa maka tidaklah timbulnya sesat.

Oleh itu, jangan tuduh sesat kalau belum jumpa, tuduhan sesat itu adalah bagi mereka-mereka yang belum jumpa.

Jika tuan-tuan hendak mengenal Allah, bacalah kitab-kitab Tok Kenali dan lihatlah DVD ceramah Hj. Shaari.

Kalau dah sesat sangat Hj. Shaari itu, tuan-tuan kutip isi-isi ilmu yang tak sesat, bakar mana yang haram dan kutiplah yang tidak haram.

Rakyat kita itu adalah rakyat yang suka menghukum sebelum membaca. Baca dua baris dah mula tuduh makrifat itu sesat dan tuduh makrifat itu haram,

Kalau betullah Makrifat Tok Kenali itu sesat atau haram, tunjukkan mana makrifat yang betul dan nyatakan mana makrifat yang benar?

Yang menuduh ajaran makrifat Tok Kenali itu sesat, silalah tuan-tuan tunjukkan mana sebenar-benar solat, mana sebenar-benar mengenal diri dan mana sebenar-benar mengenal Allah?

Yang mengaku tidak sesat dan yang mengaku tidak salah itu, cuba tunjukkan jalan benar bagaimana hendak mengenal Allah yang sebenar-benar Allah?

Allah itu bukan hanya nama, mana tuan yang empunya nama? Kalau boleh, silalah yang mendakwa tidak sesat itu tunjukkan? Melainkan hanya melalui ilmu makrifat sajalah tuan-tuan akan dapat mengenal Allah Taala.

Oleh itu, baca dan rujuklah kitab-kitab Tok Kenali, ambillah yang jernih dan buangkan yang keruh.

Semoga tuan-tuan akan dapat mengenal Allah Taala yang sebenar Allah iaitu Allah yang tidak berhuruf dan yang tidak bersuara.

Ahad, 28 September 2014

Unta Yang Hilang (Naik unta untuk mencari unta)



Tuan-tuan yang dirahmati Allah sekalian. Mencari Allah itu, adalah sesuatu yanng tidak payah dan tidak susah. Sehinga sampai kepada tahap tidak lagi perlu dicari. Apakah cincin yang dicari itu, masih hendak dicari?.
Yang hendak digalas itu, sebenarnya sudahpun dibahu tuan-tuan!.
Umpama tuan-tuan mencari unta yang hilang, sedangkan kamu sudah berada diatas belakang unta yang hilang!, bagaimana mungkin akan ketemu?.
Mencari sesuatu yang teramat dekat dan mencari sesuatu yang teramat hampir itu, apabila dicari dia akan semakin menghilang (semakin kehilangan).
Tuan-tuan mencari sesuatu barang dengan mata, sedangkan barang yang dicari itu berada diluar mata!. Mana mungkin akan bertemu.
Pandangan mata itu buta!. Untuk mencari itu, carilah dengan pandangan penglihatan, kerana pandangan tidak pernah buta (pandangan tidak guna mata untuk melihat). Penglihatan atau pandangan itu, tidak perlu mengguna mata untuk mencari. Oleh itu renung dan carilah dengan penglihatan dan jangan cari dengan mata!. Barang yang kamu cari itu, sedang berada berada diluar mata, masakan mungkin boleh dicari dengan mata!.
Mata bersifat buta sedangkan pandangan tidak pernah buta. Oleh itu melihatlah dengan pandangan. Orang makrifat itu, adalah orang yang dapat melihat dalam buta. Lagi buta mata, lagi terang Allah, lagi buta mata, lagi jelas Allah………………..
Lebih baik buta dari tidak berpenglihatan!.Orang makrifat itu, melihat Allah dalam buta matanya!.Setelah buta matanya, barulah Allah itu terang dan jelas (nyata). MELIHAT DI DALAM BUTA,  itulah makrifat!. Hal itu, adalah tterlebih baik berbandingn celik tetapi buta (CELIK TETAPI BUTA).
Allah tidak berjirim dan tidak berjisim (tidak berhuruf dan tidak bersuara). Allah itu, bukan sekadar nama. Sebenar-benar Allah itu, adalah tuan yang empunya nama (Sebenar-benar Allah itu, adalah nama yang tidak berhuruf dan tidak bersebutan (tidak berlafaz).
Apa ada pada nama?, nama tidak menggambarkan apa-apa (NAMA TIDAK BOLEH MENGAMBARKAN APA-APA  BENTUK ATAU RUPA UNTUK DITAFSIRKAN).  Sebenarnya Allah itu berada diluar mata. Janganlah cuba-cuba untuk mencari Allah dengan mata!. Sebenarnya Allah itu berada di dalam penglihatan dan Allah berada di dalam pandangan.
Allah berada di dalam pandangan dan Allah berada di dalam penglihatan walaupun tidak dilihat dengan mata.Walaupun dilihat dengan mata, bentuk dan rupanya tidak dapat digambarkan (laisa kamislihi syaiun atau bersalahan dengan yang baharu).
Sebutan yang keluar dari kedua bibir mulut itu, adalah semata–mata khayalan mata!. Walaupun disebut dengan bibir, itu adalah semata-mata khayalan!. Maaf jika saya terlampau lantang. Dengan kelantangan itulah sebenarnya ilmu. Jika paku diketuk perlahan, tentunya tidak masuk, paku itu hendaklah diketuk dengan kuat (dengan lantang) baru masuk!. Kelantangan saya itulah, yang selalu disalah erti oleh orang yang melihat dengan mata!.
Orang yang mengkritik tulisan ini, adalah mereka-mereka yang buta, oleh itu, jadilah orang yang berpenglihatan dan berpandangan, supaya tiddak buta mata hatinya………. drp hj shaar

Apakah Itu Amalan?

