Pages

Khamis, 30 Jun 2016

Apa sebenar maksud Lailatulqadar?

🌸🌹🌸🌹🌸🌹

*Apa sebenar maksud lailatulqadar??*

Kita perlu faham dahulu makna Laila.

Laila erti nya malam,
malam maksudnya gelap,
Gelap maksudnya JAHIL,

JAHIL maksudnya ORG YG tidak mngenal Allah...

Qadar- ertinya hari yg di peringati.
Hari yg teramat gilang gemilang,
Hari yg terang benderang, malam yg di peringati malam yg tidak boleh di lupai.
Hari org yg bertemu Allah swt.

_Malam lailatulqadar bermaksud_....

*org yg tidak mengenal Allah kepada mngenal Allah.*

Jahil kpd Alim, tidak tahu kpd tahu.
Gelap kepada siang.

Jadi.... inilah yg di katakan mlm lailatulqadar.

Jahil kpd Alim,
Malam kpd siang,
Gelap kpd Terang,
tidak mngenal Allah kpd mengenal Allah.

Inilah yg di katakan.....barang siapa yang berjumpa dengan lailatulqadar seumpama beribadah seribu bulan.

*Apa yg di maksudkan dgn seribu bulan?* 

Seribu bulan itu membawa maksud betapa terang, cerah, jelasnya kefahaman tentang kenyataan Allah.

Apakah tidak cerah jika di terangi dgn seribu biji bulan?
Di kala bulan purnama....

Pasti terang alam dunia ini ketika di sinari dgn cahaya bulan tersebut... itu baru 1 biji bulan,    

Jika seribu?

Sudah tentu terang benderang,
ini sekadar kiasan bahasa.

Jadi benar lah jika ketemu hari yg di peringati....

*dari tidak mengenal Allah kpd mengenal itu maka di saat itu sehingga bila2 tidak sesekali boleh lupa.*

*Jelasnya terangnya kefahaman tentang Allah.*

Inilah kekasih awal dan akhir.
Inilah yg membuatkan kita tidak boleh lupakan di kala tidur,
di kala jaga,
di kala jatuh,
di kala bangun......... sentiasa mengingati Allah.

Setelah mengenal Allah,  mengertilah akan kita bahawasanya
*Tiada Ruang yg Tiada Allah.*

Segalanya Allahlah yg meliputi.

Itulah L A I L A T U L. Q A D A R.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.