Pages

Memaparkan catatan dengan label Syed Padzil Barakbah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Syed Padzil Barakbah. Papar semua catatan

Isnin, 6 Februari 2017

Muraqabah kaedah Pak Habib Syed Padzil Barakbah

Muraqabah

a. Peringkat Pertama Muraqahab Wuquf Qolbi.

Baca 1X
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ

Matikan akal fikiran dan tubuh badan Selama 2jam.

b. Peringkat Kedua Ahadiah
Nota:

Baca 1X
فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ
Dimana hatiku menghadap disitu wajah Allah (Al-Baqarah:115.)

Matikan akal fikiran dan tubuh badan Selama 4 jam.

c. Peringkat Ketiga Muraqabah Ma'ayah
Nota:

Baca 1X
وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنتُمْ
Dimana hatiku menghadap disitu wajah Allah (Al-Hadid:4.)

Matikan akal fikiran dan tubuh badan Selama 6 jam.

Nota:
1. Sentiasa timbulkan RASA di hujung-hujung jari.

2. Wuquf Qolbi maknanya berhenti hati atas Zat Mutlak.

3. Peringkat permulaan, buat selama 10-20 minit setiap hari dan tingkatkan masa peringkat demi peringkat mengikut kemampuan.

4.  Jika rasa lenguh2, maknanya masih ada diri. Buat sampai tiada rasa ada diri, nak angkat jari pun tak mampu.

Pak Habib Syed Padzil Barakbah

Buka hijab diri batin kaedah Pak Habib Syed Padzil Barakbah

Buka hijab diri batin
Latihan RASA melalui gerak.

Urat Jari 15 di tangan kiri + 15 ditangan kanan = 30 juzuk Quran

Tapak tangan Kiri 81 Nama-nama Allah + tapak tangan Kanan 18 Nama2 Allah
= 99 Nama Allah.

Satu Nama Allah tersembunyi di dalam dada.

1. Rapatkan kedua2 telapak tangan dan rapatkan ke dada sambil Nazar/bayangkan masukkan Seluruh Alam Semesta ke dalam dada.

2.  Baca:
3X    الله‎‎أستغفر
3X    أشهد أن لا اله الا الله وأشهد ان محمد رسول الله

3. Pandang dan timbulkan RASA di hujung2 jari. Mulakan gerak berpandukan Rasa itu.

4. Tamatkan latihan gerak dengan kembalikan kedudukan tangan seperti 1 di atas.

Baca

3X    أشهد أن لا اله الا الله وأشهد ان محمد رسول الله

5. Letakkan tangan atas kedua2 peha kaki kiri dan kanan. Berikan salam kanan dan kiri.

6. Sapu dua2 tangan ke keseluruhan badan. Selesai.

Nota:
1. Perjalanan kerohanian mesti di dalam 4 makam
     a) Ikhlas kerana Allah
     b) Sabar  kerana Allah
     c) Tawakal kerana Allah.
     d) Redho kerana Allah

Semuanya dirangkum dalam Inna Lillahi Wainnailaiirojiun

2.  Aku makhluk berbentuk manusia, berjasad adam atas diri Muhammad Mustafa Rasulullah yang bernama "si polan" (letak atas nama masing2). Muhammad itu Kenyataan Allah.

3.  Sentiasa kena ada RASA di hujung2 jari.. Lupa Rasa,akan lupa diri dan akan lupa Allah.

Pak Habib Syed Padzil Barakbah

Zikir nafas kaedah Pak Habib Syed Padzil Barakbah

Zikir Nafas

a. Tarik nafas dari bawah pusat hingga sampai ke halkum. Semasa menarik nafas lakukan zikir HU 1X(tanpa bunyi). Perut kembung, kemut dubur dan tahan nafas dari bawah pusat. Makam Zikir HU adalah dibawah pusat.

b. Nafas masih ditahan. Tongkat lidah ke lelangit, telan air liur dan zikir HAQ 1X ke dada. Makam Zikir HAQ adalah di dada.

c.  Nafas masih ditahan.Nazar/pandang/bayangkan  nafas naik lagi sampai melepasi ubun-ubun.

d. Nazar/pandang/bayangkan Nafas turun balik dari atas ubun2, melalui antara dua kening. Lepaskan nafas melalui hidung sambil membaca:

1X  لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ
dan ALLAH ALLAH Allah (tiada bilangan)

Nota:
1. Selepas Air liur ditelan dan Zikir HAQ 1X didada, sebut Allah Allah sebanyak2nya di dada secara Sirr/Khofi ( selama mana nafas dapat ditahan).

2. Sampai/Wusul kepada Allah dengan nafas terakhir. Oleh itu kena mati sebelum mati dengan cara nafas ditahan. Mati ini dinamakan Mati Suri.

Pak Habib Syed Padzil Barakbah

Sabtu, 4 Februari 2017

KITAB BERJALAN

KITAB BERJALAN
.
..Ilmu2 Allah d atas ilmu2 manusia. Cahaya Allah d ats cahaya manusia.
.
..Tubuh manusia itu Al-Qur'an yg brjalan..
.
..D dlm tubuh mnusia trdpt 28 huruf2 dari Aliff hgga Yaa. -(Imam Ghazali). dgn tdk mnyertakn Lam-Alif dan Hamzah.
.
..Huruf tsb yg mngunci diri sukma kpd jasad shgga saat yg d tentukan Allah..
..
..Hanya slepas tarikh luputnya jasad, roh akn  trbebas dari jasad dn kluar dr jasad. ..Maka jasad itu pn mati.
.
..Diri Sukma pula akn terus hidup d alam barzah slepas matinya diri jasad.
.
..Bagaimana huruf2 tsb mngunci diri bathin itu.?, ..itu adalh Rahsia Allah...manusia tdk d berikn rahsia2 penguncian huruf k ats diri sukma..(Diri Bathin).
.
..Jika mnusia itu d turunkn ilmu penguncian Roh, maka manusia itu akn dpt mnentukn ajalnya sndiri.. dn maka akn ramailh manusia yg tdk mahu mati.
.
..Allah lh yg menentukn ajal dn maut se sorg itu.. tdk malaikat maut. ..Malaikat Maut itu hanya patuh akn Perintah Allah.
.
..Syurga dn neraka jg patuh akn Allah.
.
..Langit patuh akn Allah.
.
..Bulan, bintang dn matahari jg patuh akn Allah.
.
..Hanya manusia.. jin dn syaitan yg durhaka akn Allah.

