Pages

Jumaat, 31 Mac 2017

Iqro' artinya mengakulah

LAILATUL QODAR ADALAH HAKIKAT AL-QUR'AN

Iqro' artinya mengakulah , (penyaksian dan pengakuan kepada Allah) sebagai awal kata ucapan dari kalam.

Bismirobbika artinya Dengan Nama Tuhanmu, yaitu Bi-Ismi-Allah-Ar Rahman-Ar Rahim, karena kalam bermula dari 'Asma Allah Ar-Rahman Ar-Rahim.

‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

YANG MELIHAT, YANG MENDENGAR DAN YANG BERKATA-KATA IALAH ALLAH TELAH DIJELASKAN DIDALAM KALIMAH

‎بسم الله

IAITU BA = ب = Basor - YANG MELIHAT

Sim = س = Sama' = YANG MENDENGAR

Mim = م = mutakalliman = Yang berkata-kata.

IALAH Allah = الله 

Basor, sama' dan mutakalliman ialah sifat Allah, Bukan sifat selain dari Allah..

Diawal setiap pekerjaan hendak didahulukan dengan بسم الله = Faham bahawa (ب ) melihat itu sifat Allah,

‎(س ) Dengar itu adalah sifat Allah

‎(م ) Yang berkata-kata atau bercakap itu adalah sifat Allah...

Basor, sama' dan Mutakalliman (Pandang, Dengar dan Bercakap) itu bukanlah sifat diri kita sendiri (yang selama ini telah disangka ada)...

Dengan mula menyedari bahawa basor, sama' dan Mutakalliman بسم = adalah sifat Allah = بسم الله = bermakna disetiap permulaan didalam segala perbuatan kita telah pun mentauhidkan Allah ...

76.Surah Al-'Insān (Verse 2)
‎إِنَّا خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن نُّطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَّبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا

Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.

CARA PERLAKSANANANYA

Bangun saja dari tidur, kita sudah buka mata,  Apabila terbuka mata, kita sudah mula melihat alam keliling.

Ketika kita sedang merasa kita yang melihat alam sekeliling, tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada penglihatan itu, (jangan dirasakan melihat itu kita yang melihat, dan jangan disangka melihat itu Allah yang melihat, cukup dengan menumpukan kepada sifat melihat sahaja) setelah tertumpu dengan sebulat tumpuan kepada penglihatan yang sedang dirasai itu mengakulah bahawa sifat melihat yang sedang dirasai itu adalah sifaf melihat Allah hanya dengan menyebut Allah sebanyak-banyaknya... (Bukan dengan mengaku-ngaku, tetapi dengan menyebut Allah diketika rasa perasaan sedang tertumpu dengan sebulat tumpuan kepada sifat melihat yang bukan sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan yang disangka sebagai sifat Allah terlebih dahulu)

Ketika kita sedang merasa kita yang mendengar, tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada pendengaran itu, setelah tertumpu dengan sebulat tumpuan kepada pendengaran yang sedang dirasai itu mengakulah bahawa sifat mendengar yang sedang dirasai itu adalah sifaf Allah hanya dengan menyebut Allah sebanyak-banyaknya... (Bukan dengan mengaku-ngaku, tetapi dengan menyebut Allah diketika rasa perasaan sedang tertumpu dengan sebulat tumpuan kepada sifat mendengar yang bukan sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan yang disangka sebagai sifat Allah terlebih dahulu)

Ketika kita sedang merasa kita yang bercakap, tumpukan kepada percakapan itu dengan sebulat-bulat tumpuan, setelah tertumpu dengan sebulat tumpuan kepada percakapan yang sedang dirasai itu mengakulah bahawa sifat bercakap  yang sedang dirasai itu adalah sifaf Allah hanya dengan menyebut Allah sebanyak-banyaknya... (Bukan dengan mengaku-ngaku, tetapi dengan menyebut Allah diketika rasa perasaan sedang tertumpu dengan sebulat tumpuan kepada sifat berkata-kata yang bukan sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan yang disangka sebagai sifat Allah terlebih dahulu)

Melihat, mendengar dan berkata-kata adalah sifat Allah, Allah nyatakan sifat-sifatnya untuk memperkenalkan dirinya bukan untuk disekutukan dengannya..

