Pages

Sabtu, 4 Mac 2017

ORANG ALIM

ORANG  ALIM  

Ketahuilah anda bahawa bagi org ' Alim itu terbahagi kpd empat ( 4 ) bahagian:

Pertama :  'Alim Berkata-kata , iaitu :
Org yg mendengar sesuatu hukum dimana-mana sahaja, lalu ia pun mengambilnya n membawanya ke serata tempat dgn dalil yg berabuk-rabuk.

Maka org seperti ini tdk ada ilmu sama sekali lantaran dia mengambil ilmu itu hasil drp apa yg didengar drp org lain saja n membawa kata-kata itu ke sana ke mari.

Kedua :  'Alim Cerita , iaitu :
Org yg ada pengajian tetapi tdk faham. Apabla kitab-kitab itu dibacanya n mengikuti sepanjang ceritanya , lalu org bertanya kpdnya.

Tiba-tiba dia menjadi bengis n berang dlm keadaan marah sambil berkata: "Kesemuanya itu kami yg lebih tahu, tdk layak utk kami menjawab soalan kamu itu, bahkan tdk wajib ke atas kamu utk memahaminya."

Akhir kesudahannya akan menimbulkan perkelahian n perbalahan lantaran perlakuan sedemikian adalah dusta belaka. Ini kerana guru seperti ini berpelakuan pengelat n penipu besar sbb dia sendiri tdk tahu menjawab soalan si bertanya itu.

Ketiga : 'Alim Pelita , iaitu :
Org yg memiliki pelbagai pengetahuan seperti tahu tentang ilmu Nahu, ilmu Soraf , Bayan, Tajwid , Fiqah n lain-lain yg diumpamakan seperti pelita yg mana terangnya itu dpt memberi manfaat kpd kita tetapi mendtgkan mudarat kpd pelita itu sendiri, iaitu sumbunya hangus n minyaknya kering, bahkan keadaan pelita itu bertambah buruk.

Begitulah keadaanya yg memberi mudarat kpd dirinya sendiri lantaran kesemuanya itu bknlah 'Alim yg sebenar-benarnya , tetapi kesemuanya itu menjadi perkakas alat senjata utk mendptkan ilmu yg sebenar-benarnya , sdg ilmu yg sebenar-benarnya itu sudah pun hanyut.

Keempat :  'Alim Pendita , iaitu :
Org yg amat mengerti n memahami tentang perkara ilmu Zahir n Batin. Bagaimana ia mengajar kpd org lain , begitulah amalnya sendiri yg dinamakan " 'Alimul-I'lan (pemberitahu) , iaitu 'Alim yg sebaik-baiknya.

'Alim Pendita inilah org yg sudah mendpt petunjuk drp Allah Taala sendiri. Sebagaimana firman Allah Taala dlm Surah Ibrahim ayat: 4

"Allah Taala sendiri yg memberi petunjuk ( jalan yg betul ) kpd sesiapa saja yg Dia sendiri kehendaki ".

Firman Allah Taala dlm Surah Al-Baqarah ayat: 282

"Bertaqwalah kamu kpd Allah, Allah mengajar kamu ( dgn keterangan ini ).

ALLAHU  AKBAR

Sedutan drp kitab  NAJMUL HUDA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.