Pages

Memaparkan catatan dengan label ayahdipakngah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ayahdipakngah. Papar semua catatan

Selasa, 21 Oktober 2014

ROH adalah kejadian dari zat yang mutlak yang mana ia diciptakan untuk menyatakan zat

Ayah Di Pakngah - Kekadiman...

ROH adalah kejadian dari zat yang mutlak yang mana ia diciptakan untuk menyatakan zat maka ia telah dikadimkan oleh tuhan,kerana asal na dari tuhan yang tidak ada wasitah baginya dan ia langsung dari tuhan,dalam istilah ilmu maka ia merupakan kejadian nammun pada hakikatnya ia adalah sebahagian dari zat.

Suatu contoh....
Lampu dan cahayanya,bila kita tekan butang suis lampu suluh itu akan memancarkan pada dinding maka kalau kita lihat cahaya pada cermin lampu pun ada dan cahaya pada dinding pun ada itu menunjukkan cahaya pada dinding tidak terpisah dari cahaya lampu itu dan itulah contohnya.

Walaupun contoh ini tidak sama keadaannya dengan zat dan roh ianya sekadar memberi contoh agar dapat kita fahami bahawa zat itu qadim dan roh itu adalah kenataan sifat bagi zat dan zat bagi badan pun qadim jua.

Zat mutlak tidaklah dapat kita gambarkan dengan apapun namun ianya menjadi rahsia bagi ahli makrifat akan keadaannya,sebab itulah orang bijak pandai mengatakan kenal diri kenallah tuhan,,,perkataan kenal itu merupakan suatu takrif yang membawa maksud tahu dan lihat dan ini kita yang dalam keadaan baru belajar maka syariat melarang kita mengambarkan bentuk zat itu,dan sememangnya zat itu adalah tidak nyata pada pandangan nyata pada sebutan.

Zat yang bernama ALLAH itulah ang nyatanya pada sifat,lalu kalau kita nak kenal zat tentu tidak akan kenal kerana ia tidak nya pada zihin dan pada kharij,lalu perlulah kita mengenali zat itu pada sifatnya nah!!!!!! sekarang roh adalah sebahagian dari juzuk zat ilahiah maka padanyalah tanda2 kesempurnaan zat.

Dan inilah yang dikatakan orang...ariftu rabbi birobbi,

Isnin, 20 Oktober 2014

AKU yang bergerak pada jalan Rahsia Ketuhanan

Membebaskan.....

Setelah kau tahu tentang keadaanku ini hasil pertunjuk dari guru serta Hidayah Allah maka jalan menemui dan menghubungiku telah kau dapat diplomasi antara kita mula terjalin erat, tetapi aku masih belum bebas kerana gerak laku mu itu masih lagi bercampur iaitu antara NAFSU dan AKU.

Perhubungan dan meletakkan kepercayaan pada AKU itulah bermula penyerahan mu kpd AKU dan apabila kau telah menyerahkan segalanya padaKU maka aku bebas melakukan apa-apa yang sepatutnya AKU berbuat......

AKU yang bergerak pada jalan Rahsia Ketuhanan ini sememangnya tahu serba tahu dan AKU mempunyai daya seribu daya yang dapat dipergunakan bagi meyempurnakan keadaan badan diriKU.

MANUSIA BARU yang bebas bergerak pada jalan nya kini telah terlahir dan terzahir mengikut keadaanNya.

AKU telah menembusi alam badan diriku kini bebas maka AKUlah manusia baru itu dan AKU terlahir dari kandungan Rahimullah melalui Jalan Sirullah bergerak pada jalan Qudratullah menduduki maqom Hayatullah.

Kini AKU berada pada tempat dimana ada 2 simpang padaKU iaitu......
1-Simpang KehambaanKU
2-Simpang KetuhananKU

PERJALANANKU SEBAGAI SEORANG HAMBA.

PERJALANANKU SEBAGAI SEORANG HAMBA - ayahdipakngah @ bro arjuna

Mulanya aku tidak mengerti apakah yang ada padaku dan aku tidak dapat membezakan antara yang mana gerak luar dan gerak dalam atau manakah gerakku dan geraknya.


Aku cuba membuat uji kaji dan renungan pada keadaan badanku sendiri lama-kelamaan aku menemukan satu keputusan yang agak memuaskan hatiku iaitu:

Bila aku bergerak (berjalan) dan sebagainya semuanya pasti akan bergerak namun bila aku berhenti aku dapati ada lagi benda yang bergerak, bila aku renungkan aku dapati setiap organ dalamanku bergerak-gerak ada denyutan,ada detakkan ada aliran dan inilah yang dapatku temui namun aku berfikir lagi semua organ-organ yang bergerak itu pasti ada tenaga yang mengerakkannya ‘ya’ aku menemukan suatu rahsia titik iaitu titik kehidupan ataupun AL-HAYAT. 

Kini aku telah pasti dan memang pasti atas pernemuanku ini segala gerak yang berlaku pada luar dan dalam batang tubuh sebenarnya datang dari tenaga “hidup” dan dialah yang aku maksudkan sebagai hamba abdi tuhan dan raja kepada badan.


