Pages

Rabu, 31 Mei 2017

Sesungguhnya Tuhan kamu hanya Allah

BAHAYA MEMPERKATAKAN TUHAN BUKAN ALLAH... DAN ALLAH BUKAN TUHAN KERANA TUHAN BANYAK, ALLAH HANYA SATU..

BAGI KITA UNTUK BERPEGANG DENGAN PEGANGAN YANG SELAMAT BILA DISEBUT TUHAN HANYA TERTUJU HANYA KEPADA ALLAH TUHAN YANG ESA SAHAJA..

SELAIN DARIPADA ALLAH BUKANLAH TUHAN

20.Surah Ţāhā (Verse 98)

"Sesungguhnya Tuhan kamu hanya Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia, yang meliputi pengetahuanNya akan tiap-tiap sesuatu".

16.Surah An-Naĥl (Verse 51)

Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana  sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.

37.Surah Aş-Şāffāt (Verse 87)

"Maka bagaimana fikiran kamu pula terhadap Allah Tuhan sekalian alam?"

56.Surah Al-Wāqi`ah (Verse 80)

Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.

69.Surah Al-Ĥāqqah (Verse 43)

(Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.

JANGAN ADAKAN TUHAN YANG LAIN BERSAMA ALLAH..

6.Surah Al-'An`ām (Verse 19)

Bertanyalah (wahai Muhammad): "Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya?"

(Bagi menjawabnya) katakanlah: "Allah menjadi Saksi antaraku dengan  kamu, dan diwahyukan kepadaku Al-Quran ini, supaya aku memberi amaran dengannya kepada kamu dan juga (kepada) sesiapa yang telah sampai kepadanya seruan Al-Quran itu. Adakah kamu sungguh-sungguh mengakui bahawa ada beberapa tuhan yang lain bersama-sama Allah?" Katakanlah:

"Aku tidak mengakuinya". Katakanlah lagi: "Hanyasanya Dia lah sahaja Tuhan Yang Maha Esa, dan sesungguhnya aku adalah berlepas diri apa yang kamu sekutukan (dengan Allah Azza Wa Jalla)".

15.Surah Al-Ĥijr (Verse 96)

(Iaitu) mereka yang mengadakan tuhan yang lain bersama-sama Allah, maka mereka akan mengetahui kelak (akibatnya).

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 22)

Janganlah engkau adakan tuhan yang lain bersama Allah (dalam ibadatmu), kerana akibatnya engkau akan tinggal dalam keadaan tercela dan kecewa dari mendapat pertolongan.

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)

Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat (memahami dan mematuhi kebenaran); dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 42)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah ada tuhan-tuhan yang lain bersama-sama Allah, sebagaimana yang mereka katakan itu, tentulah tuhan-tuhan itu akan mencari jalan kepada Allah yang mempunyai Arasy (dan kekuasaan yang mutlak).

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 43)

Maha Sucilah Allah dan tertinggilah Ia setinggi-tingginya, jauh dari apa yang mereka katakan itu.

17.Surah Al-'Isrā' (Verse 44)

Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.

21.Surah Al-'Anbyā' (Verse 21)

Adakah benda-benda dari bumi yang mereka jadikan tuhan-tuhan itu, dapat menghidupkan semula sesuatu yang mati?

21.Surah Al-'Anbyā' (Verse 22)

Kalau ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan yang lain dari Allah, nescaya rosaklah pentadbiran kedua-duanya. Maka (bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan): Maha Suci Allah, Tuhan yang mempunyai Arasy, dari apa yang mereka sifatkan.

26.Surah Ash-Shu`arā' (Verse 213)

Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa.

36.Surah Yā-Sīn (Verse 23)

"Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.

36.Surah Yā-Sīn (Verse 24)

"Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.

36.Surah Yā-Sīn (Verse 74)

Dan tergamak mereka menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah, (dengan harapan semoga mereka mendapat pertolongan (dari makhluk-makhluk itu).

37.Surah Aş-Şāffāt (Verse 86)

"Patutkah kamu menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah, kerana kamu memutar belitkan kebenaran semata-mata (bukan kerana benarnya)?

