Pages

Memaparkan catatan dengan label imam malik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label imam malik. Papar semua catatan

Selasa, 21 Ogos 2018

Guru Dan Murid Tertawa Kerana Beza Pendapat tentang REZEKI

Haji Shaari Tok Kenali:
Semua baca ni....biar faham. Bagus cerita ni

*IMAM MALIK*
*VS*
*IMAM SYAFI'I*
(Antara Syariat & Hakikat)

*_"Guru Dan Murid Tertawa Kerana Beza Pendapat tentang REZEKI_*🍃
.
Imam Malik ( guru Imam Syafii ) dalam majlis menyampaikan:

*"Sesungguhnya rezeki itu datang tanpa sebab, cukup dengan tawakkal yang benar kepada Allah niscaya Allah akan memberikan Rezeki. Lakukan yang menjadi bahagianmu, selanjutnya biarkan Allah mengurus lainnya."*
.
Sementara Imam Syafii ( sang murid berpendapat lain) :

*"Seandainya seekor burung tidak keluar dari sangkarnya, bagaimana mungkin ia akan mendapatkan rezeki."*

*_Guru dan murid bersikap kukuh pada pendapat masing2._*
.
Selepas itu,  semasa meninggalkan pondok, Imam Syafii melihat serombongan orang tengah memetik anggur. Diapun membantu mereka. Setelah pekerjaan selesai, Imam Syafii memperoleh upah beberapa ikat anggur sebagai balasan.

*Imam Syafii girang, bukan kerana mendapatkan anggur, tetapi pemberian itu telah menguatkan pendapatnya. Jika burung tak terbang dari sangkar, bagaimana ia akan mendapat rezeki. Seandainya dia tak membantu memetik,  niscaya tidak akan mendapatkan anggur.*

Bergegas dia berjumpa Imam Malik, sang guru. Sambil meletakkan seluruh anggur yang didapatinya, dia bercerita. Imam Syafii sedikit mengeraskan bahagian kalimat  *“seandainya saya tidak keluar pondok dan melakukan sesuatu (membantu memetik), tentu saja anggur itu tidak akan pernah sampai di tangan saya.”*
.
Mendengar itu Imam Malik tersenyum, seraya mengambil anggur dan memakannya. Imam Malik berucap perlahan,

*“Sehari ini aku memang tidak keluar pondok...hanya mengambil tugas sebagai guru, dan sedikit berfikir alangkah nikmatnya kalau dalam hari yang panas ini aku dapat menikmati anggur.* ......

Tiba-tiba engkau datang sambil membawakan beberapa ikat anggur untukku. *Bukankah ini juga bahagian dari rezeki yang datang tanpa sebab. Cukup dengan tawakkal yang benar kepada Allah, niscaya Allah akan berikan Rezeki. Lakukan yang menjadi bahagianmu, selanjutnya biarkan Allah yang menguruskan lainnya.”*
.
Guru dan murid itu kemudian tertawa. Dua Imam madzab mengambil dua hukum yang berbeza dari hadits yang sama.

Begitulah cara Ulama bila melihat perbezaan, bukan dengan cara menyalahkan orang lain dan hanya membenarkan pendapatnya saja..

Semoga dapat menjadi pelajaran buat kita semua..Aamiin..☺

Isnin, 13 Februari 2017

NIAT JIHAD FISABILILLAH

بسم الله الرحمن الرحيم
As Sayyid Muhammad Al Maliki berkata : "Ketahuilah !!! Siapa saja orang yang menyimpan pedang di dalam rumah nya, serta diniatkan untuk membantu imam mahdi ketika sudah waktu nya di Utus nanti, Maka Allah SWT akan membalas dengan niatan yang tulus itu dengan pahala jihad fisabilillah di setiap detik nya selama masih terdapat niat di dirinya dan pedang tersebut di rumahnya".
"Subhanallah"
Shollu Alan Nabi Muhammad...
        
            

NIAT JIHAD FISABILILLAH.

بسم الله الرحمن الرحيم.
رضيت بالله ربا و بالاسلام  دينا  وبمحمد نبيا ورسولا.
نويت الجهاد في سبيل الله تعالى في كل وقت.
واكون من جيش الامام المهدى.. انشاء الله تعالى.
الله اكبر.  الله اكبر.  الله اكبر.   ⚔ .  ٢٥/١/٢٠١٧.
(نحن قوم نحب الموت في سبيل الله كما تحبون الحياة .)

