BERSIH DARI SEBARANG SYIRIK ATAU DENGAN KATA LAIN MAKRIFATULLAH
Firman Allah berkaitan dengan iktiqad dan tauhid
17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
SALAH SATU JALAN DAN CARA UNTUK MENETAPKAN IKTIQAD DAN TAUHID YANG BOLEH DILAKUKAN IALAH MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH YANG TERSIRAT DIDALAM FIRMANNYA
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Yang cara perlaksanaannya telahpun dihuraikan melalui
Saidina Ali Rodziallah hu'an hu Bertanya kepada Rasulullah bagaimana aku nak hampir dengan Allah ya Rasulullah. Rasulullah menjawab mari dekat dengan aku ya Ali hingga bertemu lutut. Pejamkan mata mu, Tongkat kan lidah mu ke langit2, sebutlah nama Allah sebanyak2 nya dalam qalbi.
Latihan untuk mendapatkan kemahiran melakukan dua perkara (merasakan sifat yang sedang dirasakan dengan sebulat tumpuan (samada sifat ada, hidup, tahu, kuasa, kehendak, melihat, mendengar dan berkata-kata) dengan menyebut Allah sebanyak-banyaknya...
Apabila telah berlaku dua perkara ini didalam satu masa yang sama, disinilah akan berlakunya pada setisp ksli menyebut Allah, akan berlaku pengakuan keatas apa yang sedang dirasakan dengan sebulat tumpuan itu adalah samada (zat, sifat, nama dan perbuatan) Allah.
Pengakuan kepada zat, sifat, nama dan perbuatan Allah bergantung kepada apa ysng sedang dirasakan dengan sebulat tumpuan semasa menyebut Allah sebanyak-banyaknya...
Latihan diperingkat awal dimana lebih kepada untuk mendapat kemahiran untuk melakukan dua perkara didalam satu masa yang sama iaitu rasa apa yang sedang dirasa (samada zat, sifat, nsma dsn perbuatan) dengan sebulat tumpuan dengan menyebut Allah dengan sebanyak-banysknya...
Rahsia setelah dapat melakukan dua perkara didalam satu masa yang sama ialah, semasa setiap kali menyebut Allah diketika rasa perasaan sedang merasakan spa yang sedang dirasakan dengan sebulat tumpuan, dapat merasakan sedang berlsku pengakuan bahawa apa yang sedang dirasakan itu (samada zat, sifat, nama dan perbuatan) sdalsh zat, sifat, nsma dan perbuatan Allah...
Selagi belum dapat kemahiran untuk melakukan dua perkara (rasa apa yang sedang dirasa dengan sebulat-bulat tumpuan dan menyebut Allah) didalam satu masa yang sama tidak akan berlaku pengakuan keatas apa yang sedang dirasakan itu adalah (zat, sifat, nama dan perbuatan) Allah...
Jika ada juga dirasakan pengakuan kepada (zat, sifat, nama dan perbuatan) Allah, sebelum dari mendapat kemahiran melakukan dua perkara (rasa apa yang sedang dirasakan dengan sebulat tumpuan dan menyebut Allah) didalam satu masa yang sama, ini adalah hasil daripada mengaku-ngaku.
Kadang-kadang oleh kerana sudah lama kita berada didalam sikap mengaku-ngaku berdasarkan kepada ilmu pengetahuan yang telah dipelajari dan diketahui selama ini, tidak ada lagi terasa yang perbuatan mengaku-ngaku itu sebagsi mengaku-ngaku...
Terdapat perbezaan yang jelas diantara kedua perkara ini iaitu pengakuan yang berlaku dengan sendiri hasil daripada melakukan perintah Allah yang tersirat didalam firmanNya
73.Surah Al-Muzzammil (Verse 8 )
وَاذْكُرِ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا
Dan sebutlah akan nama Tuhanmu, serta tumpukanlah kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
Dengan pengakuan yang dilakukan dengan cara mengaku-ngaku samada secara sedar atau secara tidak sedar .....
Cuba para sahabat beri atau tunjukan apakah perbezaan yang jelas tersebut....?
Jadi diperingkat awal ini, kita tidak perlu pergi jauh didalam menjalani latihan kerohanian ini, cukup sekadar melakukan dua perkara (rasa apa yang sedang dirasakan dengan sebulat tumpuan dan menyebut Allah) didalam satu masa yang sama...
Semakin lama melakukan, semakin mahir melakukan latihan ini, setelah mahir akan berlaku perubahan secara tersendiri didalam melakukan jalan dan cara untuk menetapkan iktiqad dan tauhid..
Perkara ini telahpun diberi jaminan oleh Allah mrlalui firmanNya
4.Surah An-Nisā' (Verse 66)
وَلَوْ أَنَّا كَتَبْنَا عَلَيْهِمْ أَنِ اقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ أَوِ اخْرُجُوا مِن دِيَارِكُم مَّا فَعَلُوهُ إِلَّا قَلِيلٌ مِّنْهُمْۖ وَلَوْ أَنَّهُمْ فَعَلُوا مَا يُوعَظُونَ بِهِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ وَأَشَدَّ تَثْبِيتًا
Dan sesungguhnya kalau Kami wajibkan kepada mereka (dengan perintah): "Bunuhlah diri kamu sendiri, atau keluarlah dari tempat kediaman kamu", nescaya mereka tidak akan melakukannya, kecuali sedikit di antara mereka. Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan.
4.Surah An-Nisā' (Verse 67)
وَإِذًا لَّآتَيْنَاهُم مِّن لَّدُنَّا أَجْرًا عَظِيمًا
Dan (setelah mereka berkeadaan demikian), tentulah Kami akan berikan kepada mereka - dari sisi Kami - pahala balasan yang amat besar;
4.Surah An-Nisā' (Verse 68)
وَلَهَدَيْنَاهُمْ صِرَاطًا مُّسْتَقِيمًا
Dan tentulah Kami pimpin mereka ke jalan yang lurus.
Lagi firman Allah yang menunjukkan jaminan Allah
15.Surah Al-Ĥijr (Verse 39)
قَالَ رَبِّ بِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَلَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
15.Surah Al-Ĥijr (Verse 40)
إِلَّا عِبَادَكَ مِنْهُمُ الْمُخْلَصِينَ
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
15.Surah Al-Ĥijr (Verse 41)
قَالَ هَٰذَا صِرَاطٌ عَلَيَّ مُسْتَقِيمٌ
Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
Jadi untuk mendapat pemeliharaan dan pimpinan dari Allah sendiri setiap badan diri sendiri mesti melakukan sendiri sepertimana yang telah Allah firmankan didalam Al-Quran berkaitan dengan iktiqad dan tauhid
17.Surah Al-'Isrā' (Verse 41)
وَلَقَدْ صَرَّفْنَا فِي هَٰذَا الْقُرْآنِ لِيَذَّكَّرُوا وَمَا يَزِيدُهُمْ إِلَّا نُفُورًا
Dan sesungguhnya Kami telah menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di dalam Al-Quran ini supaya mereka beringat; dalam pada itu, penerangan yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.