37.Surah Aş-Şāffāt (Verse 87)

"Maka bagaimana fikiran kamu pula terhadap Allah Tuhan sekalian alam?"

51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 50)

(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai pemberi amaran yang nyata.

51.Surah Adh-Dhāriyāt (Verse 51)

"Dan janganlah kamu adakan tuhan yang lain bersama Allah (dalam kepercayaan kamu), sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepada kamu sebagai pemberi amaran yang nyata".

TIADA TUHAN YANG LAIN LAGI SELAIN DARI ALLAH,

YANG DIANGGAP TUHAN OLEH ORANG-ORANG LAIN ITU SEBENARNYA BUKAN TUHAN..

BILA KITA BERPEGANG YANG DIANGGAP TUHAN OLEH ORANG KAFIR ITU ADALAH TUHAN MEREKA, INI MEMBAWA MAKNA KITA TURUT MENGAKUI TUHAN YANG LAIN SELAIN DARIPADA ALLAH..

APA YANG MESTI KITA BERPEGANG IALAH ALLAH ADALAH TUHAN BAGI KESELURUHAN ALAM, TUHAN BAGI ORANG ISLAM DAN TUHAN BAGI ORANG-ORANG KAFIR.

APA YANG MEREKA ANGGAP SEBAGAI TUHAN SELAIN DARIPADA ALLAH, ITU BUKAN TUHAN, CUMA MEREKA SAHAJA YANG MENGANGGAP SEBAGAI TUHAN. APA YANG MEREKA SAGKA SEBAGAI TUHAN ITU BUKAN TUHAN..

YANG WAJIB DIPANGGIL  TUHAN HANYA ALLAH YANG MAHA ESA SAHAJA ...

JANGANLAH KITA NAK MENYUSAHKAN DIRI SENDIRI BERMAIN DENGAN ISTILAH-ISTILAH LAIN YANG MENGATAKAN ALLAH BUKAN TUHAN DAN TUHAN BUKAN ALLAH..

BIARLAH PEGANGAN KITA PUTUS DENGAN SATU PEGANGAN YANG PUTUS DAN TAHKIT BILA DISEBUT TUHAN ITU TERTUJU HANYA KEPADA ALLAH YANG MAHA ESA SAHAJA..

TIDAK ADA LAGI YANG LAIN YANG BOLEH DIDUDUKKAN SEBAGAI TUHAN, TIDAK ADA DUA, TIDAK ADA BERBILANG TUHAN, HANYA SATU TUHAN SAHAJA IAITU ALLAH... TUHAN YANG MAHA ESA..

BILA DISEBUT TUHAN ITULAH ALLAH.  TIDAK ADA LAGI TUHAN YANG LAIN SELAIN DARIPADA ALLAH...

JIKA KITA IKUT MENGATAKAN BAHAWA YANG DIANGGAP TUHAN OLEH ORANG KAFIR ITU ADALAH TUHAN MEREKA SECARA TIDAK DISEDARI KITA JUGA IKUT MENGAKUI BAHAWA ADA TUHAN LAIN UNTUK ORANG KAFIR..

YANG ORANG KAFIR ANGGAP SEBAGAI TUHAN MEREKA ITU SRBENARNYA BUKAN TUHAN TETAPI TELAH DIJADIKAN TUHAN OLEH MEREKA.. KITA TETAP BERPEGANG BAHAWA TUHAN ORANG KAFIR ADALAH ALLAH YANG MAHA ESA SAHAJA, TIDAK ADA TUHAN YANG LAIN UNTUK MEREKA, YANG MEREKA ANGGAP TUHAN MEREKA, ITU BUKAN TUHAN MEREKA, TUHAN MEREKA JUGA IALAH ALLAH YANG MAHA ESA....

2.Surah Al-Baqarah (Verse 139)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah kamu (hai kaum Yahudi dan Nasrani) membuat bantahan terhadap kami mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya ? Padahal Dia lah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi kamu pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan), dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepadaNya;

12.Surah Yūsuf (Verse 40)

Apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, hanyalah nama-nama yang kamu menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah Ugama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.