Kisah Zun Nun dan Seorang Pemuda
Ada seorang pemuda yang selalu berkata tidak elok terhadap kaum sufi. Suatu hari Zun Nun menanggalkan cincin di jarinya kemudian memberikan cincin itu kepada pemuda itu sambil berkata, “Bawalah cincin ini ke pasar dan gadaikanlah dengan harga satu dinar”.
Pemuda itupun membawa cincin tersebut ke pasar tetapi tidak seorang pun yang mahu menerimanya dengan harga satu dinar. Pemuda itu kembali dan menyampaikan hal itu kepada Zun Nun.
“Sekarang bawalah cincin ini kepada pedagang permata dan tanyakan harganya?”, Zun Nun berkata kepada si pemuda.
Ternyata pedagang-pedagang permata menganggarkan cincin itu bernilai seribu dinar.
Ketika pemuda itu kembali, Zun Nun berkata kepadanya, “Engkau hanya mengetahui sufi seperti pemilik-pemilik kedai di pasar tadi tanpa mengetahui harga cincin ini”.
Pemuda itu lalu bertaubat dan dia tidak lagi mencemuh para sufi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.