Pages

Memaparkan catatan dengan label Rasulullah saw. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rasulullah saw. Papar semua catatan

Isnin, 9 Januari 2017

KISAH MENARIK MENGENAI RASULULLAH SAW

KISAH MENARIK MENGENAI RASULULLAH SAW

1) Kalau ada pakaian yg koyak, Rasulullah SAW menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh Isterinya. Beliau juga memerah Susu Kambing utk keperluan Keluarga mahu pun utk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yg sudah siap di masak unk dimakan, sambil tersenyum Baginda menyinsing lengan baju nya utk membantu Isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar Azan, beliau cpt2 berangkat ke Masjid, dan cpt2 pula kembali sesudah selesai Sembahyang."

4) Pernah Baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah Baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yg ada utk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Humaira?" (Humaira adalah panggilan mesra utk Sayidatina 'Aisyah yg bererti 'Wahai yg kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dgn agak serba salah, "Belum ada apa2 wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku Puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.
.
5) Sebaliknya Baginda sgt marah tatkala melihat seorang Suami memukul Isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul Isterimu?"
Lantas soalan itu dijawab dgn agak gementar, "Isteriku sgt keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan Ibu kepada anak2 mu?"
.
6) Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yg paling baik dan lemah lembut terhadap Isterinya." Prihatin, Sabar dan Tawadhuknya Baginda dlm menjadi Ketua Keluarga langsung tidak sedikit pun menjejaskan kedudukannya sebagai Pemimpin Umat.
.
7) Pada suatu ketika Baginda menjadi Imam Solat. Dilihat oleh Para Sahabat,pergerakan Baginda antara satu rukun ke satu rukun yg lain amat sukar sekali,dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi2 pada tubuh Baginda yg mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yg tidak tahan melihat keadaan Baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,
.
"Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah Tuan menanggung penderitaan yg amat berat, Tuan sakit kah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."
.
"Ya Rasulullah...mengapa setiap kali Tuan menggerak kan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh Tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.
.
Akhirnya Rasulullah mengangkat Jubahnya. Para Sahabat amat terkejut. Perut Baginda yg kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yg berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu2 kecil itu lah yg menimbulkan bunyi2 halus setiap kali bergeraknya Tubuh Baginda.
.
"Ya Rasulullah! Adakah bila Tuan menyata kan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapat kan nya buat Tuan?" Lalu Baginda menjawab dgn lembut, "Tidak Para Sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korban kan demi Rasul mu. Tetapi apa kah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai Pemimpin, menjadi beban kepada Umatnya?"
.
"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar Umatku kelak tidak ada yg kelaparan di dunia ini lebih2 lagi tiada yg kelaparan di Akhirat kelak."
.
8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikit pun makan di sebelah Seorang Tua yg penuh kudis, miskin dan kotor.
.
9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dgn kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di leher nya,dan dgn penuh rasa kehambaan Baginda membasuh tempat yg dikencing si Badwi di dalam Masjid sebelum menegur dgn lembut perbuatan itu.

10) Kecintaan nya yg tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yg sudah sebati dlm diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah Anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadi kan sebab utk nya merasa lebih dari yg lain, ketika di depan ramai mahu pun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luas nya utk Baginda, Baginda masih lagi berdiri di waktu2 sepi mlm hari, terus-menerus beribadah hingga kan pernah Baginda terjatuh lantaran kaki nya sudah bengkak2

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwa nya yg tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"

Jawab Baginda dgn lunak, "Ya 'Aisyah, bukan kah aku ini hanya lah Seorang Hamba? Sesungguh nya aku ingin menjadi Hamba-Nya yg bersyukur."

Jumaat, 9 Disember 2016

Rindu kah kita kepada Rasulullah?

Rindu kah kita kepada Rasulullah?

Selepas wafat nya Rasulullah, Bilal bin Rabah telah meminta izin dari khalifah Abu Bakar untuk meninggalkan Madinah. Abu bakar telah memberi izin kepada Bilal untuk meninggalkan Madinah.

Sebelum meninggalkan Madinah di tatapi nya buat kali terakhir kota Madinah di mana satu masa dulu dia dan Rasulullah berkongsi suka dan duka.

Bilal menetap bersama keluarga nya di Syria. Sungguh sukar bagi Bilal bin Rabah untuk melupakan kenangan bersama Rasulullah. Sekian lama nya Bilal bin Rabah menetap di Syria .