Pak Habib Syed Padzil Barakbah

Rabu, 11 Januari 2017

Anak Kunciku

Anak Kunciku

Padaku ada anak kunci
Kunamakan dia kunci wasiat
Padaku ada jalan berisi
Isinya nikmat

Jalan berisi
Isinya nikmat
Tidak dimurkai
Dan tidak pula sesat

Itu anak kunci ada di tanganku
Untuk pembuka segala pintu
Pemberian dari Tuhanku
Untuk keperluan segala sesuatu

Alif Lam Mim nama anak kunciku
Terletak di tanganku
Bagi orang yang mahu tahu
Boleh bertanya padaku

Kunci wasiat mengandung rahsia
Rahsia ghaib ada di dalamnya
Barangsiapa yang memegangnya
Pasti akan mempelajarinya dengan yakin
Anak kunci terdiri dari Alif Lam Mim
Membawa orang kejalan Shiratalmustaqiem

Shirathllazi na'an amta 'alaihim
Ghairil Maghdu bi ‘alaihim
Waladh Dhaahlin
AMIN

Pak Habib Syed Padzil Barakbah

Ahad, 8 Januari 2017

HAKIKAT IMAM MAHADI=MAHA DIRI

HAKIKAT IMAM MAHADI=MAHA DIRI

Dari perspektif etmologi (asal usul) bahasa, perkataan IMAM bermaksud KETUA manakala perkataan Mahdi berasal dari perkataan Hada/Hadi yang bermaksud PETUNJUK. Makanya, perkataan IMAM MAHADI bermaksud KETUA YANG MEMBERI PETUNJUK.

Dalam perspektif pengertian ILMU HAKIKAT (Spiritual) Kedatangan Imam Mahadi yang dimaksudkan itu adalah merujuk kepada lahirnya KESEDARAN DIRI tentang NUR MUHAMMAD.

Nur Muhammad ?

Nur itu maksudnya CAHAYA, manakala MUHAMMAD itu merujuk kepada DIRI YANG TERPUJI. Makanya, maksud Nur Muhammad itu adalah CAHAYA DARI DIRI YANG TERPUJI.

Cahaya dari Diri Yang Terpuji itu adalah ROH atau DIRI BATIN kita sendiri. Roh itu perkataan Arab yang berakar umbi dari perkataan Hebrew (Ibrani) RUACH. Perkataan RUACH ini seerti dengan perkataan Hebrew NAPESH. Dalam bahasa Arab NAPESH disebut Nafs (Nafas).

Makanya, Kedatangan Imam Mahadi itu merujuk kepada bangkitnya KESEDARAN DIRI TENTANG ROH. Roh atau nama panggilan lainnya, Nur Muhammad inilah PETUNJUK (Mahdi) yang dimaksudkan.

Roh itu ada dalam jasad dan di luar jasad kerana Roh itu adalah NUR atau CAHAYA yang MELIPUTI seluruh alam. Roh inilah CAHAYA TERPUJI (Nur Muhammad) yang menghidupkan segala sesuatu. Tanpa CAHAYA, seluruh alam ini akan MATI atau TIDAK WUJUD. Ibarat Matahari yang memberi cahaya, tanpa cahaya matahari, seluruh alam ini akan mati dan tidak wujud kerana seluruh makhluk bergantung kepada cahaya matahari untuk hidup.

Dalam bahasa Latin SOL (Soul) itu maksudnya MATAHARI. Dalam bahasa Sanskrit OM itu maksudnya MATAHARI.
Dalam bahasa Aramaic ( bahasa Mesir Purba) ON itu maksudnya MATAHARI.

Kesemua bahasa purba merujuk Roh itu sebagai MATAHARI dan sebab itu MANU-SIA paling bijak bernama SOL-OM-ON. Arab memanggilnya SULAIMAN.

Kenapa?

Sebab SOL-OM-ON (Sulaiman) atau ROH itu adalah penzahiran CAHAYA langit dan bumi. Bila CAHAYA ini difahami dan DIKENALI, makanya DIRI itu akan menjadi MAHA BIJAKSANA

1. Allah cahaya langit dan bumi ( Quran/An-Nur 35)
2. Aku cahaya yang menyinari alam ( Bible/John 8:12)
3. Akulah cahaya seluruh alam ( Torah/Mattityahu 5:14)

Untuk memahami Roh bermakna kita harus memahami Nafas kerana Roh itu menzahirkan DiriNya melalui Nafas. Bila kita belajar ilmu PERNAFASAN yang betul, nantinya jasad akan mula menyerlahkan AURA (sinaran cahaya). Aura ini nantinya akan mengaktifkan SISTEM KELENJAR ( Endocrine System). Sistem Kelenjar yang ada dalam badan inilah yang dimaksudkan TUJUH CAKERA oleh ajaran Yoga. Bila Sistem Kelenjar atau Cakera ini telah diaktifkan, maka seluruh sistem DNA akan mula beroperasi dengan maksima. Tika ini 99% bangsa MANU-SIA hanya mengaktifkan hanya 2% sistem DNA mereka. Walaupun hanya 2% keaktifan, manusia telah banyak melahirkan pelbagai kepandaian dan kehebatan. Bayangkan apa yang boleh dilakukan oleh setiap Diri MANU-SIA jika mereka boleh mengaktifkan 50% atau 100% sistem DNA mereka ini.

