Pages

Memaparkan catatan dengan label saka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label saka. Papar semua catatan

Ahad, 27 November 2016

Tips Perubatan Islam

🍁🍁Tips Perubatan Islam🍁🍁

Hakikatnya perawat hanya orang tengah yg membacakan doa-doa yang disusun oleh ulama' diambil dari Baginda Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam yang terdapat didalam Alquran.

Yang Menyembuhkan Itu Milik Mutlak Allah. Kita hanya berikhtiar, Kesembuhan Milik Allah.

Sebagaimana yang disabdakan Rasulullah ﷺ:

مَا أَنْزَلَ اللهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً

“Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali Dia juga menurunkan penawarnya.” (HR Bukhari).

TakKenalMakaTakCinta

AllahumasolliAlaMuhammad

Kenapa kena tindih!

🍃INFO RAWATAN DARUL MUALLIJ🍃

🍁Kenapa kena tindih!🍁

👻1. Kena tidih masa tidur adalah disebabkan oleh badan dan otak yang terlalu penat....

👻2. Tidur dengan membiarkan tingkap bilik terbuka, sebab salah satu peristiwa kena tindih ialah membiarkan tingkap terbuka sampai ke pagi....

👻3. Tak baca doa tidur terlebih dahulu....

👻4. Tidur lewat, biasanya pukul 3 dan 4 pagi, akan rasa kena tindih selepas 5 minit tidur....

👻5. Orang kata biasanya kalau kena tindih sebab kita tidur tempat tidur 'dia'....sebab seblum tdur x ikut sunnah...sapu katil dahulu...

👻6. Tidur tanpa menyucikan diri dari kotoran....

Ustaz Hassan
Darul Muallij

Menurut ahli-ahli ta'bir, mimpi ada tiga macam

🍁🍁Menurut ahli-ahli ta'bir,
mimpi ada tiga macam🍁🍁

🌙1. Peristiwa yang menggembirakan yang benar yang terjadi setelah bermimpi, dan ini tidak memerlukan penafsiran.

🌙2. Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan oleh orang yang bermimpi.

Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang makna atau takwil.

🌙3. Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu lawwamah dan nafsu ammarah.

Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya.

🍂🍂DALAM RAWATAN ISLAM🍂🍂

☘Tafsiran mimpi bukan satu hujjah yg konkrit tapi sekadar maklumat awal gangguan yang berlaku untuk tindakan pesakit dan perawat dalam merawat dengan lebih berkesan.

☘Adapun mimpi yang dialami pesakit petanda awal gangguan akan berlaku dan ditafsir perawat yang berkemahiran dalam kaedah ini. Dan mimpi juga bagi pesakit supaya dapat berhati dalam urusan kehidupan...

☘Perawat hanya memerlukan mimpi pesakit sebagai tanda gangguan semasa tidur untuk mnganalisis.

Ustaz Hassan
Darul Muallij

Tanda-tanda Umum di sihir

🍁INFO RAWATAN DARUL MUALLIJ🍁

💀Tanda-tanda Umum di sihir💀

1) Pening kepala yang berpanjangan terutama pada waktu senja
2) Mimpi yang menakutkan
3) Sakit dada dan resah menjelang senja
4) Sakit di dalam perut bagaikan di pulas urat perut atau terasa bagaikan ada benda yang bergerak di dalam tubuh dan sering terasa bagai di tusuk di perut.
5) Mula nampak alam ghaib
6) Berlaku perkara yang pelik di sekitar umpamanya berbau kemenyan, hanyir, wangi dan sebagainya
7) Berlaku sakit yang tidak di ketahui punca dari doktor
8) Terdengar suara-suara yang memanggil namanya
9) Pening atau pengsan apabila dibaca ayat ruqyah kepadanya.

Us Hassan
Darul Muallij

TANDA SESEORANG ADA SAKA

🍂TANDA SESEORANG ADA SAKA 🍂

👻Gejala pada waktu tidur: 👻

👽Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.

👽Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.

👽Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya terjadi dalam keadaan 'kena tindih'.

👽Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.

👽Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sbagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.

👽Bunyi gigi berlaga ketika tidur. Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur. Berdiri dan berjalan ketika tidur.

👽Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

👽Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.

👽Mimpi berada di tempat sunyi.

👽Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.

👽Mimpi melihat budak kecil.

👽 Bermimpi budak kecil menyusu dan rasa sayangkannya (ini berlaku kepada golongan wanita).