                   انشاء الله تعالى

Isnin, 26 Disember 2016

Kisah pemandi mayat dengan seorang pelacur

Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yg buruk akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki & tidak pernah menolak ajakan lelaki (pelacur).

Tiba pada hari kematiannya, ketika mayatnya dimandikan oleh seorang wanita yg kerjanya memandikan mayat, tiba2 tangan si pemandi mayat itu terlekat pada batang tubuh jenazah wanita itu.

Semua penduduk & Ulama' gempar akan hal itu. Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit.

Terdapat berbagai cadangan & pandangan untuk menyelesaikan masalah itu.

Akhirnya ada 2 pandangan yg dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan.

Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat dan yg kedua pula tanam/kebumikan kedua-duanya iaitu pemandi mayat & jenazah itu sekaligus.

Oleh kerana kedua2 cadangan tersebut masih lagi kurang sesuai, salah seorang dari mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik. Imam Malik bukan calang2 orang yg memberi fatwa.

Apabila Imam Malik sampai dan melihat apa yg berlaku, Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu:

"Apakah kamu lakukan/berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya?"

Perempuan memandikan mayat tersebut bersungguh-sungguh menjawab bahawa dirinya tidak berbuat/tidak berkata apa-apa pun ketika menguruskan jenazah.

Selepas diasak dengan berbagai pertanyaan dan takut tangannya akan dipotong/ditanam sekali dengan mayat, akhirnya wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada berkata:

"Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina sambil menampar-menampar & memukul berkali2 pada batang tubuh si mati."

Imam Malik berkata: "Kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. Dalam situasi begini, di mana kamu nak cari saksi?

Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana membuat pertuduhan zina tanpa mendatangkan 4 saksi."

Semasa wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman, bila tiba sebatan yang ke 80, maka dengan kuasa Allah SWT, terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.

PENGAJARAN:
Jaga lidah, jangan sebarkan fitnah. Jangan bersangka buruk dengan kuasa Allah. Kalau kita tahu dia itu seorang pelacur sekalipun, tapi kalau kita tak pernah lihat, maka kita dilarang menuduhnya berzina.

Diharap kisah Imam Malik dan Pemandi Mayat ini dijadikan sebagai tauladan & ikhtibar.

Kerana itu ingatlah, apabila kita membantu menyebar sesuatu perkara buruk dalam masyarakat, negeri atau negara, yg mana kita tidak menyaksi & tiada saksi, maka tunggulah suatu hari, kita akan menerima balasannya, walaupun peristiwa itu benar berlaku.

Berhati-hatilah semua dan jangan terjerat dengan jarum-jarum kejahatan.

IBARATNYA KITA MENCAMPAKAN SEBUTIR PASIR DITENGAH DITENGAH LAUTAN...  

BEGITULAH KEADAANYA KITA MENCARI ORANG YANG PERNAH KITA FITNAH UMPAT KATA DAN KEJI SEMASA DIDUNIA....

TIDAK KIRA SAMADA ORANG ITU BERSALAH ATAU TIDAK....  

BALASAN PASTI AKAN TIBA.... DIDUNIA ATAU AKHIRAT.....

.

Rabu, 29 Oktober 2014

HEBAT KIASAN ULAMAK..

HEBAT KIASAN ULAMAK..

Suatu hari, datang seorang pemuda ke sebuah Pesantren di Indonesia bertujuan untuk bertemu dengan Kiyai di Pesantren tersebut. Maka berlakulah dialog di antara pemuda dan Kiyai di ruang tamu rumah Kiyai itu...

Pak Kiyai: Silalah duduk anak muda, siapa namamu dan dari mana asalmu?

Pemuda: Terima kasih Pak Kiyai. Nama saya Abdullah dan saya berasal dari Kampung Seberang.

Pak Kiyai: Jauh kamu bertandang ke sini, sudah tentu kamu punya hajat yang sangat besar. Apa hajatnya mana tahu mungkin saya boleh menolongmu?

Pemuda tersebut diam sebentar sambil menarik nafasnya dalam-dalam.