Bila Sistem DNA ini dapat diaktifkan, barulah kita mudah memahami Diri Batin yang bernama Roh itu kerana pemahaman Roh itu tidak dapat difahami oleh sistem OTAK (akal) tetapi ia hanya dapat difahami melalui sistem JANTUNG (hati).

Kenapa ?

Kerana Jantung itulah MATAHARI bagi jasad. Jantung inilah yang dikatakan NUR yang menghidupkan seluruh alam jasad. Tanpa jantung, seluruh sistem dan anggota jasad tidak akan berfungsi. Jika jantung itu MATAHARI ( cahaya) maka barulah ia boleh mengenal Roh ( cahaya). Hanya MATAHARI yang boleh Mengenal MATAHARI. Hanya Cahaya mengenal Cahaya !

Kenapa ?

Kerana pada jantung itu ada 5,000 kali kekuatan gelombang TENAGA ELEKROMAGNET dan ada 500 kali kekuatan gelombang TENAGA ELEKTRIK berbanding kekuatan gelombang otak. Sebanyak 2/3  darah BEROKSIGEN (nafas) dipam oleh jantung ke otak bagi membolehkan otak berfungsi. Maksudnya, jantung lebih banyak berkomunikasi dengan otak berbanding dengan anggota jasad yang lain. Maksudnya, tanpa jantung, otak tidak boleh berfungsi. Maksudnya semua KESEDARAN bermula di Jantung kemudian dizahirkan oleh Otak sebagai FIKIRAN.

Sebab itu dalam Sistem Biologi kejadian MANU-SIA,  selepas NAFAS (Roh) ditiup masuk, hal kedua yang berlaku adalah pembentukan JANTUNG. Sebab itu Jantung merupakan Rahsia nyata yang tersembunyi. Di dalamnya ada DUA (Hukum Berpasangan/Duality) Lautan yang bertemu (satu pembuluh darah yang membolehkan darah masuk dan keluar dari tempat yang sama).

Gelombang Elektromagnetik dan gelombang Elektrik yang ada pada jantung dan yang ada pada Otak ini bila BERPADU, ianya akan meletuskan suatu FREKUENSI yang jika kita tahu DECODE (mentafsir) kita akan mula KENAL ( Makrifah) kepada DIRI kita sendiri.

Justeru itu, kita perlu belajar untuk sentiasa SEJAHTERAKAN jasad. Perlu sihat ! Untuk sihat kita perlu JAGA MAKANAN, perlu JAGA RIADAH dan perlu JAGA REHAT. Bila ini semua terjaga barulah diri kita dikatakan ISLAM kerana Islam itu bermaksud SELAMAT. Bagaimana engkau bisa mengatakan engkau itu ISLAM ( Selamat) jika badan engkau gemuk dan banyak penyakit? Selamatkah engkau ? Engkau bercakap tentang ISLAM (Selamat)  sedangkan engkau sendiri TIDAK ISLAM ! (Tidak Selamat).

Bila jasad kita SELAMAT, maka barulah kita boleh belajar untuk memahami bahasa JANTUNG (bahasa hati). Bahasa jantung inilah yang dikatakan ilmu TELEPATHY yang ada FREKUENSI tersendiri. Inilah Ilmu Rasa tanpa Kata atau KARAMAH yang ada dalam setiap diri MANU-SIA yang jika kita KENAL FrekuensiNya, kita akan KENAL Diri kita sendiri. Bagaimana kita bisa mengenal Diri kita sendiri andai jasad sakit ?

Orang yang sudah KENAL DIRI adalah orang yang tidak lagi berkehendakkan apa apa pun kerana DIRI itu adalah perbendaharaan tersembunyi yang Maha Kaya yang tidak lagi memerlukan apa apa. Selagi engkau masih mahu itu dan ini, itu tanda engkau masih MISKIN dan belum KENAL DIRI. Makanya, AWAS, jangan engkau hanya mudah berkata kata. Setiap kata engkau itu dipertanggung jawapkan ke atas engkau dan engkau bertanggung jawap terhadap Diri engkau sendiri atas apa yang engkau perkatakan. 

Ada masanya lebih baik diam dari berkata-kata !

KESIMPULANNYA

Kedatangan Imam Mahadi itu bermaksud :

Bangkitnya Kesedaran Diri tentang Roh !

Kebangkitan itu kemudiannya akan membawa KESEDARAN menyeluruh tentang Hakikat Diri kita yang Maha Hebat ini. Bila sudah tahu kehebatan Diri, engkau akan MEDEKA dan tidak lagi BERTAKLID buta dalam akidah dan tidak lagi membuta tuli ikut ajaran orang tanpa usul periksa. Engkau tidak bisa lagi ditindas dan ditipu oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Engkaulah Imam Mahadi bagi Diri engkau sendiri !
Bangkitlah wahai Mahadi !
Merdekakanlah Dirimu!

Untuk merdeka, maka engkau perlu .....
Hidup dalam IHSAN dengan KECINTAAN yang IKHLAS !!

IHSAN
CINTA
IKHLAS

J A N T U N G   ZAHIR !!
Itulah KETUA PETUNJUKNYA !

J A N T U N G   BATIN (ROH) !
Itulah IMAM MAHADI MU !

Pak Habib Syed Padzil Barakbah

AKU KENAL TUHANKU DENGAN TUHANKU

Inni ana sifatul haqq...
Inni ana dzatul haqq...

