Pages

Rabu, 22 Jun 2016

KAITAN ANDA DGN ALLAH.

KAITAN ANDA DGN ALLAH.

Jadi yang ditumpukan didalam Pengajan Hakikat ialah kaitan antara Rahsia Allah dan Diri itu. Juga digali dari Ayat Ayat Al-Quran berkaitan penjelasan Allah berkait perkara perkara yang dinyatakan diatas yaitu hubungan antara Diri dan Rahsia Allah dan juga apakah yang dikatakan Amanah Allah didalam diri manusia itu.

Yang demikian TUMPUAN ILMU HAKIKAT dalam usaha MENGENAL ALLAH ialah dengan MENGENAL DIRI HAKIKI manusia itu. Jika pengajian ilmu berkaitan hal ini dilakukan maka TAHUlah manusia itu tentang apa yang dikatakan DIRInya itu. Akan tetapi tahu atau pengetahuan tentangnya belum pasti telah dapat membuatkan sesaorang itu Mengenal akan Dirinya lantas pula Mengenal akan Allah Tuhannya. Ini adalah kerana sifat ilmu itu, hanyalah memberi pengetahuan. Jadi manusia yang berilmu HANYA TAHU belum lagi MENGENAL dalam ertikata mengenal yang sebenar-benarnya.

Inilah yang membingung dan merungsingkan pelajar pelajar Ilmu Hakikat termasuk penulis yaitu pengertian sebenar KENAL dan kehendak yang mendesak-desak untuk BERTEMU DIRI seterusnya SENTIASA BERSAMA DIRI. Bagaimanakah cara atau jalannya sesaorang itu setelah Mengenal diri dari segi pengetahuan dapat pula BERTEMU dengan Diri itu dalam ertikata betul betul BERTEMU yaitu BERJUMPA ?

Tidaklah ramai antara pelajar pelajar Ilmu Hakikat yang berjaya SAMPAI KETAHAP ini. Ini adalah kerana perkara ini terlalu SENI dan RAHSIA, seperti kata Imam Al-Ghazali " Tumpukan Debu" . ianya harus dicari dalam tumpukan debu. Apakah yang dikatakan Tumpukan Debu itu ?

Teruslah mencari dan mencari. Carilah jawapannya pada Diri anda, pada Al-Quran anda dan pada Al-Furqan anda. Jika tidak dapat juga maka berhentilah mencari . Terimalah Ketetapan Allah. Anda bukan orang yang dipilihnya untuk mendapat Rezeki Yang Tidak Terhitung-Hitung banyaknya itu !!!!.

Yang pasti ialah anda tidak akan dapat bertemu DIRI anda dalam Ilmu, malah ilmu itu menjadi HIJABNYA. Jadi pada tahap tahap tertentu maka wajiblah anda BERHENTI MENCARI ILMU dan bertumpu pula MENCARI DIRI didalam Jasad anda dengan pandangan BATIN atau dengan AMALAN BATIN. Amalan diluar tidak berupaya sampai kematlamat ini. Percayalah.

PAK HABIB SYED PADZIL BARAKBAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.