Satu hari Rasulullah muncul di dalam mimpinya "Wahai Bilal keras sungguh hati mu, kenapa engkau tidak menziarahi aku".

Lantas Bilal terjaga dari tidur nya dengan deraian air mata, sehingga seluruh keluarga nya terbangun.

Bilal menceritakan kepada ahli keluarga nya apa yg terjadi, ahli keluarga nya menyuruh Bilal menziarahi makam Rasulullah.

Semasa Bilal dalam perjalanan menuju Madinah, air mata nya tidak henti2 mengalir. Dia tidak berhenti di mana2 agar cepat sampai di Madinah.

Setelah beberapa hari Bilal sampai di makam Rasulullah lantas memberi salam " Asalamualaika ya Rasulullah". Air mata nya terus mengalir.

Tiba2 datang Amirul mukminin Syaidina Abu Bakar memeluk Bilal dari belakang untuk menenangkan Bilal, sehingga reda tangisan Bilal.

"Bilal, alang2 kamu sudah berada di sini laungkan lah Azan untuk kami" rayu amirul mukminin .

"Tidak wahai amirul mukminin" jawab Bilal.

"Laungkan lah azan, kami rindu akan suara kamu", pinta Syadina Umar.

Bilal bin Rabah mengelang kan kepala.

Tiba2 datang lah dua orang cucu kesayangan Rasulullah iaitu Hassan dan Husin.

"Pak cik Bilal, laungkan lah azan sebagai mana pak cik laungkan nya di masa datuk kami masih ada."

Di peluk nya kedua-dua cucu kesayangan Rasulullah itu lantas di cium nya.

"Sebentar tadi aku baru menolak permintaan Khalifah dan permintaan Syadina umar, aku takut untuk menolak permintaan kamu berdua, aku takut nanti Rasulullah akan menolak permintaan aku."

Bilal naik ke atas menara, di tatapi nya satu persatu tempat kenangan bersama Rasulullah sambil air mata nya mengalir laju.

Allahu Akbar , Allahuakbar..

Terdiam seluruh penduduk kota Madinah mendengar alunan suara azan tersebut. suasana penduduk kota Madinah masa itu sangat terkejut.

Asyhadu ala ila haa illallah

Abu I'sa Rasulullah. Apakah Rasulullah di bangkit kan semula bisik mereka.

Asyhadu ala ila haa illallah.

Tangisan penduduk kota Madinah kian pilu, mereka terkenangkan saat mereka bersama Rasulullah, Syadina Abu Bakar, Syadina Umar dan penduduk Madinah menitiskan air mata.

Kerinduan pada suara agung itu kembali lalu mencetuskan satu situasi yg tercatat sebagai sejarah buat umat akhir zaman.

Asyhadu anna Muhammad Rasulullah.

Terus Bilal tersungkur tidak dapat meneruskan azan nya lagi, lantas di sambut oleh Syadina Abu Bakar dan Syadina umar, "Mengapa Bilal?".

"Waktu tengah azan tadi sehingga aku menyebut nama kekasih ku, aku terlihat kelibat Rasulullah keluar dari rumah untuk solat berjemaah bersama kita."

Aku rindu Rasulullah.
Aku rindu Rasulullah.
Aku rindu Rasulullah.

Berlenangan air mata para sahabat dan penduduk kota Madinah apa bila tukang azan Rasulullah pulang ke kota Madinah untuk mengubati kerinduan nya kepada Junjungan Besar Muhammad S.A.W.

Rindu kah kita kepada Rasulullah?

Jangan lupa 12 Rabiulawal.

Salam Maulidur Rasul.

Menangis lah wahai sahabat,agar terubat kerinduan kita pada Rasulullah.

Akhlak Nabi Muhammad saw

KENALI KEKASIHMU

Akhlak Nabi Muhammad saw (ruj Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyed Muhammad b Alawi Al Maliki)

1. Baginda selalu diam

2. Berbicara ketika perlu

3. Perbicaraannya fasih,
ringkas tetapi padat

4. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dgn seseorang

5. Hatinya selalu sedih (iginkan umat dlm kebaikan dan terlepas dari azab Allah swt)

6. Selalu menundukkan
pandangan kerana tawaddu
'
7. Berfikir terus menerus

8. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.

9. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.

