Pages

Memaparkan catatan dengan label akhlak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label akhlak. Papar semua catatan

Ahad, 13 Disember 2015

Syeikh Muhammad Mutawalli al Sya'rawi

Syeikh Muhammad Mutawalli al Sya'rawi
(1911-1998 M, Tokoh Tasfir Mesir) ada menceritakan;

Aku telah berbincang dengan seorang pemuda yang mempunyai fikiran yang agak ekstrim , aku bertanya kepada dia: 

"Adakah meletupkan kelab malam atau tempat maksiat dalam sesebuah negara halal atau haram?"

Pemuda: 

"Sudah tentu halal dan di bolehkan membunuh mereka."

Syeikh Sya'rawi: 

"Kalau kamu bunuh mereka dan ketika itu mereka tengah melakukan maksiat kepada Allah, apakah yang akan terjadi kepada mereka atau kemana mereka akan pergi?"

Pemuda: 

"Sudah tentu masuk neraka."

Syeikh: 

"Kemana syaitan ingin membawa mereka?"

Pemuda: 

"Sudah tentu ke neraka, sebab itu adalah matlamat syaitan"

Syeikh: 

"Kalau begitu kamu dan syaitan bekerjasama dalam satu matlamat iaitu ingin memasukkan manusia dalam neraka."

Kemudian Sheikh pun mengingatkan pemuda itu satu hadis Rasulullah saw. 

ketika mana lalu jenazah yahudi dihadapan baginda, baginda bangun dan menangis, sahabat bertanya 

"Apa yang menyebabkan engkau menangis ya Rasulullah?" Baginda berkata: "Satu jiwa telah terlepas dari ku dan menuju ke neraka!"

Syeikh: 

"Nampak tak perbezaan antara kamu dan Rasulullah saw. yang inginkan hidayah buat semua manusia dan menyelamatkan mereka dari neraka, kamu di bahagian lain dan baginda di lembah yg lain!"

Semoga Allah merahmati Syeikh Sya'rawi.

Wallahua'lam...
# Muhasabah diri:
Jangan biarkan saudara kita lalai dan menuju neraka, tugas kita membawa mereka kembali ke jalan kebenaran secara berakhlak. Jangan sesekali meninggalkan mereka dan akhlak adalah pintu dakwah.

Ahad, 3 Mei 2015

Siapakah orang mukmin yang paling utama?

Ibnu Umar radhiyallaahu ‘anhuma berkata, “Suatu hari aku duduk bersama Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, tiba-tiba datang seorang lelaki dari kalangan Ansar, 

Kemudian ia mengucapkan salam kepada Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam dan bertanya, ‘Wahai Rasulullah, siapakah orang mukmin yang paling utama?’ 

Rasulullah menjawab, ‘Yang paling baik akhlaqnya’. Kemudian ia bertanya lagi, ‘Siapakah orang mukmin yang paling cerdas?’. 

Beliau menjawab, ‘Yang paling banyak mengingat mati, kemudian yang paling baik dalam mempersiapkan kematian tersebut, itulah orang yang paling cerdas.’ (HR Ibnu Majah, Thabrani, dan Al Haitsamiy)

Jumaat, 14 November 2014

Antara akhlak Nabi yang makin pudar dari kalangan orang Islam

Robby Zaid Bin Tandang
Antara akhlak Nabi yang makin pudar dari kalangan orang Islam tetapi makin subur dikalangan penganut Kristian antaranya ...
Orang Islam solat di masjid kebanyakan mereka hanya dapat solat tetapi jarang dapat ukhuwah... 
Solat saja dia dapat tetapi ukhuwah lemah bahkan ramai jemaah yang tidak kenal antara satu sama lain... 
Berbeza di gereja org2 Kristian bermula daripada paderi menunjukkan contoh sentiasa berada di luar gereja sebelum mula beribadat mereka mengalukan2 kedatangan ahli2 jemaah mereka dan hubungan akrab/ukhuwah mereka lebih erat sehingga tidak keluar dari gereja sebelum bersalam dengan semua yg ada dlm gereja...
Antara lain akhlak orang Islam hari ini juga sangat suka membuka keaiban saudara seislam nya sendiri berbanding orang kristian yang lebih banyak menjaga dan tidak suka membuka keaiban saudara seagama mereka... 
Maka hari ini kita makin banyak mendengar tentang aib dan masalah sesama Islam tetapi sangat sedikit kita dengar masalah orang kristian dalam perkara ini....