Pages

Ahad, 15 Mei 2016

ZAKAT FITRAH

ZAKAT FITRAH

61.Surah Aş-Şaf (Verse 11)
تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Harta yang dimaksudkan didalam ayat diatas bukanlah emas, perak dan wang tetapi JASAD manusia itulah harta Allah Yang Zahir.

Jasad ini disuruh mengenal. Perjalanan untuk mengenal ini dinamakan berjihad. Yang hendak dikenal atau dijihadkan ialah jiwa atau nyawa.

Nyatalah zakat itu ialah mengeluarkan diri manusia dari KEFASIKAN mensyirikkan Allah dengan mengenalkan nyawa kerana nyawa itulah yang sebenarnya yatim yang tiada ayah dan ibu yang jadi dengan adanya zat.

Nyawa inilah yang Allah pertanggung jawab supaya mengekalkan hartanya iaitu JASAD ( bila akhir hayat kelak )

Manakala tanggung jawab JASAD pula ialah untuk menyerahkan segala urusan kepada haqnya iaitu nyawa.  Adapun nyawa itu bersifat SIDIQ, AMANAH, TABLIQ dan FATONAH. Inilah sifat haq Nyawa dan adapun sifat yang lain itu dinamai HAWA NAFSU.

HAWA NAFSU adalah kembarnya Nyawa.  Kalau jasad hidup dengan hawa nafsu maka ianya tersalah jalan dan mintalah NYAWA itu membantu menunjukkan jalan nya agar ZAKAT FITRAH manusia diterima Allah.

HASIL DARI MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH YANG TERSIRAT DIDALAM FIRMAN ALLAH MULA DARI BANGUN TIDUR SAMPAI KEPADA TIDUR SEMULA

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

PERLAKUAN TUMPUKAN SEBULAT TUMPUAN KEPADA SETIAP KESEDARAN YANG DISEDARI DAN DIDALAM MASA YANG SAMA AKAN TERUS BERLAKU DENGAN SENDIRI..

APABILA BANGUN SAJA DARI TIDUR TERUS AKAN BERLAKU DENGAN SENDIRI, TIDAK LUPA LAGI...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.