10. Tidak pernah marah yg ada kaitan dgn urusan dunia.

11. Marah bukan kerana nafsu

12. Apabila kebenaran dipermainkan,  Baginda akan bangkit mempertahankannya

13. Apabila marah Baginda akan memalingkan muka

14. Apabila suka Baginda akan memejamkan mata

15. Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas

16. Tidak pernah berteriak2 di pasar.

17. Tidak pernah membalas kejahatan dgn kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada

18. Tangan Baginda tidak pernah memukul selain utk berjihad dijalan Allah swt

19. Apabila menghadapi 2 perkara Baginda memilih yg paling mudah selagi ia bukan dlm perkara maksiat

20. Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yg membasuh pakaian, memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.

21. Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir

22. Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dgn mudah, lemah lembut & peramah.

23. Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak2 , lebih2 lagi mencela org lain.

24. Tiga perkara yg dijauhi; perselisihan, bongkak & segala yg tidak diperlukan.

25. Tidak pernah mencela & memaki hamun org lain.

26. Tidak pernah mencungkil rahsia org lain.

27. Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yg menjanjikan pahala.

28. Perbicaraannya memukau sesiapa pun yg mendengarnya lalu terpegun seolah2 ada burung melintas di atas kepala mereka.

29. Sesiapa yg melihat  Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya.

30. Sesiapa yg selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.

31. Baginda pasti memberi tempat kpd org yg ingin duduk & tidak membezakan dikalangan mereka.

32. Sesiapa yg meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika jika sebaliknya ditolak dgn tutur kata yg lemah lembut.

33. Tangan Baginda selalu terbuka kpd sesiapa shj tanpa pilih kasih. Baginda adalah ayah bagi mereka semua.

34. Dimanana pun Baginda berada, disitu terpancar cahaya ilmu, sikap malu & sabar serta amanah.

35. Tidak ada yg berani meninggikan suara dihadapan Baginda kerana kewibawaan baginda.

36. Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya; menghormati org tua , menyayangi yg kecil, mengutamakan org yg ada hajat, menjaga keperluan & kebajikan org asing.

37. Tidak terus memotong percakapan org lain. Jika ingin memotong,  Baginda hentikan dahulu ataupun berdiri.

38. Paling berlapang dada.

39. Paling tepat dlm berbicara.

40. Paling halus keperibadiannya.

41. Paling ramah & beradab dlm pergaulan & muamalahnya.

Rujukan :
Biografi Lengkap Rasulullah SAW
Oleh :
Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki

Rabu, 7 Disember 2016

40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad SAW

40 Pelajaran oleh Nabi Muhammad SAW
---------------------------
01. Menahan diri daripada tidur diantara waktu Fajar dan Ishraq . Asar dan Maghrib . Maghrib dan Isya.
---------------------------
02. Menghindarkan diri mendekati orang yang mempunyai bau yang kurang menyenangkan.
---------------------------
03. Jangan tidur diantara manusia yang berkata buruk sebelum tidur.
---------------------------
04. Jangan makan atau minum menggunakan tangan kiri.
---------------------------
05. Jangan memakan kembali makanan yang telah dikeluarkan dari celah gigi.
---------------------------
06. Jangan mematah-matahkan jari anda.
---------------------------
07. Periksa kasut anda sebelum memakainya.
---------------------------
08. Jangan mendongak ketika sedang solat.
---------------------------
09. Jangan meludah didalam tandas.
---------------------------
10. Jangan membersihkan gigi anda dengan arang.
---------------------------
11. Duduk ketika sedang memakai seluar/kain
---------------------------
12. Jangan memecahkan benda yang keras/sukar menggunakan gigi anda.
---------------------------
13. Jangan meniup makanan yang sedang panas . Sebaliknya anda boleh mengipasnya.
---------------------------
14. Jangan mencari kesalahan orang lain.
---------------------------
15. Jangan bercakap diantara waktu Azan dan Iqamat.
---------------------------
16. Jangan bercakap didalam tandas.
---------------------------
17. Jangan berkata dongeng(palsu) tentang rakan anda.
---------------------------
18. Jangan mengganggu ketenteraman rakan anda.
---------------------------
19. Jangan memandang belakang secara kerap apabila sedang berjalan.
---------------------------
20. Jangan menghentakkan kaki ketika sedang berjalan.
---------------------------
21. Jangan mencurigai tentang rakan anda.
---------------------------
22. Jangan menipu sepanjang masa.
---------------------------
23. Jangan menghidu makanan ketika anda sedang makan.
---------------------------
24. Berkata dengan jelas . Agar orang lain boleh fahami apa yang anda katakan.
---------------------------
25. Hindarkan berjalan sendirian.
---------------------------
26. Jangan membuat keputusan sendiri . Tapi rujuk pada yang arif.
---------------------------
27. Jangan bangga(riak) akan diri sendiri.
---------------------------
28. Jangan mencela makanan anda.
---------------------------
29. Jangan bermegah(sombong).
---------------------------
30. Jangan menghalau pengemis.
---------------------------
31. Layan tetamu anda dengan ikhlas dan baik.
---------------------------
32. Sabar ketika dalam kesusahan.
---------------------------
33. Membantu dengan tujuan yang baik.
---------------------------
34. Muhasabah diri dan bertaubat.
---------------------------
35. Berbuat baik pada mereka yang berbuat jahat padamu.
---------------------------
36. Berpuas hati dengan apa yang anda ada disaat ini.
---------------------------
37. Jangan tidur berlebihan . Ini akan menyebabkan penyakit lupa.
---------------------------
38. Bertaubat sekurang-kurangnya 100 kali sehari(istighfar).
---------------------------
39. Jangan makan dalam gelap
---------------------------
40. Jangan makan dengan mulut yang penuh.
---------------------------
Hantarkan lah pada sahabat anda . Untuk mengingatkan mereka . Semoga Allah merahmati kamu . Amin
-------------------------

