Pages

Memaparkan catatan dengan label perubatan islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perubatan islam. Papar semua catatan

Ahad, 27 November 2016

Tips Perubatan Islam

🍁🍁Tips Perubatan Islam🍁🍁

Hakikatnya perawat hanya orang tengah yg membacakan doa-doa yang disusun oleh ulama' diambil dari Baginda Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam yang terdapat didalam Alquran.

Yang Menyembuhkan Itu Milik Mutlak Allah. Kita hanya berikhtiar, Kesembuhan Milik Allah.

Sebagaimana yang disabdakan Rasulullah ﷺ:

مَا أَنْزَلَ اللهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً

“Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali Dia juga menurunkan penawarnya.” (HR Bukhari).

TakKenalMakaTakCinta

AllahumasolliAlaMuhammad

Kenapa kena tindih!

🍃INFO RAWATAN DARUL MUALLIJ🍃

🍁Kenapa kena tindih!🍁

👻1. Kena tidih masa tidur adalah disebabkan oleh badan dan otak yang terlalu penat....

👻2. Tidur dengan membiarkan tingkap bilik terbuka, sebab salah satu peristiwa kena tindih ialah membiarkan tingkap terbuka sampai ke pagi....

👻3. Tak baca doa tidur terlebih dahulu....

👻4. Tidur lewat, biasanya pukul 3 dan 4 pagi, akan rasa kena tindih selepas 5 minit tidur....

👻5. Orang kata biasanya kalau kena tindih sebab kita tidur tempat tidur 'dia'....sebab seblum tdur x ikut sunnah...sapu katil dahulu...

👻6. Tidur tanpa menyucikan diri dari kotoran....

Ustaz Hassan
Darul Muallij

Menurut ahli-ahli ta'bir, mimpi ada tiga macam

🍁🍁Menurut ahli-ahli ta'bir,
mimpi ada tiga macam🍁🍁

🌙1. Peristiwa yang menggembirakan yang benar yang terjadi setelah bermimpi, dan ini tidak memerlukan penafsiran.

🌙2. Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan oleh orang yang bermimpi.

Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang makna atau takwil.

🌙3. Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu lawwamah dan nafsu ammarah.

Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya.

🍂🍂DALAM RAWATAN ISLAM🍂🍂

☘Tafsiran mimpi bukan satu hujjah yg konkrit tapi sekadar maklumat awal gangguan yang berlaku untuk tindakan pesakit dan perawat dalam merawat dengan lebih berkesan.

☘Adapun mimpi yang dialami pesakit petanda awal gangguan akan berlaku dan ditafsir perawat yang berkemahiran dalam kaedah ini. Dan mimpi juga bagi pesakit supaya dapat berhati dalam urusan kehidupan...

☘Perawat hanya memerlukan mimpi pesakit sebagai tanda gangguan semasa tidur untuk mnganalisis.

Ustaz Hassan
Darul Muallij

Tanda-tanda Umum di sihir

🍁INFO RAWATAN DARUL MUALLIJ🍁

💀Tanda-tanda Umum di sihir💀

1) Pening kepala yang berpanjangan terutama pada waktu senja
2) Mimpi yang menakutkan
3) Sakit dada dan resah menjelang senja
4) Sakit di dalam perut bagaikan di pulas urat perut atau terasa bagaikan ada benda yang bergerak di dalam tubuh dan sering terasa bagai di tusuk di perut.
5) Mula nampak alam ghaib
6) Berlaku perkara yang pelik di sekitar umpamanya berbau kemenyan, hanyir, wangi dan sebagainya
7) Berlaku sakit yang tidak di ketahui punca dari doktor
8) Terdengar suara-suara yang memanggil namanya
9) Pening atau pengsan apabila dibaca ayat ruqyah kepadanya.

Us Hassan
Darul Muallij

TANDA SESEORANG ADA SAKA

🍂TANDA SESEORANG ADA SAKA 🍂

👻Gejala pada waktu tidur: 👻

👽Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.

👽Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.

👽Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya terjadi dalam keadaan 'kena tindih'.

👽Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.

👽Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sbagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.

👽Bunyi gigi berlaga ketika tidur. Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur. Berdiri dan berjalan ketika tidur.

👽Mimpi jatuh dari tempat tinggi.

👽Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.

👽Mimpi berada di tempat sunyi.

👽Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.

👽Mimpi melihat budak kecil.

👽 Bermimpi budak kecil menyusu dan rasa sayangkannya (ini berlaku kepada golongan wanita).