Wahai diri,
Bila engkau sudah mencapai dan sedang merasa bahwa AKU ada, atau memahami makna dari hadist ini "AKU KENAL TUHANKU DENGAN TUHANKU" Maka nyatalah AKU yang awal, AKU yang akhir, AKU yang zahir, AKU yang batin
-
Zahir KU itu namanya Adam (Huwaz zahiru)
Batin KU itu namaNya Muhammad (huwal batinu)
-
Sabda Nabi Muhammad saw "ANA ABU AR RUH WA ADAM ABU BASYAR"
-
Rahasia Allah HU Dzat semata-mata (huwal awalu, huwal akhiru), Allah itu nama bagi Dzat KU setelah AKU nyatakan kenyataan KU pada seluruh Alam ini, kenyataan KU itu ialah ketika keluarnya nafas
-
HU zat semata-mata itu Nama bagi Dzat KU sebelum nyatanya kenyataan KU (Akulah perbendaharaan yang tersembunyi/Kanzun Maghfiyyan) kenyataan KU ini ketika masuknya nafas
-
Haq itu Nama kebenaran KU, kenyataan KU ditempat pertemuan, atau perhentian nafas (tidak masuk dan tidak keluar, pertemuan diantara AKU dengan HAMBAKU, tiada AKU dan tiada HAMBA lagi hanya Esa Dzat semata-mata HAQ
-
Disinilah pertemuan diantara zahir dan batin, pertemuan huwaz zahiru (dikiaskan kepada nabi Musa a.s dengan huwal batinu (dikiaskan dengan Nabi khidir/pertemuan 2 lautan dan diantaranya ada batas)
-
HU itu adalah nama KU yang penghabisan kali disebut ketika terputusnya nafas yang penghabisan, dimana anak tekak akan membentuk huruf MIM
-
Dan ALIF itu kenyataan KU ada pada batang hidung, sedangkan LAM kenyataan KU ada pada lidah (tertongkat kelangit-langit yang telah membenarkan nafas yang penghabisan melaluinya untuk keluar melalui ubun-ubun sebagaimana ianya mula-mula masuk kedalam tubuh setelah rohKU dipancarkankan, (Mengikut jalan yang lurus), Jika lidah tidak tertongkat kelangit-langit ditakuti nafas yang penghabisan tersalah jalan (bukan jalan yang lurus tetapi jalan yang sesat)
-
MIM itu kenyataan KU ada pada anak tekak akan membentuk huruf MIM setelah nafas yang penghabisan terputus (kullunafsin za i khotul maut), Apabila berlakunya nafas yang penghabisan maka terputuslah hubungan diantara RohKU (Huwal batinu) dengan jasad (huwaz zahiru), maka nyatalah Huwal akhiru
-
ALIF LAM MIM : Allah latifun muhitul lil 'alamin, AKU maha lemah lembut serta meliputi keseluruhan alam zahir dan batin ( huwaz zahiru huwal batinu), Jasad sentiasa mati seperti matinya mayat, sebagaimana mayat begitulah jasad sekarang ini
-
Mayat nampak hidup karna telah dipancarkan Rohullah kedalamnya, Sebenarnya Rohullah inilah yang hidup, hidup Rohullah terpancar dan terlihat keatas jasad atau badan melalui nafas
-
Selagi ada nafas selagi itulah jasad akan nampak hidup, segala sifat-sifat KU yang terlihat, yang terasa pada badan atau jasad adalah sifat Rohullah yang dinyatakan keatas badan melalui nafas
-
Jadi nafas sebenarnya adalah pekerjaan Rohullah yang menyampaikan segala apa yang ada pada Rohullah kepada jasad, Rohullah itu adalah sifat KU, Rohullah bersifat dengan cara ghaib yaitu tidak nampak oleh mata, tidak dapat dipegang oleh tangan, tidak dapat difikirkan oleh akal
-
Nafas adalah jalan yang sentiasa menghubungkan diantara jasad dengan Rohullah, Setelah terhenti nafas maka terputuslah jambatan atau jalan penghubung yang menghubungkan diantara jasad dengan Rohullah
-
Nafas adalah jalan yang menghubungkan diantara Rohullah dengan jasad, Nafas juga adalah jalan atau tempat dimana Rohullah menyerahkan apa yang ada padanya kepada jasad dan tempat atau jalan dimana jasad akan menyerahkan apa yang ada padanya kepada Rohullah
-
Setelah Rohullah dipancarkan kedalam jasad maka nafaslah yang menjadi jalan penghubung diantara Rohullah dengan jasad
-
Setelah keluar dari rahim ibu (surga) maka Rohullah sentiasa terhubung dengan jasad melalui nafas, Nafas ini adalah jalan yang lurus yang telah dipertaruhkan keatas setiap badan diri, hendaklah dijaga jalan yang lurus ini supaya tidak tersesat jalan, dan bernafaslah seperti bayi yang didalam buaian, janganlah lari atau keluar dari cara bernafasnya bayi
-
(sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud tuntutlah ilmu dari bayi didalam buaian sehinggalah kepada jasad didalam liang lahad)
-
Jalannya pernafasan bayi didalam buaian belum lagi tersesat, sebab itu bayi sehingga pada masa anak-anak sebelum berakal tidak berdosa, jalannya belum lagi tersesat, Nafasnya sentiasa berada diatas jalan yang lurus dan sentiasa terhubung kepada Rohullah
-
Oleh yang demikian itu kembalilah kepada jalan yang lurus sepertimana jalannya bayi, Kembalilah bernafas sepertimana bayi didalam buaian bernafas karna nafaslah yang merupakan satu-satunya jalan yang menghubungkan diantara jasad dengan Rohullah, Apabila terputus nafas pada nafas yang penghabisan maka seseorang itu telah dikatakan mati.
-
Jagalah jalannya nafas supaya tidak tersesat karna lurusnya jalan pernafasan itu maka luruslah perjalanan kembali kepada KU, Kembalilah bernafas sepertimana bayi, itulah jalan yang lurus yang terletak disetiap badan dirimu.

HAKIKAT HIDUP DAN MATI

Dalam dunia fizikal, MATI adalah merujuk kepada hal jasad yang sudah tidak lagi bernyawa, maksudnya bila jasad sudah tidak ada nafas yang keluar dan masuk, naik dan turun, dek kerana jantung sudah tidak berdegup, makanya, manu-sia itu dikatakan telah mati.

