Pages

Rabu, 11 Januari 2017

Subhanallah, Alhamdulillah, Laa illahail Allah, Allahuakhbar

Baginda s.a.w. Berjumpa Dengan Nabi Ibrahim a.s. Pada Malam Israk Dan Mikraj.

Diriwayatkan daripada Hazrat Abdullah bin Mas'ud r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda : "Aku telah berjumpa dengan Ibrahim r.a. pada malam Israk dan Mikraj, beliau berkata, 'Wahai Muhammad, sampaikan salamku kepada umatmu. Beritahulah kepada mereka sesungguhnya tanah syurga amat subur, baik airnya, tanahnya lapang dan tanamannya ialah, 'Subhanallah, Alhamdulillah, Laa illahail Allah, Allahuakhbar'.

Sebanyak mana seseorang ingin menanam pokok di syurga dia boleh lakukan dengan memperbanyakkan bacaan kalimah tersebut). Dalam satu hadis yang lain terdapat penambahan 'La hawlawala Quwata illa billa' pada akhir kalimah tersebut.

Disebutkan dalam satu hadis yang diriwayatkan daripada Hazrat Abdullah bin Abbas r.a. bahawa sesiapa yang membaca, 'Subhanallah, Alhamdulillah, Laa illahail Allah, Allahuakhbar' akan ditanam baginya sebagai ganjaran bagi setiap kalimah tersebut satu pokok di syurga.

Dalam sebuah hadis yang lain yang diriwayatkan oleh Hazrat Jabir r.a. bahawa sesiapa yang membaca 'Subhanallahi Wabihamdih' , maka akan ditanam baginya sepohon kurma di dalam syurga.

Tersebut dalam sebuah hadis yang lain bahawa Rasulullah s.a.w. lalu di satu tempat dan melihat Hazrat Abu Hurairah r.a. sedang menanam pokok. Baginda s.a.w. bertanya 'kamu sedang buat apa?' Beliau menjawab, 'Saya sedang menanam pokok'. Baginda s.a.w. bersabda, 'Mahukah aku beritahu pokok yang lebih baik yang patut ditanam? 'Subhanallah, Alhamdulillah, Laa illahail Allah, Allahuakhbar' ganjaran bagi setiap kalimah itu ialah akan tumbuh satu pokok di syurga.'"

(Hadis Riwayat Tirmizi, Nasa'i dan lain-lain)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.