Pages

Memaparkan catatan dengan label rezeki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rezeki. Papar semua catatan

Selasa, 21 Ogos 2018

Guru Dan Murid Tertawa Kerana Beza Pendapat tentang REZEKI

Haji Shaari Tok Kenali:
Semua baca ni....biar faham. Bagus cerita ni

*IMAM MALIK*
*VS*
*IMAM SYAFI'I*
(Antara Syariat & Hakikat)

*_"Guru Dan Murid Tertawa Kerana Beza Pendapat tentang REZEKI_*🍃
.
Imam Malik ( guru Imam Syafii ) dalam majlis menyampaikan:

*"Sesungguhnya rezeki itu datang tanpa sebab, cukup dengan tawakkal yang benar kepada Allah niscaya Allah akan memberikan Rezeki. Lakukan yang menjadi bahagianmu, selanjutnya biarkan Allah mengurus lainnya."*
.
Sementara Imam Syafii ( sang murid berpendapat lain) :

*"Seandainya seekor burung tidak keluar dari sangkarnya, bagaimana mungkin ia akan mendapatkan rezeki."*

*_Guru dan murid bersikap kukuh pada pendapat masing2._*
.
Selepas itu,  semasa meninggalkan pondok, Imam Syafii melihat serombongan orang tengah memetik anggur. Diapun membantu mereka. Setelah pekerjaan selesai, Imam Syafii memperoleh upah beberapa ikat anggur sebagai balasan.

*Imam Syafii girang, bukan kerana mendapatkan anggur, tetapi pemberian itu telah menguatkan pendapatnya. Jika burung tak terbang dari sangkar, bagaimana ia akan mendapat rezeki. Seandainya dia tak membantu memetik,  niscaya tidak akan mendapatkan anggur.*

Bergegas dia berjumpa Imam Malik, sang guru. Sambil meletakkan seluruh anggur yang didapatinya, dia bercerita. Imam Syafii sedikit mengeraskan bahagian kalimat  *“seandainya saya tidak keluar pondok dan melakukan sesuatu (membantu memetik), tentu saja anggur itu tidak akan pernah sampai di tangan saya.”*
.
Mendengar itu Imam Malik tersenyum, seraya mengambil anggur dan memakannya. Imam Malik berucap perlahan,

*“Sehari ini aku memang tidak keluar pondok...hanya mengambil tugas sebagai guru, dan sedikit berfikir alangkah nikmatnya kalau dalam hari yang panas ini aku dapat menikmati anggur.* ......

Tiba-tiba engkau datang sambil membawakan beberapa ikat anggur untukku. *Bukankah ini juga bahagian dari rezeki yang datang tanpa sebab. Cukup dengan tawakkal yang benar kepada Allah, niscaya Allah akan berikan Rezeki. Lakukan yang menjadi bahagianmu, selanjutnya biarkan Allah yang menguruskan lainnya.”*
.
Guru dan murid itu kemudian tertawa. Dua Imam madzab mengambil dua hukum yang berbeza dari hadits yang sama.

Begitulah cara Ulama bila melihat perbezaan, bukan dengan cara menyalahkan orang lain dan hanya membenarkan pendapatnya saja..

Semoga dapat menjadi pelajaran buat kita semua..Aamiin..☺

Selasa, 15 Ogos 2017

KISAH SEBIJI TEMBIKAI

Seorang lelaki soleh pulang ke rumah dengan membawa sebiji tembikai (ada orang panggil timun Cina ) . Dia membeli buah itu dari sebuah pasar. Isterinya membelah tembikai itu dan merasanya: "tawar". Lalu isterinya terus-terusan merungut.

Melihat isterinya yg merungut itu, suami berkata: "Saya membeli tembikai itu dari pasar"

Isteri: "Saya tau"

Suami: "Pada pendapat awak, semasa saya membeli tembikai tadi, saya nak yang manis atau yang tawar?"

Isteri: " Tentulah yang manis"

Suami:" Ketika penjual sedang menjual tadi, agaknya mereka nak menjual yang manis atau yang tawar?"

Isteri: "Tentulah mereka ingin menjual yg manis"

Suami terus lagi bertanya: " Ketika peraih (org tengah) ingin menjual kepada penjual di pasar, mereka agaknya ingin menjual yang manis atau yang tawar?"

Isteri: "Mesti yang manis"

Si suami diam sejenak...

Kemudian dia menyambung." Ketika pekebun menanam tembikainya, adakah dia mahu tembikai yang tumbuh nanti manis atau tawar?"

Isteri: " Tentu yang manis, pastinya."

Suami:" Ketika awak membelah buah ini tadi, awak inginkan yang manis atau yang tawar?"

Isteri: "Mesti saya ingin yang manis. Kenapa dengan semua soalan ini?" soal isteri.

Orang soleh itu tersenyum pada isterinya. Lalu dia berkata:

"Ketika semua orang inginkan buah yang manis, sebaliknya pula yang berlaku. Buah tembikai itu tawar rasanya!"

Isteri orang soleh itu terdiam.

Marahkan siapa?

'Jadi ketika awak marah tentang rasa tembikai yang tawar, awak sebenarnya marahkan siapa? Bukankah semua orang inginkan buah yang manis. Tetapi kuasa Allah memutuskan buah itu tawar rasanya, Jadi awak marahkan siapa? Marahkan saya yg membeli, atau penjual yang menjual atau awak yang membelah atau pekebun yg menanam? Atau Allah yang menentukan rasa tawar?"

Adab ketika makan: Janganlah kita mengecam, mengutuk makanan walaupun makanan itu tidak sedap. Kalau kita tak suka, kita tinggalkan sahaja.