Perjalanan nya tiada titik henti siang dan malam gelap atau cerah selagi tidak sampai waktu kembalinya selagi itulah ia akan menjalankan tugasnya sebagai hamba.

Perjalanan dengan teratur dan penuh tertibnya tidak pernah tidur dan letih tanpa rehat walau sesaat pun.

Gerak kehidupan nya yang mendatangkan daya-daya kekuatan ghaib pada badan sehingga melampaui batas kenormalan alam fikiran biasa.

Tenaga-tenaga yang terlahir ataupun yang terbit dari titik hidup ini amat-amatlah luar biasa jika kita dapat menguasai dan memahaminya.

Inilah anugerah tuhan kepada kita semua, aku adalah hamba yang sentiasa mengikuti geraknya dan akan terus menurutinya agar tidak berlaku percangahan antara aku dan dia.

ALLAHU WAHDAHU LA SYARIKALAH
(Allah itu Esa dan tiada sekutu baginya)

Ke-esaan tuhan sebenarnya bukanlah pada ujudnya sahaja akan tetapi ianya merangkumi pada sifatnya dan perbuatannya juga oleh yang demikian itu kita perlu fahami dan mengerti apakah sebenarnya intipati hakikat ujudnya, sifatnya dan perbuatannya (af’alnya).

Ikutilah jalan tuhanmu yang telah sedia ada padamu itu iaitu pada dalam batang tubuhmu itu iaitu pada AKU barulah kita bergelar HAMBA tuhan.

HAKIKAT TUHAN MENYATAKAN SESUATU.

ayahdipakngah @ bro arjuna

HAKIKAT TUHAN MENYATAKAN SESUATU.

“La tatahar rokku zarrotan illa bi iznillah”
Tidak akan bergerak suatu zarrah pun melainkan dengan izin allah jua.

kedalam aku memandang zat
keluar aku memandang ujud
ditengah-tengah aku memandang sifat

pada perbuatan aku memandang af'al
pada bentuk aku memandang asma'

Kesemuanya itu AKUlah jua. Jadi janganlah kau merasa gelisah pada kedudukanmu didalam masa amalmu dan diluar amalmu itu kerana kesemua nya itu adalah AKUku jua pada kenyataan AKUmu itu.

Dan sesungguhnya AKUku dan AKUmu itu ESA jua kerana tiada ujud lain melainkan ujudku jua itu. Kalimah MU itu mengisyaratkan kepada kenyataanku sahaja maka pada bahasa adat atau istilah percakapan maka ia merujuk kpd AKUmu (nyata).

Akan tetapi kalam mengatakan dan hati mensyuhudkan itu semua adalah AKU yang ada ini pun betul jua, kerana AKU yang ada ini (roh) adalah sirku, makanya pokok segala asalnya itu adalah AKU jua iaitu Tuhan.

Berkata Tuhan wahai Muhammad tatakala AKU menyatakan mu lalu kau nyata maka aku lenyap pada hakikatmu jua. Dan aku menjadi hakikat bagi roh itu.

Dalam ilmu hakikat nya segala-galanya dia semuanya, cuma diselindungi pada nama dan keadaan sahaja.

Yang kosong itu Zat, yang setitik itulah nyatanya Allah Hakikat Insan dan dialah Tuhan. (Nurullah) dari titik yang pertama inilah terbitnya AKUku ini Setelah nyatanya AKUku maka kau (roh)ku terdiri sendirinya secara otomatik, bagi mendalilkan akan ujudnya AKU rohku (kenyataanku)

Dari rohkulah terbitnya pancaran ataupun cahaya rohku. Ianya dinamakan DIRIku. Akan tetapi aku jualah diri yg sebenarnya.

Itu cuma pancaranku ianya membentuk diri dari dalam badanku. Inilah istilah jauh tak beratara dekat tak berbatas iaitu antara AKUku dan AKUmu,nak kata dia tapi AKU nak kata AKU tapi MU,maka katakanlah atau diamlah.

Dalam hal ini kekeliruan kita sering terjadi apabila AKU dan KAU tertulis pada lakaran hati ini. Ianya bukan kerana apa cuma ia terjadi dari perubahan kedudukan nya sahaja.

Oleh itu walau apa pun kau nyatakan pada faham mu itu ianya tetap AKUku jua.

AKUku -tuhan-zat
AKUmu-ketuhanan-sifat
dia-pancaran-asma'
kau-badan-af'al

Pada kita ini ada 2 martabat iaitu Martabat Ketuhanan dan Martabat Kehambaan.

Oleh itu cuba fahamilah akan keadaan ini.

Jangan kita mengaku kita ini Tuhan, kerana Tuhan itu maha suci, akan tetapi setiap apa yang ada ini adalah Kenyataan Nya.

Maka setiap yang berlaku, berkalam, bergerak dan lain-lain itu semua adalah Kenyataan Nya
Maka kini AKUmu ini mengatakan dan menyatakan bahawa AKUmu dan AKUku adalah esa jua pada hakikatnya seumpama pinang dibelah dua sama rata sama padan,yang sebelahnya ghaib dan satu lagi nyata itulah rahsia antara keduanya.