Khamis, 1 Disember 2016

Tuhanku memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

1HADIS 1HARI 01 DIS 2016 / 01 RABIULAWAL1438H

Hadis Sahih Muslim Jilid 4.
Hadis Nombor 2464.

Dari 'Amir bin Sa'ad, dari bapanya r.a. katanya, "Pada suatu hari Rasulullah saw. datang dari daerah perbukitan. Kecik a beliau sampai di Masjid Bani Mu'awiyah beliau masuk ke masjid lalu solat dua rakaat.

Kami pun solat pula bersama-sama dengan beliau. Beliau mendoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah mendoa beliau berpaling kepada kami lalu bersabda,

"Aku memohon kepada Tuhan ku tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhan ku supaya jangan membinasakan ummat ku dengan musim susah yang panjang, maka diperkenankan.

Aku memohon supaya ummat ku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda ummat Nabi Nuh, atau seperti tentera dan Raja Fir'aun yang ditenggelamkan di lautan), permohonanku itu diperkenankan-Nya juga.

Aku memohon supaya ummat ku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan."

Ahad, 13 November 2016

Rasulullah guru contoh

Rasulullah guru contoh

TIDAK semua manusia mampu memilih pekerjaan sebagai seorang guru. Tugas seorang guru sangat besar dan mulia di sisi Allah SWT.

Guru bukan sahaja mengajar dan mendidik anak muridnya akan tetapi perlu menunjukkan contoh, sikap serta tingkah laku terbaik dalam setiap aspek kehidupannya.

Rasulullah SAW pula adalah contoh guru terbaik yang pernah wujud dalam sejarah kehidupan manusia.

Banyak teladan yang Rasulullah SAW tonjolkan dan menjadi contoh kepada kita untuk diamalkan dalam kehidupan manusia hingga ke akhir hayat.

Sahabat-sahabat Rasulullah SAW amat menghargai segala pengorbanan serta tunjuk ajar yang disampaikan baginda.

Seorang murid Nabi SAW iaitu Muawiyah bin Hakam pernah menceritakan keperibadian baginda melalui hadis berikut :

“Aku tidak pernah melihat guru sebelum dan sesudah baginda yang lebih baik daripada baginda. Demi Allah, baginda tidak mengherdik, memukul ataupun mencelaku...” (Hadis Riwayat Muslim)

Hadis ini jelas menunjukkan kepada kita tentang sifat dan kemuliaan yang dimiliki oleh Rasulullah SAW sebagai seorang guru.

Baginda tidak menggunakan kekerasan seperti memukul, mengherdik dan mencela dalam mendidik murid-muridnya yang melakukan kesalahan tetapi memilih kaedah kasih sayang dalam menyampaikan ilmu.