Pemuda: Begini Pak Kiyai, saya datang ke sini, bertujuan ingin berbincang beberapa permasalahan dengan Pak Kiyai. Pendeknya, permasalahan umat Islam sekarang. Saya ingin bertanya, mengapa Kiyai-Kiyai di kebanyakan pesantren di Indonesia, dan Tuan-Tuan Guru di Malaysia serta Pattani dan Asia umumnya sering kali mengajar murid-murid mereka dengan lebih suka mengambil kalam-kalam atau pandangan para ulama?

Seringkali saya mendengar mereka akan menyebut: “Kata al-Imam al-Syafiee, kata al-Imam Ibn Ato’illah
al-Sakandari, Kata al-Imam Syaikhul Islam Zakaria al-Ansori dan lain-lain” Mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah ?

Bukankah lebih enak kalau kita mendengar seseorang tersebut menyebutkan “Firman Allah taala di dalam al-Quran, Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis itu dan ini?”

Ulama-ulama itu juga punya kesalahan dan kekurangan. Maka mereka juga tidak lari daripada melakukan kesilapan. Maka sebaiknya kita mengambil terus daripada kalam al-Ma’sum iaitu al-Quran dan al-Sunnah??

Pak Kiyai mendengar segala hujah yang disampaikan oleh pemuda tersebut dengan penuh perhatian. Sedikitpun beliau tidak mencelah malah memberikan peluang bagi pemuda tersebut berbicara sepuas-puasnya.

Sambil senyuman terukir di bibir Pak Kiyai, beliau bertanya kepada pemuda tersebut,

Pak Kiyai: Masih ada lagi apa yang ingin kamu persoalkan wahai Abdullah?

Pemuda: Setakat ini, itu sahaja yang i
ngin saya sampaikan Pak Kiyai.

Pak Kiyai: Sebelum berbicara lebih lanjut, eloknya kita minum dahulu ya. Tiga perkara yang sepatutnya disegerakan iaitu hidangan kepada tetamu, wanita yang dilamar oleh orang yang baik maka disegerakan perkahwinan mereka dan yang ketiga si mati maka perlu disegerakan urusan pengkebumiannya. Betul kan Abdullah?

Pemuda: Benar sekali Pak Kiyai .

Pak Kiyai lalu memanggil isterinya bagi menyediakan minuman pada mereka berdua. Maka beberapa detik selepas itu minuman pun sampai di hadapan mereka.

Pak Kiyai: Silakan minum Abdullah. Sebaik dipelawa oleh Pak Kiyai, maka Abdullah pun terus mengambil bekas air tersebut lalu menuangkan perlahan-lahan ke dalam cawan yang tersedia.

Pak Kiyai terus bertanya: Abdullah, kenapa kamu tidak terus minum daripada bekasnya sahaja? Kenapa perlu dituang di dalam cawan?

Pemuda: Pak Kiyai, mana bisa saya minum terus daripada bekasnya. Bekasnya besar sekali. Maka saya tuang ke dalam cawan agar memudahkan saya meminumnya

Pak Kiyai: Abdullah, itulah jawapan terhadap apa yang kamu persoalkan sebentar tadi. Mengapa kami tidak mengambil terus daripada al-Quran dan al-Sunnah? Ianya terlalu besar untuk kami terus minum daripadanya.

Maka kami mengambil daripada apa yang telah dituang di dalam cawan oleh para ulama. Maka ini memudahkan bagi kami untuk mengambil dan memanfaatkannya.

Benar kamu katakan bahawa mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Cuma persoalan kembali ingin saya lontarkan kepada kamu. Adakah kamu ingin mengatakan bahawa al-Imam al-Syafie dan para ulama yang kamu sebutkan tadi mengambil hukum selain daripada al-Quran dan al-sunnah? Adakah mereka mengambil daripada kitab Talmud atau Bible?

Pemuda: Sudah tentu mereka juga mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Pak Kiyai: Kalau begitu, maka sumber pengambilan kita juga adalah daripada al-Quran dan al-Sunnah cuma dengan kefahaman daripada para ulama.

Pak Kiyai: Satu lagi gambaran yang ingin saya terangkan kepada kamu. Saya dan kamu membaca al-Quran, al-Imam al-Syaf
i
e juga membaca al-Quran bukan?