Cara ini adalah berdasarkan kepada apa yang tersurat dan apa yang tersirat didalam firman Allah

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
‎وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Yang cara perlaksanaannya telah dihuraikan melalui apa yang tersurat dan apa yang tersirat didalam sabda Nabi Muhammad saw

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

-   Pejamkan mata mu,
-   Tongkat kan lidah mu ke langit2,
-  sebutlah nama Allah sebanyak2 nya

Dengan melakukan sepertimana yang dinyatakan seperti diatas akan berlakulah pengertian BISMILLAH walaupun kita tidak menyebut perkataan BISMILLAH..(Bismirobbika)

Dengan melaksanakan kaedah ini berlakulah BISMILLAH (Bismirobbika) yang tidak disebut samada secara lisan atau didalam hati iaitu yang tanpa huruf, tanpa suara dan tanpa kata-kata dengan membawa maksud perlakuan yang sedang dilakukan itulah menghasilkan aoa yang telah dimaksudkan dengan BISMILLAH.

Kita tidak membaca BISMILLAH samada secara lisan atau secara didalam hati tetapi kita menumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat melihat, mendengar dan sifat berkata-kata, didalam satu masa yang sama kita pun menyebut Allah tanpa putus..

Menyebut Allah pula dilakukan sepertimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw

-   Tongkat kan lidah mu ke langit2,
-  sebutlah nama Allah sebanyak2 nya

Ladzi kholaq artinya yang telah menciptakanmu. "Qaff" pada kata "Kholaq" adalah manifestasi dari "Kun", tapi khusus pada manusia, Allah mengatakan "Rafakhtu Fiihi Mirruhi". Kaitannya dengan Al-Qur'an adalah "Qaff" itu sendiri.

Perhatikan kata-kata berikut :
khaliQ-iQro-Qolaa-kholaQ-Qalam-Qur'an 

Arti dan maknanya : Tuhan (Allah) mengajarkan membaca firman-Nya kepada ciptaan-Nya melalui perantara kalam yang disempurnakan dalam Al-Qur'an.  Jadi kesemuanya itu berkaitan antara satu dengan yang lain oleh "Qaff"

Surah Al-Alaq

1. Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),

2. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;

3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,

4. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,

5. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

6. Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),

7. Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.

8. (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).

9. Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang)

10. Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?

11. Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? -

12. Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?

13. Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?

14. Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?

15. Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), -

16. Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.

17. Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),

18. Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!

19. Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!

TIDAK TERTULIS KALIMAH TUHAN

18.Surah Al-Kahf (Verse 109)
‎قُل لَّوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِّكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَن تَنفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".

18.Surah Al-Kahf (Verse 110)

‎قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِّثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌۖ فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu;

OLEI ITU, SESIAPA YANG PERCAYA DAN BERHARAP AKAN PERTEMUAN DENGAN TUHANNYA, HENDAKLAH IA MENGERJAKAN AMAL YANG SOLEH DAN JANGANLAH IA MEMPERSEKUTUKAN SESIAPAPUN DIDALAM IBADATNYA KEPADA TUHANNYA" 

Nabi Muhammad menerima wahyu dan dimasukan kedalam hati (Ruhani) oleh malaikat jibril As. lihat pada firman Allah 97. Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman" (QS. Al-Baqarah 97) dan 17. Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); (QS. Al-Qiyamah 17) maka jadilah IMAN dihati atau yg lebih populer disebut DIRI BATHIN, inilah asal usul RUKUN IMAN.