👽Mimpi melihat salib atau gereja. Mimpi bertemu paderi. 👽Merintih dan menangis ketika tidur.

👺Gejala pada waktu jaga:👺

💀Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengean penyakit dan dikatakan penyakit misteri.

💀Selalu lalai daripada mengingati Allah s.w.t.

💀Hilang ingatan dan mungkin mnjadi gila.

💀Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa arab, orang gila digelar 'majnun'. majnun bermaksud dijinkan iaitu isim maf'ul.

💀Sering lesu dan malas.

💀Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.

💀Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.

💀Lenguh di sendi-sndi utama.

💀Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga. Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati. Biasanya doktor menakrifkannya sebagai kanser. Perlu diingat kanser berpunca daripada jin.

💀Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur.

💀Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian. Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.

💀Sentiasa mengantuk teutamanya dalam majlis ilmu.

💀Mudah marah dan panas baran.

💀 Emosional dan terlalu sensitif.

Us Hassan
Darul Muallij

CARA MENGGUNAKAN CD/MP3 RUQYAH SYAR'IYAH

🍁INFO RAWATAN DARUL MUALLIJ🍁

🍂CARA MENGGUNAKAN CD/MP3 RUQYAH SYAR'IYAH🍂

1/ Bagi kesihatan diri dan keluarga.
Pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).

2/Bagi pesakit gangguan jin.
dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.

3/Bagi Anak yang menangis malam.
Anda perlu pasangkan dengan kuat, insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.

4/Untuk merawat histeria, sihir, saka dan lambat jodoh.
sediakan 3botol besar air mineral, buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).

Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.

Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.

Kemudian sebelah malamnya pula, cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.

5/Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah.
Cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.

6/Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat.
Perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat....

KITA BERIKHTIAR
KESEMBUHAN MILIK ALLAH

Ustaz Hassan
Darul Muallij

Cara jin masuk tubuh manusia

🍁🍁Cara jin masuk tubuh manusia🍁🍁

😈Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia dari bahagian manapun juga.

Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,

“Dan Allah menciptakan jin dari api yang menyala”. ( Ar-Rahman: 15 )

Dalam hal ini Ibn Abbas berkata: Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah merupakan udara panas yang keluar dari api.

😈Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang dia sukai dari tubuh manusia.

Para doktor perubatan telah mengkaji dan membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam otaknya.

Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya bahawa mereka berada di otak manusia.

Ustaz Hassan
Darul Muallij

KITA BERIKHTIAR TETAPI KESEMBUHAN MILIK ALLAH

🍀TAZKIRAH DARUL MUALLIJ🍀

KITA BERIKHTIAR TETAPI KESEMBUHAN MILIK ALLAH

🌸Menangani gangguan makhluk halus ni bukanlah semudah menghadapi gangguan  nyamuk di telinga..

Sebab nyamuk itu adalah benda2 zahir yang boleh nampak dengan mata kasar. Makhluk halus ini tidak boleh dilihat dengan mata kasar mahupun menggunakan mata kanta.

Hanya mereka2 yang diberikan keizinan oleh Allah saja yang mampu untuk melihatnya.

Itupun bagi yang melihat perlu bimbingan dari perawat yang mahir …bukan perawat yang bermasalah.

🌸Kita tak mampu nak menyatakan secara yakin perkara yg kita sendiri tak nampak..

Kita cuma boleh mengagak.. begitulah juga dalam kes menghadapi serangan makhluk halus ini..

🌸Benda2 halus ini memang memberikan kesan untuk jangka masa yang panjang.. virus yang halus itu sendiri kadang2 kita tak mampu nak hapuskan seperti virus denggi yang masih ada dalam badan sekalipun pesakit kelihatan dah sembuh..

Bukan seekor virus saja yg menyebabkan kesakitan kepada tubuh, tetapi kehadiran beribu2 bahkan berjuta2 virus itulah yg menyebabkan antibodi badan menjadi lemah dan kita menjadi sakit….

🌸Jika seekor saja makhluk halus yg mendiami tubuh badan, kemungkinan untuk menghalaunya keluar itu agak besar.. sebab kita boleh tumpukan proses pemulihan dan mengeluarkan makhluk nan seekor itu saja..

Tapi kalau ada beratus2 makhluk halus dalam tubuh, siap dah buat kampung dan buat pejabat operasi dalam tubuh badan, maka ia agak susah untuk dipulihkan.

Sangat memerlukan masa dan penumpuan yang tinggi dalam usaha2 pemulihan.