Tuan-tuan, puan-puan, muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Selalu orang bertanya kepada saya tentang amalan Tok Kenali dan amalan saya. Apa lagi amalan yang tuan-tuan cari dan amalan apa lagi yang tuan-tuan nak tahu, tidak cukup lagikah amalan yang selalu tuan-tuan amalkan?.Nak amalan yang sebagaimana lagi?.
Mahukah saya bagi amalan ratib atau berzikir Tok Kenali sebanyak 80,000 kali dalam satu malam?. Laratkah atau sangggupkahh tuan-tuan amalkan (apa bolehkah tuan-tuan buat?), saya bimbang kalau-kalau tak terbuat!. Jika terbuat sekalipun, kebanyakannya hanya sekadar dua atau tiga hari sahaja! (tingi-tingi satu atau dua minggu). Lihatlah, tiliklah dan perhatikanlah kawan-kawan, sahabat-sahabat atau diri tuan-tuan sendiri yang pernah melalui perjalanan atau aliran torikat yang memerlukan zikir atau ratib sejumlah 80,000 (lapan puluh ribu) dalam satu malam, terbuatkah mereka dan terbuatkah kita?. Jika termampu sekalipun hanya dalam jangka masa yang pendek, habis itu, wirid kemana dan zikir kemana!.
Apakah untuk ingat (zikir) kepada Allah itu, memerlukan kepada bilangan?, cuba tuan-tuan jawab pertanyaan saya, sekiranya habis pusingan atau bilangan buah tasbih, kemana  perginya Allah?. Apakah Allah itu hanya ada sewaktukita bilang buah tasbih sahaja, bilamana habis bilangan 80,000, kemana perginya Allah?. Apakah Allah itu hanya ada diwaktu malam sahaja, apakah Allah itu, hanya tidak ada pada waktu siang, sehingga zikir atau wirid itu, perlu kepada waktu malam?.
Jika sekiranya tidak ada buah tasbih, apakah Allah tidak boleh diingat?. Jika kurang bilangannya dari 80,000 kepada  79,000, selalunya kena ulang semula pada malam berikutnya, apakah Allah tidak terima zikir kita bilamana kurang dari 80,000, sehinggga kita kena ulangi semula?.
Apakah zikir atau ingat kepada Allah itu, hanya melalui suara bibir mulut sahaja. Jika tidak dengan mulut, apakah kita tidak boleh ingat kepada Allah?. Cuba bawa berfikir dengan fikiran yang waras?. Apakah mata, telinga, hidung, tangan serta kaki itu, tidak perlu ingat (zikir) kepada Allah?, sehingga kena melalui mulut dan buah tasbih?. Cuba jawab?…………………………
Bagi Tok Kenali, bukan banyaknya amalan zikir yang menjadi perhitungan, yang diambil kira itu, adalah keikhlasan!. Sekalipun berjuta kali, jika kita tidak mengenal tuan yang empunya nama, ianya tidak lebih daripada sekadar riadah! dan bukannya beribadah. Yang menjadi ibadah atau yang dikatakan ibadah itu, bilamana kita benar-benar ingat kepada Allah. Ingat kepada Allah itu, adalah dalam erti kata ingat kepada tuan yang empunya zikir dan ingat kepada tuan yang empunya nama).
Nama tidak sedikitpun memberi bekas. Cuba tuan-tuan lihat kereta yang digantungn dengan nama Allah atau yang berpelekat dengan nama Allah, bilamana berlaku perlangaran, tidakah dengan kereta dan dengan tuan-tuannya sekali hancur (dengan ada nama Allah, sepatutnya kita tidak cedera, kenapa masih ada yang cedera sehingga ada yang membawa maut) . Cuba kita lihat orang yang tengah berzikir dan menyebut nama Allah semasa memotong sayur, tiba-tiba tangan boleh terluka terhiris pisau. Ini memberi gambaran kepada kita, bahawa nama tidak membawa erti, yang bermakna dan bererti itu, adalah tuan yangn empunya nama.
Tuan yang empunya nama itu, boleh di ingat dan boleh dizikir dengan tidak perlu kepada jumlah bialangan tasbih dan tidak perlu kepada waktu malam sahaja. Sayanngnya kebanyakan kita tidak mengenal tuan yang empunya suara, tuan yang empunya bibir, tuan yang empunya buah tasbih dan sayangnya kebanyakakn kita tidak mengenal tuan yang empunya zikir?.
Sayangnya masyarakat kita pada hari ini, kebanyakannya berebut-rebut untuk tunjuk hebat, tunjuk alim dan tunjuk ulamak, bilamana bilangannya sebutan itu sakan dan  banyak dalam membilang buah tasbih. Tak cukup dengan buah tasbih, orang sekarang ini guna alat kaunter (yang tekan-tekan dengan jari, boleh keluar nombor).
Saya bukan berhajat untuk merendah-rendahkan golongan yang berzikir, zikir itu adalah amalan yang baik, tetapi sayangnya, kebayakan dari kita bilamana berzikir, zikirnya adalah zikir yang tidak ingat kepada Allah (tuan kepada yang empunya sebutan). Melainkan kebanyakanya hanya tahu ingat kepada bilangan atau tahu ingat kepada buah tasbih!. Apa yang mahu saya tekan disini, adalah zikir yang disertai mengenal kepada tuan yang empunya nama!.Sebutlah nama Allah itu dengan ilmu, sebutlah nama Allah dengan mengenal dan sebutlah dengan fatonah (bijaksana).
Amalan Tok kenali atau amalan saya itu, adalah amalan zikir (ingat) yang tidak pernah putus dan tidak pernah habis. Zikir (ingat kepada Allah) itu mudah dan senang, tidak perlu kepada hanya malam, malahan boleh diamalkan pada waktu singa atau pada waktu malam.
Berzikir (ingat kepada Allah) Tok Kenali itu, seumpama berzikir dengan penglihatan, bagaimanakah caranya kita berzikir dengan penglihatan atau cara berzikir dengan pendengaran, pergerakan, penciuman?. Dengan telan air liur kita boleh zikir, dengan ludah kita boleh berzikir, dengan gosoh sabun di badan semasa waktu mandi boleh zikir (ingat kepada Allah), semasa gosok gigi, semasa buang air besar atau buang air kecil, semasa gosok daki dikulit, semasa tidur, semasa jaga, duduk, baring malahan zikir Tok Kenali itu, boleh semasa kita sedan nyeyak tidur, boleh berzikir sewaktu bermimpi, boleh berzikir (ingat kepada Allahh) semasa sedang koma atau sedanng pengsan!.
Bagaimanakah caranya untuk berzikir sebagaimana zikir Tok Kenali, tungggu, tunggu dan tunggu!, saya nak lihat dulu komen dari orang diluar dulu, baru boleh saya bagi jawapan. Mungkin sahabat-sahabat diluar sana boleh beri zikir yang lebih tinggi dari zikir Tok kenali, siapa tahu!. Tok Kenali beramal dengan zikir yang tidak perlu kepada buah tasbih dan tidak perlu kepada hitungan jumlah!. Jadi zikir Tok Kenali itu, adalah zikir yang paling rendah dan paling bawah (zikir low class atau zikit tamada kata ore kelate). Jika ada zikir yang paling tinggi, sila kemukan boleh kita sama-samma belajar. amin drp hj shaari

