Pages

Isnin, 9 Januari 2017

KISAH MENARIK MENGENAI RASULULLAH SAW

KISAH MENARIK MENGENAI RASULULLAH SAW

1) Kalau ada pakaian yg koyak, Rasulullah SAW menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh Isterinya. Beliau juga memerah Susu Kambing utk keperluan Keluarga mahu pun utk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yg sudah siap di masak unk dimakan, sambil tersenyum Baginda menyinsing lengan baju nya utk membantu Isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar Azan, beliau cpt2 berangkat ke Masjid, dan cpt2 pula kembali sesudah selesai Sembahyang."

4) Pernah Baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah Baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yg ada utk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Humaira?" (Humaira adalah panggilan mesra utk Sayidatina 'Aisyah yg bererti 'Wahai yg kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dgn agak serba salah, "Belum ada apa2 wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku Puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
.
5) Sebaliknya Baginda sgt marah tatkala melihat seorang Suami memukul Isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul Isterimu?"
Lantas soalan itu dijawab dgn agak gementar, "Isteriku sgt keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan Ibu kepada anak2 mu?"
.
6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yg paling baik dan lemah lembut terhadap Isterinya." Prihatin, Sabar dan Tawadhuknya Baginda dlm menjadi Ketua Keluarga langsung tidak sedikit pun menjejaskan kedudukannya sebagai Pemimpin Umat.
.
7) Pada suatu ketika Baginda menjadi Imam Solat. Dilihat oleh Para Sahabat,pergerakan Baginda antara satu rukun ke satu rukun yg lain amat sukar sekali,dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi2 pada tubuh Baginda yg mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yg tidak tahan melihat keadaan Baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
.
"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah Tuan menanggung penderitaan yg amat berat, Tuan sakit kah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."
.
"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali Tuan menggerak kan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh Tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.
.
Akhirnya Rasulullah mengangkat Jubahnya. Para Sahabat amat terkejut. Perut Baginda yg kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yg berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu2 kecil itu lah yg menimbulkan bunyi2 halus setiap kali bergeraknya Tubuh Baginda.
.
"Ya Rasulullah! Adakah bila Tuan menyata kan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapat kan nya buat Tuan?" Lalu Baginda menjawab dgn lembut, "Tidak Para Sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korban kan demi Rasul mu. Tetapi apa kah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai Pemimpin, menjadi beban kepada Umatnya?"
.
"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar Umatku kelak tidak ada yg kelaparan di dunia ini lebih2 lagi tiada yg kelaparan di Akhirat kelak."
.
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikit pun makan di sebelah Seorang Tua yg penuh kudis, miskin dan kotor.
.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dgn kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di leher nya,dan dgn penuh rasa kehambaan Baginda membasuh tempat yg dikencing si Badwi di dalam Masjid sebelum menegur dgn lembut perbuatan itu.

10) Kecintaan nya yg tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yg sudah sebati dlm diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah Anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadi kan sebab utk nya merasa lebih dari yg lain, ketika di depan ramai mahu pun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luas nya utk Baginda, Baginda masih lagi berdiri di waktu2 sepi mlm hari, terus-menerus beribadah hingga kan pernah Baginda terjatuh lantaran kaki nya sudah bengkak2

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwa nya yg tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"

Jawab Baginda dgn lunak, "Ya 'Aisyah, bukan kah aku ini hanya lah Seorang Hamba? Sesungguh nya aku ingin menjadi Hamba-Nya yg bersyukur."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.