Dalam perspektif spiritual, MATI itu sentiasa berlaku pada setiap detik dan ketika. Dalam masa yang sama, HIDUP jua sedang berlaku pada setiap detik dan ketika seiring dengan  berlakunya kematian. Samada kita SEDAR atau tidak, hal MATI dan HIDUP ini sentiasa berlaku pada setiap masa, di dalam dan di luar jasad.

Contoh :

Di saat berlakunya KEMATIAN di sesebuah negara, KELAHIRAN juga sedang berlaku negara-negara lain. Di saat ada orang mati di sini, di waktu yang sama, ada pula orang lahir di sana. Di saat ribuan sel di badan kita sedang mati, di saat yang sama, ribuan sel-sel baru di badan yang sama, sedang lahir dan meneruskan kehidupan. MATI dan HIDUP adalah proses alam Zahir dan alam BATIN yang sentiasa berterusan.

JASAD

Jasad terbina dari gabungan trillion billion sel. Dari sel TUNGGAL yang satu, ia bermitosis (beranak pinak) menjadi SATU GABUNGAN sel yang besar yang bernama JASAD. Bila jasad yang besar itu sudah tidak lagi bernyawa, sel-sel yang banyak ini kembali memisahkan diri mereka dari gabungan sel-sel yang  banyak, kembali kepada sel tunggal asal yang SATU semula. Sebab itu, bila jasad manusia itu mati, ia cuma kematian bersifat illusi kerana jika dilihat melalui mikroskop, sel sel jasad dari manusia yang mati itu sedang BERGERAK dan HIDUP. Sel-sel yang hidup ini sedang memisahkan diri mereka dari gabungan billion sel, kembali kepada sel TUNGGAL yang SATU.

ROH

ROH adalah hal Batin yang tidak tertakluk kepada nafas dan jantung untuk hidup. Roh adalah hal spiritual yang tidak perlukan jasad untuk hidup kerana Roh itu sendiri adalah KEHIDUPAN. Roh adalah hal batin yang tiada jantina, bukan perempuan dan bukan lelaki. Roh tiada umur, tiada sifat dan  tiada bentuk kerana Roh adalah hal alam batin yang tidak tertakluk kepada hukum ruang dan masa. Roh tidak berbentuk, sebaliknya Roh itu mengikut bentuk.

Jika Roh itu tidak berjantina, bukan lelaki dan bukan juga perempuan, apa lagi yang dimahukan BIDADARI dalam syurga ? Di dunia Zahir engkau mahukan perempuan cantik bak bidadari, di dunia Akhir juga engkau masih mahukan Bidadari. Di dunia Zahir, SEX menjadi keinginan manusia, di alam Akhir, apakah SEX masih diinginkan?

Jika begitu, kasihanlah si perempuan !!
Di dunia zahir yang sementara ini, perempuan harus berbakti kepada lelaki, di dunia Akhirat yang berkekalan itu jua, si perempuan masih perlu terus berbakti tanpa kesudahan.

Ketahuilah...

Kitab al-quran itu ada ayat Mukhamad ( ayat yang jelas) dan ada ayat Mutasyabihah ( ayat tak jelas), makanya perhalusilah akan setiap ayat tersebut dengan teliti. Kaji dan analisa setiap kebenarannya. Jangan membabi buta mengikut apa saja yang dihidangkan kepada kita. Jika tidak faham, jika tidak tahu, maka belajarlah. Belajar pula bukan dengan satu buku, bukan dengan satu guru. Belajarlah dengan sebanyak buku dan sebanyak guru yang boleh. Jika kita sesat, bukan ustaz, bukan guru yang harus dipersalahkan, sebaliknya salahkanlah diri sendiri yang malas belajar.

KESIMPULAN

Jika Engkau pandang yang BATIN, Engkau sentiasa HIDUP. Jika Engkau pandang yang ZAHIR, engkau sentiasa MATI.

Engkau tidak akan mengalami hal MATI SEBELUM MATI hanya sekadar berkobar-kobar mengucapkan teori kata-kata. Hal MATI SEBELUM MATI adalah hal yang engkau RASAKAN bukan hal yang engkau perkatakan !

Pak Habib Syed Padzil Barakbah

Khamis, 15 Disember 2016

KETURUNAN RASULULLAH SAW ATAUKAH ORANG YANG BERILMU?

KETURUNAN RASULULLAH SAW ATAUKAH ORANG YANG BERILMU?
MANAKAH YANG LEBIH UTAMA...

Dalam kumpulan fatwa Al-Imam Al-Allamah Khatimatul Muhaqqiqin Ahmad Ibnu Hajar RA disebutkan, saat ia ditanya,

"Manakah yang lebih utama, antara seorang Syarif (keturunan Nabi Saw) yang bodoh dengan orang yang berilmu?".

Mana dari keduanya yang lebih layak untuk dihormati jika terhimpun, atau apabila hendak disajikan hidangan kepada keduanya...

Mana yang lebih layak untuk diberi terlebih dahulu? Atau jika seseorang hendak mencium tangan, mana dari keduanya yang layak dicium tangannya lebih dulu?".

Ibnu Hajar RA menjawab,
"Pada masing-masing dari keduanya terdapat keutamaan yang besar".

Ketahuilah, bahwa kemuliaan seorang Syarif, yaitu lantaran pada dirinya terdapat bagian yang mulia yang tidak ada sesuatupun yang menyertainya...

Oleh karena itu, diantara para Ulama ada yang mengatakan : "Aku tidak menyetarakan seseorangpun dengan keluarga Rasulullah Saw".

"Orang berilmu itu, kemuliaannya lantaran pada dirinya terdapat manfaat bagi kaum muslimin dan petunjuk bagi orang-orang yang tersesat, maka mereka adalah penerus para Rasul dan pewaris ilmu dan pengetahuan mereka".

