Pages

Ahad, 11 Disember 2016

Bagaimana Cara Ingat Kepada Allah?

Bagaimana Cara Ingat Kepada Allah?

Firman Surah, Ar-Rad;28

“Orang-orang beriman itu menjadi tenteram hatinya dengan ingat kepada Allah. Ketahuilah bahawa hanya dengan mengigati Allah, hati boleh menjadi tenteram”.

Allah memberi jaminan kepada sesiapa yang ingat kepada Allah, hati kita akan menjadi tenteram. Tenteram itu, adalah merujuk kepada tidak takut kepada miskin, tidak ragu-ragu dengan ketetapan Allah, tidak berduka cita dengan apa yang terlepas dan tidak merasa bangga dengan apa yang ada!.

Hidup orang yang ingat kepada Allah itu, adalah hidup yang sederhana. Tidak banyak kebutuhan dan tidak belanja secara berlebih-lebih. 

Mereka hidup dalam keadaan selalu bersyukur, senang, tenang, aman dan damai hatinya bilamana dapat ingat kepada Allah. 

Orang yang ingat kepada Allah itu, hatinya ada menaruh atau tersimpan perasaan sabar dan selalu berserah kepada Allah Taala.


Ingat kepada Allah itu, adalah menjadi sendi dan nadi orang makrifat. Ingat kepada Allah itu, menjadikan pengerak atau pendorong untuk ita terus bekerja dan terus  berusaha dengan lebih gigih. 

Ingat kepada Allah itu, menjadi satu wadah kekuatan jiwa, ketahanan mental dan ketahanan fizikal tubuh badan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.