Menempatkan Segalanya Atas Diri, Barulah Tertilik Allah

Kita selalu memberi tafsiran yang bahawa kuasa itu, dari Allah, penglihatan itu dari Allah, pendengaran (kudrat dan iradat) itu, adalah datangnya dari Allah. Sebenarnya mengikut tafsiran ilmu makrifat, ianya bukan datangnya dari Allah, tetapi sememangnya itulah Allah.
Gagah itu Allah, cantik itu Allah, kaya itu Allah, tinggi itu Allah, besar itu Allah, melihat itu Allah, mendengar itu Allah dan hidup itu Allah. Kita mengaji ilmu makrifat itu, bukan seperti mengaji ilmu syariat. Ilmu syariat itu, adalah ilmu yang duduknya pada istilah, istilah dan istilah, adapun ilmu makrifat itu, adalah ilmu duduk, ilmu berpijak dibumi nyata, ilmu jelas, ilmu sampai dan ilmu putus. Ilmu syariat itu, adalah ilmu istilah. Ilmu istilah itu, adalah seumpama saya minta tuan-tuan menyebut perkataan “kaya” atau  perkataan“api”, apakah dengan menyebut perkataan kaya itu, telah bererti tuan-tuan benar-benar ada wang (sebut kaya, mana wangnya?) atau dengan menyebut perkataan “api”, dengan menyebut perkataan api, manakah panasnya. Begitu juga dengan ilmu syariat, ilmu syariat itu, hanya tahu sebut perkataan, tetapi perkataan yang disebut itu, mana duduk atau mana putusnya? Dan mana kenyataannya.
Sebut perkataan api, mana panasnya, sebut perkatan kaya, mana wangnya dan sebut perkataan Allah,
mana tuanya?. Apakah cukupkah dengan hanya beristilah sahaja sampai mati?. Dari usia umur muda (kanak-kanak) sehingga membawa kepada usia 60 atau 70 tahun, apakah cukup dengan hanya beristilah sahaja?, cuba jawab……………………………………….
Cukup-cukuplah beristilah!. Tetapi bila saya lebih bercakap dalam hal ilmu makrifat, ada sahaja suara-suara sumbang yang menuduh saya sesat?. Jika saya sesat, manakah Allah yang betul dan mana Allah yang sebenar-benar Allah, mana yang dikatakan Allah yang tidak berhuruf dan Allah yang tidak bersuara, tidak berjisim dan tidak berjirim?”, mana?, mana? dan mana?………………………………..
Untuk itu, mari kita jangan lagi duduk pada tahap istilah, mari sama-sama kita belajar ilmu putus. Ilmu putus itu, adalah ilmu yang mengaku dengan pengakukan serta beriktikad yang putus. Iktikad yang putus itu, adalah iktikad yang bahawasanya, gagah itulah Allah, hidup itulah Allah, kuat itu Allah, terang itu Allah, kaya itu Allah, melihat, memandang, menengok, menilik, mengdengar, menghidu dan yang hidup itu, itulah Allah. Jangan lagi beristilah dengan perkataan istilah bahawa Allah memberi lihat, memberi dengar atau memberi hidup!. Iktikad yang putus itu, sesungguhnya melihat itu Allah, mendengar itu Allah, mencium itu Allah, menghidu itu Allah, berkata itu Allah, hidup itu Allah, lihat itu Allah, dengar itu Allah, nampak itu Allah, Allah, Allah ……………………………………………………
Yang berdiri itu Allah, yang duduk itu Allah, yang besar itu Allah, yang kecil itu Allah, yang jauh itu Allah, yang dekat itu Allah, yang awal itu Allah, yang zahir itu Allah, yang batin itu Allah dan yang akhir itu Allah,Allah, Allah…………………………………………………
Kenapa tak reti-reti juga, wahai sahabat-sahabat yang dikasihi diluar sana, nak suruh saya kata apa lagi dan nak suruh saya sebut apa lagi. Cukup-cukuplah makan hampas, mari kita makan santan. Carilah ilmu nyata dan carilah ilmu putus. Mengaji ilmu itu, jangan hanya setakat tahu beristilah, hendaklah kita cari ilmu nyata.
Ilmu nyata atau ilmu putus (ilmu pemutus) itu, bilamana kita tempatkan segala ilmu itu pada diri sendiri. Jangan baya ilmu itu keatas langit, jangan bawa ilmu itu kealam zaman dahulu, jangan bawa ilmu itu ke Tanah Mekkah, jangan bawa ilmu itu ke alam bawah tanah, bawalah segala ilmu itu, supaya boleh letak atau supaya boleh ditempatkannya pada diri sendiri!. Itulah pengajian ilmu yang putus lagi nyata!.
Sebut sahaja perkataan atau sebut saja perkara melihat, sesungguhnya melihat itu Allah, kemudian letakkan atau tempatkan pula sifat melihat itu pada diri kita. Setelah sifat melihat itu ditempatkan atas diri kita, lalu mulalah kita butakan mata kita (malahan jika nak sedap lagi, hendaklah kita mengakku yang bahawasanya diri kita yang sebenar  “ tidak ada”).
Begitu juga bila menyenbut perkara atau menyebut perkataan mendengar, memandang, mencium, memikir, menilik, memandang, yang menilik, memandang, mendengar, memikir, mencium,  itulah Allah. Setelah segalanya Allah, saya mahu tuan letakkan segala itu pada diri kita yang tidak ada. Bila meletakkan sesuatu pada diri kita yang tidak ada, saya mahu tanya tuan-tuan dan saya mahu tuan-tuan jawab. Bolehkan perkara (sifat Allah) itu diletak atas diri kita yang sudah tidak ada?. cuba tanya kepada diri tuan sendiri dan cuba jawab sendiri,  bolehkan kita menempatkan sesuatu perkara diatas diri yang sudah tidak ada?.
Apakah boleh menempatkan sifat Allah pada diri yang sudah tidak ada?, sudah tentu jawapannya tidak boleh, jika ianya tidak boleh untuk menempatkan sifat Allah pada diri kita, itu menunjukkan yang diri kitaitu “ tidak ada”. Bilammana diri kita tidak ada, cuba jawab, siapakah yang bersifat ada?. Itulah makanya bilamana kita menyebut perkataan  melihat, mendengar, hidup, gagah, kuat, itulah Allah-Allah, Allah………………………………………………
Inilah pengajian ilmu putus, tetapi ingat, ingat dan ingat!, jangan pula sampai mengaku Allah atau mengaku jadi Allah………………………………………
Cukuplah santapan petang dari air tangan hj Shaari

Khamis, 25 September 2014

MANA YANG DIKATAKAN SYARIAAT?

MANA YANG DIKATAKAN SYARIAAT?
Apakah yang dikatakan syariaat Allah?. 
ia adalah yang sama sekali kita tidak boleh tinggal?.

Syariaat Allah itu, adalah termasuk rukun yang tidak boleh kita tinggal!!!
Adapun rukun syariaat dalam sembahyang yang 13 itu, kita boleh tinggalkan seandainya kita uzur. Sedangkan syariaat Allah yang sebenar-benar syariat itu, tidak boleh sekali-kali kita ditinggalkan walaupun uzur, walau mati sekalipun!.
Kita boleh tinggalkan rukun berdiri, jika kita tidak ada kaki, kita boleh tinggalkan takbir, kiranya tangan kita putus, kita boleh tidak lafaz ayat-ayat suci, kiranya mulut kita tersumbat dan kita tidak perlu rukuk, kiranya kita sakit pinggang, kita tidak perlu sujud, kiranya kita sakit. Cukup sembahyang dengan cara duduk, cara baring dan boleh sahaja dikerjakan dalam hati. Itulah yang dikatakan perbuatan syariaat (syariaat sembahyang). Mana yang dikatakan syariaat Alah?.
Syariaat Allah, bukan berdiri, bukan rukuk dan bukan pula sujud!. Mana syariaat Allah?.
Tuan-tuan terlupa dan ter Alpa yang kita sekarang dan selama ini, telah jauh meninggalkan syariaat Allah……………………..
Sebenar-benar syariaat Allah itu, adalah roh (rohlah syariaat Allah). Ada pun tubuh badan kita itu, adalah perbuatan syariaat (perbuatan roh).
roh adalah bertujuan bagi menyatakan Allah manakala jasad pula, adalah bertujuan bagi menyatakan roh!.
Syariaat itu roh dan perbuatan syariaat itu, adalah jasad.

Syariaat bukan jasad, jasad kita itu, adalah perbuatan syariaat (perbuatan roh), rohlah sebenar2 syariaat Allah!
Roh itu umpama garam dan Allah itu umpama masin. mana mungkin masin dan garam berpisah. Mana mungkin Allah dengan syariaatnya berpisah.