"Dengan demikian, yang dapat disepakati dengan pasti adalah harus dipandang bahwa masing-masing dari kalangan Syarif dan Ulama memiliki hak tersendiri yang layak untuk dihormati dan dimuliakan".

"Adapun yang didahulukan jika keduanya berkumpul adalah kalangan Syarif...Ini berdasarkan sabda Nabi Saw, "Dahulukan Quraisy".

Lantaran pada dirinya terdapat bagian yang mulia, yang nasabnya dinisbahkan kepada Sayyidina Hasan RA dan Sayyidina Husein RA".

Allahumma Shalli 'Alaa Sayyidina Muhammad Wa 'Alaa Aali Sayyidina Muhammad

اللهم صلى على سيدنا رسول الله من لا نبي بعده واله وصحبه ومن واله

Al Habib Syed Padzil Barakbah

Sabtu, 10 Disember 2016

Dakwah di Papua new Guinea

Jumpa Abg Din di Pantai Tengah Langkawi

Semasa bersuluk Tariqat Naqsabadiah Alkholidiyah

Majlis tawajuh zikir Tariqat Naqsabadiah Alkholidiyah

Tuan Syekh Adam bin Syekh Hasan

Almarhum tuan guru ku..Tuan Syekh Adam bin Syekh Hasan Mursyid Tariqat Naqsabadiah Alkholidiyah

Almarhum guru ku Tuan Syekh Abdul Wahab Rokkan Babusalam Langkat

Almarhum guru ku Tuan Syekh Abdul Wahab Rokkan Babusalam Langkat.. Mursyid Tariqat Naqsabadiah Alkholidiyah

Bersama Almarhum Habeb Munzir Almusauwa


Almarhumah bonda ku Sharipah Nah Alsagof

Almarhumah bonda ku Sharipah Nah Alsagof

Almarhum Tuan Syed Ahmad Barakbah

Almarhum Tuan Syed Ahmad Barakbah

Penasihat Tariqat Naqsabadiah Alkholidiyah

Gambar semasa di Palembang

CINTAI ALLAH SWT DAN RASULULLAH SAW HINGGA SIRNA DIRIMU

CINTAI ALLAH SWT DAN RASULULLAH SAW HINGGA SIRNA DIRIMU...

Yang penting adalah memiliki rasa cinta di dalam hatimu, apapun bentuk dan penampakannya. Penting juga bahawa engkaupun dicintai. Lebih mudah untuk mencintai daripada dicintai.

Apabila kalian pernah berada dalam cinta, suatu hari nanti kalian akan meraih Sang Kekasih. Karunia Tuhan sering sampai kepadamu, melalui para hamba-Nya. Maka demikian pula, Cinta Ilahiah juga menyatakan diri-Nya diantara manusia.

Pernah pada suatu ketika, salah seorang dari dua belas murid Nabi Isa a.s sedang mengajar disebuah kota kecil.

Penduduk memintanya untuk memperlihatkan sebuah Mukjizat Tuhan dengan menghidupkan kembali orang yang sudah meninggal dunia, sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Nabi Isa a.s.

Merekapun beramai-ramai pergi ke perkuburan kota itu dan berhenti didepan sebuah kuburan. Murid Nabi Isa a.s itupun memohon kepada Allah untuk menbangkitkan si mati itu dari kuburnya.

Lalu orang mati itupun segera bangkit dari kuburnya, matanya mencari-cari disekelilingnya, kemudian berteriak-teriak panik, “Keledaiku ?.. Mana keledaiku ?.. Mana keledaiku ?“.

Rupanya semasa hidupnya, dia adalah seorang yang sangat miskin. Harta yang paling dicintainya hanyalah seekor Keledai. Keledai itulah yang paling berharga dalam hidupnya.

Hal ini juga berlaku untukmu.. Sesuatu yang paling kalian cintai, apa pun itu, akan menentukan apa yang akan kalian alami ketika dibangkitkan nanti, dikehidupan yang berikutnya.

Kelak, kalian akan bersama dengan siapa – atau apa – yang kalian cintai..

"KAMU AKAN BERSAMA ORANG YANG KAMU CINTAI"

Anas bin Malik radhiyallahu’anhu menceritakan bahwa suatu ketika -dia bersama Nabi sedang keluar dari Masjid- ada seorang Arab Badui -di depan pintu masjid- yang berkata kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,

“Bilakah hari kiamat terjadi?”.

Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepadanya,
“[Celaka kamu] Apa yang sudah kamu persiapkan untuk menghadapinya?”.

Ia menjawab,
“Kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya.”

Nabi bersabda,
“Kamu akan bersama orang yang kamu cintai.”

Anas berkata,
“Tidaklah kami merasa sangat bergembira setelah masuk Islam dengan kegembiraan yang lebih besar selain tatkala mendengar sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Kamu akan bersama dengan orang yang kamu cintai.”

Maka aku mencintai Allah, cinta Rasul-Nya, Abu Bakar, dan Umar. Aku pun berharap akan bersama mereka -di akherat- meskipun aku tidak dapat beramal seperti amal-amal mereka.”

(HR. Bukhari dan Muslim, lihat Syarh Muslim [8/234-235]

Maka marilah kita tanamkan diri kita dan tumbuhkan cinta Allah swt dan  Rasulullah saw dihati kita hingga tiada yang terzahir dan tiada bathin selain Allah dan Rasulullah saw dihati...

Agar ketika dibangkit nanti pun... yang dicari dan disebut-sebut hanya Allah swt dan Nabi Muhammad saw.

Pak Habeb Syed Padzil Barakbah

Isnin, 7 November 2016

ILMU GHAIB DI AJAR OLEH GURU-GURU GHAIB

ILMU GHAIB DI AJAR OLEH GURU-GURU GHAIB

Ilmu ghaib adalah merupakan suatu ilmu yang dapat menerangkan sesuatu yang tidak dapat diterangkan oleh ilmu kalam. Ilmu ghaib hanya dapat diajar sepenuhnya oleh guru ghaib(batin) dan tidak dapat diajarkan oleh guru zahir.