Walaupun begitu, Rasulullah SAW tetap bersifat tegas dalam hal yang benar. Sebagai seorang pendidik, baginda juga sering mendoakan kejayaan anak-anak muridnya.

Seorang guru harus sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak muridnya agar berjaya di dunia mahupun di akhirat. Doa seorang guru yang menyampaikan ilmu amat berkat dan makbul di sisi Allah SWT.

NUR SYAHIRAH ROSE DIN
Nilai,Negeri Sembilan

Khamis, 10 November 2016

KISAH Terharu Antara si Banyak Hutang dan Selawat Nabi SAW

KISAH Terharu Antara si Banyak Hutang dan Selawat Nabi SAW

kisah ini dari penggalan pidato Syeikh Husna Syarif, salah seorang ulama besar di Mesir.

Sebuah kisah tentang seseorang yang terbelit hutang piutang, yang hidup dalam tumpukan hutang ditengah kubangan kemiskinan.

Seorang lelaki yang dulunya kaya raya lalu jatuh bangkrut, sehingga mempunyai hutang yang besar.

setiap harinya, rumahnya penuh orang yang menagih hutang, hingga pada suatu hari ia pergi ketempat salah seorang saudagar kaya.

Sudah bukan cerita baru, kedatangannya untuk meminjam uang pula. Ia meminjam uang sebanyak 500 dinar.

Sangat terkenalnya orang ini banyak hutang sampai-sampai saudagar ini bertanya, kira-kira kapan anda akan melunasi pinjaman ini ?.

Minggu depan tuan... jawabnya singkat.
Pada akhirnya ia pulang dengan 500 dinar digenggamannya.

Jumlah segitu ia bayarkan kepada orang-orang yang setiap hari datang menagih hutang dan dari 500 dinar yang ia peroleh itu tidak tersisa sama sekali.

Hari demi hari ia bertambah sulit dan terpuruk kondisi ekonominya hingga tempo pembayaran hutangnya pun telah tiba.

Saudagar itupun mendatangi rumah si miskin itu dan mengatakan " Tempo hutang anda telah tiba ".

Si miskin dengan suara lirih menjawab : Demi Allah saya sedang tak punya apa-apa.Saudagar merasa geram kepada si miskin dan mengadukannya ke pengadilan, dan membawanya ke hakim.

Setibanya di pengadilan, si hakim bertanya : mengapa anda tidak membayar hutang anda ?.

Lagi-lagi si miskin menjawab : Demi Allah saya tak punya apa-apa tuan.

Karena merasa ini adalah kesalahan si miskin maka hakim memvonisnya dengan hukuman penjara sampai ia melunasi hutangnya.

Kemudian si miskin bangkit dan berkata : wahai tuan hakim, berilah saya waktu untuk hari ini saja.

Saya hendak pulang ke rumah untuk berjumpa keluarga dan mengabarkan hukuman ini sekalian berpamitan dengan mereka, baru kemudian saya akan kembali untuk dipenjara.

Hakim menyahuti si miskin dengan mengatakan : bagaimana mungkin, apa jaminanmu bakal kembali besok, sementara aku telah memvonismu hukuman penjara ?

Lelaki itu terdiam, tapi seolah mendapat ilham di benaknya.
" Rasulullah jaminanku, wahai tuan hakim, bersaksilah untukku jika besok aku tidak datang maka aku bukanlah termasuk umat Rasulullah"

Si hakim tersentak diam dan tersentuh hatinya, ia sadar betapa agungnya Rasulullah....

Kemudian si hakim menunda hukuman penjara untuknya hingga esok.
Sesampainya di rumah, si miskin menghabarkan kondisinya kepada isterinya bahwa esok akan dipenjara.

Lalu isterinya bertanya : Wahai suamiku lantas apa mengapa sekarang engkau bebas ?. "

Aku menaruh nama Rasulullah sebagai jaminanku, begitu jawab suaminya. Mata istrinyapun berkaca-kaca dan air matanya menetes sembari berkata pada suaminya :

"Selama Rasulullah masih menjadi jaminan bagimu maka mari kita bershalawat."

Dan merekapun bershalawat kepada Rasulullah dgn rasa cinta yg dalam.

