Pages

Isnin, 20 Oktober 2014

AKU yang bergerak pada jalan Rahsia Ketuhanan

Membebaskan.....

Setelah kau tahu tentang keadaanku ini hasil pertunjuk dari guru serta Hidayah Allah maka jalan menemui dan menghubungiku telah kau dapat diplomasi antara kita mula terjalin erat, tetapi aku masih belum bebas kerana gerak laku mu itu masih lagi bercampur iaitu antara NAFSU dan AKU.

Perhubungan dan meletakkan kepercayaan pada AKU itulah bermula penyerahan mu kpd AKU dan apabila kau telah menyerahkan segalanya padaKU maka aku bebas melakukan apa-apa yang sepatutnya AKU berbuat......

AKU yang bergerak pada jalan Rahsia Ketuhanan ini sememangnya tahu serba tahu dan AKU mempunyai daya seribu daya yang dapat dipergunakan bagi meyempurnakan keadaan badan diriKU.

MANUSIA BARU yang bebas bergerak pada jalan nya kini telah terlahir dan terzahir mengikut keadaanNya.

AKU telah menembusi alam badan diriku kini bebas maka AKUlah manusia baru itu dan AKU terlahir dari kandungan Rahimullah melalui Jalan Sirullah bergerak pada jalan Qudratullah menduduki maqom Hayatullah.

Kini AKU berada pada tempat dimana ada 2 simpang padaKU iaitu......
1-Simpang KehambaanKU
2-Simpang KetuhananKU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.