Ketika DIRI BATHIN ini ditulis dan berhuruf maka jadilah Al-QUR'AN 30 JUZ yg berisi firman Allah dari diri bathin tersebut . Rosulullah bersabda:

"Tidak kutinggalkan kepadamu dua perkara, dimana kamu tidak akan tersesat jikalau berpegang teguh pd keduannya yaitu; Kitab Allah dan Sunah Nabi ". ( HR. Imam Ibnu Abdul Barri )

Al-Quran itu ada didalam Diri manusia, cuma dalam bentuk apa? itulah yg seharusnya dicari oleh manusia yg mengaku beriman, kalau yg dicari berbentuk kitab dan berhuruf dan berupa, maka itu adalah mustahil. Karena tidak mungkin alqur'an berbentuk itu dimasukan didalam diri manusia.

Ketahuilah Al-Qur'an yg dimaksud oleh Allah Swt itu bukan berbentuk kitab yg berjilid dan naskah akan tetapi ia adalah berbentuk JAUHAR (kalamullah) yg sukar untuk dilihat tanpa bimbingan seorang Ahluzzikri. Karena jauhar ini berfungsi sebagai IMAM sebagaimana yg dikehendaki oleh Allah, kepada setiap muslim sebagai Tali Allah.

Al-Qur'an yg dimasukan kedalam diri manusia itu bukan berbentuk jirim, jisim atau jauhar yg fardhi karena istilah tersebut adalah dalam bentuk istilah dan bendannya.

Al-Qur'an Turun Pasti ke dalam Hati

Alhamdulillah, kaum mukmin diberikan hidayah di saat menunaikan ibadah puasa bulan ramadhan. Kita, insya Allah, termasuk salah satu yang mendapat kegembiraan dari Allah di bulan suci ini sebagai kaum mukmin yang memenuhi undangan-Nya! Allah Azza wa Jalla bahkan menjanjikan takwa kepada orang yang telah menunaikan puasa ramadhan!

Puasa yang sebenarnya ialah mengesakan zat Allah yang meliputi, diri manusia. Apabila manusia dapat SE pada zat Allah maka akan zahir lah Afaal Allah.

Salah satu dari Afaal Allah ialah tidak makan dan minum, Nyatanya manusia yang sebenar-benar puasa itu adalah manusia yang kodim hakiki yang tuhan jadikan untuk menzahirkan Afaal Allah.

Inilah pengertian puasa yang haq yang menyatakan haq Allah dan melenyapkan haq manusia.  Dalam 12 bulan Allah minta manusia yang bertakwa dan beriman supaya MENZAHIRKAN AFA'ALNYA selama satu bulan diwaktu siang hari.

Untuk menzahirkan Afa'alnya maka Allah suruh tauhidkan dirinya.  Bila manusia dapat MENGESAKAN atau MENTAUHIDKAN diri ZAT maka terasalah kenyang, hati pun senang.

Nyatalah makanan itu sebagai alat atau barang yang melindungi zat dalam diri kerana manusia boleh hidup tanpa makan minum asalkan ianya SE pada ZAT dan Sifat Allah.

Gugur orang berpuasa sudah disampaikan oleh Nabi Muhammad Saw! Adakah yang dapat menangkap pengertian gugur dalam berpuasa? Akal cerdas dapat memahaminya (gugur) sebagai gagal dalam melaksanakan puasa disebabkan tidak mengikuti ketentuan-ketentuan yang telah ditetapkan!

Di luar pengertian tersebut adalah apa pun yang telah melebar dari batasan berpuasa, baik lahir maupun batin, disebut sama yakni gugur berpuasa. Letih, lesu, lelah, haus tidak dapat mendudukkan sebagai wajibnya berpuasa dapat meraih pahala takwa sekiranya berada di luar ketentuan berpuasa!

Berpuasa tidak didekati dengan cara-cara seperti itu! Lahirnya tak terbantahkan sekiranya orang berpuasa mengalami kelelahan, keletihan, kelesuan dan kehausan! Tidak ada makanan dan minuman yang masuk ke dalam tubuh memang boleh terjadi keadaan tubuh seperti itu. Hanya saja, hakikat berpuasa lebih merupakan ujian bagi kaum mukmin agar tetap bersabar, mampu mengendalikan nafsu syaitoniah, tidak mudah terhasut bisikan iblis laknatullah ‘alaih berbuat sebebas-bebasnya (tak mampu mengekang kebebasan).