👽Mimpi melihat salib atau gereja. Mimpi bertemu paderi. 👽Merintih dan menangis ketika tidur.

👺Gejala pada waktu jaga:👺

💀Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengean penyakit dan dikatakan penyakit misteri.

💀Selalu lalai daripada mengingati Allah s.w.t.

💀Hilang ingatan dan mungkin mnjadi gila.

💀Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa arab, orang gila digelar 'majnun'. majnun bermaksud dijinkan iaitu isim maf'ul.

💀Sering lesu dan malas.

💀Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.

💀Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.

💀Lenguh di sendi-sndi utama.

💀Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga. Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor menakrifkannya sebagai kanser. Perlu diingat kanser berpunca daripada jin.

💀Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur.

💀Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian. Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.

💀Sentiasa mengantuk teutamanya dalam majlis ilmu.

💀Mudah marah dan panas baran.

💀 Emosional dan terlalu sensitif.

Us Hassan
Darul Muallij

CARA MENGGUNAKAN CD/MP3 RUQYAH SYAR'IYAH

🍁INFO RAWATAN DARUL MUALLIJ🍁

🍂CARA MENGGUNAKAN CD/MP3 RUQYAH SYAR'IYAH🍂

1/ Bagi kesihatan diri dan keluarga.
Pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

2/Bagi pesakit gangguan jin.
dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

3/Bagi Anak yang menangis malam.
Anda perlu pasangkan dengan kuat, insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

4/Untuk merawat histeria, sihir, saka dan lambat jodoh.
sediakan 3botol besar air mineral, buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).

Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.

Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.

Kemudian sebelah malamnya pula, cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

5/Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah.
Cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.

6/Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat.
Perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat....

KITA BERIKHTIAR
KESEMBUHAN MILIK ALLAH

Ustaz Hassan
Darul Muallij

Cara jin masuk tubuh manusia

🍁🍁Cara jin masuk tubuh manusia🍁🍁

😈Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga.

Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,

“Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala”. ( Ar-Rahman: 15 )

Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.

😈Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia.

Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya.

Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.

Ustaz Hassan
Darul Muallij

Sabtu, 26 November 2016

BEZA ANTARA SAKA DAN SIHIR.

🍁BEZA ANTARA SAKA DAN SIHIR.🍁

☘Samada saka😈 atau sihir👻...
kedua-duanya dari sebab gangguan jin...maka banyak persamaan-
nya kecuali pada beberapa perkara...

Antaranya...

Asal usul jin...

☘.Jin saka😈 biasanya datang dari keluarga atau keturunan sendiri...
(...tapi ada juga punca lain).

Sedangkan... jin sihir 👻itu adalah dari kiriman orang lain...

☘.Gangguan jin saka 😈sudah bermula sejak sekianlama... malah ada yang sejak bayi atau juga sejak ia masih dalam kandungan lagi...

Sedangkan...jin sihir👻 itu adalah jin yang baru... atau tiba-tiba datang....

☘.Jin saka 😈itu berpindah kepada orang yang paling rapat dan disayangi tuannya...

Sedangkan...jin sihir👻 itu ditujukan kepada orang dibenci oleh seseorang lain...

Sasaran...

☘.Jin saka😈 biasanya memilih sendiri bakal tuan barunya...

Sedangkan...jin sihir 👻biasanya datang kepada orang yang diperintahkan kepadanya...

☘Jin saka😈 lebih cenderung mengganggu semua orang dalam satu keluarga...

Sedangkan...jin sihir👻 lebih cenderung mengganggu seseorang yang telah ditetapkan...

☘.Jin saka😈 akan masuk ketubuh siapa sahaja yang dapat ditembusinya...

Sedangkan...jin sihir👻 lebih cenderung tetap kepada seorang.

🍂Bentuk Gangguan Atau Serangan...🍂

☘.Jin saka😈 akan berpindah pada seseorang mungkin atas dasar ' kasih sayang yang mendalam ' atau perjanjian...

Sedangkan...jin sihir 👻akan datang pada seseorang dengan maksud mahu menyeksa atau membunuh...

☘Pada peringkat awal...gangguan jin saka😈 akan lebih tertumpu kepada gangguan fikiran dan perasaan...

Sedangkan...jin sihir 👻akan menimbulkan gejala kerasukan
dan kesakitan...

☘.Gangguan jin saka😈 kadang-kadang menjadikan seseorang itu mempunyai kelebihan-kelebihan luar biasa seperti
nampak jin...menilik...bersilat sendiri...
mengurut dan mengubat...dan juga sebagainya...

