Pages

Rabu, 30 Oktober 2013

MAKNA IBLIS – ALIF – BA – LAM – YA - SIN

BERKAITAN IBLIS - MAKNA IBLIS – ALIF – BA – LAM – YA - SIN
Dari Kacamata Ilmu Hakikat

Jika Allah tidak kita kenal, jikalaulah Iblis menyamar maka akan tunduk patuhlah mereka itu pada Iblis kerana perasan mendapat Petunjuk Allah. Tambahan pula Iblis tahu kelemahan anak cucu Adam iaitu takut pada Rukun dan Hukum Syariat.
Maka Iblis pun menasihati janganlah kamu tinggalkan rukun 5 waktu, banyakkan ...
zikir dan sebagainya. Bila sembahyang Iblis berdiri didepannya dan sembahyanglah manusia yang alim itu …….siapakah yang disembahnya ?

Firman Allah Al Jin – 06

Dan bahawasanya ada beberapa orang laki laki diantara manusia yang meminta perlindungan kepada beberapa laki laki diantara JIN , maka Jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan.

Inilah diri manusia yang MENIPU dirinya sendiri. Buat Amal Ibadah kerana ikut Rukun & Hukum tanpa mendalami apa itu RUKUN dan apa itu HUKUM. Kajilah kedua-duanya mulai Alif hingga Ya ( muqaddam ) dan kepada Al-Quran bermula dengan ALIF – LAM- MIM.

Kalau tidak kenal Tuhan , bagaimana hendak tahu apa itu ALIF dan apa bezanya dengan HAMZAH sebab dari segi bunyi ianya sama. Alif untuk Tuhan ( Alif – Lam – Lam – Ha ) tegak lurus dan tidak bengkok saperti hamzah.

ADAM dimurkai Allah dikeranakan IBLIS. Disebabkan ADAM pula, Iblis pula dilaknati Allah. Maka berkatalah Iblis di-dalam Al-Quran dengan penuh DENDAM :-

Dan lantaran ENGKAU ( Allah ) telah sesatkan diri saya , pasti saya akan halangi mereka ( manusia ) ke JALAN YANG LURUS.

Maka bagi yang belum MENGENAL ZAT – SIFAT – ASMA’ & AFAL ALLAH , RASUL dan ULIL AMRI secara mendalam, ayat ( AMARAN IBLIS ) diatas adalah satu ANCAMAN kepada mereka dan lain lain manusia sejagat.

Iblis SANGAT PINTAR dalam muslihatnya sehingga manusia ADAM & HAWA yang SUDAH BERJUMPA ALLAH pun DAPAT DIBELITNYA hingga diMurkai Allah dan dihantar kedunia ini.

Inikan pula kita sebagai manusia yang TIDAK PERNAH BERJUMPA ALLAH dan KENAL PUN TIDAK akan ALLAH itu. Barangkali pada Iblis manusia sekarang ialah manusia hingusan yang layak diketuk ketuk kepalanya oleh Iblis.

Adakah MANUSIA YANG BERIMAN sanggup diketuk-ketuk kepalanya oleh Iblis ?

Mereka tentu tersenyum melihat Iblis dan Iblis pula melarikan diri bila nampak orang yang benar benar beriman di SISI TUHANnya. Kerana apa ? Kerana Iblis malu kerana orang orang itu tahu akan SALASILAH DIRI IBLIS itu…..

APA ITU IBLIS – Alif – Ba – Lam – Ya – Shin.

ALIF iktibar DIRI ZAT
BA iktibar SIFAT BAGI ZAT
LAM iktibar ASMA’ BAGI ZAT
YA iktibar AF’AL BAGI ZAT
SHIN iktibar SIRR BAGI ZAT

Manusia tidak mengenal Alif itu Zat, Ba itu menyatakan Sifat bagi Zat sehingga Zat itu MELIPUTI dan berAsma; ALLAH.

Dalam kata yang mudah ialah : -

IBLIS = MANUSIA YANG HIDUP TIDAK MELIHAT DIRINYA UJUD DARI ZAT DAN MEMBELAKANGKAN HAQ ZAT.

Manusia cuma pandai mengatakan : Memanglah semuanya Gerak Allah TETAPI tidak mengaku kenyataan dan mengemukakan bermacam-macam dalih sehingga akan

LENYAP HAQ ditutupi JASAD.
LENYAP HAQ – MENANG YANG BATIL = IBLIS.

Bagi yang mengetahui Zat itu ujud, bahawasanya Zat jua menyatakan ujudnya melalui KIDAM yakni Sifat Muhammad dan Sifatnya ialah BAQA’ didalam Jasad atau Tubuh manusia bernama atau berAsma’ sebagai ADAM.

Adapun YA – SHIN adalah KENYATAAN dan PERAKUAN ZAT kepada SIFAT. Itulah SIRR ( Rahsia ) yang penuh dengan HIKMAH.

Kesimpulannya IBLIS itu adalah PERBUATAN NAFSU manusia dalam mengerjakan Amal Ibadah dengan MENSYIRIKKAN yakni MENDUAKAN ALLAH.

Maksudnya ialah YA-SIN adalah manusia yang beriman yang MENGESAKAN ZAT – SIFAT – ASMA’ & AFAL dan BERTAUHID bahawa segala perbuatan mereka adalah Af’al Allah belaka.

JENIS-JENIS IBLIS...
Inaid (Midja) berkata IBLIS berada Lima, masing masing mengurus satu cabang usahanya yaitu :

Si SABUR
Si A’WAH (Mata Satu)
Si MABSUT
Si DASIM
Si ZALAMBUR

Si SABUR, ialah menjaga orang yang kena musibah, agar bergila gila, memukul diri dan mencabik pakaian serta meraung raung.