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 39)
‎قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 40)
‎إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 41)
‎قَالَ هَٰذَا صِرَاطٌ عَلَيَّ مُسْتَقِيمٌ

Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 42)
‎إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلَّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ

"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

Lihat apa yang telah ditetapkan di dalam Al-Qur’an mengenai keberadaan ramadhan sebagai bulan penuh berkah, ampunan dan rahmat! Bahwa berpuasa di bulan ramadhan adalah puasa yang telah dipersiapkan untuk orang-orang beriman meraih kebahagiaan di dunia dan di akhirat!

Peristiwa diturunkan Al-Qur’an juga terjadi pada malam ramadhan. Allah Azza wa Jalla menurunkannya untuk menerangi kegelapan hati! Menelusuri arti Al-Qur’an dalam kehidupan umat manusia memerlukan petunjuk Allah Yang Maha Mengetahui. Untuk itulah, pada malam Al-Qadar diturunkan (pertama kali) Al-Qur’an, dan (secara berulang diturunkan setiap tahun) oleh Allah Azza wa Jalla, sebagai Hudan (Petunjuk) bagi manusia!

‎شهر رمضان الذي أنزل فيه القرآن هدى للناس وبينات من الهدى والفرقان فمن شهد منكم الشهر فليصمه ومن كان مريضا أو على سفر فعدة من أيام أخر يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر ولتكملوا العدة
‎ولتكبروا الله على ما هداكم ولعلكم تشكرون

“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Karena itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur” (Q.S. Al-Baqarah : 185).

Pengetahuan kita mengenai Al-Qur’an diturunkan pada malam Al-Qadar (kemuliaan) sudah ditegaskan oleh Allah dalam surat Al-Qadr berikut:

‎إنا أنزلناه في ليلة القدر
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur'an) pada malam kemuliaan” (Q.S. Al-Qadr : 1).

Sebagai petunjuk untuk menerangi kegelapan, Al-Qur’an sangat diperlukan oleh umat manusia! Pada saat diturunkan untuk pertama kali kepada Rasulullah saw yang mulia, Al-Qur’an diturunkan melalui Jibril a.s. ke dalam hati beliau. Sebelum diturunkan, hati Nabi Saw pun belum mengetahui apa dan bagaimana beliau seharusnya,

‎قل من كان عدوا لجبريل فإنه نزله على قلبك بإذن الله مصدقا لما بين يديه وهدى وبشرى للمؤمنين

“Katakanlah: Barang siapa yang menjadi musuh Jibril, maka Jibril itu telah menurunkannya (Al Qur'an) ke dalam hatimu dengan seizin Allah; membenarkan apa (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang yang beriman” (Q.S. Al-Baqarah : 97).

Secara dhohir (lahir), Al-Qur’an jelas telah dapat dibaca oleh kaum beriman. Akan tetapi, secara bathin (ruhaniah), Al-Qur’an belum turun kepada semua hati orang-orang beriman!

Al-Qur’an, secara dhohir, adalah sebuah kitab Allah Swt yang dijadikan sebagai pegangan hidup kaum beriman dengan petunjuk-petunjuk-Nya dapat dibaca langsung oleh penglihatan mata (lahir). Pengetahuan yang didapatkan dari Al-Qur’an juga sangat mudah untuk dipelajari sekiranya kita bersungguh-sungguh mempelajarinya!

Akan tetapi, Al-Qur’an (secara bathin) tidak mudah bagi kaum mukmin mendapatkannya! Tidak setiap orang yang beriman mempelajarinya secara langsung mengetahui kandungan isi Al-Qur’an. Sekalipun Al-Qur’an (secara dhohir) merupakan kitab petunjuk yang dapat dibaca, namun untuk mendapatkan kemudahan memahaminya memerlukan petunjuk lagi. Jadi, untuk memahami petunjuk memerlukan petunjuk lagi. Petunjuk di atas petunjuk.