Jumaat, 1 Ogos 2014

APAKAH ERTI, MAKNA DAN MAKSUD ALLAH MELIPUTI

APAKAH ERTI, MAKNA DAN MAKSUD ALLAH MELIPUTI
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian, sesudah sekian lama kita membicarakan soal mengenal, memandang, menilik dan melilhat Allah Taala, ternyata kita masih lagi tidak dapat untuk menyatakannya. Ramai lagi di luar sana yang masih lagi tidak dapat untuk menghayati dan tidak dapat untuk memahami kaedah-kaedah atau cara-cara bagaimana untuk memandang Allah. Biarpun dikatakan Allah itu terang dan jelas, namun itu hanya satu ungkapan istilah sahaja, pada realiti dan pada hakikatnya, ramai di kalangan kita yang masih lagi tidak dapat untuk membenarkan ungkapan bahawa Allah itu nyata, terang, hampir dan jelas. Sekali lagi dinyatakan di sini bahawa terang cahaya matahari, sesungguhnya terang lagi Allah. Dekat atau hampirnya antara mata hitam dengan mata putih ternyata dekat dan hampir lagi Allah.
Persoalannya di sini, kenapa kita masih lagi tidak terlihat atau terpandang Allah. Tidakkah kita semua tahu yang bahawasanya Allah itu meliputi sekalian alam? Bilamana Allah meliputi sekalian alam, kenapa masih lagi tidak terlihat, tertilik dan kenapa masih lagi tidak terpandang Allah. Semua tahu dan semua mengaku yang bahawasanya Allah itu meliputi sekalian alam tetapi kenapa, kenapa dan kenapa masih lagi tidak terlihat Allah pada sekalian alam?
Tuan-tuan tahukah apa erti meliputi? Meliputi itu, ertinya “semua sekali” iaitu bermaksud tidak ada lain selainnya. Sekarang jika tuan-tuan dan puan-puan mahu tahu Allah, masih mahu kenal Allah, masih mahu lihat, pandang, tilik dan masih mahu tengok Allah, sekarang saya minta tuan masuk ke ruangan dapur dan ambil sebiji gelas kaca (gelas yang cerah).
Sekarang berhenti membaca kitab dan sila masuk ke ruangan dapur dan ambil sebiji gelas (gelas cerah), sebagaimana yang saya sarankan (jika benar tuan ingin mendapat barokah guru, sila buat apa yang saya sarankan). Sesudah gelasnya diambil dan pegang gelas itu dengan tangan tuan-tuan. Apakah sudah dipegang gelasnya? Jika sudah dipegang diminta tuan-tuan tilik, tengok dan pandang betul-betul kepada gelas kaca tersebut. Apakah gelas itu, kaca, besi, tanah atau gelas tembaga? Jika benar-benar gelas itu gelas kaca, maka tiliklah baik-baik dengan mata hati.
Pastikan betul-betul bahawa gelas yang dipegang itu, diperbuat dari kaca, tidak ada unsur lain selain kaca. Sebagaimana yang kita tahu, gelas adalah diperbuat dari kaca manakala kacanya pula tidak bercampur dengan besi, tidak bercampur dengan api, tidak bercampur dengan batu dan tidak bercampur dengan selain kaca. Gelas itu adalah gelas yang mutlaknya diperbuat sepenuhnya dari kaca. Kacalah yang meliputi gelas tersebut. Saya mahu tuan-tuan ambil gelas yang benar-benar diperbuat dari kaca, yang tidak sedikitpun bercampur unsur-unsur selain kaca.
Setelah ianya benar-benar gelas kaca, saya ingin bertanya kepada tuan-tuan sekalian. Ada atau tidak gelas itu bercampur atau bersalut selain dari kaca? Jika jawapannya benar-benar diperbuat dari kaca, bermakna di sini, gelas tersebut adalah “meliputi kaca sepenuhnya”.
Pertanyaan yang kedua, apakah erti meliputi? Seumpama “meliputi”nya kaca pada gelas? Jika jawapannya kaca meliputi gelas, bererti perkataan “meliputi” itu, adalah membawa maksud “semua sekali”. Gelas itu, semua sekali adalah kaca (itulah maksud atau erti meliputi). Bilamana semua sekali gelas itu “meliputi” kaca, bererti gelas itu “semua sekali” kaca. Ambil pehatian kepada perkataan “meliputi” dan perkataan “semua sekali”. Erti, makna atau maksud meliputi di sini, adalah merujuk kepada maksud “semua sekali”. Semua sekali gelas itu, adalah kaca, iaitu kaca yang tidak ada sedikitpun bercampur dengan yang lain selain kaca. Apakah benar semua sekali gelas itu kaca? Sila jawab? Jika benar dengan apa yang dikata itu, mari kita ikuti langkah selanjutnya.
Setelah benar-benar kaca meliputi sekalian gelas, bererti tidak ada lain gelas itu adalah kaca, iaitu kaca sepenuhnya yang tidak sedikitpun bercampur dengan yang lain selain kaca. Apakah maksud meliputi? Adapun erti atau makna perkataan “meliputi” di situ adalah membawa maksud “semua sekali”. Meliputi itu bermaksud “semua sekali”. Ertinya gelas itu semua sekalinya kaca.
Berbalik kita kepada perkara percaya kepada Allah Taala. Untuk menentukan keyakinan dan untuk menentukan kepercayaan kita, kita kena pastikan terlebih dahulu bahawa perkataan meliputinya Allah itu adalah bermaksud semua sekali Allah.
Allah Taala itu meliputi sekalian alam (meliputi ertinya semua sekali). Jika meliputi itu bererti semua sekali, berertinya di sini semua sekalian alam ini adalah meliputi Allah (semua sekali Allah). Allah meliputi sekalian alam, bererti “semua sekali alam ini adalah Allah” (Allah semua sekali). Meliputi di sini bermaksud Allah semua sekali. Kaca meliputi gelas ertinya gelas itu semua sekali adalah kaca. Allah meliputi alam, ertinya alam itu semua sekali Allah. Tidak ada ruang di alam ini untuk tidak ada Allah (inilah erti meliputi).
GAMBAR LUKISAN GELAS DAN GAMBAR LUKISAN ORANG
Cuba tuan-tuan perhatikan kiasan gambaran di atas baik-baik dengan penglihatan yang jernih. Semua gelas itu adalah diliputi, diselimuti atau meliputinya kaca (semua sekali kaca) dan kemudian saya minta tuan-tuan lihat pula kepada gambar manusia. Tidakkah manusia itu diliputi, diselimuti atau yang meliputinya Allah (semua sekali Allah). Cuba perhatikan, di manakah di atas diri kita itu, yang tidak ada Allah, cuba jawab? Allah telah dikatakan meliputi diri kita. Seluruh jasad kita telah Allah liputi, setelah Allah meliputi diri kita, bermakna di sini, tubuh kita itu, tidak ada ruang yang tidak ada Allah. Di dalam jasad, di luar jasad, di kiri kanan jasad, di atas bawah jasad dan di tengah tepi jasad kita itu, adalah telah meliputi Allah. Tidak ada ruang untuk adanya jasad diri kita melainkan yang ada itu, itulah Allah.
Bilamana Allah meliputi diri kita, sudah tentu sifat makhluk itu pasti binasa. Dalam kulit dan di luar kulit, di dalam daging dan di luar daging kita itu, telah meliputinya Allah. Sehingga tidak ada ruangan untuk adanya kulit, tidak ada ruang untuk adanya daging, tidak ada ruang untuk adanya diri kita, melainkan Allahlah yang meliputi segalanya. (Allahlah segala-galanya atau Allahlah semua sekali). Jika Allah sudah menyelimuti atau meliputi diri kita, sudah tentu tidak ada ruang untuk adanya sifat-sifat yang lain, selain Allah Taala.
