Pages

Selasa, 28 Jun 2016

Air iLmu drpd Ayahda HAji SHAARI

Air iLmu drpd Ayahda HAji SHAARI,

Di Type oleh Tuan azam Muar...

Assallamualaikum warohmatullah hi wabarokatuh...
Salam sejahtera kepada anakanda semua, ahli-ahli group, muslimin-muslimat yang dirahmati Allah sekelian. Mudah-mudahan Allah merahmati kita-kita semua.

Adapun saya berkalam pada hari ini adalah kerana untuk memperkhabarkan, memperjelaskan, memperbetulkan suara-suara sumbang daripada ahli-ahli jamaah mengenai percakapan yang mengatakan semua Allah. Itu Allah, ini Allah, buruk Allah, baik Allah, tak sembahyang pun Allah, minum arak pun Allah. Jadi perkataan-perkataan begini, boleh kita bercakap. Benar.... Tetapi benarnya itu hanya sekadar 2 persen sahaja. Markah 2 persen yang di bagi itu hanya diatas percakapannya saja.

Itu makanya barang siapa sahabat-sahabat yang ingin bercakap perkataan ilmu semua Allah... Boleh! Boleh bercakap sebegitu, tetapi markahnya hanya 2 persen sahaja. 2 persen markah itu hanya diatas percakapannya sahaja. Diatas suara yang keluar daripada mulutnya sahaja. Persoalanya di sini, yang bercakap semua Allah, semua allah itu mana yang selebihnya 98 persen lagi... Mana... Nilaian 98 persen itu marilah kita lihat, marilah kita ukur dalam kehidupan seharian orang yang bercakap itu.

Barang siapa yang bercakap semua Allah, Aku Allah, itu Allah, ini Allah mari kita sama-sama lihat keperibadiannya. Apakah mulutnya sama dengan hatinya, apakah mulutnya sama dengan perbuatan sehariannya, afaalnya... baik... Boleh kita bercakap itu Allah, ini Allah, mencuri Allah, merompak Allah, merogol Allah... boleh... Tetapi dengan syarat. Mari kita lihat tiga perkara.

Pertama apakah dia itu bersifat, berperangai sebagaimana sifat dan perangainya budak yang belum akil baligh, apakah sebagaimana orang gila yang hilang akal dan apakah sebagaimana orang yang sudah mati. Mari kita lihat contoh apakah dia berperangai sebagaimana kanak-kanak yang belum akil baligh? Cuba lihat, apakah orang yang bercakap semua Allah itu masih sayang akan duit wang ringgitnya. Kalau dia masih sayang, masih berkira-kira dengan wang ringgit... bermakna percakapannya itu belum betul itu...

Cuba kita lihat kanak-kanak.... Biarpun tidak ada duit, biarpun kanan-kanak tidak ada duit dia tidak mengeluh dan jikalau pun dia ada duit, dia bahagi-bahagi kepada kawan-kawannya, duit syilling itu ditabur-tabur kepada kawan-kawannya. Ini sikap orang yang mati, orang yang hilang akal, inilah sikap kanak-kanak. Sikap orang yang bercakap semua Allah itu mesti bersikap begini, tidak sayangkan wang ringgit baru kita boleh bercakap semua Allah.

Tengok kanak-kanak, ada makan pun tak apa, tak ada makan pun tak apa. Tak selimut masa kesejukkan pun tak apa, dicucuh dengan api rokok pun tak pandai melawan, dipukul didera pun tidak pandai melawan. Apakah orang yang bercakap semua Allah sedemikian... Ukurlah ye...

Cakap semua orang boleh bercakap itu Allah, ini Allah, aku Allah, mencuri Allah tetapi kenyataannya... Apakah kita sudah bersikap sebagaimana budak yang belum akil baligh.

Orang yang hanya tau bercakap itu hanyalah ye rrang yang hanya tau bercakap itu kalaulah boleh diberi markah hanya 2 persen sahaja. Mana yang 98 persen lagi. Yang 98 persen lagi tengok, lihat, tilik dan perhatikan sikap peribadinya. Apakah dia pemurah, apakah dia selalu bersedekah...

Yang bercakap semua Allah itu Allah tetapi didapati kedekut, bakhil... Kerjanya mengumpat orang, kerjanya tau membohong, menipu sana-sini. Kerjanya minum arak... Apakah itu orang yang semua Allah. Orang yang semua Allah ini seharusnya ada lima sikapnya. Orang yang semua Allah ini sepatutnya pertama jujur, kedua redha, ketiga sabar, keempat ikhlas dan kelima tawakal.