🌸Sebab itulah kebanyakan kes2 serangan makhluk halus ini adalah melibatkan serangan berulang..

Iaitu kes2 lama yang masih berulang walaupun dah berkali2 berubat.

🍁Dalam mengubati penyakit akibat gangguan makhluk halus ini, yang paling penting adalah persediaan diri pesakit itu sendiri.

Sama macam kita berubat dengan doktor.. doktor cuma boleh bagi nasihat dan ubat..

Lepas tu kita sendiri yang akan meneruskan proses penyembuhan itu dengan makan ubat dan mengikuti nasihat doktor, ataupun kita simpan je ubat tu dan tak pedulikan apa yg doktor cakapkan…

🍁Kadang2 kita terlalu menyerahkan diri kepada perawat dengan keyakinan perawat itu yang menyembuhkan penyakit yang kita hadapi.

Awal2 lagi kita terlibat dalam keyakinan yg syirik seperti ini, bagaimana kita nak dapatkan bantuan Allah yang memberikan kesembuhan atas penyakit kita?

Kita tak anggap berubat itu sebagai usaha dan ikhtiar, dan hakikatnya Allah juga yg menyembuhkan penyakit kita..

sebab tu kerap kita dengar suara2 yang mengatakan “bomoh tu bagus..”, “ustaz tu pandai mengubat” dsb….

🍁Maka, sewajarnyalah para pesakit membersihkan keyakinan mereka terlebih dulu agar tak terlibat dengan keyakinan yang syirik…

KITA BERIKHTIAR TETAPI KESEMBUHAN MILIK ALLAH

US HASSAN
DARUL MUALLIJ
27hb November 2016

Selasa, 30 September 2014

APAKAH ITU PERUBATAN ISLAM?

APAKAH ITU PERUBATAN ISLAM?
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Soalan: Prof Madya Dr Mohd Asri, saya ada saudara yang menganggap bahawa kita tidak patut mengambil berubat dengan ubat-ubat yang lain dari yang Nabi s.a.w dah ajar. Dia kata perubatan Islam seperti ubat-ubat nabi sudah sempurna. Ubat-ubat hospital atau orang putih itu tidak sesuai dengan orang Islam. Orang Islam patut pegang ubat Islam, bukan ubat kafir. Apakah pandangan Dr Asri dalam hal ini?
 Maslina, Jerantut.

Jawapan Dr MAZA: Maslina, sikap saudara puan/cik yang ingin menghayati ajaran Nabi s.a.w itu amatlah baik. Namun, beliau memerlukan kefahaman terhadap Islam yang lebih jelas dalam masalah ini. Perkataan perubatan Islam itu sendiri memerlukan penjelasan berdasarkan nas-nas Islam itu sendiri. Untuk itu maka saya ingin menyentuh beberapa perkara berikut;