Semua dan malah boleh dikatakan seluruh jasad kita ini, sesungguhnya telah di liputi Allah sehingga tidak ada peluang langsung untuk tumbuh sifat-sifat daging, tulang, kulit, urat, jantung, hati, darah malahan tidak ada ruang atau tidak peluang sama sekali untuk tumbuh atau terbentuk diri kita. Tidak akan ada peluang untuk ada yang lain, bilamana Allah sudah meliputi diri kita. Sebagaimana meliputinya kaca pada seluruh gelas, sebegitulah meliputinya Allah pada seluruh jasad diri kita. Bila kaca meliputi seluruh gelas, tentunya gelas sudah tidak kelihatan lagi, bilamana Allah meiputi diri kita, diri kita tidak akan kelihatan lagi, melainkan kita ini, hanya tinggal pada panggil-panggilan nama yang sesungguhnya tidak ada.
Saya mahu tuan-tuan pegang gelas, sekarang sudah tuan-tuan pegang gelasnya? Jika gelas sudah dipegang, inginlah saya ajukan satu pertanyaan kepada tuan-tuan, manakah yang dikatakan gelas? Sekarang saya mahu tuan-tuan tunjuk, manakah yang dikatakan gelas? Sedangkan yang tuan-tuan pegang itu, adalah “kaca”, yang tuan-tuan pegang itu, adalah kaca, manakah yang dikatakan gelas? Jika tuan-tuan kata tuan-tuan pegang itu gelas, cuba tunjuk, manakah yang dikatakan gelas. Cuba tunjuk, mana yang dikatakan gelas? Yang dipegang itu, adalah kaca, yang ditunjuk itu, adalah kaca dan yang dilihat itu, adalah kaca, mana yang dikatakan gelas? Inilah yang dikatakan bahawa meliputinya kaca pada gelas, sehingga tidak lagi tertilik gelas, setelah tidak lagi tertilik gelas, maka meliputilah kaca pada gelas itu.
Kemudian cuba alihkan perhatian tuan kepada diri tuan-tuan sendiri. Sekarang cuba jawab pertanyaan saya. Sekarang saya mahu tanya tuan-tuan dan harap tuan jawab, biarpun sekadar jawapan di dalam hati. Siapakah nama tuan? Sekarang jawab. Seandainya diri tuan-tuan bernama Abdullah, sekarang saya minta tunjukkan, mana yang dikatakan Abdullah atas diri tuan-tuan. Yang tuan-tuan sebut itu mulut, yang tuan-tuan tunjuk itu dada dan yang tuan-tuan angkat itu tangan, manakah yang dikatakan Abdullah? Saya minta tunjukkan Abdullah di atas diri tuan-tuan itu di mana? Cuba tunjuk, mana Abdullah? Inilah yang menggambarkan bahawa sebenar-benar diri kita tidak ada. Yang bersifat dengan sifat ada itu, adalah hanya Allah Taala (Allah Taala sahaja yang bersifat dengan sifat wujud atau yang bersifat dengan sifat ada).
Dengan yang demikian, saya dengan rasa rendah diri, memohon kepada sidang pembaca dan pendengar yang dirahmati Allah sekalian, bermula dari hari ini, ketika ini, saat ini dan detik ini, marilah kita semua sama-sama mengaku dengan sepenuh percaya dan dengan sepenuh yakin, bahawa Allah itu meliputi sekalian alam dan sesungguhnya Allah itu meliputi sekalian jasad diri kita. Oleh itu, bilamana Allah meliputi sekalian alam dan meliputi sekalian jasad diri kita, bermakna leburlah sekalian jasad. Setelah jasad terlebur, maka sesungguhnya yang terlihat itu, itulah Allah, yang terpandang itu, itulah Allah, yang tertilik itu, itulah Allah Taala (dengan syarat jangan sampai terlihat adanya diri), barulah boleh terlihat nyata adanya Allah Taala.
Lihat gelas sekali lagi, sesungguhnya gelas itu adalah kaca dan alihkan pandangan tuan-tuan kepada diri tuan-tuan sekali lagi, sesungguhnya diri tuan-tuan itu, sesungguh dan sebenar-benarnya tidak ada. Sebenar-benar diri pada hakikanya adalah tidak ada, yang bersifat dengan sifat ada (wujud) itu, adalah hanya Allah Taala.
Cuba lihat di atas langit, sekarang saya mahu tuan-tuan dongak muka kalian ke arah langit. Benar atau tidak yang Allah itu meliputi langit. Bererti Allah di atas langit dan Allah juga di bawah langit, kerana Allah itu meliputi. Lihat pula bumi yang kalian pijak ini, benar atau tidak yang Allah itu di dalam bumi dan Allah juga di luar bumi?
Cuba pula tuan-tuan dan puan-puan tilik kepada diri tuan-tuan sendiri. Cuba lihat betul-betul. Benar atau tidak yang Allah itu meliputi diri kita? Cuba tuan-tuan cari di manakah dalam diri kita ini yang tidak ada Allah? Cari tempat yang tidak ada Allah dalam diri kita. Melainkan Allahlah yang meliputi diri kita, yang sehinggakan tidak ada ruang di dalam atau di luar diri kita yang tidak ada Allah (melainkan Allah itu meliputi sekalilan alam).
Cari di dalam diri kita masing-masing, manakah tempatnya yang tidak ada Allah! Di dalam lidah dan di luar lidah, wujud dan ada Allah. Di dalam mulut dan di luar mulut, wujud dan ada Allah. Di dalam tangan dan di luar tangan, wujud dan ada Allah. Di dalam kepala dan di luar kepala, wujud dan ada Allah. Di luar jasad dan di dalam jasad, wujud dan ada Allah. Di dalam darah dan di luar darah, wujud dan ada Allah. Di dalam daging dan di luar daging, ada Allah. Tidak ada ruang di dalam diri kita yang tidak ada Allah Taala. Tidakkah Allah itu meliputi sekalian alam dan meliputi sekalian diri kita. Di dalam dan di luar diri kita itu diliputi dan dipenuhi oleh Allah sehingga tidak ada unsur lain selain Allah yang meliputi diri kita. Malahan keseluruhan (semua sekali) diri kita ini, diliputi dan dipenuhi oleh Allah Taala.
Bilamana Allah Taala sudah meliputi, memenuhi, merangkumi dan menepati sekalian alam diri kita, bererti diri kita ini semuanya dipenuhi Allah. Bilamana Allah sudah memenuhi dan sudah meliputi diri kita sepenuhnya, apakah tuan-tuan masih lagi tidak tertilik dan tidak mempercayai wujudnya Allah? Bilamana Allah sudah memenuhi atau sudah meliputi sekalian ruang, segala masa, segala rongga, segala tempat, segala jarak dan segala waktu, apakah masih terlihat lagi selain Allah?
Memenuhi itu ertinya meliputi dan meliputi itu pula adalah bererti memenuhi. Meliputi dan memenuhi Allah itu, akan segala waktu, segala tempat, segala ruang dan segala jarak. Sesudah meliputinya Allah pada sekalian alam dan pada sekalian diri, apakah masih lagi terlihat selain Allah? Sebagaimana perumpamaan kaca yang meliputi gelas, begitulah meliputinya Allah Taala atas diri kita. Meliputinya Allah itu, sehingga tidak ada yang lain lagi selain Allah. Sebagaimana kaca meliputi gelas, begitulah meliputinya Allah atas diri kita sehingga tidak terpandang lagi kepada yang lain selain kaca pada gelas dan sebegitu jugalah tidak tertilik lagi penglihatan kita kepada diri, melainkan terpandang, tertilik, terlihat dan ternampak Allah.
Perhatikan sekali lagi terhadap sifat gelas, semua sekali gelas itu, adalah bersifat dengan sifat kaca. Perumpamaan gelas kaca itu, hendaklah tuan-tuan kiaskan kepada diri tuan-tuan. Bilamana semua sekali gelas meliputi kaca, begitu jugalah diri kita. Diri kita itu, sesungguhnya meliputinya Allah (Allah semua sekali). Bila semua sekali Allah, ertinya diri kita hanyalah sekadar nama sebut-sebutan sebagai sebutan nama gelas. Meliputi itu bererti semua sekali. Bila Allah meliputi diri kita ertinya Allahlah semua sekali. Bilamana Allah meliputi alam, bererti Allahlah semua sekali alam (semua sekali diri kita dan semua sekali alam itu, adalah Allah meliputinya), itulah ertinya Allah itu meliputi sekalian alam.