Sampai akhirnya mereka tertidur, dalam tidurnya mereka mimpi melihat Rasulullah SAW, Rasulullah memanggil si miskin itu :

"Hai fulan jika besok telah terbit fajar maka pergilah ke tempat ulama fulan dan sampaikan kepadanya bahwa aku menitipkan salam untuknya dan suruh ia menyelesaikan hutang piutangmu. Jika ulama itu tidak percaya sampaikan 2 bukti ini."

Kemudian si miskin itu bertanya : "Apakah 2 bukti itu wahai Rasulullah?."

Rasul menjawab : "Katakan padanya bahwa dimalam pertama ia sudah membaca shalawat untukku 1000 x dan dimalam terakhir dia telah ragu dalam jumlah bilangan shalawat yang dibacanya.
Sampaikan padanya bahwa ia telah menyempurnakan shalawatnya."

Seketika si miskin terbangun dan pada pagi harinya ia pergi menuju si ulama fulan dan berjumpa dengannya.

Tanpa buang waktu si miskin menyampaikan apa yang ia lihat dalam mimpinya. "Wahai tuan ulama, Rasulullah telah menitipkan salam untuk anda dan meminta anda agar menyelesaikan hutang piutangku."

Sang ulama bertanya : "Apa bukti dari kebenaran mimpimu itu tentang yang anda sampaikan ?."

Si miskin itu menyampaikan kedua bukti sebagaimana yang dikatakan Rasulallah SAW dalam mimpinya.

"Di malam pertama anda telah bershalawat kepada Rasulullah sebanyak 1000 x dan dimalam terakhir anda telah ragu dengan jumlah bilangan shalawat yang telah anda baca.

Rasulullah mengatakan bahwa hitungan shalawat anda telah sempurna, dan shalawat anda telah diterima oleh Rasulallah".

Mendengar hal itu spontan ulama itu menangis karena berita gembira shalawatnya diterima Rasulallah SAW.

Ulama tersebut memberi uang 500 dinar dari baitul mal (untuk melunasi hutang si miskin) dan 2500 dari harta pribadinya untuk si miskin sebagai tanda terima kasih atas berita gembira yang disampaikan.

Tidak berapa lama kemudian si miskin bergegas pergi ke hakim untuk menyelesaikan perkaranya.

Sesampainya ditempat hakim, tiba-tiba si hakim bergerak kearah si miskin seolah ia rindu ingin melihatnya dan memanggilnya seraya berucap :

"Kemarilah, berkat anda aku mimpi berjumpa Rasulullah SAW. Rasulullah telah berpesan kepadaku bahwa jika aku menyelesaikan hutangmu maka kelak Rasulullah akan menyelesaikan perkaraku di akhirat. Ini uang 500 dinar untuk lunasi hutang2 anda".

Belum sampai selesai dia bicara, tiba-tiba pintu ada yang mengetuk. Ketika dibuka, ternyata saudagar penagih hutang yang datang. Dia langsung memeluk si miskin dan menciumnya sembari berucap :

"Berkat anda saya mimpi berjumpa Rasulullah. Beliau berkata padaku jika aku merelakan hutangmu maka kelak di hari kiamat Rasulullah akan merelakan segala tanggunganku dan ini uang 500 dinar hadiah untuk anda dan hutang anda lunas".

Subhanallah, kisah ini adalah sekelumit bukti betapa Rasulullah SAW selalu memperhatikan urusan umatnya.

Shalawat dan cinta kepada Nabi bisa menghilangkan kegundahan dan keresahan bahkan bencana.

Berselawat lah engkau kepada Manusia Termulia Baginda Besar Nabiyuna Muhammad SAW.

Shollu Alan Nabi

Subhanallah....
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا وحبيبنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم

Khamis, 1 September 2016

Apakah Itrah Ahlul Bait itu?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

RAHSIA DALAM RAHSIA

Mencari Ahlul Bait yang tersembunyi...

Apakah Itrah Ahlul Bait itu?

1. Mereka mampu memberikan jawapan terhadap apa jua kupasan yang diutarakan oleh ummat. Sekurang-kurangnya mereka mahir berfikir dan kuat menggunakan akal yang waras.

2. Setiap daripada mereka telahpun ditanda pada tubuh jasad mereka.

3. Sampai satu masa, akan tibalah fitnah yang besar di alam semesta ini.

4. Ketika fitnah itu tersebar, kesemua mereka ini seakan-akan diam dan tidak mampu berani berkata-kata. Apa yang mereka ketahui tidak dapat disuarakan. Setiap yang mereka suarakan akan ditentang habis-habisan oleh orang ramai.