Pengajarannya: Kita perlu faham bahawa rezeki kita dapat yang manis atau tawar, sedap atau tidak, semuanya ditentukan Allah. Jika kita mengecamnya, ramai orang akan terasa hati. Mungkin emak atau isteri yang memasak terasa hati. atau mungkin ayah yang membeli terasa hati. Dan lebih-lebih lagi tanpa kita sedar, kita seolah-olah "mengecam" Allah yg mengurniakan rezeki itu kepada kita.

Jika kita tidak bersyukur dengan yang sedikit, mana mungkin kita akan bersyukur dengan yang banyak.

" PEDOMAN "HANYA KERANA SEBIJI TEMBIKAI, KITA MERUNGUT KEPADA ALLAH TA'ALA""

Rabu, 8 Februari 2017

LAPAN JENIS REZEKI DARI ALLAH

*_LAPAN JENIS REZEKI DARI ALLAH_*

1. *Rezeki Yang Telah Dijamin*.

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya."
(Surah Hud : 6).

2. *Rezeki Kerana Usaha*.

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya."
(Surah An-Najm : 39).

3. *Rezeki Kerana Bersyukur*.

لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu."
(Surah Ibrahim : 7).

4. *Rezeki Tak Terduga*.

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا( ) وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
"Barangsiapa yang bertakwa kepada ALLAH nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya."
(Surah At-Thalaq : 2-3).

5. *Rezeki Kerana Istighfar*.

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا ( ) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta.”
(Surah Nuh : 10-11).

6. *Rezeki Kerana Menikah*.

وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka ALLAH akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurnia-Nya."
(Surah An-Nur : 32).

7. *Rezeki Kerana Anak*.

وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Surah Al-Israa' : 31).

8. *Rezeki Kerana Sedekah*.

مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak."
(Surah Al-Baqarah : 245).

_Semoga Allah sentiasa limpahkan kita dengan rezeki yang dapat membantu dlm perjalanan menuju keredhaan dan rahmat Allah swt_.

Aamiin Allahumma Aamiin.

Rabu, 2 November 2016

Rahsia rezeki

Rahsia rezeki

Hakikatnya krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak pada zaman Rasulullah SAW lagi, dan ia telah direkodkan dalam hadis sahih.

Dari Anas bin Malik ra. dia berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata,
‘Wahai Rasulullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami." (Riwayat Abu Dawud)

Peristiwa ini berlaku apabila harga barang di pasar di Madinah naik, maka para sahabat bertemu Rasulullah meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat membeli barang dengan harga yang mereka mampu.

Lalu apa jawab Rasulullah?
Baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.”
(Sahih. Riwayat Abu Daud)

Kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang. Nabi menyatakan bahawa Allah-lah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan Dia juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendakiNya.

Ini selari dengan firman Allah SWT, “Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.”
(Al-Ra’d: 26)

“Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakiNya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat.”
(As-Syura: 27)

Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tidak dikurangkan sedikit pun. Kenaikan harga sama sekali tidak mempengaruhi rezeki yang ditetapkan.

Ini seperti mana sabda Nabi SAW,
“Wahai manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat seluruh rezekinya secara sempurna. Maka janganlah kamu tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram.”
(Sahih. Riwayat Al-Hakim)

“Ajaibnya urusan orang Mukmin, seluruh urusannya adalah kebaikan dan ini tidak terdapat kecuali pada seorang Mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan ini baik baginya, jika ditimpa musibah dia bersabar dan ini juga baik baginya.” (Riwayat Muslim)

JANGAN RISAU ...
Allah S.W.T yg beri rezeki kepada semua makhluk...

Sabar dan redho dengan Qada dan Qadar daripada Allah... Ketetapan Allah Taala telah tersurat sejak azali lagi di Luh Mahfuz...

Sebagai hambanya  kita terima sebagai rukun iman yang ke enam... Beriman dengan Qada dan Qadar.

Wallahuaklam...

Selasa, 18 Oktober 2016

Apabila Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Kaya memberimu harta kekayaan

RISALAH 12

المقالة الثانية عشرة

فـي الـنـهـي عـن حـب الـمـال

قـال رضـي الله تـعـالى عـنـه و أرضـاه : إذا أعطاك الله عزَّ وجلَّ مالاً فاشتغلت به عن طاعته حجبك به عنه دنيا وأخرى, وربما سلبك إياه وغيرك وأفقرك لاشتغالك بالنعمة عن المنعم, وإن اشتغلت بطاعته عن المال جعله موهبة ولم ينقص منه حبة واحدة وكان المال خادمك وأنت خادم المولى, فتعيش في الدنيا مدللاً وفي العقبى مكرماً مطيباً في جنة المأوى مع الصديقين والشهداء والصالحين.

Apabila Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Kaya memberimu harta kekayaan, maka janganlah kamu terpengaruh oleh harta kekayaan itu, sehingga kamu lupa dan tidak ta’at lagi kepada Allah.

Jika kamu lupa dan tidak ta’at kepada Dia karena adanya harta itu, maka akan tertutup dari Dia di dunia ini dan diakhirat kelak.

Mungkin juga harta itu akan diambil-Nya kembali, sehingga kamu menjadi miskin papa, lantaran kamu lupa kepada Yang Memberi.

Jika kamu tetap ingat dan ta’at kepada Allah dan hatimu sekali-kali tidak terpengaruh oleh harta benda itu, maka Allah akan memberikan kepadamu begitu saja tanpa menguranginya walau sedikitpun.

