Pages

Sabtu, 10 Disember 2016

Proses Untuk Sampai Kepada Tahap Mengenal Allah!

Proses Untuk Sampai Kepada Tahap Mengenal Allah!

Untuk sampai kepada tahap tidak berhuruf dan tidak bersuara itu, hendaklah terlebih dahulu melalui proses sebagaimana  proses yang dilalaui oleh ulamak-ulamak terdahulu!. Seumpamanya

Bertaubat!

Apakah itu bertaubat? Bertaubat mengikut bahasa feqah, adalah memohon ampun atas dosa-dosa silam! Mengikut kefahaman atau suluhan melalui kaca mata ilmu makrifat, bertaubat itu, “bukan sahaja” memohon ampun diatas dosa-dosa silam!.

Segala dosa atau segala pekerjaan keji, buruk dan pekerjaan jahat yang kita kerjakan itu, bukan dari kehendak, keinginan atau bukan dari ketetapan kita!. Sebelum kita perbuat sesuatu itu, sesungguhnya ketetapan buruk atau baik itu, adalah datangnya dari ketetapan Allah!.

Jadi mengikut fahaman ilmu makrifat, bertaubat itu bukan sahaja memuhun ampun segala dosa-dosa. Adapun bertaubat mengikut suluhan ilmu makrifat itu, adalah bertujuan bagi “megembalikan hak kepada yang berhak!”. 

Membersihkan diri dengan menyerah semula segala pekerjaan, segala kelakuan dan segala baik buruk kepada tuan punya yang asal!.


Kita Bersifat Tidak Ada Daya Upaya!.

Kita bersifat “la khaulawala Kuuwataila Billah Hilali yilazim” (tiada daya upaya kita untuk mengerak atau menahan).  “La tataharoku zarrotun Illa biiznillah” (tidak bergerak sebesar zarah, jika tidak izin Allah).  

Segala buruk atau baik itu, sesungguhnya adalah kepunyaan Allah. Jadi bertaubat mengikut kefahaman ilmu makrifat itu, adalah megembalikan baik buruk dan megembalikan awal dan akhir kepada Allah Taala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.