Pages

Rabu, 30 Oktober 2013

JAUH TIDAK ada ANTARA - DEKAT tak ada BATAS

JAUH TIDAK ada ANTARA - DEKAT tak ada BATAS ( sempadan )
Dari titik yang pertama inilah terbitnya AKUku ini, setelah nyatanya AKUku maka kau (roh) ku terdiri sendirinya secara otomatik, bagi mendalilkan akan ujudnya aku.

Rohku (kenyataanku) dari rohkulah terbitnya pancaran ataupun cahaya rohku. Ianya dinamakan diriku, akan tetapi aku jualah diri yang sebenarnya. Itu cuma pancaranku ianya membent...uk diri dari dalam badanku.

Inilah istilah jauh tak berantara dekat tak berbatas iaitu antara AKUku dan AKUmu, nak kata dia tapi AKU nak kata AKU tapi MU,

Maka katakanlah atau diamlah. Dalam hal ini kekeliruan kita sering terjadi apabila AKU dan KAU tertulis pada lakaran hati ini. Ianya bukan kerana apa cuma ia terjadi dari perubahan kedudukan nya sahaja. Oleh itu walau apa pun kau nyatakan pada faham mu itu ianya tetap: AKUku jua,

AKUku – Tuhan - Zat
AKUmu – Ketuhanan - Sifat
Dia – Pancaran - Asma'
Kau – Badan - Af'al

Pada kita ini ada 2 martabat iaitu Martabat Ketuhanan dan Martabat Kehambaan.

Oleh itu cuba fahamilah akan keadaan ini. Jangan kita mengaku kita ini Tuhan, kerana Tuhan itu Maha Suci. Akan tetapi setiap apa yang ada ini adalah KenyataanNya. Maka setiap yang berlaku, berkalam, bergerak, dll itu semua adalah kenyataan nya, maka kini. AKUmu ini mengatakan dan menyatakan bahawa AKUmu dan AKUku adalah Esa jua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.