Harta benda itu adalah hamba Allah dan kamupun adalah hamba Allah. Oleh karena itu, hendaklah kamu hidup di dunia ini berada dalam penjagaan Allah, agar di akhirat nanti kamu dimuliakan dan diberi surga sebagai tempat tinggalmu yang kekal abadi bersama orang-orang yang benar, para syuhada, dan orang-orang saleh.

Selasa, 26 Julai 2016

Petua perniagaan Hassan Al Basri

BILA BERNIAGA, JANGAN KUTIP HUTANG DAN JANGAN KENA MATAHARI.

Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau memiliki dua anak lelaki. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memanggil kedua anak lelakinya, lalu berpesan,

"Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah ingin kamu lakukan.

1. Bila kamu berniaga, jangan kutip hutang.

2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari."

Kemudian Hassan Al Basri mengakhiri hayatnya dan meninggal dunia.

Masa telah berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.

Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anaknya si adik. Lalu bertanya,

Si ibu : "Wahai adik, kenapa perniagaanmu semakin hari semakin merosot?"

Jawab si adik: "Saya ikut pesanan ayah."

Si ibu : "Apakah pesanan ayahmu?"

Jawab si adik : "Ayah berpesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran."

Pesan ayah lagi, "KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI."

"Kemana sahaja saya berniaga,  mesti bawa payung. Jadi semua perniagaan itu tidak kena matahari sebagaimana pesan ayah."

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.

Si ibu : "Wahai abang, ibu lihat perniagaanmu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?"

Jawab si abang : "Saya ikut pesan ayah."

Si ibu : "Apa pesanan ayahmu?"

Jawab si abang: "Ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi , semua saya JUAL TUNAI. Maka, tidak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai."

"Kedua , ayah berpesan. "KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI." Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tidak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari."

—Moral of the story

Perbezaan MENTAFSIR sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Namun masing-masing ada kebaikan.

Dgn belajar dari ramai guru dan banyak membaca akan bertambahlah ilmu,

Moga اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى beri petunjuk

, moga اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى bimbing kehidupan kita,

Mudah-mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh اللّٰه di dunia dan di akhirat. Nabi صلى الله عليه وسلم pernah bersabda;

“Siapa yang اللّٰه سُبْحَانَهُ َ تَعَالَى mahukan kebaikan bagi dirinya, akan difahamkan padanya agama dengan sebenar-benar kefahaman”.

Jumaat, 22 Julai 2016

KISAH SI PENJUAL TAUHU

Ada seorang penjual tauhu yg setiap hari dia menjual dagangannya ke pasar. Untuk sampai  ke pasar, ia perlu naik kenderaan awam.

Manakala untuk sampai ke jalan raya, dia perlu melalui pematang sawah.

Setiap pagi dia selalu berdoa kepada Tuhan agar dagangannya habis dijual

Begitulah setiap hari, sebelum berangkat berdoa terlebih dahulu dan pulang sebelah petang. Dagangannya selalu habis.

Suatu hari, ketika dia melalui sawah hendak menuju jalan raya utk naik kenderaan awam, tiba2 dia terjatuh ke dalam sawah...
Habis semua tauhu jatuh ke sawah, hancur dan berselerak. Bukan shj untung, modal pun habis.
Dia mengeluh kepada Tuhan, bahkan "menyalahkan" Tuhan, mengapa dia diberi cubaan  seperti ini? Padahal dia selalu berdoa setiap pagi.

Akhirnya dia pun pulang tidak jadi berniaga hari itu.

Tapi dua jam kemudian dia mendengar khabar, bahwa kenderaan yg disewanya setiap hari pada pagi berkenaan telah jatuh ke dalam gaung. Semua penumpangnya terkorban ! Hanya dia satu2nya bakal penumpang yg selamat, semua adalah disebabkan tauhu nya jatuh ke sawah, sehingga ia tidak jadi utk berniaga pd hari itu dan membawa semua  tauhu-tauhunya yg sdh rosak dan kemek.

Tetapi pada sebelah petang, ada seorg penternak itik  telah mencari dia dan hendak membeli tauhu utk makanan itik tetapi yg anehnya peternak itik itu mencari tauhu yg rosak/hancur krn ia hanya utk  dicampurkan dan dimakan oleh itik sahaja..spontan penternak itu menangis krn tauhunya yg rosak hendak dibeli semuanya oleh peternak itik itu..

PENGAJARAN...Doa tidak harus dimakbulkan sesuai dgn permintaan, tapi kadangkala ia diganti oleh Tuhan dengan sesuatu yg jauh lebih baik daripada yg diminta.

Tuhan Maha Mengetahui keperluan  kita, dibandingkan diri kita sendiri.

Karena itu, janganlah jemu berdoa, juga jangan sekali mengeluh, apalagi mengutuk!
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu
padahal ia amat buruk bagimu.
Tuhan mengetahui, sedang manusia tidak mengetahui”.

“Jika Tuhan menjawab doamu, Ia sedang menambahkan imanmu. Jika Ia menundanya, Ia sedang menambahkan kesabaranmu. Jika Ia tidak menjawab doamu, Ia sedang mempersiapkan yang terbaik untukmu.” —

Semoga hari ini dan hari hari selanjutnya kita semua selalu dalam lindungan serta keberkahan-Nya..

Jumaat, 13 Mei 2016

MENUKAR REZEKI KERANA KEPERLUAN HIDUP

MENUKAR REZEKI KERANA KEPERLUAN HIDUP

Di pintu masuk kawasan market pada suatu pagi,saya disapa oleh seorang tua untuk membeli udang galah yg dijualnya,ada hampir 10 ekor.

Saya hanya senyum kepadanya sambil memberi isyarat tidak mahu,tetapi seorang pemuda dibelakang saya bertanya berapa harga semuanya.RM50.00 kata orang tua itu,lalu dibayar oleh pemuda tersebut.Udang itu dimasuk dalam plastik,ada yg besar dan sederhana.

