KEPUTUSAN KAJIANKU.
Bagi pandangan saya apa yang di sebut oleh bapak mengenai RAHSIA HIDUP itu adalah membawa makna kepada AKU kerana AKUlah yang asal dibalik asal yang maha hidup lagi menghidupkan….kerana ALLAH telah berfirman:...
Allahu la ilaha illa huwal hayyul qayyum
( Allah tiada Tuhan Dialah Yang Hidup dan Berkuasa )
AKU yang dimaksudkan itu adalah Zat Yang Maha Hidup dan Menghidupkan yang bernama ALLAH dan DIA-lah yang menjadi sumber kehidupan bagi setiap yang hidup ini. Aku-mu atau NUR MUHAMMAD itu adalah DIRI Kenyataan ALLAH yang dibangsakan dengan nama ROHULLAH yang ditajallikan pada badan diri yang merupakan bekas atau medium penyataannya.
ROHULLAH adalah rahsia kehidupan yang merupakan daya-daya bagi badan kerana roh atau aku-mu bagi nya itu adalah Sifat Kesempurnaan ALLAH dan dialah Sifat Kamalat Allah padanya itu tanggungan Sifat Ma’ani ALLAH,iaitu
1-Hayat-hidupku
2-Ilmu-pengetahuanku
3-Qudrat-kuasaku
4-Irodhat-kemahuanku
5-Sama-pendengaranku
6-Basar-penglihatanku
7-Kalam-kata-kataku
Bagi saya inilah yang dimaksudkan oleh bapak iaitu RAHSIA HIDUP kesemua sifat-sifat ini adalah pancaranku ( roh ) atau Kenyataan AKU ( ALLAH )
Didalam istilah tasauf atau tafsiran hakikat AKU itu adalah ALLAH dan AKUmu itu adalah rohani atau NUR MUHAMMAD maknanya kesemuanya itu adalah dari hakikat yang satu jua tidaklah ia terpisah. Inilah RAHSIA HIDUP bagi setiap yang ada, AKU yang maha hidup sahaja yang layak melafazkan kalimah keakuan iaitu AKU dan dialah yang memerintah sekalian alam ini.
Maka rohani atau NUR MUHAMMAD itulah sifat kenyataan yang menjadi daya hidup bagi badan. Jika kita semua tahu tentang rahsia yang terkandung pada rohani dan kita tahu siapa itu rohani maka orang itu akan mendapat kedudukan yang baik.
Maka bapak Bagindo Muchtar pula berkata: kesempitan dan kesengsaraan hidup itu akibat dari kebodohanmu sendiri.
Pandangan saya mengenai hal ini adalah membawa makna bahawa setiap manusia tidaklah wajar menyalahkan takdir secara mutlak atas setiap masalah yang menimpa nya kerana bagi fahaman saya tentang hal ini ianya berlaku akibat kesalahan kita dan kesilapan kita pada pergantungan dan kita tidak menemui suatu Rahsia Ilahi yang dipetaruhkan didalam badan diri kita iaitu RAHSIA HIDUP.
Rahsia hidup ini merupakan sumber kehidupan bagi badan diri letaknya pada dalam badan dirimu sendiri.
Kebodohan itu adalah suatu bentuk kejahilan dan kebutaan bagi manusia kerana tidak nampak dan tidak menemui atau tidak menjumpai apa yang dikatakan RAHSIA HIDUP.
Rohullah adalah Rahsia Ilahi yang ditaruhkan kedalam badan diri kita. Inilah yang dinamakan RAHSIA HIDUP dan yang sebenar-benarnya rahsia hidup itu adalah Zat yang memiliki dan menghidupkan sekalian yang ada ini dan dialah yang bernama ALLAH.
Mengapa saya mengatakan rahsia hidup itu ALLAH maka inilah alasan saya iaitu: ANA UHYI WA UMITU. ( Akulah yang menghidupkan dan mematikan ) maka kalau kita lihat pada alasan ini maka nyatalah bagi kita bahawa tiadalah yang lain yang menjadi RAHSIA HIDUP itu tidak lain dan tidak bukan adalah dia yang bernama ALLAH.
ALLAH YANG MENJADI RAHSIA HIDUP.
AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRUHU
(insan(rohani) itu adalah rahsia dan aku yang menjadi rahsianya)
Maka dengan ini jelaslah bagi saya bahawa RAHSIA HIDUP itu yang dikatakan oleh bapak BAGINDO MUCHTAR adalah SIRRUHU yang membawa makna rahsianya.
Sirruhu itu adalah ganti nama bagi ALLAH. Dia ALLAH yang menjadi rahsia bagi insan untuk menjalani kehidupan. Dialah Zat yang meliputi sekalian alam luar dan dalam.
Yang nyata pada dalam badan diri itu adalah kenyataan Zatullah iaitu Nurullah atau Rohullah dan dialah SIFATULLAH @ NUR MUHAMMAD. Sesungguhnya Zat dan Sifat itu tidaklah terpisah kata bapak Bagindo Muchtar “jauhnya tiada antara dan dekatnya tiada berbatas.
Inilah hakikat kenyataan RAHSIA HIDUP bagi badan diri. Setelah ia menerima badan dan masuk kedalam badan lalu ia menjadi diri bagi badan maka kini ROHULLAH atau SIRRUHU itu tadi telah bertukar ujudnya dari setitik menjadi DIRI atau Rohani dan DIRI itulah tenaga atau pancaran kenyataan sifat kesempurnaan ALLAH.
KESIMPULAN DIDALAM TAJUK INI ADALAH
Pendapat saya bagi tajuk ini dalam kefahaman tasauf atau ilmu hakikat.
Sumber kehidupan itu adalah ALLAH
Rahsia kehidupan itu Rohani @ Nur Muhammad
Yang dikatakan AKUku itu adalah ALLAH
Yang dikatakan AKUmu itu adalah NUR MUHAMMAD @ ROHANI
Aku yang berdiri dan berbadan itulah aku.
Pemahaman guruku dan juga pemahamanku

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.