Dalam kita melihat, memandang atau menilik Allah, hendaklah memandang, melihat dan menilik dengan yakin dan dengan percaya. Percaya dan yakinlah yang Allah itu meliputi sekalian alam (semua sekali Allah). FirmanNya:
“Barang ke mana kamu hadapkan mukamu, di situlah wajah Aku”
Firman di atas, sudah memang jelas sejelas-jelasnya bahawa Allah Taala itu meliputi (semua sekali). Tidak ada arah yang tidak tertilik Allah. Pandang dalam batang tubuh ada Allah dan pandang di luar tubuh ada Allah, kenapa masih lagi tuan-tuan tidak ternampak Allah? Tilik alam, tidakkah Allah itu meliputi (semua sekali), kenapa masih lagi tidak tertilik Allah? Yakin dan percayalah bahawa sesungguhnya tidak ada ruang yang tidak ada Allah, kenapa masih lagi tidak terlihat Allah.
Di alam ini, sesunguhnya tidak ada tempat yang tidak ada Allah, kerana Allah memenuhi ruang, memenuhi waktu dan memenuhi tempat, kenapa tuan-tuan masih lagi tidak terpandang Allah. Nak nyata, nak terang dan nak jelas yang bagaimanakah lagi Allah itu? Sedangkan terangnya cahaya matahari, sesungguhnya terang lagi Allah dan dekatnya di antara mata putih dengan mata hitam, sesungguhnya dekat dan hampir lagi Allah, kenapa sampai tuan tidak tertilik, tidak terlihat dan tuan-tuan tidak ternampak Allah? Tambahan pula Allah itu meliputi sekalian alam, kenapa masih tidak tertilik, kenapa masih tidak terlihat dan kenapa masih tidak terpandang Allah? Cuba tuan-tuan tanya kepada diri sendiri kenapa, kenapa dan kenapa?
Pengajaran sudah sampai dengan jelas dan dengan nyata di depan mata, sayangnya kenapa masih juga tidak faham-faham? Apakah salah penyampaian ilmu atau salah kefahaman tuan-tuan? Saya kira penyampaian ilmu oleh guru-guru terdahulu sudah lebih dari cukup dan terang serta teramat-amat jelas. Untuk mendapat barokah kefahaman dalam bidang ilmu makrifat itu, seharusnya tuan-tuan ikut saranan guru. Dalam menimba ilmu Allah itu, harus ada adab dan kaedahnya yang tersendiri.
Untuk mendapat faham dalam bidang ilmu makrifat itu, harus ada cara, jalan, kaedah dan adab. Adapun adab atau caranya adalah, tuan-tuan mesti ikut dan patuh kepada saranan guru. Bilamana guru suruh tuan-tuan masuk ke halaman dapur ambil gelas kaca, hendaklah tuan ikut dan patuh. Bila guru suruh pegang gelas dan tilik, hendaklah tuan-tuan benar-benar pegang gelas dan tilik, barulah ilmu guru itu menjadi barokah (berkat) dan barulah kefahaman ilmu itu boleh meresap masuk ke dalam jantung kalbu! Sayangnya, bila disuruh berbuat begitu, tuan tidak endah dan tidak patuh kepada saranan guru, itulah makanya tuan-tuan tidak mendapat kefahaman dalam menuntut. Allah tidak jauh dan Allah tidak terdinding (terhijab), kenapa masih tidak percaya kepada Allah Taala?
Meliputinya Allah itu, seumpama kiasan kepada ombak, kepada gelora atau kepada buih di lautan. Seandainya tuan-tuan dan puan-puan mempunyai kelapangan masa di hujung minggu, sambil berjalan bersama keluarga, anak isteri, sudi kiranya mampir buat seketika ke tepi pantai. Untuk mempercayai Allah, untuk menyakini Allah, lepaskan pandangan ke arah lautan yang luas. Di situ, hendaklah tumpukan pandangan ke arah gelombang lautan itu, lepaskan pandangan ke arah ombak dan lepaskan pandangan ke arah buih-buih di lautan. Dengan melihat tanda ombak dan buih, yakinlah, di dalam hati masing-masing bahawasanya ombak, gelombang dan buih itu, sesungguhnya hanyalah zahir pada panggilan nama ataupun zahir pada tanggapan akal. Sesungguhnya, gelombang, ombak dan buih itu, pada hakikatnya adalah lautan AIR.
Begitulah, meliputinya lautan air pada ombak dan gelombang, pada pandangan mata kasar kelihatan seumpama ombak, sesungguhnya pada pandangan hakiki ianya adalah lautan AIR. Tandanya di sini bahawasanya meliputinya air laut di dalam ombak, meliputinya air laut di dalam gelombang dan meliputi air di dalam buih, itulah tandanya gelombang tidak ada, gelora tidak ada. Ombak tidak ada, buih tidak ada, yang ada hanyalah lautan AIR.
Begitulah hendaknya kita semua insaf dan ambillah iktibar daripada lautan air itu, ditafsirkan meliputinya Allah itu atas diri kita dan meliputinya Allah pada sekalian alam. Bilamana meliputi air laut pada ombak, meliputinya air laut pada gelombang, begitulah meliputinya Allah pada diri kita sendiri iaitu meliputinya Allah pada tangan, meliputinya Allah pada mata, meliputinya Allah pada seluruh tubuh, meliputinya Allah pada diri sendiri dan meliputinya Allah pada seru sekalian alam.
Tidak ada ruang pada ombak untuk tidak adanya air laut. Tidak ada ruang pada gelombang untuk tidak adanya air laut dan tidak adanya ruang pada buih untuk tiadanya air laut. Begitu juga tidak ada ruang pada tangan untuk tidak adanya Allah. Tidak ada ruang pada kaki untuk tidak adanya Allah. Begitulah juga seluruh anggota jasad diri kita dan seluruh 7 petala langit, 7 petala bumi alam ini. Allah itu meliputi sekalian alam dan meliputi diri kita. Tidak ada ruang yang tidak ada Allah. Tidak ada tempat yang tidak ada Allah. Tidak ada masa yang tidak ada Allah. Tidak ada ruang yang tidak ada Allah. Tidak ada penjuru yang tidak ada Allah. Tidak ada sudut yang tidak ada Allah. Allah meliputi setiap ruang, setiap sudut, setiap masa, setiap detik, setiap saat, setiap segala sesuatu.
Oleh itu, percayalah, yakinlah, bilamana tuan-tuan melihat tempat. Sesungguhnya bukan tempat yang tuan-tuan lihat. Sepatutnya Allahlah yang tuan-tuan lihat pada tempat. Allahlah yang tuan—tuan lihat pada masa. Allahlah sepatutnya tuan-tuan lihat pada penjuru. Allahlah yang tuan-tuan lihat pada sekalian Allah. Allahlah seru sekalian Alah. Sebegitulah tuan-tuan melihat sebagaimana meliputinya air laut pada ombak, pada gelombang, sebegitulah tuan-tuan melihat Allah pada seluruh jasad anggota diri dan seluruh seru sekalian alam.
Pada hari ini, pada masa ini dan pada saat ini, saya menyeru kepada tuan-tuan dan menyeru kepada diri saya sendiri, bilamana melihat tempat, sesungguhnya tempat itulah Allah. Bilamana tuan-tuan melihat masa, sesungguhnya masa itulah Allah. Bilamana tuan-tuan melihat bentuk, bentuk itulah Allah. Bilamana tuan-tuan melihat ruang, ruang itulah Allah. Bilamana tuan-tuan melihat penjuru, sudut atau ruang, maka sudut, penjuru dan ruang itulah Allah. Itulah tandanya meliputinya Allah itu pada seru sekalian Allah. Tempat bukan Allah. Penjuru, sudut, masa bukan Allah. Ruangan bukan Allah tetapi itu tanda meliputinya Allah pada sekalian yang wujud dan pada sekalian yang ujud dan pada sekalian yang maujud.
