Pages

Selasa, 14 Jun 2016

ALLAH MENUNJUKKAN CAHAYANYA KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA.

ALLAH MENUNJUKKAN CAHAYANYA KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA.

Jika diteliti Ayat 35 Surah An-Nur ini kalimah kalimah diatas bukanlah sebahagian dari perumpamaan Allah. Kalimah kalimah itu merupakan petunjuk untuk memahami perumpamaan Allah itu.

Cahaya Allah selalunya disebut sebagai NURULLAH atau Cahaya Zat Allah. Nurallah jika kita mahu boleh diertikan sebagai salah satu Sifat Allah.

Tetapi bolehkah Zat dan Sifat itu dipisahkan menjadi dua. Bahkan kalimah Zat & Sifat pada hakikatnya tidk wujud melainkan wujud sebagai istilah manusia untuk cuba menerangkan akan Allah itu.

Pada penulis Zat , Sifat, Asma & Af'al Allah ialah Allah sendiri kerana ketiga-tiga perkataan iaitu Sifat / Asma' & Af'al wujud untuk menceritakan tentang Zat.

RUMUSAN

Yang diceritakan oleh Allah melalui perumpamaan itu ialah hal Allah meliputi diri sekalian manusia yang oleh Allah dijelaskan melalui Hadith Qudsi yang bermaksud : manusia itu adalah rahsiaKu dan Akulah Rahsianya….

Juga melalui ayat Al-Quran berkaitan Amanah yang tidak mampu dikandung oleh selain manusia. Itulah yang disebut sebagai Diri Rahsia atau Diri Yang Sebenarnya Diri.

Pada penulis maksud kalimah CAHAYA didalam perumpamaan Allah ini ialah RUHKU yang ditiupkan Allah kepada Nabi Adam dan seluruh keturunannya.

Pada kita Cahaya Allah itulah yang dikatakan sebagai NYAWA kita. Sumber Hakiki kehidupan yang mengaliri seluruh jasad kita berpusat dijantung.

Dialah yang menghidupkan kita dan menjalankan kehidupan kita. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.