Nafas itu nyawa, nyawa itu roh, roh itu rahsia dan rahsia itu Allah…empunya rahsia dan sekeliannya….”
“Dan kenapa Tuhan perbuat nafas turun dan naik?
“Turun itu zahir dan yang naik itu batinNya…. zahir hanya penyata dan batin itulah sebenarNya…. Disitulah “kunci kehidupan TuhanMu”
Yang turun itu KesempurnaanNya dan yang naik itu KetuhananNya.
Maksud sebenar perkataan “bersatu tidak, bercerai tiada” dan juga pengertian putus apa itu yang “turun” dan apakah itu yang “naik”.
Mengertilah erti “hidup sebenar hidup” setelah aku mengenal nafas ini. Mulai hari itu berpeganglah l pada “nafas” inilah yang akan membawa aku pulang kepadaNya.
Nafas ini jugak lah yang mengajar aku yang mana itu ‘qidam’ dan yang mana itu ‘baharu’.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.