Bertaubat Orang Makrifat!
Bertaubat orang
makrifat itu, adalah membawa maksud menerima baik buruk!. Setelah menerima baik
buruk, megembalikannya semula kepada pencipta baik buruk!. Setelah megembalikan
segalanya, maka terlihatlah Allah, dalam perkara baik dan terlihatlah Allah
dalam perkara buruk.
Baik itu, adalah baik
manakala buruk itu, sesungguhnya adalah juga baik sebenarnya. Segala kejadian
Allah itu, apakah ada yang buruk?. Cuba jawab………………..
Perkara yang baik
sahaja kita katakan daripada Allah, apakah perkara jahat, buruk atau keji itu,
datangnya dari Allah lain?. Baik itu, ada Allah lain yang buat dan buruk itu,
ada Allah lain yang buat?. Cuba jawab………………………………
Baik dari Allah dan
perkara buruk juga adalah asal datangnya dari Allah yang sama. Tidak ada Allah
lain buat jahat dan Allah lain yang buat baik!. Itulah makanya orang makrifat
itu, hati mereka adalah hati yang hanya nampak Allah disebalik baik mahupun
disebalik yang keji!. Jadi taubat bagi orang makrifat itu, adalah bertaubat
untuk “mengembalikan segalanya kepada Allah!”.
Bagi orang yang
berilmu makrifat itu, apa sahaja perbuatan yang telah, sedang dan yang akan
kita kerjakan itu, tidak pernah tersasar atau lari dari ketetapan Allah.
Samaada pekerjaan kita itu baik mahupun buruk, adalah dari ketetapan Allah.
Segalanya Datang Dari
Ketatapan Luh hulmahfuz!
Apa sahaja kelakuan
yang kita lakukan itu, adalah datangnya dari ketetapan Allah melalui kitab Nya
Luh Hul Mahfuz. Kita tidak berkuasa melakukan perbuatan amal baik atau amal
jahat, kiranya itu tidak dari ketetapan Allah.
Kita kena yakini rukun Iman
tentang khada dan khadar Allah (untung baik dan untung jahat). Gerak Iblis
sekalipun bukan datangnya dari kehendak atau kemahuan Iblis sendiri, malahan
gerak atau kelakuan Iblis itu sendiri, adalah juga datangnya dari ketentuan dan
ketetapan Allah sedari azali.
Iblis tidak boleh mengoda kita, jika tidak
mendapat keizinan Allah. Jadi buat apa takutkan iblis. Marilah kita
bersama-sama takut kepada Allah berbanding takut kepada Iblis.
Tidak Takut Kepada
Iblis!
Bagi orang makrifat
itu, tidak takut kepada iblis dan tidak ia takut kepada Allah!. Buat apa nak
takut kepada Allah, sedangkan Allah itu baik. Allah itu, Maha pegampun dan Maha
pengasih Penyayang!.
Allah bukan jahat dan Allah bukan garang, kenapa perlu
takut kepada Allah!. Orang makrifat itu, tidak takut kepada iblis, hantu syaitan
dan tidak takut kepada Allah.
Takut Hanya Pada Allah
Taala!
Yang paling ditakuti
oleh orang makrifat itu, adalah apabila tidak berkesampaian untuk “berserah
diri kepada Allah!”. Takut untuk mengaku diri dan takut untuk mengatakan diri!.
Katakanlah segala-galanya Allah, itulah taubat orang makrifat!…………………………………
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.