1. Tiada istilah ‘perubatan Islam’ yang hanya merujuk kepada jampi atau bahan-bahan yang disebutkan oleh Nabi s.a.w semata. Berubat memang disuruh oleh Islam. Apa sahaja ubat yang mengikut kaedah perubatan yang betul maka ia adalah perubatan yang diizinkan oleh syarak. Ini termasuk perubatan dan ubat yang disebut oleh Nabi s.a.w, atau selainnya yang mengikut disiplin ilmu perubatan.
Maka, perubatan moden, atau cina, atau india, atau melayu yang berasaskan kaedah yang benar, bukan haram, khurafat atau syirik maka ia adalah perubatan yang diizinkan oleh Islam. Bahkan jika diyakini boleh menyembuhkan seseorang yang sakit, maka ia disuruh oleh Islam tanpa mengira asal usul perubatan tersebut.
2. Nabi s.a.w dalam hadis menyebut perubatan dan ubat secara umum, tanpa menghadkannya. Maka, setiap orang hendaklah berusaha mencari ubat yang paling berkesan. Dalam hadis yang sahih Nabi s.a.w bersabda:
“Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit, melainkan meletakkan untuknya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah).
Juga sabda baginda:
“Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim).
Kata Al-Imam Nawawi (meninggal 676H):
“Hadis ini memberi isyarat disunatkan mengubat penyakit. Inilah mazhab ashab kita (aliran mazhab al-Syafi`i), kebanyakan salaf dan keseluruhan khalaf. Kata al-Qadi ‘Iyadh: Dalam hadis-hadis ini terkandung beberapa ilmu-ilmu agama dan dunia, antaranya; benarnya ilmu perubatan, diharuskan berubat secara keseluruhannya..” (Al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 359/14, Beirut: Dar al-Khair).
3. Kemudian, satu perkara yang perlu diperingatkan bahawa bukan semua hadis-hadis tentang perubatan itu sahih, bahkan banyak yang palsu. Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (w. 751H) yang menulis kitab al-Tibb al-Nabawi (perubatan kenabian) sendiri mengingatkan dalam kitabnya al-Manar al-Munif bahawa salah satu ciri hadis palsu itu; hadis yang lebih berunsur ungkapan para pengamal perubatan yang dibuktikan oleh pancaindera atau fakta yang sahih tentang kepalsuannya. Dalam ertikata lain, di zaman sekarang jika fakta sains berjaya membuktikan kesalahan fakta hadis tersebut, maka itu salah satu ciri bahawa ia hadis yang palsu.
Satu contoh yang jelas hadis: “Terung itu mengikut hajat ia dimakan” dan hadis “Terung itu ubat untuk segala penyakit”. Ini adalah riwayat palsu. Kata al-Imam Ibn al-Qayyim:
“Semoga Allah menghodohkan pereka kedua hadith di atas. Perkara seperti ini jika disebut oleh orang yang paling pakar dalam perubatan pun, orang ramai akan mentertawakannya. Jika dimakan terung untuk demam panas, kemurungan dan banyak penyakit lain, ia hanya menambahkan keburukan lagi. Jika orang fakir makan agar dia kaya, dia tidak akan kaya. Jika orang jahil makan untuk pandai, dia tidak akan pandai” (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Da‘if, m.s. 51. Syria: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyat).
4. Maka, banyak dakwaan yang dikatakan bersumberkan hadis, seperti makan kismis menguatkan ingatan tiada dalil yang sahih daripada Nabi s.a.w mengenainya. Ibn al-Qayyim sendiri menyebut dalam al-Tibb al-Nabawi bahawa ada dua hadis yang disebut tentang kelebihan kismis, tetapi kedua-duanya tidak sahih. Cumanya, ada riwayat daripada al-Zuhri beliau menyatakan kismis bermanfaat untuk ingatan. (lihat: Ibn al-Qayyim, Zad al-Ma’ad, 4/318