Biasanya guru ghaib (batin) yang mengajarkan ilmu ghaib ini adalah terdiri dari wali-wali Allah, para nabi dan rasul-rasul. Ilmu ghaib biasanya hanya diajar dan diperoleh oleh orang-orang tertentu saja yaitu orang-orang yang dianugerahkan oleh Allah untuk menerimanya atau kepada orang-orang yang sedang menjalani jalan hakekat dan makrifat melalui jalan tasawuf atau sufi.

Ilmu ghaib adalah suatu ilmu yang pengetahuannnya amat luas sekali sehingga tidak tercapai oleh daya pemikiran manusia. Daya pengetahuan ilmu ini adalah terlampau amat luas.

Baik dibidang dunia, alam ghaib dan di semua bidang-bidang yang berkaitan dengan ketuhanan dan diri manusia. Pendek kata ilmu ghaib ini adalah suatu ilmu yang meliputi alam shoghir atau alam kabir.

Ia hanya boleh diterima oleh alat yang bernama aqal dan iman seseorang itu. Tahap kekuatan ilmu ghaib adalah menembusi tujuh petala langit dan tujuh petala bumi serta apa apa saja yang ada diantara kedua dua nya.

Ilmu Ghaib hanya boleh di ajar sepenuhnya oleh guru ghaib. Dalam hal pengajaran dan pengajian ilmu ini, guru zahir hanya bertindak sebagai penasihat mengikut pengalaman mursyidnya di dalam bidang ilmu hakikat dan makrifat terhadap seseorang yang menerima Ilmu Ghaib.

Guru ghaib yang mengajarkan ilmu ghaib ini adalah terdiri dari wali wali Allah yang ghaib, para nabi dan rasul rasul.

Ilmu Ghaib hanya di ajar dan diperolehi oleh dua golongan manusia:

1. Manusia yang dipilih sendiri oleh Allah untuk dikurniakan dengan ilmu ghaib melalui satu cara penyampaian yang diberi nama LADUNI. Bagi mereka ini mereka akan terus diajar akan ilmu ghaib oleh guru guru ghaib.

2. Mereka yang menemui jalan hakikat kepada Allah swt menerusi dengan cara berguru dengan guru guru hakikat dan makrifat serta mursyid yang mengetahui akan hakikat dan makrifat dan kemudiannya semasa menerima petua petua dari guru (penasihat) nya tadi serta pula beramal dengan segala petua gurunya itu.

Maka orang tersebut kemudiannya mendapati LADUNI melalui perantaraan guru ghaib yang terdiri daripada wali wali Allah, nabi nabi dan rasul rasul.

Bermula cara untuk mendapatkan ilmu ini, maka seseorang itu hendaklah menyucikan jiwanya dan membersihkan diri terhadap Allah swt, melalui mengamalkan kaedah kaedah ilmu hakikat, iaitu jalan menuju kepada Allah swt dan dengan cara jalan mengenal diri mengikut kaedah kaedah tasauf atau jalan jalan orang orang saufi.

Oleh kerana ilmu ini hanya boleh dicapai oleh aqal dan iman sahaja, maka seseorang murid hendaklah mendapat aqal terlebih dahulu dalam hidup nya.

Aqal ini hanya boleh di hasilkan oleh hati orang orang mukmin terhadap Allah swt sahaja, dengan menghancurkan ketulan darah kotor di hujung jantung mereka yang menjadi tempat istana iblis.

Maka akan terpancarlah satu Nur dari dalam jantung iaitu Nurkalbun. Sesungguhnya cahaya ini sebenarnya adalah qalbu orang mukmin, Qalbul Mukminu Baitullah, (ertinya hati orang orang mukmin itu adalah Istana Allah).

Yang bernama Aqal dan dengan adanya Aqal ini maka manusia tersebut akan mempunyai Iman iaitu keyakinan hakiki terhadap sesuatu atau penerimaannya secara mutlak tanpa sifat was was syak dan waham terhadap sesuatu yang diterima melalui ilmu ghaib. Walaupun ianya itu tidak boleh diterima oleh logik fikiran manusia.

Kadar kuasa penerimaan terhadap ilmu ghaib yang luas ini adalah bergantung terus kepada kadar tahap kesucian hati dan jiwa manusia tersebut disamping mengikut kadar yang dikurniakan sendiri oleh Allah terhadap mereka. Makin suci hati seseorang itu dengan Allah, semakin tinggilah pula tahap penerimaan ilmu ghaib ini.

Pengetahuan ilmu ghaib ini dapat dilihat dengan mata basir dan dapat mendengar dengan telinga batin dan dapat pula kelazatan ilmu ini dirasai oleh hati (qalbu) hakiki yang dimilikki oleh orang orang ariffinbillah.

Bagi mereka yang dapat menguasai dan menyelami sendiri alam ilmu Ghaib, maka sudah pasti mereka dapat menjelajahi seluruh Alam Maya.

Tujuh petala Langit dan tujuh petala Bumi. Mereka juga diberi peluang untuk menjelajahi di alam lain termasuk alam Barzah, Syurga dan Neraka, Arash dan Qursi Allah swt. Ini adalah alam alam yang jauh terkeluar daripada garis garis tahap fikiran manusia.

Rasulullah saw menyifatkan orang yang berjaya mencapai peringkat Ghaib ke jalan Hakiki dan Makrifat dengan Allah ini sebagai orang Mati Sebelum Mati. Jiwa mereka sering tenang di samping Tuhannya semasa hidup nya di dunia dan di alam Akhirat nanti.

