Pages

Memaparkan catatan dengan label pedoman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pedoman. Papar semua catatan

Isnin, 6 Ogos 2018

AL QURAN SEBAGAI PANDUAN KEHIDUPAN

AL QURAN SEBAGAI PANDUAN KEHIDUPAN KERANA IA ADALAH CAHAYA PETUNJUK BAGI MANUSIA

Firman Allah SWT :

وَلَٰكِنْ جَعَلْنَاهُ نُورًا نَهْدِي بِهِ مَنْ نَشَاءُ مِنْ عِبَادِنَا

[Surat Ash-Shura 52]
‎Terjemahan :
"akan tetapi Kami jadikan Al-Quran: cahaya yang menerangi, Kami beri petunjuk dengannya sesiapa yang Kami kehendaki di antara hamba-hamba Kami."

Selasa, 14 Jun 2016

ALLAH MENUNJUKKAN CAHAYANYA KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA.

ALLAH MENUNJUKKAN CAHAYANYA KEPADA SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA.

Jika diteliti Ayat 35 Surah An-Nur ini kalimah kalimah diatas bukanlah sebahagian dari perumpamaan Allah. Kalimah kalimah itu merupakan petunjuk untuk memahami perumpamaan Allah itu.

Cahaya Allah selalunya disebut sebagai NURULLAH atau Cahaya Zat Allah. Nurallah jika kita mahu boleh diertikan sebagai salah satu Sifat Allah.

Tetapi bolehkah Zat dan Sifat itu dipisahkan menjadi dua. Bahkan kalimah Zat & Sifat pada hakikatnya tidk wujud melainkan wujud sebagai istilah manusia untuk cuba menerangkan akan Allah itu.

Pada penulis Zat , Sifat, Asma & Af'al Allah ialah Allah sendiri kerana ketiga-tiga perkataan iaitu Sifat / Asma' & Af'al wujud untuk menceritakan tentang Zat.

RUMUSAN

Yang diceritakan oleh Allah melalui perumpamaan itu ialah hal Allah meliputi diri sekalian manusia yang oleh Allah dijelaskan melalui Hadith Qudsi yang bermaksud : manusia itu adalah rahsiaKu dan Akulah Rahsianya….

Juga melalui ayat Al-Quran berkaitan Amanah yang tidak mampu dikandung oleh selain manusia. Itulah yang disebut sebagai Diri Rahsia atau Diri Yang Sebenarnya Diri.

Pada penulis maksud kalimah CAHAYA didalam perumpamaan Allah ini ialah RUHKU yang ditiupkan Allah kepada Nabi Adam dan seluruh keturunannya.

Pada kita Cahaya Allah itulah yang dikatakan sebagai NYAWA kita. Sumber Hakiki kehidupan yang mengaliri seluruh jasad kita berpusat dijantung.

Dialah yang menghidupkan kita dan menjalankan kehidupan kita. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Rabu, 1 April 2015

Perumpamaan Orang Yang TERGODA Dengan Dunia.

Perumpamaan Orang Yang TERGODA Dengan Dunia.
Ada sesenduk madu yang jatuh ke lantai, lalu datanglah semut mencicipinya dari PINGGIRNYA, setelah itu dia pergi meninggalkannya.
'Perumpamaan Orang Yang TERGODA Dengan Dunia.

Ada sesenduk madu yang jatuh ke lantai, lalu datanglah semut mencicipinya dari PINGGIRNYA, setelah itu dia pergi meninggalkannya.

Namun rasa madu itu terlalu nikmat baginya, maka dia pun kembali untuk melahapnya, kemudian dia berusaha meninggalkannya lagi.

Belumpun jauh dia meninggalkannya, dia merasa belum cukup dengan apa yang dinikmatinya dari PINGGIRAN madu itu, akhirnya dia pun memutuskan masuk ke TENGAH madu itu untuk menikmati manisnya lebih banyak lagi.

Maka sampailah dia di pertengahannya dan mula menikmati manisnya madu itu dengan lebih rakus. Namun, ketika dia ingin keluar, ternyata dia tidak bisa, kaki-kakinya telah melekat di dalam madu itu dan keadaannya terus seperti itu hingga dia mati.

Begitulah dunia, manisnya akan terus menggoda, jangan sampai kita terlena dengannya, tapi gunakanlah ia untuk mendapatkan PAHALA akhirat, bukan HANYA untuk menikmatinya sahaja.

Semoga kita selalu mendapat taufiq-Nya dalam memperlakukan dunia.'Namun rasa madu itu terlalu nikmat baginya, maka dia pun kembali untuk melahapnya, kemudian dia berusaha meninggalkannya lagi.
Belumpun jauh dia meninggalkannya, dia merasa belum cukup dengan apa yang dinikmatinya dari PINGGIRAN madu itu, akhirnya dia pun memutuskan masuk ke TENGAH madu itu untuk menikmati manisnya lebih banyak lagi.
Maka sampailah dia di pertengahannya dan mula menikmati manisnya madu itu dengan lebih rakus. Namun, ketika dia ingin keluar, ternyata dia tidak bisa, kaki-kakinya telah melekat di dalam madu itu dan keadaannya terus seperti itu hingga dia mati.
Begitulah dunia, manisnya akan terus menggoda, jangan sampai kita terlena dengannya, tapi gunakanlah ia untuk mendapatkan PAHALA akhirat, bukan HANYA untuk menikmatinya sahaja.
Semoga kita selalu mendapat taufiq-Nya dalam memperlakukan dunia.