Kepada para sahabat, dan kepada sidang pembaca yang budiman, seandainya ada kelapangan waktu, sudilah kiranya bawa diri tuan-tuan ke tepi pantai. Lihatlah, tengoklah, tiliklah lautan. Lautan di tepi pantai dan lepaskanlah pandangan tuan ke arah persisiran pantai. Dengan penghayatan mata hati, insyaalah kehadiran tuan-tuan untuk melihat lautan, mudah-mudahan tafsiran atau kiasan lautan itu boleh dibawa dan boleh dikiaskan pula pada diri kita sendiri. Ingat, ingat dan ingatlah, sesungguhnya, sebagaimana meliputinya air laut pada ombak, pada gelombang dan buih itu, sebegitulah meliputinya Allah pada diri kita sendiri.
Oleh itu, mulai pada hari ini, pada jam ini, pada saat ini, leburlah tanganmu, leburlah kakimu, leburlah dirimu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki kerana meliputinya Allah atas dirimu. Sesunguhnya dirimu itu tidak ada. Yang ada hanya Allah (itulah ertinya Allah itu meliputi).
Sungguhnya Allah itu terang, nyata dan jelas, melata di semerata pelusuk alam dan itulah ertinya meliputi (meliputi Allah itu, di sekalian alam). Lihat masa akan terpandang Allah. Lihat tempat, akan tertilik Allah dan pandang ruang akan ternampak Allah. Tidak ada ruang yang tidak ada Allah, tidak ada tempat yang tidak ada Allah dan tidak ada masa yang tidak ada Allah. Meliputi dan memenuhinya Allah pada segenap ruang, pada segenap tempat dan segenap masa. Allah memenuhi dan Allah meliputi langit dan bumi. Kenapa tuan-tuan masih lagi tidak terlihat, terpandang dan kenapa masih lagi tidak tertilik Allah?
Allah itu kenyataan sekalian alam, kenapa masih tidak terpandang Allah? (Dengan kata lain, kenyataan alam inilah Allah). Kenapa kita masih tidak nampak Allah? Untuk mempercayai Allah dan untuk meyakini Alllah, terlebih dahulu hendaklah Allah itu dikenal dan nyata, barulah kita benar-benar boleh percaya dan yakin kepada Allah.
Kenal dan ingat Allah itu, bukan hanya setakat cerita perkhabaran atau cerita ilusi atau angan-angan khayalan akal. Kenal dan lihat Allah itu hendaklah dengan kenyataan sebenar-benar nyata. Kenal dengan cara dilihat, dipandang dan kenal dengan cara ditilik dengan sebenar-benar penglihatan yang jelas. Barulah Allah itu boleh dan dapat dipercayai dan diyakini dengan sungguh-sungguh. Sungguhpun Allah itu bukan sesuatu tetapi sesungguhnya Allah itu sebenar-benar nyata pada tiap sesuatu (Allah bukan sesuatu tetapi nyata pada tiap sesuatu).
MENGENALI ALLAH MELALUI DAKWAT
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian. Untuk menghayati penceritaan meliputinya Allah, sudilah kiranya tuan-tuan mengambil sebatang pen ataupun kalam dan mengambil sekeping kertas. Hendaklah saranan saya ini, dipatuhi dan diikuti agar tuan-tuan mendapat barokah dalam penceritaan atau penghayatan ilmu makrifat.
Sekarang, saya minta tuan-tuan menulis, tulislah apa saja yang terlintas dihati tuan-tuan. Pada kebiasaanya penulis atau pengarang sesebuah novel itu hanya tahu sekadar membaca perkataan demi perkataan, ayat demi ayat, perenggan demi perenggan, tetapi tidak ramai yang memandang di sebalik ayat dan di sebalik perenggan itu adalah dakwat. Sekarang saya dengan hormatnya memohon agar tuan menulis perkataan ini, “Saya sudah melihat Allah, Saya sudah mengenal Allah, Saya sudah menyembah Allah”. Sudahkah tuan-tuan tulis?
Jika belum ditulis, saya mohon jangan diteruskan kitab ini dibaca. Bagi sesiapa yang belum berbuat demikian hendaklah masuk ke bilik, cari sekeping kertas dan sebatang pen. Buat apa yang saya sarankan. Inilah kaedah, cara atau jalan guru-guru terdahulu mengajar muridnya. Itulah makanya, pelajaran guru-guru terdahulu mendapat penghayatan dari pembelajarannya, sehingga meresap, terpaku, terkunci, terpahat dan tersemat ilmu ini selama-lamanya ke lubuk hati membawa sampai ke mati. Sesudah ditulis apa yang disarankan itu, tiliklah, lihatlah, pandanglah, perhatikanlah dan bacalah baris-baris tulisan yang ditulis itu.
Apakah yang tuan-tuan nampak? Nampak hurufkah, nampak tulisankah, nampak perkataankah, nampak ayatkah, nampak perenggankah, nampak bariskah, nampak muka suratkah, nampak kitabkah atau nampak DAKWATKAH, DAKWAT, DAKWAT! Tidakkah semua itu DAKWAT. Itulah ertinya dakwat itu meliputi sekalian huruf, sekalian tulisan, sekalian perkataan, sekalian ayat, sekalian perenggan, sekalian baris, sekalian muka surat, sekalian isi kitab. Sesungguhnya, apa yang dibaca, apa yang dilihat, apa yang dipandang dan apa yang ditilik itu tidak lain daripada dakwat.
Begitulah jua meliputinya Allah atas diri kita dan meliputinya Allah atas seru sekalian alam. Oleh itu, bilamana melihat, hendaklah tertilik Allah, bilamana melihat, hendaklah terpandang Allah, bilaman melihat, hendaklah ternampak Allah, kerana Allah itu meliputi sebagaimana firman Allah:
“Fainamatuwallu, fasamma wajhullah”
“Barang ke mana kamu hadapkan mukamu, di situlah wajah Allah”.
Sekarang, tulis semula perkataan “melihat”, dengan perkataan melihat itu kita hanya membayangkan tentang mata. Tulis semula perkataan “mendengar”, dengan tulisan mendengar itu kita hanya dapat membayangkan perkara telinga. Dalam pembelajaran ilmu makrifat, dalam pembelajaran ilmu percaya dan dalam pembelajaran ilmu yakin, tuan-tuan hendaklah jangan tumpukan perhatian pada penglihatan, jangan tumpukan perhatian pada pendengaran, pada mata, pada telinga. Dalam pengajian ilmu makrifat, hendaklah memandang di sebalik tulisan telinga, tulisan mata, tulisan pendengaran dan tulisan penglihatan itu, sebenar-benarnya “dakwat”.
Dakwatlah sebenar-benar meliputi sekalian tulisan perkataan mata, tulisan perkataan telinga, tulisan perkataan melihat, tulisan perkataan pendengaran. Perkataan-perkataan yang tuan-tuan tulis itu, sebenarnya adalah dakwat. Begitu jua perumpamaan meliputinya Allah pada sekalian diri dan pada sekalian alam. Tidak ada ruang dalam tulisan mata itu yang tidak ada dakwat. Tidak ada ruang tulisan telinga itu yang tidak ada dakwat. Tidak ada ruang tulisan penglihatan dan pendengaran itu yang tidak ada dakwat. Segala-galanya dipenuhi dan diliputi dakwat (segala-galanya dipenuhi dan diliputi Allah).
Beginilah caranya guru-guru terdahulu mengajar melihat, menilik dan memandang Allah pada segenap dan sekalian yang maujud di alam ini. Tidak ada yang wujud (ada), ujud (diadakan) dan maujud (mengadakan) itu, melainkan Allah Taala. Itulah makanya, yang memandang dan yang dipandang itu adalah dakwat. Yang ditilik dan menilik itu adalah dakwat. Yang dilihat dan melihat itu adalah dakwat. Yang menyembah dan disembah itulah dakwat. Yang ingat dan diingati itulah juga dakwat. Inilah yang dikatakan meliputinya Allah Taala.
Pada hari ini, jam ini, masa ini dan saat ini, yakinlah, percayalah dan ketahuilah dengan sebenar-benar bahawasanya Allah saja yang bersifat wujud (ada), ujud (diadakan) dan maujud (mengadakan sekalian yang ada). Inilah kaedah, cara dan jalan percaya kepada Allah Taala. ITULAH ALLAH.
Hj. Shaari Hj. Mohd Yusof,
Fakulti Makrifat, Universiti Qalbu Mukmin.
Jangan Sampai Terlihat Adanya Diri!