Sedangkan...gangguan jin sihir👻 kerap menjadikan seseorang itu menanggung penyakit luarbiasa.

☘.Gangguan jin saka 😈kadang-kadang tak menimbulkan sebarang gejala penyakit... tapi menimbulkan berbagai bentuk tekanan pada fikiran dan perasaan... seperti mudah buntu dan
bingung...selalu runsing... risau... takut... marah... malu dan sebagainya tanpa sebab yang munasabah...( termasuk berbagai perangai atau akhlak buruk...)

Sedangkan...gangguan jin sihir👻 biasanya menimbulkan berbagai
gejala penyakit fizikal...

☘.Sering gangguan jin saka😈 itu 'mencengkam' seseorang dalam
keadaan yang tenang...dan orang lain tak menyedarinya...

Sedangkan...jin sihir👻 itu akan datang dalam suatu keadaan di mana seseorang itu rasa diserang...

☘.Kadang-kadang jin saka😈 itu tak tahu... ia menyusahkan atau menganiaya tuannya...

Sedangkan...jin sihir 👻itu memang bermaksud menganiaya malah
mungkin bertujuan membinasakan...

☘.Jin saka😈 itu biasanya tetap pada tuan dan keluarganya dengan maksud nak menjaga...

Sedangkan...jin sihir 👻itu tetap dengan maksud menganiaya sekeluarga terutama sekiranya kiriman sihir itu bertujuan membalascdendam atau nak menghalau sekeluarga daripada sesuatu tempat.

☘Seringkali gangguan saka😈 itu bentuknya sangat halus...hinggakan
seseorang itu tak percaya ia ada gangguan jin saka...

Sedangkan...gangguan jin sihir👻 biasanya akan memberi kesan yang
sangat jelas adanya gangguan makhluk halus...

☘.Sebahagian jin saka😈 akan mepertahankan tuannya daripada serangan jin lain...termasuk oleh jin sihir...

Sedangkan...jin sihir👻 biasanya akan datang berkumpulan... iaitu sebahagiannya tak ada kena mengena...tapi saja nak mengambil kesempatan 'menumpang sekaki'...

☘.Jin saka😈 biasanya akan membisikkan seseorang nasihat-nasihat yang baik...(tapi ikhlas tak ikhlas tu lain cerita...tau saja la kalau dah jin...biasanya akan sampai masanya nasihat itu akan jadi hasutan...)

Sedangkan...jin sihir👻 biasanya akan membisikkan apa saja yang akan mematahkan semangat seseorang...

☘Jin saka😈 akan mencari tubuh baru dari kalangan ahli keluarga sebagai ganti jika tuannya meninggal dunia...

Sedangkan...jin sihir👻 akan pergi sebaik saja ia selesai melaksanakan
tugasnya...( itu pun tak semua...)

☘.Kebanyakan saka😈 akan menimbulkan masalah...seperti menghalang tuannya kahwin...atau menghancurkan rumahtangganya...atau
menghalang daripada mendapat anak...dan sebagainya...

Sedangkan...jin sihir👻 lebih menumpukan kepada penyakit...kecuali
ia adalah jin sihir penangkal atau pemisah...

Dan sebagainya...

Wallohu a'lam.

Us Hassan
Darul Muallij

SAKA

👹SAKA👹

👺Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya.

Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki.

👺Jin tersebut oleh nenek moyang pembawa saka apabila mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka hidup, mereka telah bersahabat dan membela jin-jin tersebut yang dikenali dengan pelbagai nama.

Nama-nama seperti hantu raya, pelesit, pontianak, polong dan lain-lain memang terkenal di kalangan masyarakat melayu. Namun hakikatnya semuanya adalah sama iaitu makhluk Allah s.w.t. yang dikenali dengan nama jin dan syaitan.

🍂DALIL

Persahabatan antara jin dan manusia dalam bentuk 'khadam' dinyatakan di dalam al-Quran. Firman Allah s.w.t.:
Ertinya:
"Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan..."
- Surah al-Jin: 6

👺Jin yang dijadikan khadam inilah akhirnya menjadi saka yang perturunkan dari ayah ke anak dan keturunan yang seterusnya (mereka yang mempunyai pertalian darah).

Ini disebabkan perjanjian yang telah dibuat oleh nenek moyang denan jin tersebut dan mengundang masalah dan penderitaan kepada keturunannya.

Us Hassan
Darul Muallij