Jikalau nabi dan rasul rasul Allah menerima wahyu dari Tuhannya dengan 9 cara, maka ilmu ghaib diajar kepada orang orang tertentu melalui jalan LADUNI dengan 5 cara:-

1. Dengan cara Nur
2. Tajali
3. Sir
4. Sirusir
5. Tawassul

1. Cara Nur

Cara ini biasanya dapat diterima oleh seseorang yang sedang menjalani Tarikat Tasauf. Biasanya ianya dihantar melalui sebuah mimpi yang dialami seseorang yang mengamal Tarikat Tasauf. Mimpi ini dihantar secara kiasan ataupun secara terang terang.

Bila seseorang murid didalam tidurnya bermimpi maka adalah menjadi kewajipan nya merujukkan hal mimpinya kepada gurunya untuk mendapatkan pentafsiran.

Dan bagi seorang guru yang mursyid dan berpengalaman sudah tentu dapat menerangkan maksudnya, makna dan hujung jatuh sebuah mimpi yang diterima oleh anak muridnya.

Didalam sebuah mimpi tersebut, orang orang Tasauf telah diberi kiasan dengan satu peristiwa yag berlaku didalam mimpinya ataupun guru Ghaib yang terdiri dari Rasul Rasul Nabi dan Wali Wali Allah datang mengajar sesuatu kepadanya didalam mimpi tersebut.

Maka dengan jalan mendapatkan mimpi tersebut orang orang yang menjalani Tasauf dapat menerima ilmu Ghaib.

2. Cara Tajali

Tajali bolehlah ditaarifkan sebagai penjelmaan buah fikiran daripada perasaan “Zauk” semasa mereka menjalani latihan Tarikat Tasauf.

Dengan mengalami “Zauk” terhadap Allah swt tersebut maka terlatahlah dari mulut atau terbit daripada akalnya suatu pengetahuan baru yang tidak pernah didengar dan diperkatakan oleh mereka sendiri sebelumnya.

Misalnya terbacalah dia sepotong doa, sedangkan selama ini orang tersebut tidak pernah pun membaca doa sedemikian.

Biasanya seseorang yang sedang mengalami tajalli, sering timbul dikepalanya banyak persoalan dan dikemukakan soalan soalan tersebut kepada dirinya sendiri, kemudian didapatinya satu satu jawapan yang tepat dan memuaskan hatinya, walaupun soalan dan jawapan yang diperolehinya itu tidak pernah dialaminya sebelum ini. Malahan bila dilihatnya sesuatu, maka secara tidak di sengajakannya timbul dihatinya suatu ilham dan minat untuk mengkajinya. Maka disinilah terbitnya soalan, kajian dan jawapan dari akalnya sendiri.

Di dalam menghadapi Tajali ini seseorang itu hendaklah merujuk hal itu kepada gurunya bagi mendapat penerangan yang lebih jelas. Dengan rasa Tajali ini seseorang itu akan memperolehi ilmu Ghaib.

3. Cara Sir

Adapun Sir itu adalah satu jalan penyampaian ilmu Ghaib secara rahsia. Ianya hanya dapat di rasai dan didengar oleh seseorang itu secara mutlak.

Biasanya seseorang yang sedang menjalani alam Tasauf dapat menerima sir ini dari masa ke semasa. Lazimnya melalui pendengaran Telinga Batin.

Dimana seseorang itu akan mendengar suatu suara yang datang kepadanya. Suara tersebut akan memberitahu sesuatu yang mengajar ilmu Ghaib dengan terang dan jelas. Bisikan tersebut akan dirasai berserta dengan satu kelazatan nya tersendiri.

Cara Sir ini biasanya juga dinamakan Radio atau Telefon. Suara suara tersebut adalah daripada suara Wali Wali Allah yang agung. Yang mengajar seseorang itu tentang ilmu Ghaib.

Bila sahaja Sir diterima, murid hendaklah membentangkan hal ini kepada gurunya bagi tujuan penerangan yang lebih jelas terhadap apa yang diperolehi dari guru Ghaib tadi.

4. Cara Sirusir

Cara Sirusir adalah merupakan satu jalan penyampaian ilmu Ghaib dengan cara rahsia di dalam rahsia.

Murid dapat melihat dengan Mata Basir dan dapat mendengar dengan Telinga Batin tentang satu satu peristiwa yang berlaku atau telah berlaku, atau pengajaran ilmu Ghaib mereka, dan menikmati satu kelazatan tersendiri. Ianya boleh diibaratkan seperti TV atau TV Phone.

Hendaklah murid merujukkan hal ini kepada gurunya supaya satu penerangan dapat diberikan.

5. Cara Tawassul

Cara Tawassul adalah dengan cara penjelmaan oleh guru atau Wali Wali Allah yang Ghaib kepada murid yang menjalani Tasauf. Mereka bertemu dalam keadaan hidup hidup. Bukan dalam mimpi tidur atau sebagainya.

Mereka datang memperkenalkan diri dan tujuan, dan akan mengajar ilmu Ghaib secara langsung, jelas dan terang. Murid dapat memahaminya tanpa ragu ragu, dan boleh berinteraksi dengan guru Ghaib ini.

Kadang kadang penjelmaan ini boleh dilihat oleh orang ramai yang berdekatan.

Kedatangan mereka adalah merupakan satu penghormatan kepada ahli Tasauf atau sufi dan dengan itu terbentuklah satu perhubungan diantara dua dua pihak.

Dimana seseorang itu akan mendengar suatu suara yang datang kepadanya. Suara tersebut akan memberitahu sesuatu yang mengajar ilmu Ghaib dengan terang dan jelas. Bisikan tersebut akan dirasai berserta dengan satu kelazatan nya tersendiri.

Cara Sir ini biasanya juga dinamakan Radio atau Telefon. Suara suara tersebut adalah daripada suara Wali Wali Allah yang agung. Yang mengajar seseorang itu tentang ilmu Ghaib.

Bila sahaja Sir diterima, murid hendaklah membentangkan hal ini kepada gurunya bagi tujuan penerangan yang lebih jelas terhadap apa yang diperolehi dari guru Ghaib tadi.

Wallahwaklam

Pak Habib Syed Padzil Barakbah