Khamis, 8 Mei 2014

Manakah Yang Sebenar-Benar “benar”?

Manakah Yang Sebenar-Benar “benar”?

Didalam benar, ada lagi benar, manakah yang Sebenar-benar benar!

Di dalam benar, masih ada lagi yang lebih benar!. Kita kata kita benar, sedangkan masih ada lagi yang terlebih benar!.  Dalam persoalan ini, siapakah yang boleh menentukan mana satu yang betul-betul benar?.

Firman : Ar-Ra’d : 19

Adakah orang yang megetahui bahawa apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar, sama dengan orang yang buta?. Hanya orang-orang yang berakal sahaja yang dapat megambil pelajaran”.

Orang Cina mengatakan  yang agama mereka benar. Orangn India mengaku yang agama mereka benar. Orang Putih mengaku yang agama meraka benar. Islam, Kristian, Budha dan lain-lain agama, mengaku yang agama mereka benar?. Mana satukah agama yang sebenar-benar.

Orang Islam bermegah dengan Firman Allah yang mengatakan bahawa “Agama Islamlah agama yang diteriam Allah”. Manakala orang Kristien, Budha dan lain-lain  juga bermegah dengan kitab masing-masing (Injilnya, Zaburnya, Tauratnya dan Quraannya!.

Orang Islam bermegah yang agama kitalah agama yang diterima Allah, tetapi apa yang ternyata di bumi Allah sekarang, bangsa dan agama siapakah yang bergaduh sesama sendiri?, agama siapakah yang berperang sesama sendiri dan agama siapakah yang menghukum kafir kepada sesama Islam?. Cuba jawab, cuba jawab dan cuba jawab?……………………………….

Mana satukah yang benar diantara yang benar?. Siapakah diantara kita yang berani mengaku benar?. Sekiranya orang yang berani mengaku yang dirinya benar, merekalah diantara yang paling sesat!.

Orang yang boleh mengaku dirinya benar itu, adalah diri mereka yang berakal!. Bagaimana untuk menentukan dirinya orang yang berakal?. Untuk menentukan yang dirinya adalah tergolongan dari golongan yang berakal itu, adalah dengan cara berilmu mati sebelum mati (tauhid).

Orang yang berakal itu, adalah orang yang menyerah dan meyandarkan akalnya kepada Allah. Tidak lagi menggunakan akal sendiri, malahan menggunakan akalan Allah (ikhtiar dan usaha dari Allah!). Orang yag betul-betul benar itu, adalah orang yang tidak lagi bersandar kepada akal, malahan mereka bersandar terus kepada Allah!. Akal adalah makhluk yang lemah. Pantas dan patutkah kita bersandar kepada makhluk yang lemah?. Kenapa tidak kita bersandar terus kepada Allah Yang Maha Berkuasa?.

Kekuatan bersandar itu, bukan letakkanya pada akal,ikhtiar atau usaha!. Kekuatan itu adalah milik Allah.

Firman : Al-Munafiqun : 8

“Padahal kekuatan itu, hanyalah milik Allah…………….

Jika Allah itu kuat, bermakna makhluk akal, usaha atau ikhtiar itu, adalah makhluk yang lemah. Marilah kita bersandar terus kepada Allah. Untuk menentukan siapakah yang benar-benar benar itu, mari kita sandarkan kepada Allah.

Untuk bersandar terus kepada Allah bagi menentukan yang benar-benar atau yang betul-betul benar itu, jangan lagi hendaknya kita menggunakan atau mengadakan diri. Jika kita masih ada diri, bermakna kita masih menggunakan akal bagi menentukan yang mana baik, yang mana benar dan yang mana buruk!.

Bilamana kita sandarkan kepada Allah setelah mati akal, mati usaha, mati ikhtiar dan matikan diri sebelum mati, segala-galanya cantik belaka dan benar belaka!…………………….Ciptaan Allah itu, tidak ada yang hodoh, yang jelek, yang keji atau buruk!. Semua ciptaan Allah itu, moleh dan benar belaka!.

Golongan inlah golongan yang betu-betul benar!…………………………..Saya mahu tuan-tuan tanya diri tuan-tuan sendiri, apakah kita sudah mengenal ilmu “mati sebelum mati”?. Jika kita tidak mengenal “Al- Mutu Kablaan Tamautu” (mati sebelum mati), disitulah kita akan mengeji dan mencela kejadian Allah!.

Cuba tuan-tuan tanya orang Cina, India atau orang putih, apakah mereka mahu dilahirkan kafir?. Kemudian saya mahu tuan-tuan tanya diri sendiri, apakah pilihan tuan-tuan sendiri, dilahirkan dalam Islam?.  Cuba jawab?……………….apakah Islamnya tuan-tuan itu, dilahirkan atas pilihan sendiri?. Cuba jawab?……………….

Untuk itu, hidup atas muka bumi Allah ini, jangan keji orang, jangan cela orang dan jangan asyik mempersalahkan orang!. Orang yang mengenal diri (mati sebelum mati), mereka tidak keji orang, tidak tuduh orang itu kafir atau orang ini kafir, tidak berperang, bunuh membunuh sesama sendiri, mahupun berperang atau bergaduh dengan bangsa atau agama-agama lain.

Lihatlah dan lihatlah agama manakah didunia ini yang berperang sesama sendiri, yang bom sesama sendiri, yang tuduh kafir kepada sesama Islam?. Cuba perhatikan, apakah itu agama yang benar?. Agama orang yang betul-betul benar itu, adalah orang-orang yangn mengenal diri (mati sebelum mati) iaitu.  

Orang yang betul-betul benar dan orang benar-benar betul itu, adalah Islam yang tidak tuduh orang itu kafir dan tidak tuduh orang ini kafir!. Tidak berperang sana dan berperang sini. Tidak bom sana, bom sini, sesama sendiri dan sesama makhluk ciptaan Allah!.

Orang kafirpun ciptaan Allah, orang Islampun ciptaan Allah!. Agama yang benar itu, adalah agama yang bertuhankan kepada Allah, setelah mereka berserah diri kepada Allah!. Bagi mereka yang berserah diri kepada Allah itu, adalah mereka-mereka yang tidak lagi ada daya usaha sendiri, ikhtir sendiri, fikiran sendiri, kekuatan, pilihan, kemahuan, kehendak, cita rasa sendiri dan segala-galanya baginya sudah tidak ada yang sendiri!. 

Apabila diri kita tidak ada, sudah terserah dan sudah berserah kepada Allah, mana lagi adanya diri. Setelah ketiadaan diri, mana mungkin boleh lagi bergaduh!. Mana lagi mungkin boleh mengata orang itu kafir atau orang ini kafir, keran diri kita sudah tidak ada!,……………..

Berbalik kepada ayat mula-mula diatas, iaitu

Surah, Ar-Ra’d : 19

Adakah orang yang megetahui bahawa apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar, sama dengan orang yang buta?. Hanya orang-orang yang berakal sahaja yang dapat megambil pelajaran”.

“hanya orang yang berakal sahaja yang dapat megambil pelajaran atau iktibar”.

Bilamana berakal. Akal orang makrifat itu, telah dikembalikan kepada Allah. Yang tinggal itu, adalah akal milik Allah!. Setelah milik Allah, barulah dikatakan kita itu berakal!……………..

Orang benar-benar berakal itu, adalah orang yang tidak lagi menggunakan akal. Iaitu orang yag tidak lagi bersandar kepada akal!. Cuba jawab, dari mana datangnya akal, dari mana datangnya usaha dan dari mana datangnya ikhtiar?. Tidakkah semuanya itu dari Allah!. 

Sekiranya dari Allah, manakah yang dikatakan akal kita?, usaha kita atau ikhtiar kita. Yang kita usahakan itu dan yang kita kerjakan itu, semuanya adalah dari rencana atau karangan yang sudah Allah tetapkan sedari dulu!. Apakah yang tuan-tuan usahakan itu, adalah pekerjaan “baru”, yang tidak diketahui Allah sebelumnya?. Cuba jawab?……………………….

Ramai yang mengatakan bahawa kita ini ada akal, ada usaha, ada ikhtiar dan ada pilihan, untuk menentukan baik buruk!.. Cuba jawab pertanyaan saya, Sebelum kita berfikir, siapakah yang memberi fikiran kepada kita sebelum kita berfikir?. 

Sebelum kita berusaha, siapakah yang memberi usaha dan sebelum kita berikhtiar, siapah yang memberi ikhtiar, sebelum kita ikhtiar atau berusaha?. Cuba jawab?……………..

Jika kita ada pilihan sendiri, buat apa gunanya Allah dan buat apa lagi bertuhankan Allah. Bertuhan dan berAllahlah kepada diri sendiri!.