Bila uncang plastik itu diserah kepada pemuda itu,tetiba dia bertanya,"Pak Cik,ada tidak udang galah ini yang Pak Cik bawa balik untuk makan dirumah?"Orang tua itu tercengang mendengar soalan itu.

Dalam senyum dia berkata,"Encik,Allah beri rezeki udang ini untuk kami lihat sahaja kerana ada yang lain yang lebih perlu.Beras,gula,tepung untuk makan anak anak adalah lebih utama dari makan udang ini.

Jualan hari ini cukup untuk kami makan 4 atau 5 hari,berbanding jika kami makan udang ini hanya untuk sekali makan."Saya tunduk mendengar jawapanya,dalam hati meraung  menyebut kebesaran Allah.

Air muka pemuda itu cepat berubah menjadi redup mendengar jawapan itu,lalu dia menghulur kembali bungkusan udang itu kepada orang tua itu dan berkata,"Pak Cik,hari ini pak cik dan anak anak anak dapat makan gulai udang galah yg ditangkap oleh pak cik sendiri.Ambillah,saya sedekahkan semua."

Pemuda itu cepat berlalu,sedangkan orang tua itu sepert kebingungan seketika.Ketika meninggalkan tempat itu dg udangnya,saya melihat tangannya menyapu mata.

Bertuahlah pemuda itu memiliki hati yang dapat menjangka sesuatu yg disebalik pandangan.

Ada orang,rezekinya hanya untuk tatapan kerana perlu ditukar bagi mendapatkan sesuatu yg lebih perlu untuk hidup.

Contoh nya nelayan yg menangkap hasil tangkapan yg mahal harganya,akan semuanya dijual untuk mendapatkan wang bagi membeli keperluan hidup,sedangkan mereka makan ikan yg kecil,yg murah.

Maka kita yg berada patut juga belajar dari keadaan ini,ada rezeki yg kita perolehi mungkin tidak sesuai dengan taraf hidup kita.

Contoh walau kita ada pendapatan tetap,sebaiknya tidaklah berhutang besar untuk kemewahan yg melebihi kemampuan seperti membeli kereta mahal,menghias rumah lebih dari keperluan,berpakaian dan accessori berjenama yg tidak sepadan.

Maksud saya kisah ini seolah Allah mahu menunjukkan supaya manusia hidup mengikut kemampuan dan tarafnya,ukur baju dibadan sendiri.Pak Cik itu tak perlu makan udang galah kerana ia lebih perlu beras,tepung,gula dsbnya utk hidup.

Jika kita makan yg hebat,ingatlah ada orang menelan air liur,ada orang yg berpenat lelah kerananya, ada orang yg teringin tetapi tidak berupaya.

Sesekali kongsikan kenikmatan hidup kita dengan mereka yg miskin dg bersedekah,berbuat jamuan,memberi apa yg selalu kita makan,apa yg sedap pada lidah kita supaya orang lain juga merasa.

Janganlah kita hanya memikir diri kita sahaja, seperti pemuda ini yg terfikirkan keluarga penjual udang ini.Kita setiap hari makan hebat hingga berboyot perut,tetapi tak pernah sedetikkah terfikir insan lain yg memamah sayur kangkung, ikan temenung dan sambal belacan setiap hari.

Firman Allah,"Kamu sesekali tidak sampai kepada kebajikan yang sempurna,sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai.Dan siapa saja yang kamu nafkahkan,maka sesungguhnya Allah mengetahui."Ali Imran 92.

www.facebook.com/maulabillah
www.facebook.com/tradezara

Sabtu, 29 Ogos 2015

Yang haram masuk ke dalam yang halal lalu ia merosakkannya.

Seorang lelaki datang menemui Imam Syafie mengadukan tentang kesempitan hidup yang dia alami. Dia memberitahu bahawa dia bekerja sebagai orang upahan dengan gaj...i sebanyak 5 dirham. Dan gaji itu tidak mencukupi untuknya
 
Namun anehnya, Imam Syafie langsung menyuruh dia untuk menemui orang yang mengupahnya supaya mengurangkan gajinya menjadi 4 dirham. Lelaki itu pergi melaksanakan perintah Imam Syafie sekalipun dia tidak faham apa maksud dari suruhan itu.
 
Setelah berlalu beberapa lama lelaki itu datang kembali menemui Imam Syafie mengadukan tentang kehidupannya yang tidak ada kemajuan. Lalu Imam Syafie memerintahkannya untuk kembali menemui orang yang mengupahnya dan minta untuk mengurangkan lagi gajinya menjadi 3 dirham. Lelaki itupun pergi melaksanakan anjuran Imam Syafie dengan perasaan sangat hairan.
 
Setelah berlalu sekian hari lelaki itu kembali lagi menemui Imam Syafie dan berterima kasih atas nasihatnya. Dia menceritakan bahawa wang 3 dirham itu dapat mencukupkan semua keperluan hidupnya, bahkan hidupnya menjadi lapang. Dia menanyakan apa rahsia di sebalik semua itu?
 
Imam Syafie menjelaskan bahawa pekerjaan yang dia jalani itu tidak berhak mendapatkan upah lebih dari 3 dirham. Dan kelebihan 2 dirham itu telah mencabut keberkatan harta yang dia miliki ketika bercampur dengannya.
 
Lalu Imam Syafie membacakan sebuah sya'ir:
جمع الحرام على الحلال ليكثره
دخل الحرام على الحلال فبعثره
Dia kumpulkan yang haram dengan yang halal supaya ia menjadi banyak.
Yang harampun masuk ke dalam yang halal lalu ia merosakkannya.
 