Pemuda: Sudah tentu Pak Kiyai.

Pak Kiyai: Baik, Kalau kita membaca sudah tentu kita ada memahami ayat-ayat di dalam al-Quran tersebut bukan? Al-Imam al-Syafie juga memahami ayat yang kita bacakan.

Maka persoalannya, pemahaman siapa yg ingin didahulukan? Pemahaman saya dan kamu atau pemahaman al-Imam al-Syafie terhadap ayat tersebut?

Pemuda: Sudah tentu pemahaman al-Imam al-Syafie kerana beliau lebih memahami bahasa berbanding orang zaman sekarang.

Pak Kiyai: Nah, sekarang saya rasa kamu sudah jelas bukan?

Hakikatnya kita semua mengambil daripada sumber yang satu iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Tiada seorang pun yg mengambil selain daripada keduanya.

Cuma bezanya, kita mengambil daripada pemahaman terhadap al-Quran dan al-Sunnah tersebut daripada siapa? Sudah tentu kita akan mengambil daripada orang yang lebih dalam ilmu dan penguasaannya.

Ini kerana mereka lebih wara’ dan berjaga-jaga ketika mengeluarkan ilmu.

Hatta Imam Syafie rah. yg bebangsa arab sendiri pun tinggal di perkampungan bani Huzail selama lebih kurang 10 thn semata2 ingin belajar b.arab mereka yg hampir dgn fushah...

Kamu tahu Abdullah, al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu pernah ditanya oleh seseorang ketika mana beliau sedang menaiki keldai, berapakah kaki keldai yang Imam tunggangi?

Maka al-Imam al-Syafie turun daripada keldai tersebut dan mengira kaki keldai tersebut.

Selesai mengira kaki keldai berkenaan, barulah al-Imam menjawab: “Kaki keldai yang aku tunggangi ada empat”. Orang yang bertanya tersebut merasa hairan lalu
berkata “Wahai Imam, bukankah kaki keldai itu sememangnya empat, mengapa engkau tidak
terus menjawabnya?”

Al-Imam al-Syafiee menjawab: “Aku bimbang, jika aku menjawabnya tanpa melihat terlebih dahulu, tiba-tiba Allah taala hilangkan salah satu daripada kakinya maka aku sudah dikira tidak amanah di dalam memberikan jawapan”

Cuba kamu perhatikan Abdullah, betapa wara’nya al-Imam al-Syafie ketika menjawab persoalan berkaitan dunia. Apatah lagi kalau berkaitan dengan agamanya?

Al-Imam Malik radhiyallahu anhu pernah didatangi oleh seorang pemuda di dalam majlisnya di Madinah al-Munawwarah.

Pemuda tersebut mengatakan bahawa dia datang daripada negeri yang jauhnya 6 bulan perjalanan daripada Madinah.

Pemuda itu datang untuk bertanyakan satu masalah yang berlaku di tempatnya.

Al-Imam Malik radhiyallahu anhu, mengatakan bahawa “maaf, aku tidak pandai untuk menyelesaikannya”

Pemuda tersebut hairan dengan jawapan Imam Malik, dan dia bertanya: “Bagaimana aku akan menjawab nanti bilamana ditanya oleh penduduk tempatku?”

Maka kata al-Imam Malik: “Katakan kepada mereka bahawa Malik juga tidak mengetahui bagaimana utk menyelesaikannya”

Allah.. Cuba kamu lihat Abdullah betapa amanahnya mereka dengan ilmu. Berbeza dengan manusia zaman sekarang yang baru setahun jagung di dalam ilmu sudah mendabik dada mengaku bahawa seolah-olah mereka mengetahui segalanya.

Mereka sungguh mudah membidaahkan perkara2 khilaf dan menolak pandangan2 ulama2 muktabar terdahulu dgn alasan yg pelbagai..

Pemuda: MasyaAllah, terima kasih Pak Kiyai atas penjelasan yang sangat memuaskan. Saya memohon maaf atas kekasaran dan keterlanjuran bicara saya .

Pak Kiyai: Sama-sama Abdullah. Semoga kamu akan menjadi seorang yang akan membawa panji agama kelak dengan ajaran yang benar InsyaAllah.

Semoga bermanfaat