PINTU MAKRIFATULLAH
“Pintu Makrifatullah” ini membawa kepada pengenalan kepada Allah swt:
1.DzatNya adalah Wajibul Wujud (Wujud yang wajib) untuk kesemua ciptaan. Iaitu, tanpa DzatNya tidak akan Wujud kesemua ciptaan termasuk ruang dan masa. Contoh, tanpa air tidak akan ada air-batu maka air adalah wujud yang wajib kepada air-batu.
Kesimpulannya bahawa segala sesuatu yang maujud pasti bergantung dan bersandar pada zat yang Wajibul Wujud.
2.Kerana tanpa DzatNya ciptaan tidak akan wujud maka DzatNya adalah permulaan bagi kesemua citpaan.
Dia-lah Yang Awal
3.Kerana DzatNya adalah permulaan kepada kesemua ciptaan, ini bererti kesemua ciptaan terjadi ataupun terzahir daripada DzatNya. Contoh, air-batu terjadi ataupun terzahir daripada air.
Dia-lah Yang Zahir
4.Sesudah terzahir menjadi ciptaan, DzatNya tersembunyi di sebalik penzahiran dan menjadi batin ciptaanNya itu. Contoh, sesudah air terzahir menjadi air-batu, air tersembunyi menjadi batin air-batu itu.
Dia-lah Yang Batin.
5.Kerana DzatNya adalah permulaan dan penzahiran bagi kesemua ciptaan maka apabila ciptaan binasa yang tinggal adalah DzatNya. Contoh, apabila air-batu cair, yang tinggal adalah air.
Dzat yang mengakhirkan.
Dia-lah Yang Akhir.
Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa dan kekallah Dzat Allah yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
Tiap-tiap sesuatu pasti binasa melainkan Dzat Allah swt.
Namun begitu, Allah swt tidak berawal dan berakhir. Contoh, sama ada air-batu di atas Lautan itu ada ataupun tidak Lautan begitu juga. Nabi Isa (as) ada bersabda.
Dia tidak berawal dan berakhir tetapi kepada kesemua Dia berikan awal dan akhir.
6.Kerana DzatNya adalah penzahiran dan batin kesemua ciptaan maka ini bererti DzatNya meliputi kesemua ciptaan. Contoh, air meliputi kesemua air-batu.
Allah Maha Meliputi segala sesuatu.
Segala hakikat di alam semesta yang anda lihat dan anda saksikan kesemuanya adalah limpahan daripada satu hakikat teragung iaitu hakikat Dzat Allah swt.
Sifat wujud ini tidak lain selain Dzat-Nya.
7.Kerana DzatNya meliputi kesemua ciptaan maka di mana ada ciptaan di situ ada DzatNya.
Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada.
Kami lebih dekat kepadanya dari urat nyawanya.
8.Kerana di mana ada ciptaan di situ ada DzatNya (Yang Wajibul Wujud) maka dengan itu, Dia Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dan Maha Mengawasi segala lakuan ciptaan yang dizahirkan ataupun tidak.
Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Dia-lah… Maha Mengetahui.
Allah Maha Mengawasi segala sesuatu.
Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarrah di bumi ataupun di langit.
Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati.
9.Kerana hanya sedikit DzatNya yang menjadi unsur kesemua ciptaan maka Allah swt tentulah Maha Besar, Maha Luas lagi Maha Tinggi.
Allah yang Maha Besar.
10.Kerana DzatNya adalah Yang Zahir dan Batin kesemua ciptaan (termasuk ruang dan masa) maka tidak menjadi satu masalah bagi Allah swt mengizin sesuatu berlaku:
Lalu Allah wahyukan kepada Nabi Musa: Pukullah laut itu dengan tongkatmu. (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar.
Di sini DzatNya yang di laut memainkan peranan
Dan aku menghidupkan orang mati dengan seizin Allah swt. Di sini DzatNya di jasad mayat itu memainkan peranan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.