Barangkali kisah ini dapat menjadi pelajaran yang sangat berharga bagi kita dalam bekerja. Jangan terlalu berharap gaji besar bila pekerjaan kita hanya sederhana. Dan jangan berbangga mendapat gaji besar, padahal kerjabuat kita sangat lemah atau tidak seimbang dengan gaji yang diterima.
 
Bila gaji yang kita terima tidak seimbang dengan kerja, ertinya kita sudah menerima harta yang bukan hak kita. Itu semua akan menjadi penghalang keberkatan harta yang ada, dan mengakibatkan hisab yang berat di akhirat kelak.
 
Harta yang tidak berkat akan mendatangkan permasalahan hidup yang membuat kita susah, sekalipun bertaburkan benda-benda mewah dan serba lengkap. Wang banyak di bank tapi setiap hari bergaduh dengan isteri. Anak-anak tidak mendatangkan kebahagiaan. Dengan teman dan jiran sekeliling tidak sehaluan.
 
Kendaraan selalu bermasalah. Ketaatan kepada Allah semakin hari semakin melemah. Fikiran hanya dunia dan dunia. Harta dan harta. Penglihatan selalu kepada orang yang lebih dalam masalah dunia. Tidak pernah puas, sekalipun mulutnya melantunkan alhamdulillah tiap minit.
 
Kening selalu berkerut. Satu persatu penyakit datang menghampir. Akhirnya gaji yang besar habis untuk cek up ke hospital dan periksa ke klinik. Tidak ada yang dapat dibahagikan untuk sedekah, infak dan amal-amal demi tabung masa depan di akhirat. Menjalin silaturrahim dengan sanak keluarga pun tidak. Semakin kelihatan mewah tapi sifat kedekutnya juga semakin menguasai.
 
Semoga Allah mengurniakan kepada kita kemampuan untuk serius dalam bekerja, hingga rezeki kita menjadi berkat dunia dan akhirat !
 
Kredit kpd Dr Mahyuddin Ismail

Ahad, 16 Ogos 2015

6 PETUA DALAM MENCARI KEBERKATAN DALAM PEKERJAAN.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:

TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.  
(Shah Alam, Jumaat 14 Ogos 2015).

6 PETUA DALAM MENCARI KEBERKATAN DALAM PEKERJAAN.

Setiap manusia hidup pasti memerlukan keuangan dalam menyediakan kemudahan asas dalam hidup, dan tentunya keperluan  hidup tersebut dapat  kita peroleh dengan jalan bekerja.

Bekerja  merupakan jalan untuk  mendapatkan rizki yang di berikan Allah SWT kepada munusia. Oleh karena itu dalam  mencari  pekerjaan  sebagian sarana meraih  rizki Allah SWT tersebut,  memerlukan syarat agar rizki yang kita dapat  adalah  rizki yang halal dan  berkat serta  ada  manfaat untuk  diri kita dan orang lain.

Pada TAZKIRAH hari ini, USM ingin berkongsi sedikit tentang  beberapa nasehat yang bermanfaat bagi yang sedang mencari kerja aga rizki yang kita dapat ada keberkatan di sisi Allah SWT.

Diantara petua dalam mencari pekerjaan tersebut adalah:

1. Meyakini Bahawa  Setiap Jiwa Sudah Ditentukan Rizkinya oleh Allah SWT.

Setiap manusia sudah ada ketentuan rizkinya masing-masing. Jangan kita takut mati tak dapat  rizki.

Kalau sudah ada jaminan yang  demikian, maka  setiap orang  yang bekerja teruslah bekerja, jangan khawatir dengan rezeki yang AllahSWT beriman.

Dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّ رُوْحَ القُدُسِ نَفَثَ فِي رَوْعِي إِنَّ نَفْسًا لاَ تَمُوْتَ حَتَّى تَسْتَكْمِلَ رِزْقُهَا ، فَاتَّقُوْا اللهَ وَأَجْمِلُوْا فِي الطَّلَبِ ، وَلاَ يَحْمِلَنَّكُمْ اِسْتَبْطَاءَ الرِّزْقُ أَنْ تَطْلُبُوْهُ بِمَعَاصِي اللهَ ؛ فَإِنَّ اللهَ لاَ يُدْرِكُ مَا عِنْدَهُ إِلاَّ بِطَاعَتِهِ.

Ertinya :
“Sesungguhnya ruh qudus (Jibril), telah membisikkan ke dalam batinku bahwa setiap jiwa tidak akan mati sampai sempurna  semua bahagian  rizkinya (masing-masing). Karena itu, bertakwalah kepada Allah dan perbaikilah cara dalam mendapatkan rizeki tersebut. Jangan sampai tertundanya rizki mendorong kalian untuk mencari rizki  tersebut dengan cara bermaksiat kepada Allah. Karena rizki di sisi Allah tidak akan diperoleh kecuali dengan taat kepada-Nya.” (HR. Ibnu Abi dan Thabrani).

Hadits di atas, Allah SWT  memerintahkan kita untuk mencari rizki dengan cara yang halal. Jangan mencari  rizki dengan cara melakukan dosa dan maksiat kepada Allah SWT dengan menghalalkan segala macam  cara.

2. Cari Pekerjaan yang Halal disisi Allah SWT, Jauhi Pekerjaan  yang Haram.

Dalam mendapatkan  pekerjaan untuk meraih rizki Allah SWT,   Carilah pekerjaan  yang halal dan jauhilah yang haram.

