Pages

Isnin, 16 Januari 2017

MUSUH PALING JAHAT PADA MU ADALAH DIRIMU

MUSUH PALING JAHAT PADA MU ADALAH DIRIMU

( Siri ulangkaji kepada Jemaah Gerak Faqir Sunan Kalijaga )

Telah berkata Syeikh Abdul Qadir Al Jilani dalam Kitabnya 'Futuhul Ghaib':

"Janganlah kamu mengira bahawa diri kamu itu termasuk dalam golongan kerohanian, kecuali jika kamu telah menjadi musuh kepada diri mu sendiri, terpisah daripada anggota badan kamu, kaki dan tangan kamu serta memutuskan hubunganmu dengan wujud kamu, dengan gerak dan diam kamu, dengan pendengaran dan penglihatan kamu, dengan percakapan dan pegangan kamu, dengan usaha dan tindak tanduk kamu dan dengan apa saja yang kamu anggap datang daripada diri kamu sendiri.

Setelah semua itu lenyap, maka barulah wujud kerohanian dihembuskan kepada kamu, kerana semua itu adalah tabir yang menghalangi(menghijabi) kamu dengan Tuhan kamu.

Apabila roh kamu sudah tergilap dan suci bersih, maka rahsia di atas segala rahsia dan yang ghaib daripada segala yang ghaib akan terbuka bagi kamu, akan dapat membezakan antara musuh dengan sahabat, yang haq dengan yang batil l, tauhid dengan syirik.

Allah SWT berfirman lewat lidah Ibrahim as, “Kerana sesungguhnya apa yang kamu sembah itu adalah musuhku, kecuali Tuhan semesta alam.” (QS 26:77)

Yang dimaksud dengan musuh di sini adalah berhala. Oleh sebab itu anggaplah diri kamu dan seluruh mahluk ini sebagai berhala, dan dengan demikian, janganlah kamu mematuhi dan menuruti semua itu.

Hanya dengan itu saja kamu akan dikurniakan rahsia-rahsia dan ilmu-ilmu ketuhanan serta perkara-perkara yang jarang ditemui orang.

Kemudian kamu akan diberi kekuasaan untuk menjadikan dan juga keramat, dan ini adalah suatu macam kekuasaan yang dikurniakan Allah Taala kepada orang-orang yang percaya kepada-Nya dan perkara-perkara ghaib.

Apabila kamu berada dalam keadaan seperti ini, maka seakan-akan kamu bangkit kembali hidup sesudah mati di hari akhir.

Jadi, semata-mata kamu adalah manifestasi kekuasaan Allah. Kamu mendengar melalui Allah, melihat melalui Allah, berbicara melalui Allah, memegang melalui Allah, berjalan melalui Allah, mengetahui melalui Allah, susah dab aman sentosa melalui Allah. Sehingga kamu buta terhadap apa saja selain Allah dan tuli terhadap apa saja selain Dia.

Selagi kamu memperhatikan batas-batas hukum dan mengikuti undang-undang Tuhan, maka tidak ada sesuatupun yang tampak ada oleh pandanganmu, kecuali wujud Allah.

Jika ada diantara kehendak-kehendak hukum Allah yang hilang dari dalam diri kamu, maka ketahuilah bahawa kamu sedang diuji dan dipermainkan oleh syaitan.

Oleh sebab itu, kembalilah untuk mengikuti hukum-hukum Allah, berpegang teguh kepada-Nya dan jauhkan diri kamu dari nafsu kebinatanganmu.

Sebab, setiap perkara yang tidak sah menurut hukum-hukum atau undang-undang Allah adalah tidak termasuk dalam iman.

Syeikh Abdul Qadir Al Jilani dalam Kitabnya 'Futuhul Ghaib'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.