Siapakah yang telah janjikan untuk diberikan pimpinan, hidayah dan petunjuk

4.Surah An-Nisā' (Verse 66)

Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah):

"BUNUHLAH DIRI KAMU SENDIRI, ATAU KELUARLAH DARI TEMPAT KEDIAMAN KAMU"

NESCAYA MEREKA TIDAK AKAN MELAKUKANNYA, KECUALI SEDIKIT DARIPADA MEREKA

Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka).

4.Surah An-Nisā' (Verse 67)

Dan (setelah mereka melakukan seperti yang dikehendaki oleh Allah), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;

4.Surah An-Nisā' (Verse 68)

DAN TENTULAH KAMI PIMPIN MEREKA KE JALAN YANG LURUS.

Allah Azza wa Jalla telah menurunkan Al-Qur’an dengan proses pengajaran melalui wahyu yang disampaikan Jibril a.s. kepada Nabi Muhammad Saw di dalam hati beliau! Proses ini sudah berlalu hingga telah menghasilkan sebuah Kitab (Al-Qur’an) yang dapat dibaca oleh penglihatan (lahir).

Namun demikian, Allah Azza wa Jalla Maha Bijaksana dengan kehendak-Nya akan mengilhamkan ke dalam hati pengetahuan yang mendalam (Al-Hikmah) kepada siapa yang Dia kehendaki agar mengetahui bagaimana petunjuk (hudan) dalam Al-Qur’an (secara dhohir). Inilah pengajaran Allah kepada kaum beriman yang tidak menyengutukanNya dengan segala sesuatu di dalam setiap keadaan tak pernah berhenti merindukan akan kemahabesaran-Nya!

‎يؤتي الحكمة من يشاء ومن يؤت الحكمة فقد أوتي خيرا كثيرا وما يذكر إلا أولوا الألباب

“Allah menganugrahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al Qur'an dan As Sunnah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa yang dianugrahi al hikmah itu, ia benar-benar telah dianugrahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah)” (Q.S. Al-Baqarah : 269).

FIRMAN ALLAH - SIAPAKAH SEBENARNYA ORANG BERAKAL.. -IAITU ORANG YANG MENYEBUT DAN MENGINGATI ALLAH..

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 187)
‎وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ لَتُبَيِّنُنَّهُ لِلنَّاسِ وَلَا تَكْتُمُونَهُ فَنَبَذُوهُ وَرَاءَ ظُهُورِهِمْ وَاشْتَرَوْا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًاۖ فَبِئْسَ مَا يَشْتَرُونَ

Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): "Demi sesungguhnya! Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya". Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran (Kalamullah dan janjiNya) itu.

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 188)
‎لَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَفْرَحُونَ بِمَا أَتَوا وَّيُحِبُّونَ أَن يُحْمَدُوا بِمَا لَمْ يَفْعَلُوا فَلَا تَحْسَبَنَّهُم بِمَفَازَةٍ مِّنَ الْعَذَابِۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Jangan sekali-kali engkau menyangka (wahai Muhammad bahawa) orang-orang yang
bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan, dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan - jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 189)
‎وَلِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِۗ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 190)
‎إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 191)
‎الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 192)
‎رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُۖ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ

Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 193)
‎رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلْإِيمَانِ أَنْ آمِنُوا بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّاۚ رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الْأَبْرَارِ

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: `Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 194)
‎رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَىٰ رُسُلِكَ وَلَا تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِۗ إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ الْمِيعَادَ

Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 195)
‎فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لَا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِّنكُم مِّن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰۖ بَعْضُكُم مِّن بَعْضٍۖ فَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَأُخْرِجُوا مِن دِيَارِهِمْ وَأُوذُوا فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُوا وَقُتِلُوا لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ثَوَابًا مِّنْ عِندِ اللَّهِۗ وَاللَّهُ عِندَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ

Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan)
kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)".