Dari Jabir bin ‘Abdillah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا اللَّهَ وَأَجْمِلُوا فِى الطَّلَبِ فَإِنَّ نَفْسًا لَنْ تَمُوتَ حَتَّى تَسْتَوْفِىَ رِزْقَهَا وَإِنْ أَبْطَأَ عَنْهَا فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَجْمِلُوا فِى الطَّلَبِ خُذُوا مَا حَلَّ وَدَعُوا مَا حَرُمَ.

Ertinya :
“Wahai umat manusia, bertakwalah engkau kepada Allah, dan tempuhlah jalan yang baik dalam mencari rezeki, karena sesungguhnya tidaklah seorang hamba akan mati, hingga ia benar-benar telah mengenyam seluruh rezekinya, walaupun terlambat datangnya. Maka bertakwalah kepada Allah, dan tempuhlah jalan yang baik dalam mencari rezeki. Tempuhlah jalan-jalan mencari rezeki yang halal dan tinggalkan yang haram.” (HR. Ibnu Majah).

Jika pekerjaan yang ditempuh adalah pekerjaan yang halal, tentu akan berpengaruh pada makbulnya do’a. Sebaliknya, yang ditempuh adalah cara yang tidak halal, lihat saja bagaimana akibat buruknya.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

ثُمَّ ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبِّ يَا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِىَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya :
“Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menceritakan tentang seorang laki-laki yang telah menempuh perjalanan jauh, sehingga rambutnya kusut, masai dan berdebu. Orang itu mengangkat tangannya ke langit seraya berdo’a: “Wahai Rabbku, wahai Rabbku.” Padahal, makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan diberi makan dari yang haram, maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan do’anya?” (HR. Muslim)

Yusuf bin Asbath berkata:

بَلَغَنَا أنَّ دُعَاءَ العَبْدِ يَحْبِسُ عَنِ السَّمَاوَاتِ بِسُوْءِ المطْعَمِ

Ertinya:
“Telah sampai pada kami bahwa do’a seorang hamba tertahan di langit karena sebab makanan jelek (haram) yang ia konsumsi.”

Lihatlah para salaf sangat memperhatikan apa yang mereka makan dalam perutnya. Ada yang bertanya kepada Sa’ad bin Abi Waqqash:

تُسْتَجَابُ دَعْوَتُكَ مِنْ بَيْنَ أَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – ؟ فَقَالَ : مَا رَفَعْتُ إِلَى فَمِي لُقْمَةً إِلاَّ وَأَنَا عَالِمٌ مِنْ أَيْنَ مَجِيْئُهَا ، وَمِنْ أَيْنَ خَرَجَتْ

Ertinya:
“Apa yang membuat do’amu mudah dikabulkan dibanding para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lainnya?” Sa'ad mejawab: “Aku tidaklah memasukkan satu suapan ke dalam mulutku melainkan aku mengetahui dari manakah datangnya dan dari mana akan keluar,” jawab Sa’ad.

Dari Wahb bin Munabbih, ia berkata,

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَسْتَجِيْبَ اللهُ دَعْوَتَهُ ، فَلْيُطِبْ طُعْمَتَهُ

Ertinya :
“Siapa yang berharap do’anya dikabulkan oleh Allah, maka perbaikilah makanannya.” (Dinukil dari Jaami’ul ‘Ulum wal Hikam, 1: 275-276).

3. Cari Pekerjaan Yang Mendatangkan Keberkatan, Bukan Dengan Besarnya Gaji yang Diperolehi.

Ada sahabat yang pernah bertanya pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:

أَىُّ الْكَسْبِ أَطْيَبُ قَالَ عَمَلُ الرَّجُلِ بِيَدِهِ وَكُلُّ بَيْعٍ مَبْرُورٍ

Ertinya:
“Wahai Rasulullah, mata pencaharian (kasb) apakah yang paling baik?” Beliau bersabda, “Pekerjaan seorang laki-laki dengan tangannya sendiri dan setiap jual beli yang mabrur (diberkahi).” (HR. Ahmad).

Hadits di atas menunjukkan kepada  Kita  bahawa para sahabat tidak bertanya manakah pekerjaan yang paling banyak pendapatannya dan untungnya.

Namun yang mereka tanya adalah manakah yang paling thoyyib (diberkahi). Sehingga dari sini kita ketahui bahawa tujuan dalam mencari rizki adalah mencari yang paling berkat, bukan mencari manakah pekerjaan yang pendapatannya paling besar. Karena pendapatan yang besar belum tentu berkat di sisi Allah SWT.
(Demikian penjelasan berharga dari Syaikh ‘Abdullah bin Shalih Al Fauzan dalam Minhatul ‘Allam, 6: 10).

Pekerjaan yang gajinya besar jika tidak ada keberkatan, terkadang sampai melalaikan ibadah bahkan  sampai sanggup  meninggalkan shalat, buruk  perangai  serta bersikap  sombong pada  orang lain.

4. Jauhkan Pekerjan Dengan Jalan Meminta-Minta dan Mengemis Pada  Orang lain.

Dari ‘Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata bahwa Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَا يَزَالُ الرَّجُلُ يَسْأَلُ النَّاسَ حَتَّى يَأْتِىَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَيْسَ فِى وَجْهِهِ مُزْعَةُ لَحْمٍ

Ertinya :
“Jika seseorang meminta-minta (mengemis) pada manusia, ia akan datang pada hari kiamat tanpa memiliki sekerat daging di wajahnya.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Dari Hubsyi bin Junadah, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَنْ سَأَلَ مِنْ غَيْرِ فَقْرٍ فَكَأَنَّمَا يَأْكُلُ الْجَمْرَ

Ertinya:
“Barangsiapa meminta-minta padahal dirinya tidaklah fakir, maka ia seakan-akan memakan bara api.” (HR. Ahmad).