5. Sampai satu tahap, mereka mungkin dikejar-kejar. Mereka mungkin diperhatikan. Mereka mungkin dipantau.Mereka mungkin akan dibunuh oleh orang-orang yang bencikan kebenaran. Mereka mungkin dimusuhi dan diperangi oleh orang yang takutkan kebenaran.

6. Zaman fitnah itu sedang kita lalui sekarang dan sedang menuju kemuncaknya dalam beberapa tahun lagi.

7. Dizaman yang kita sedang lalui ini, alangkah susah dan sukarnya hendak menegakkan kebenaran.

8. Ramai orang terkeliru antara benar dan salah. Ramai orang tidak dapat membezakan kaca dan permata. Kebenaran itu tersirna tatkala disuluh dengan cahaya yang amat terang benderang.

9. Kita tidak dapat lagi meneliti apakah sumber cerita kita itu benar atau salah. Kerana kita sudah tidak punya sumber rujukan kita tersendiri.

10. Kebenaran dalam kitab-kitab sudah dihapuskan.

11. Kebenaran dalam cerita-cerita sudah banyak ditokok tambah.

12. Kebenaran hanya tinggal pada lisan yang jujur dan menyampaikan daripada satu guru kepada satu guru dan disampaikan pula kepada kita.

13. Kebenaran itu tidak mustahil akan datang daripada orang yang perwatakannya biasa-biasa sahaja.

14. Mereka menyembunyikan kebenaran yang mereka ketahui.

15. Mereka runsing sekiranya kebenaran itu terbuka tatkala ummat terkeliru, nescaya leher mereka akan dipancung.

16. Kerana itulah Saidina Ali KMW pernah berkata, sesungguhnya aku menggenggam dua karung ilmu milik Rasulullah SAW dan satu daripadanya aku beri kepada umum dan satu lagi tidak.

17. Itu sendiri telah menzahirkan betapa ketika itu juga telah berlaku fitnah yang menyebarluas.

18. Ekoran fitnah di zaman itulah ia meleret sehingga ke zaman ini.

19. Sejarah kita sebagai umat Islam telah berputar belit.

20. Kita hanya tahu sejarah yang umum sahaja yang ada tertulis dalam lembaran kitab.

21. Majoriti kita tidak pernah tahu siapa Nabi bagi ummat Melayu. Sedangkan Nabi Muhammad SAW pernah berkata, setiap bangsa itu telah diutuskan bagi mereka Nabi mereka.

22. Majoriti kita tidak pernah tahu sejarah yang berlaku semasa zaman Nabi Nuh AS dan zaman Nabi ALLAH Sulaiman AS.

23. Ramai orang tercari-cari sejarah yang hilang ini.

24. Ada yang mencarinya kerana mahukan sesuatu. Ada yang mencarinya kerana mahukan pengikut. Ada yang mencarinya kerana kemasyhuran. Ada yang mencarinya kerana mahukan harta kekayaan. Ada yang mencarinya kerana mahukan pangkat dan gelaran sebagai raja atau imam agar diikuti orang. Ada juga yang mencarinya kerana mahu menjejak keturunan Ahlul Bait yang dicari-cari.

25. Antara keturunan Ahlul Bait yang dicari itu, ada yang mencari mereka kerana mahu membunuhnya dan ada yang mencarinya kerana mahukan kebenaran.

26. Lantas setelah mereka bertemu dengan kebenaran, maka mereka tidak lagi berpaling dan terus berjalan kehadapan.

27. Ramai orang gagal dalam cubaan. Mereka ragu di dalam hati. Apakah jalan yang aku bawa ini benar atau tidak?

28. Hati mereka goyang dan gentar tatkala mereka menyaksikan ramainya umat Islam yang tidak sefahaman dengannya.

29. Alangkah bahagianya orang yang dapat menggenggam erat kebenaran dan mengamalkannya. Paling kurang dia amalkan untuk diri sendiri. Alangkah bahagianya dia kerana berjaya beroleh kebenaran yang dicari ramai orang.

30. Alangkah bahagianya mereka ketika itu, merekalah sebenarnya golongan yang sedikit itu.

31. Hati-hati mereka bertaut antara satu sama lain bagaikan Ikhwan dan Ikhwan yang lain saling berkasih sayang. Mereka tahu peranan mereka sesama lain.