BAGAIMANA HENDAK MENYEBUT ALLAH TELAH DITUNJUKKAN OLEH ALLAH SEPERTI DIDALAM FIRMAN ALLAH

73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
‎وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا

Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

Yang cara untuk melaksanakan perintah Allah yang tersurat dan yang tersirat didalam firman Allah seperti diatas boleh dilaksanakan sepertimana yang tersurat dan yang tersirat didalam sabda Rasulullah SAW

Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.

- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2 nya

Menyebut Allah adalah apa yang telah Ajarkan untuk INGAT KEPADA ALLAH

2.Surah Al-Baqarah (Verse 198)
‎لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَبْتَغُوا فَضْلًا مِّن رَّبِّكُمْۚ فَإِذَا أَفَضْتُم مِّنْ عَرَفَاتٍ فَاذْكُرُوا اللَّهَ عِندَ الْمَشْعَرِ الْحَرَامِۖ وَاذْكُرُوهُ كَمَا هَدَاكُمْ وَإِن كُنتُم مِّن قَبْلِهِ لَمِنَ الضَّالِّينَ

Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu bertolak turun dari padang Arafah (menuju ke Muzdalifah) maka sebutlah nama Allah di tempat Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah),

DAN INGATLAH KEPADA ALLAH DENGAN MENYEBUTNYA SEBAGAIMANA IA TELAH MEMBERIKAN PETUNJUK HIDAYAH KEPADA MU

dan sesungguhnya kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang SALAH JALAN IBADATNYA.

Proses pengajaran pengetahuan Al-Qur’an ke dalam hati disebut sebagai karunia Allah yang diturunkan (ilham)! Indikasi yang menyebutkan adanya karunia yang diturunkan (ilham) adalah berbuat tidak atas dasar keinginan sendiri, melainkan berdasarkan kehendak-Nya! Jika akan berbuat sesuatu (ambil barang orang, misalnya), tiba-tiba tangan tidak dapat digerakkan oleh kendali akal, selain di dalam hatinya ada suara menjelaskan begini dan begitu!

Cahaya Al-Qur’an Pada Malam Al-Qadar

Keyakinan akan datangnya malam Al-Qadar yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an relatif tidak sama di antara para ulama mazhab! Kebanyakan kaum mukmin yang berharap turunnya keberkahan pada malam Al-Qadar, mereka sangat mengharapkan Allah menurunkannya ke dalam jiwanya kemuliaan, keberkahan dan kualiti keimanannya!

Bagi Allah, petunjuk yang menerangi kegelapan yang dipancarkan ke dalam jiwa kaum mukmin, bukanlah perkara yang sulit! Apa pun yang telah ditetapkan di dalam kehendak-Nya, maka tak akan ada yang dapat menghalangi-Nya!

Allah Azza wa Jalla telah menetapkan bahwa Al-Qadar adalah kemuliaan bagi diri-Nya untuk menurunkan Al-Qur’an yang penuh keberkahan dan cahaya-Nya. Maka, bagi kaum mukmin yang sangat mengharapkan dengan penuh keikhlasan dan keyakinan yang sangat kuat, tidak ada kata musykil akan dikaruniakan Al-Hikmah (kebijaksanaan Allah)!

YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK IALAH SEBENAR-BENAR IKHLAS YANG MERUPAKAN TALI ALLAH

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 39)
‎قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ

Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 40)
‎إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 41)
‎قَالَ هَٰذَا صِرَاطٌ عَلَيَّ مُسْتَقِيمٌ

Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 42)
‎إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ إِلَّا مَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْغَاوِينَ

"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 65)
‎إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌۚ وَكَفَىٰ بِرَبِّكَ وَكِيلًا

Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).