Perlu dipahami bahwa hanya tiga orang yang diperbolehkan meminta-minta sebagaimana disebutkan dalam hadits Qabishah, di mana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

يَا قَبِيصَةُ إِنَّ الْمَسْأَلَةَ لاَ تَحِلُّ إِلاَّ لأَحَدِ ثَلاَثَةٍ رَجُلٍ تَحَمَّلَ حَمَالَةً فَحَلَّتْ لَهُ الْمَسْأَلَةُ حَتَّى يُصِيبَهَا ثُمَّ يُمْسِكُ وَرَجُلٍ أَصَابَتْهُ جَائِحَةٌ اجْتَاحَتْ مَالَهُ فَحَلَّتْ لَهُ الْمَسْأَلَةُ حَتَّى يُصِيبَ قِوَامًا مِنْ عَيْشٍ – أَوْ قَالَ سِدَادًا مِنْ عَيْشٍ – وَرَجُلٍ أَصَابَتْهُ فَاقَةٌ حَتَّى يَقُومَ ثَلاَثَةٌ مِنْ ذَوِى الْحِجَا مِنْ قَوْمِهِ لَقَدْ أَصَابَتْ فُلاَنًا فَاقَةٌ فَحَلَّتْ لَهُ الْمَسْأَلَةُ حَتَّى يُصِيبَ قِوَامًا مِنْ عَيْشٍ – أَوْ قَالَ سِدَادًا مِنْ عَيْشٍ – فَمَا سِوَاهُنَّ مِنَ الْمَسْأَلَةِ يَا قَبِيصَةُ سُحْتًا يَأْكُلُهَا صَاحِبُهَا سُحْتًا

Ertinya :
“Wahai Qabishah, sesungguhnya meminta-minta itu tidak halal kecuali untuk tiga orang:
(1) seseorang yang menanggung hutang orang lain, ia boleh meminta-minta sampai ia melunasinya.
(2) seseorang yang ditimpa musibah yang menghabiskan hartanya, ia boleh meminta-minta sampai ia mendapatkan sara hidup, dan
(3) seseorang yang ditimpa kesengsaraan hidup sehingga ada tiga orang yang berakal dari kaumnya berkata, ‘Si fulan benar-benar telah tertimpa kesengsaraan’, maka boleh baginya meminta-minta sampai mendapatkan sara hidup.
Meminta-minta selain ketiga hal itu, wahai Qabishah adalah haram dan orang yang memakannya berarti memakan harta yang haram.” (HR. Muslim).

Perlu dipahami bahawa orang miskin yang sebenarnya adalah seperti yang disebutkan dalam hadits dari Abu Hurairah berikut, ia berkata bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

لَيْسَ الْمِسْكِينُ الَّذِى تَرُدُّهُ الأُكْلَةُ وَالأُكْلَتَانِ ، وَلَكِنِ الْمِسْكِينُ الَّذِى لَيْسَ لَهُ غِنًى وَيَسْتَحْيِى أَوْ لاَ يَسْأَلُ النَّاسَ إِلْحَافًا.

Ertinya :
“Namanya miskin bukanlah orang yang tidak menolak satu atau dua suap makanan. Akan tetapi miskin adalah orang yang tidak punya kecukupan, dan  ia malu atau tidak meminta dengan cara memaksa.” (HR. Bukhari).

Orang miskin sebenarnya bukan pengemis. Orang miskin adalah yang sudah ada pekerjaan, namun masih  tetap belum mencukupi keperluan  asasnya  dan masih meminta-minta kepada orang lain dengan jalan  memaksa.

5. Cari Pekerjaan yang Tidak Menyusahkan Orang Lain

Salah satu pekerjaan yang terlarang yaitu menimbun barang sehingga mematikan stok barang di pasaran, terutama untuk barang asas yang diperlukan masyarakat banyak.

Dalam hadits disebutkan:

لاَ يَحْتَكِرُ إِلاَّ خَاطِئٌ

Ertinya :
“Tidak boleh menimbun barang, jika tidak, maka ia termasuk orang yang berdosa.” (HR. Muslim).

Apa hikmah larangan menimbun barang?
Imam Nawawi berkata, “Hikmah terlarangnya menimbun barang karena ianya dapat menimbulkan mudarat bagi orang  ramai.” (Syarh Shahih Muslim, 11: 43).

6. Perbanyakkan Do’a Agar mendapatkan Rizki yang Halal.

Tanpa do’a dan tanpa banyak memohon pada Allah, kita sulit mendapatkan yang halal. Hanya dengan banyak berdoa  kepada Allah SWT, kita akan dipermudahkan  jalan untuk meraih sumber  yang halal.

Teruskan meminta kepada Allah SWT untuk mendapatkan pekerjaan yang halal sebagaimana yang Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ajarkan kepada kita:

اللَّهُمَّ اكْفِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Ertinya :
“Allahumak-finii bi halaalika ‘an haroomik, wa agh-niniy bi fadhlika ‘amman siwaak”
[Ya Allah cukupkanlah aku dengan yang halal dan jauhkanlah aku dari yang haram, dan cukupkanlah aku dengan karunia-Mu dari bergantung pada selain-Mu] (HR. Tirmidzi).

Ya Allah berkatilah usaha kami untuk mendapatkan sumber  rizki yang halal dan jauhkanlah dari kami  ya Allah dari  sumber rizki yang tidak  halal. Mudah-Mudahan rizki yang  Engkau  berikan kepada kami akan  mendapatkan keberkatan dalam  hidup kami  untuk menghambakan diri serta  mengabdikan diri kepada-Mu.  Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).