Jujur, redha, sabar, ikhlas dan tawakal ini hendaklah sebagaimana jujur, redha, sabar, ikhlas dan tawakal kanak-kanak yang belum akil baligh, sebagaimana orang yang hilang akal dan sebagaimana orang mati. Tengok kanak-kanak, tengok orang gila dan tengok orang mati. Kalau kita pijak, kalau kita tendang, kita cucuh api rokok apa mereka ada melawan, ada mereka marah kembali kepada kita. Tapi cuba lihat kita... Bagaimana kalau orang tampar kita, bagaimana kalau orang caci hamun kita,

Ukurlah... jangan bercakap sembarangan jika belum sampai, belum putus ilmunya melainkan kebanyakkan kita ini hanya tau bercakap saja. Mari kita ukur lagi orang yang bercakap semua Allah itu lihat semasa dia makan di restoran, ada orang thailand yang menjual keropok menjaja meja ke meja. Orang yang tau bercakap semua Allah itu kalau pun tidak beli keropok itu, apakah dia pernah hulur dua ringgit, apakah pernah diajak orang yang jual keropok itu minum secawan kopi...

Kata semua Allah... Tengok orang yang bercakap semua Allah itu, makan direstoran dengan lauk-pauknya, tetapi kucing yang mengiau-ngiau dibawah meja, ada dia pandang... ada dia hulur secebis lauk... Tengok orang yang bercakap semua Allah itu, ada ke tidak dia belanja sahabat-sahabatnya makan-minum. Hari ini kawan dia belanja, esok kawan dia belanja lusa baru ganti kawan dia pulak belanja... Bila yang dia nak belanja. Bercakap semua Allah tetapi masih sayang kepada duit, masih berkira-kira kepada duit. Apakah ini orang yang bercakap semua Allah.

Apakah masa kita makan di restoran dengan lauk pauk dengan anak isteri, kita ingat kepada ibu bapa dikampung... Cuba... Cakap semua orang boleh bercakap, bukan kena bayar pun nak bercakap ini, tetapi percakapan itu hanya 2 persen sahaja, mana yang 98 persen lagi...

Contoh kedua. Apakah yang orang bercakap semua Allah itu... Macamana perangainya, sikapnya terhadap gurunya. Apakah dia pernah memanggil gurunya untuk belanja minum kopi secawan. Apakah dia pernah hadiahkan satu ketayap, satu kopiah kepada gurunya, apakah dia pernah menghadiahkan satu biji tasbih kepada gurunya... Bercakap semua Allah...

Yang ketiga cuba tengok sahabat-sahabat yang bercakap semua Allah itu, apakah pernah dia melawat sahabatnya yang sakit terlantar dihospital, saudara-saudaranya terlantar dihospital. Sahabat-sahabatnya meninggal dunia pun saya melihat tidak ramai yang datang. Bercakap semua Allah. Tetapi semasa saya menghadiri pengkebumian sahabat-sahabat... Mana mereka-mereka yang bercakap semua Allah itu.

Itu makanya bercakap, semua orang boleh bercakap... Kenyataannya... Yang bercakap semua Alllah itu berjalan pasar malam dengan isterinya, dia tinggal isterinya 6 kilometer. Orang yang semua Allah ini seharusnya berkasih sayang. Pegang tangan isterinya... Tetapi kalau pergi pasar malam itu, berjalannya ditinggalkan isterinya sejauh 6 kilometer... Apakah itu orang yang semua Allah.

Usah nak kata bagi makan kucing, ditendang ada... Baca surat khabar di restoran daripada mukasurat satu di tinggalnya mukasurat 17. Masuk dalam toilet, dia tidak bersihkan toilet, dia keluar begitu saja. Tengok orang yang bercakap semua Allah itu buang puntung rokok merata-rata. Cuba perhatikan, bercakap semua Allah tetapi hisap rokok puntungnya dibuang merata-rata.
Inikah sikap orang yang bercakap semua Allah.

Jadi saya ingin menyeru kepada muslimin-muslimat yang dirahmati Allah, jangan sebarangan bercakap jika belum putus... Jikalau masih mengeluh datangnya kerugian, masih mengeluh datangnya kemiskinan, masih mengeluh datangnya kesakitan maka itu orang yang percakapannya hanya sekadar bercakap.

Marilah pada hari ini saya menyeru kepada sekelian muslimin-muslimat yang dirahmati Allah, bercakaplah sebagaimana hati. Memang zahir tidak boleh menggambarkan batin, sesungguhnya batin boleh menggambarkan zahir.

Wassalamualaikum warohmatullah hi wabarokatuh

Aminn daripada Ayahda HAji SHAARI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.