38.Surah Şād (Verse 82)
‎قَالَ فَبِعِزَّتِكَ لَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ

Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, -

38.Surah Şād (Verse 83)
‎إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ

" Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang ikhlas".

FIRMAN ALLAH YANG MENJELASKAN IKHLAS IALAH BERSIH DARIPADA SEBARANG SYIRIK

29.Surah Al-`Ankabūt (Verse 65)
‎فَإِذَا رَكِبُوا فِي الْفُلْكِ دَعَوُا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ فَلَمَّا نَجَّاهُمْ إِلَى الْبَرِّ إِذَا هُمْ يُشْرِكُونَ

Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.

FIRMAN ALLAH DIATAS MENUNJUKKAN TULUS IKHLAS LAWANNYA SYIRIK

31.Surah Luqmān (Verse 22)
‎وَمَن يُسْلِمْ وَجْهَهُ إِلَى اللَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰۗ وَإِلَى اللَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ

Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.

39.Surah Az-Zumar (Verse 2)
‎إِنَّا أَنزَلْنَا إِلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ فَاعْبُدِ اللَّهَ مُخْلِصًا لَّهُ الدِّينَ

Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya.

39.Surah Az-Zumar (Verse 3)
‎أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُۚ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ أَوْلِيَاءَ مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَىٰ إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ

Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya", sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).

3.Surah 'Āli `Imrān (Verse 103)
‎وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُواۚ وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

KESIMPULAN DARI FIRMAN ALLAH SEPERTI DIATAS MENUNJUKKAN BAHAWA IKHLAS SAMA ERTINYA DENGAN BERSERAH DIRI BULAT-BULAT KEPADA ALLAH DAN JUGA MEMBAWA MAKSUD KEPADA BERSIH DARIPADA SEBARANG SYIRIK IAITU BERPEGANG DENGAN IKTIQAD TAUHID. INILAH JUGA YANG MERUPAKAN TALI ALLAH

Malam Al-Qadar adalah harapan bagi kaum mukmin yang berharap mendapatkan perubahan jiwa dengan petunjuk dari Allah Yang Maha Mulia. Mengharapkan akan datangnya keberkahan pada jiwa atau hati atau ruh atau diri orang-orang yang meyakininya tidaklah sama dengan orang-orang yang tidak terlintas adanya harapan dengan banyak alasan kurangnya keyakinan!

Siapa pun pasti membenarkan ada-Nya Dia (Allah) sebagai Tuhan Yang Maha Bijaksana! Dengan membenarkan keberadaan-Nya sebagai Tuhan Yang Memiliki kemahabijaksanaan, sepatutnya kaum mukmin tidak mementahkan akan adanya keberkahan yang diturunkan pada malam-malam ramadhan, yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an pada malam kemuliaan (lailatul qadr)!

Jika Rasululullah saw yang agung mendapati wahyu ke dalam hati baginda, maka hati-hati umatnya yang senantiasa tunduk dan patuh kepada Allah dan Rasul-Nya, bukan mustahil juga akan dinugerahi pengajaran Al-Qur’an dan As-Sunah yang mendalam (Al-Hikmah)!

Apa yang telah diwahyukan oleh Allah melalui perantaraan Jibril a.s. kepada Rasulullah Saw tidak berarti akan diwahyukan lagi kepada umatnya! Bukan, bukan itu yang dimaksud diajarkan Al-Qur’an dan As-Sunah ke dalam hati kaum mukmin! Akan tetapi, petunjuk Allah Yang Maha Mulia akan dipancarkan ke dalam jiwa seseorang yang beriman untuk memahami dengan pasti setiap kandungan yang dimuat di dalam ayat-ayat-Nya atau perkataan Nabi-Nya Saw! Dengan begitu, dia (di antara kaum mukmin) tidak menemukan kegelapan ketika memaknai ayat-ayat-Nya atau hadits Nabi-Nya!

