بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
YANG MELIHAT, YANG MENDENGAR DAN YANG BERKATA-KATA IALAH ALLAH TELAH DIJELASKAN DIDALAM KALIMAH
بسم الله
IAITU BA = ب = Basor - YANG MELIHAT
Sim = س = Sama' = YANG MENDENGAR
Mim = م = mutakalliman = Yang berkata-kata.
IALAH Allah = الله
Basor, sama' dan mutakalliman ialah sifat Allah, Bukan sifat selain dari Allah..
Diawal setiap pekerjaan hendak didahulukan dengan بسم الله = Faham bahawa (ب ) melihat itu sifat Allah,
(س ) Dengar itu adalah sifat Allah
(م ) Yang berkata-kata atau bercakap itu adalah sifat Allah...
Basor, sama' dan Mutakalliman (Pandang, Dengar dan Bercakap) itu bukanlah sifat diri kita sendiri (yang selama ini telah disangka ada)...
Dengan mula menyedari bahawa basor, sama' dan Mutakalliman بسم = adalah sifat Allah = بسم الله = bermakna disetiap permulaan didalam segala perbuatan kita telah pun mentauhidkan Allah ...
76.Surah Al-'Insān (Verse 2)
إِنَّا خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِن نُّطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَّبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا
Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.
CARA PERLAKSANANANYA
Bangun saja dari tidur, kita sudah buka mata, Apabila terbuka mata, kita sudah mula melihat alam keliling.
Ketika kita sedang merasa kita yang melihat alam sekeliling, tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada penglihatan itu, (jangan dirasakan melihat itu kita yang melihat, dan jangan disangka melihat itu Allah yang melihat, cukup dengan menumpukan kepada sifat melihat sahaja) setelah tertumpu dengan sebulat tumpuan kepada penglihatan yang sedang dirasai itu mengakulah bahawa sifat melihat yang sedang dirasai itu adalah sifaf melihat Allah hanya dengan menyebut Allah sebanyak-banyaknya... (Bukan dengan mengaku-ngaku, tetapi dengan menyebut Allah diketika rasa perasaan sedang tertumpu dengan sebulat tumpuan kepada sifat melihat yang bukan sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan yang disangka sebagai sifat Allah terlebih dahulu)
Ketika kita sedang merasa kita yang mendengar, tumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada pendengaran itu, setelah tertumpu dengan sebulat tumpuan kepada pendengaran yang sedang dirasai itu mengakulah bahawa sifat mendengar yang sedang dirasai itu adalah sifaf Allah hanya dengan menyebut Allah sebanyak-banyaknya... (Bukan dengan mengaku-ngaku, tetapi dengan menyebut Allah diketika rasa perasaan sedang tertumpu dengan sebulat tumpuan kepada sifat mendengar yang bukan sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan yang disangka sebagai sifat Allah terlebih dahulu)
Ketika kita sedang merasa kita yang bercakap, tumpukan kepada percakapan itu dengan sebulat-bulat tumpuan, setelah tertumpu dengan sebulat tumpuan kepada percakapan yang sedang dirasai itu mengakulah bahawa sifat bercakap yang sedang dirasai itu adalah sifaf Allah hanya dengan menyebut Allah sebanyak-banyaknya... (Bukan dengan mengaku-ngaku, tetapi dengan menyebut Allah diketika rasa perasaan sedang tertumpu dengan sebulat tumpuan kepada sifat berkata-kata yang bukan sedang dirasakan sebagai sifat diri sendiri dan yang bukan yang disangka sebagai sifat Allah terlebih dahulu)
Melihat, mendengar dan berkata-kata adalah sifat Allah, Allah nyatakan sifat-sifatnya untuk memperkenalkan dirinya bukan untuk disekutukan dengannya..
Cara ini adalah berdasarkan kepada apa yang tersurat dan apa yang tersirat didalam firman Allah
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Yang cara perlaksanaannya telah dihuraikan melalui apa yang tersurat dan apa yang tersirat didalam sabda Nabi Muhammad saw
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut.
- Pejamkan mata mu,
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2 nya
Dengan melakukan sepertimana yang dinyatakan seperti diatas akan berlakulah pengertian BISMILLAH walaupun kita tidak menyebut perkataan BISMILLAH..(Bismirobbika)
Dengan melaksanakan kaedah ini berlakulah BISMILLAH (Bismirobbika) yang tidak disebut samada secara lisan atau didalam hati iaitu yang tanpa huruf, tanpa suara dan tanpa kata-kata dengan membawa maksud perlakuan yang sedang dilakukan itulah menghasilkan aoa yang telah dimaksudkan dengan BISMILLAH.
Kita tidak membaca BISMILLAH samada secara lisan atau secara didalam hati tetapi kita menumpukan sebulat-bulat tumpuan kepada sifat melihat, mendengar dan sifat berkata-kata, didalam satu masa yang sama kita pun menyebut Allah tanpa putus..
Menyebut Allah pula dilakukan sepertimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw
- Tongkat kan lidah mu ke langit2,
- sebutlah nama Allah sebanyak2 nya
Ladzi kholaq artinya yang telah menciptakanmu. "Qaff" pada kata "Kholaq" adalah manifestasi dari "Kun", tapi khusus pada manusia, Allah mengatakan "Rafakhtu Fiihi Mirruhi". Kaitannya dengan Al-Qur'an adalah "Qaff" itu sendiri.
Perhatikan kata-kata berikut :
khaliQ-iQro-Qolaa-kholaQ-Qalam-Qur'an
Arti dan maknanya : Tuhan (Allah) mengajarkan membaca firman-Nya kepada ciptaan-Nya melalui perantara kalam yang disempurnakan dalam Al-Qur'an. Jadi kesemuanya itu berkaitan antara satu dengan yang lain oleh "Qaff"
Surah Al-Alaq
1. Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
2. Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,
4. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,
5. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
6. Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
7. Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
8. (Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).
9. Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang)
10. Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?
11. Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? -
12. Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?
13. Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?
14. Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?
15. Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), -
16. Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.
17. Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),
18. Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!
19. Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.