Catatan:
ILMU ITU HANYA MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
SILA KONGSIKAN DENGAN SESAMA SAUDARA.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!

Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
http://www.facebook.com:
USM - Sihabuddin Muhaemin.

TERIMA KASIH. 
(Shah Alam, Jumaat 29 Syawal 1436 H).

Khamis, 2 April 2015

Krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak pada zaman Rasulullah SAW lagi


Hakikatnya krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak pada zaman Rasulullah SAW lagi, dan ia telah direkodkan dalam hadis sahih.
Dari Anas bin Malik ra. dia berkata, “Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, ‘Wahai Rasulullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.’” (Riwayat Abu Dawud)
Peristiwa ini berlaku apabila harga barang di pasar di Madinah naik, maka para sahabat bertemu Rasulullah meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat membeli barang dengan harga yang mereka mampu. Lalu apa jawab Rasulullah?
Baginda bersabda:
“Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta.” (Sahih. Riwayat Abu Daud)
Kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang. Nabi menyatakan bahawa Allah-lah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan Dia juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendakiNya. Ini selari dengan firman Allah SWT, “Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki.” (Al-Ra’d: 26)
Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tidak dikurangkan sedikit pun. Kenaikan harga sama sekali tidak mempengaruhi rezeki yang ditetapkan. Ini seperti mana sabda Nabi SAW, “Wahai manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat seluruh rezekinya secara sempurna. Maka janganlah kamu tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram.” (Sahih. Riwayat Al-Hakim)

Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakiNya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat.” (As-Syura: 27) “Ajaibnya urusan orang Mukmin, seluruh urusannya adalah kebaikan dan ini tidak terdapat kecuali pada seorang Mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan ini baik baginya, jika ditimpa musibah dia bersabar dan ini juga baik baginya.” (Riwayat Muslim)
JANGAN RISAU DENGAN GST....Allah S.W.T yg beri rezeki bkn makhluk...

Rabu, 9 April 2014

Petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal.

Petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal.
Mari fikir-fikirkan.

"Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut.

Ada lagi sumber yang lain kita perlu dielak campurkan dengan darah daging.
Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu..pun ragu statusnya. 

Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri.

Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.
Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara.

Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke ofis. 

Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.

Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa..bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.

Fikir dalam-dalam. Apabila musibah; tak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri". 

Tazkirah paling baik yang perlu disebarkan dan diingatkan selalu kepada mereka yang bekerja. 

KEBERKATAN YANG DICARI
6 cara utk mendapat pahala setelah mati:

1. Beli Al - Quran kpda sseorang, setiap kali dia mmbacanya kamu akn mnerima pahala. 
2. Sedekah kerusi roda kpda hospital, setiap kali org sakit mnggunakannya nescaya kamu akn mndapat pahala.

3. Turut serta dlm pembinaan masjid.
4. Meletak watercooler di tempat awam.
5. Menanam pokok. Kamu mnerima pahala skiranya ada manusia ataupun binatang berteduh dibwahnya atau mkan darinya.
6. Cara yg terakhir dan paling mudah adalah kongsi mesej ini kpda semua, sekiranya ada org yg mampu melakukan salah satu perkara di atas maka kamu akn mndpat pahala.

Jumaat, 4 April 2014

REZEKI DITANGAN ALLAH


REZEKI DITANGAN ALLAH.

Kita semua tentu ingat dengan istilah "Rezeki ditangan Allah", namun hal itu kini telah mengalami pergeseran serta kehilangan makna.

"Sesungguhnya Allah, Dia-lah Maha Pemberi Rezeki Yang Mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kokoh". [Adz-Dzaariyaat 58].

Al-Quran menjelaskan bahwa semua Rezeki itu datang dari-Nya, Dia yang melapangkan & menyempitkan. 

Allah ber-Firman:

"Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan Rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki-Nya dan menyempitkannya, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan Hamba-Hamba-Nya". [Al-Israa 30].

"Dia melapangkan Rezeki bagi siapapun yang dikehendaki-Nya dan menyempitkannya". [Asy-Syura 12].

"Sesungguhnya Tuhanku melapangkan Rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya diantara Hamba-Hamba-Nya dan menyempitkan bagi siapa yang dikehendaki-Nya". [Saba 39].

Saat ini ada yang beranggapan bahwa Rezeki adalah hasil dari usahanya, padahal segala usaha mereka hanyalah sebatas ikhtiar saja, karena semua Rezeki telah ditetapkan-Nya dan Allah telah menjadikan kita untuk menguasainya. 

"Kami-lah yang akan memberi Rezeki kepada mereka dan juga kepadamu". [Al-Israa 31].

"Kami akan memberi Rezeki kepada kamu dan juga kepada mereka". [Al-An'aam 151].

"Di-langit terdapat sebab-sebab Rezeki-mu dan terdapat pula apa yang dijanjikan kepadamu". [Adz-Dzaariyaat 22].

Sementara ini masih ada yang lalai terhadap apa yang telah Allah Karunia-kan kepada mereka, padahal semua Mahluk hidup dengan jaminan Rezeki-Nya. 

"Hai Manusia, ingatlah akan Nikmat Allah kepadamu. Adakah Pencipta selain Allah yang dapat memberikan Rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?". [Fathir 3].

Allah menilai Amal seseorang tergantung niatnya, maka apapun yang dinafkahkan karena Ridha-Nya pasti akan mendapat pembalasan.

"Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah Pemberi Rezeki yang sebaik-baiknya". [Saba 39].

Semoga kita semua tetap meyakini bahwa segala Rezeki adalah datang karena Karunia-Nya, melalui berbagai Ikhtiar, Usaha & Doa. Aamiin Yaa Rabbal'alaamiin. [BRH].