32. Tetapi, tiada siapa yang tahu betapa peritnya hidup mereka ketika mana kefahaman mereka ditolak majoriti umat. Kebenaran yang mereka sampaikan disangkal oleh orang awam.

33. Ketika itulah, Al-Furqan akan berperanan sebagai pembeza antara yang Haq dan Bathil.

34. Ramai juga orang yang merasa diri mereka benar. Tetapi mereka akan gagal dan jatuh terjelepuk tatkala bertemu Al-Furqan.

35. Orang yang dihati mereka punyai Baitullah, sudah pasti akan dengan mudah dapat membezakan mana satu yang Haq dan mana satu yang batil.

36. Dalam berjuta kebenaran, hanya ada satu sahaja HAQ.

37. Maka, kesimpulan daripada kisah tentang kebenaran ini, dapatlah kita nilai sejauh mana kepercayaan yang telah kita pegang.

38. Dari situ dapatlah kita ketahui apa yang harus kita lakukan setelah ini. Adakah sudah benar jalan yang kita bawa?

39. Adakah guru mursyid kita sudah pernah mengajarkan kepada kita segala Ilmu yang disampaikan ini??

40. Nah, sekarang tiba giliran anda semua setelah penat membaca.

41. Anda punya hak untuk membezakan mana kaca mana permata.

42. Maka, bezakanlah pemahaman yang murni itu dengan pemahaman yang tidak murni. Asingkanlah.

43. Ketika itu, ambillah yang HAQ dan tinggalkan yang bathil.

44. Teruskan perjalanan dan teruskan pencarian anda.

45. Anda akan bertemu juga dengan kebenaran disuatu masa nanti.... Tekadkan dalam hati. Nescaya akan ketemu jua !

ALLAHUMMA Solli Ala Muhammad wa Aali Muhammad, Wa Ajjil Farjahum. Solaatan Daaimatan bi Dawaami Mulkillah. Alaika Ya Sayyidi Ya RasulALLAH. Solla AlaikaALLAH, Ya Adnani....

Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Baginda Muhammad bin Abdullah, penghulu sekalian ummat dan sebaik-baik manusia pembawa Rahmat. Salam kesejahteraan buat seluruh Ahli Bait yang terpelihara dan kepada para Sahabat-sahabat Baginda yang baik-baik. Semoga kita semua digolongkan dalam kalangan orang-orang yang menerima petunjuk dan dapat mengikuti jejak langkah perjuangan Imam Mahdi. Semoga kita sama-sama dijauhkan daripada fitnah Dajjal.

WALLAHUA'lam Bessawab.

Al Habib Syed Padzil Barakbah

Selasa, 21 Oktober 2014

ALLAH telah TAJALLI pada NUR MUHAMMAD dan NUR MUHAMMAD menjadi RUH pada DIRI NABI MUHAMMAD RASULULAH SAW

Kitab TEBERUBUT ( Kunci Pembuka dan Rahasia ILMU MA'RIFATTULLAH )

Untuk direnungkan dan dipahami......

Rasulullah saw :
“Belum sempurna iman seseorang, hingga aku lebih dicintainya, dari ayah ibunya, dan anaknya, dan seluruh manusia” (Shahih Bukhari)


Seluruh umat islam sepakat bahwa Nabi Muhammad Rasulullah saw adalah manusia biasa seperti manusia pada umumnya, namun mengapa harus lebih mencintai Beliau daripada mencintai ALLAH SWT ...??

Padahal Allah swt telah berfirman dalam Al Quran surat Al An-Am 162 :
" Katakanlah Sesungguhnya SHOLATKU ,IBADAHKU,HIDUP DAN MATIKU hanyalah untuk ALLAH ,TUHAN semesta Alam "

( Silahkan baca uraian lengkapnya di KITAB TEBERUBUT )

" Bahwa ALLAH telah TAJALLI pada NUR MUHAMMAD dan NUR MUHAMMAD menjadi RUH pada DIRI NABI MUHAMMAD RASULULAH SAW maka pada HAKEKAT nya mencintai NABI MUHAMMAD RASULULLAH SAW itu sama saja dengan mencintai ALLAH SWT "

Agar bisa memahaminya Maka harus paham tentang PEMAHAMAN NUR MUHAMMAD dan HAKEKAT NUR MUHAMMAD.