Allahu Akbar wa lillahil hamdu! Allah Maha Besar, segala puji patut hanya untuk diri-Nya! Kemahaluasan Ilmu Allah tak perlu diperdebatkan! Musykil Allah Azza wa Jalla diragukan! Hanya orang-orang yang tidak berimanlah yang menyangsikan-Nya.

Kepastian datangnya Al-Qadar tidak patut dipertanyakan. Al-Qur’an yang mulia sudah memperlihatkan kepastiannya! Malam itu adalah malam yang penuh kemuliaan, keberkahan, keutamaan melebihi malam-malam yang lain; sekiranya seribu bulan bercahaya, maka cahayanya tak akan dapat menyamai-Nya saat Al-Qur’an turun (kembali) di malam kemuliaan (Al-Qadar) tersebut! Bilakah itu dapat diketahui oleh kaum mukmin? Allah lah Yang Maha Mengetahui! Tak seorang pun dapat mengetahuinya kecuali karena Allah akan memberikannya....!

Al-Qadar tidaklah menghindar untuk hadir di alam dunia sekalipun banyak kaum mukmin yang tidak meyakininya! Al-Qur’an pun tetap “turun” ke dalam jiwa kaum mukmin yang meyakini, mengharapkan, memerlukan, merindukan, yang terlebih penting lagi iaitu tidak seketukan sesuatu dengan Allah dan tak pernah berhenti memohon dengan sepenuh jiwa kepada Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Bijaksana!

Cahaya Al-Qur’an sangat terang benderang! Allah Swt menjelaskan keberadaan Al-Qur’an di dalam ayat-Nya sebagai berikut:

‎يا أيها الناس قد جاءكم برهان من ربكم وأنزلنا إليكم نورا مبينا

"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu, (Muhammad dengan mukjizatnya) dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang (Al Qur'an)” (Q.S. An-Nisaa : 174).

Oleh karena itu, pada malam Al-Qadar apabila orang mendapati hatinya merasa “terang benderang” (sangat bertambah kuat tingkat keyakinan akan kemahabesaran Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Bijaksana), tidak ada lagi unsur syirik didalam dirinya, dia sesungguhnya mendapati “Malam Kemuliaan.”

Indahnya “Malam Kemuliaan” melemahkan setiap kesombongan otak yang merasa cerdas, jenius, brilian, cemerlang, pintar, fullbright, dan lain-lain sebutan untuk kehebatan otak. Suasana hati demikian tenteram serasa sedang berada bersama berbagai keindahan surgawi, kesejukan jiwa yang menghanyutkan kegelisahan! Tak ada suasana yang menjadikan hati, bingung, bimbang, ragu, tidak jelas, tak tahu arah, selalu merasa berdosa dan lain-lain suasana hati yang berpenyakit!

Dengan keyakinan, sekali lagi, hanya dengan keyakinan, kita dapat merasakan kehadiran “Malam Kemuliaan” itu. Bukan dengan hayal atau keragu-raguan, dan pasti tak akan dapat merasakan kehadirannya. Mustahil bagi Allah memperlakukan kepada nya (orang yang tidak meyakininya) serta orang yang masih menyengutukan Allah dengan segala sesuatu kerana hakikat puasa sebenarnya ialah mengesakan zat Allah yang meliputi, diri manusia. Apabila manusia dapat SE pada zat Allah maka akan zahir lah Afaal Allah yang tidak makan dan tidak minum...

ALLAH BERKATA-KATA DENGAN JALAN WAHYU

42.Surah Ash-Shūraá (Verse 51)
‎وَمَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُكَلِّمَهُ اللَّهُ إِلَّا وَحْيًا أَوْ مِن وَرَاءِ حِجَابٍ أَوْ يُرْسِلَ رَسُولًا فَيُوحِيَ بِإِذْنِهِ مَا يَشَاءُۚ إِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيمٌ

Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah berkata-kata dengannya kecuali dengan jalan wahyu (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan mendengar suara sahaja), atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu menyampaikan wahyu kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Bijaksana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.