honey.jpg

5. Apa yang disebut oleh al-Quran seperti khasiat madu, tiada sebarang syak tentang kewahyuannya (divinity). Cumanya, bagaimanakah proses perubatan itu hendak dikendalikan atau kadar dan caranya memerlukan kajian ilmiah perubatan.
6. Adapun hadis-hadis yang sahih yang menyebut tentang ubat-ubat tertentu seperti hadishabbatus sauda’ (jintan hitam), berbekam, air kencing unta, susu unta, oud hindi dan seumpamanya; para ulama berbeza pendapat tentangnya. Ada yang berpendapat hadis-hadis ini berasaskan wahyu. Ada pula yang berpendapat bahawa hadis-hadis ini Nabi s.a.w sebut berasaskan pengalaman, persekitaran dan zaman baginda hidup, bukanlah wahyu daripada Allah S.W.T.
7. Secara umumnya, ulama Hadis cenderung kepada pendapat bahawa hadis-hadis perubatan yang sahih itu berasaskan wahyu. Dalam ertikata lain ia adalah perkhabaran daripada Allah S.W.T kepada nabiNya s.a.w. Maka, semuanya kandungannya benar tepat dan untuk diamalkkan. Ertinya, ia perubatan yang mendapat pengiktirafan daripada Allah S.W.T sendiri. Maka, dalam kitab-kitab hadis didetilkan perkara-perkara ini sehingga dalam Sahih al-Bukhari ada Kitab al-Tibb (Kitab Perubatan). Ibn al-Qayyim dalam al-Tibb al-Nabawi berpegang dengan pendapat ini.
8. Golongan kedua seperti al-Qadi ‘Iyadh, Ibn Khaldun, Muhammad Abu Zahrah berpendapat bahawa hadis-hadis perubatan ini bukan berteraskan wahyu, sebaliknya Nabi s.a.w bercakap berdasarkan pengalaman dan persekitaran baginda ketika itu. Bagi ulama yang berpegang dengan pendapat ini mereka menyatakan bahawa Nabi s.a.w tidak diutuskan sebagai ahli perubatan dan itu bukan tujuan baginda diutuskan. Maka, ucapan atau tindakan baginda dalam perubatan sama seperti ahli masyarakat Arab lain ketika itu dan tidak semestinya tepat dengan realiti perubatan. Antara yang berpegang dengan fahaman ini al-Imam Ibn Khaldun (w. 808H) dalam kitabnya al-Muqaddimah.
Kata Ibn Khaldun:
“Maka perubatan yang diriwayatkan dalam syarak (hadis) kepada kita adalah dari jenis perubatan arab, sedikit pun bukan dari wahyu. Ia hanyalah perkara yang menjadi kebiasaan arab. Apa yang disebut keadaan Nabi s.a.w dalam hal ini termasuk dalam jenis adat dan jibiliyyah (tabiat kebiasaan) bukan kerana ia disyariatkan amal sedemikian rupa. Ini kerana Nabi s.a.w diutuskan untuk mengajar syariat, bukan untuk memperkenalkan perubatan atau adat kebiasaan yang lain” (Ibn Khaldun, al-Muqaddimah, 493-494. Beirut: Dar al-Fikr).
9. Antara alasan golongan yang berpendapat bahawa perubatan Nabi s.a.w berasaskan kebiasaan dan pengalaman bukannya wahyu ialah hadis sahih yang mana Nabi s.a.w pernah melihat sahabat mengahwinkan pokok tamar, lalu baginda bersabda:
“Apa yang sedang kamu lakukan?”. Jawab mereka: “Kami telah lakukannya sebelum ini”. Jawab baginda: “Barangkali jika kamu tidak buat ia lebih baik”. Maka mereka pun tidak melakukannya, lalu pokok tidak berbuah. Mereka menyebut hal tersebut kepada Nabi s.a.w, lalu baginda bersabda: “Aku ini manusia. Apabila aku menyuruh kamu dari perkara agama, maka ambillah (patuhlah). Jika aku menyuruh kamu sesuatu dari pendapatku, maka aku hanyalah seorang manusia” (Riwayat Muslim).
Dalam riwayat yang lain, baginda menjawab:
“Jika itu memanfaatkan mereka maka lakukanlah. Aku hanya menyangka satu sangkaan, maka jangan salahkan aku atas sangkaan. Namun, jika aku memberitahu sesuatu daripada Allah maka ambillah, kerana sesungguhnya aku sama sekali tidak akan berdusta atas nama Allah” (Riwayat Muslim).
Juga di sana ada dalil-dalil yang lain yang menunjukkan bahawa adanya tindakan dan perkataan Nabi s.a.w itu berasaskan kebiasaan, atau pengalaman atau pandangan baginda dan bukannya wahyu. Ini termasuk pemilihan tempat yang baginda buat dalam Perang Badar yang kemudian dicadangkan tempat yang lain oleh Hubbab bin Munzir dan baginda mengubah pandangannya dan bersetuju dengan cadangan tersebut. Perkara ini menjadi perbahasan panjang dalam kalangan ulama dalam membezakan sunnah Nabi yang disyariatkan untuk diamalkan dan yang tidak disyariatkan untuk diamalkan.
10. Saya melihat; secara umumnya tujuan hadis-hadis perubatan ingin memberitahu kita bahawa kita disuruh untuk berubat berasaskan kepada bahan-bahan yang digunakan dalam perubatan yang diyakini boleh memberikan kesan. Nabi s.a.w menyebut bahan-bahan yang ada dalam masyarakat baginda dan digunakan serta memberi kesan pada zaman dan iklim baginda. Bahan-bahan itu boleh diambil iktibar, namun bukanlah pilihan yang terbaik bagi setiap masa dan keadaan. Bergantung kepada sejauh manakah ia berkesan untuk sesuatu tempat dan masa. Apa yang penting kita disuruh mencari yang berkesan tanpa mengira jenisnya.
black_seed.png
Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani (w. 852H) ketika mensyarahkan hadis al-Bukhari:
“Habbatus sauda penyembuh bagi segala penyakit”, menyebut: “Ia bermanfaat untuk penyakit yang sejuk, adapun penyakit yang panas tidak!” (Fath al-Bari, 11/290. Beirut: Dar al-Fikr).
11. Maka, kesimpulannya setiap ubat yang bermanfaat adalah diiktiraf oleh Islam, tidak terbatas kepada apa yang disebutkan dalam hadis sahaja. Berdasarkan pendapat sebahagian ulama tadi, apa yang disebut dalam hadis juga perlu untuk diteliti dan dikaji semula kesesuaiannya kerana mungkin ada keadaan yang berbeza, atau di sana ada ubat yang lebih berkesan.