Si A’WAH (Mata Satu), ialah penjaga orang berzina yang mendapat dan merayu.

Si MABSUT, menjaga orang untuk berdusta, sedangkan

Si DASIM, memfitnahi para anggota keluarga agar buruk memburukkan dan berselisih dan menghasut kepala keluarga supaya marah.

Si ZALAMBUR adalah Iblis yang menguasai pasar, karenanya orang dipasar selalu saling menipu dan mengecoh.

Iblis yang menjaga dalam sembahyang bernama Si CANZAB dan Iblis yang menjaga orang berwudhuk bernama Si WALHAN yang kedua mereka ini tersebut banyak dalam hadis.
Apabila Iblis berkelompok dan berpasukan maka malaikatpun begitu pula. Dalam Kitab SYUKUR nanti kami jelaskan rahasia tentang banyaknya MALAIKAT dan tugas khusus bagi setiap mereka.

ABU UMAMAH AL BAHILI merawikan hadis Nabi SAW di untukkan bagi setiap orang mukmin seratus enam puluh orang malaikat untuk mempertahankan dari serangan Iblis yang tak terlawankan olehnya. Pada matanya berada 7 orang malaikat yang membelanya bagaikan lebah membela madu dimusim panas. Kalau tampak olehmuakan kelihatan disetiap padang dan gunung, mereka membentangkan tangan dan mengangakan mulut (menantang iblis) dan bila seorang hamba dibiarkan sendirian sekejab mata saja akan disambar oleh Iblis. Berkata AYUB bin YUNUS bin YAZID, Konon kabarnya anak manusia lahir, lahir pula anak Jin, yang lalu besar bersama sama.

Siapakah yang dikatakan orang kafir itu ?
Orang kafir itu adalah mereka-mereka yang menjadikan diri mereka sebagai tuhan dengan meletakkan sifat ketuhanan (khudrat, irodat, ilmu, hayat, sama', basor, kalam dan lain-lain lagi ) kepada diri sendiri (rasa memiliki) tanpa memulangkan atau meletakkan atau mengembalikan sifat ketuhanan itu kepada Allah.

Yang akan menerima siksa dari sekarang ini ialah sifat keakuan kita yang mengaku-ngaku memiliki segala sifat milik Allah pada diri yang tiada apa-apa...

Saya ingin mengemukakan satu contoh seperti dibawah :-

Kita ambil satu contoh sifat Allah iaitu Ada, kita mempelajari sifat wujud iaitu Ada ialah sifat Allah, sifat selain dari Allah tidak ada... (Ada Allah, selain dari Allah tidak ada) tidak pernah mengalami perubahan dari dulu, sekarang dan sampai blla-bila maksudnya sedia dan kekal selama-lamanya, tidak pernah berubah.

Untuk memperkenalkan dirinya (AKU) telah menzahirkan diriku (huwal batinu) (dalam bidang ilmu pengetahuan dipanggil roh kita)

Untuk memperkenalkan (huwaz zohiru -dialah yang zahir) AKU telah memperkenalkan badanku (yang dalam bidang ilmu pengetahuan kita dikatakan badan kita).

Hakikat sebenarnya ujud badan diri kita itu adalah merupakan wujud Allah (AKU) yang sedang diperkenalkan. Jika Dia tidak memperkenalkan secara terang begini, bolehkah Dia dikenali?.

Yang menjadi masaalah kepada kita ialah pengenalan yang sedang diperkenalkan itu diguna pakai oleh kita sebagai kita....

Selepas kita memakai pengenalan wujud Allah sebagai ujud diri, dimana lagi ujud yang lain untuk diletakkan atau diberi kepada Allah untuk mengisi kenyataan bahawa Allah itu wujud...

Inilah satu penyiksaan ( mencari sesuatu yang tiada untuk diadakan) sedangkan Ada yang diperkenalkan dianggap pemilikan sendiri.

Sifat keakuan inilah yang dipanggil dan dikenali dalam pelbagai nama mengikut pada tempat mana ianya diletakkan... Ada yang memanggil keakuan diri, nafsu, keangkuhan, dan lain-lain lagi....

Wallahualam

KEAKUAN

Ada 3 katogeri keakuan.

Jika kita berpegang keakuan pada badan dimana aku itu ditujukan kepada badan atau jasad kita, Kita sedang berpegang jasad sebagai tuhan, membawa makna kita sedang bertuhankan kepada jasad kita... Atau dalam ertikata lain kita sedang bertuhankan kepada patong-patong yang dibentuk sendiri oleh kita melalui rasa dan pengakuan kita yang ada itu adalah jasad kita ( kita meletakkan sifat yang wajib bagi Allah kepada jasad arau badan kita).

Jika kita berpegang keAkuan pada roh atau diri, dimana Aku itu ditujukan kepada roh atau diri kita, membawa makna kita sedang bertuhankan kepada roh atau diri.. Kita telah menjadikan roh atau diri kita sebagai tuhan... Ini membawa makna kepada kita telah mengambil nafsu kita menjadi tuhan....

Keadaan ini berlaku ketika kesedaran kita sedang menyedari yang roh adalah roh kita yang memiliki sifat-sifat yang wajib bagi Allah... (Sebenarnya roh adalah rohullah) Kita sedar dan rasa segala sifat-sifat yang wajib bagi Allah didalam pengakuan kita kita mengaku sifatsifat yang wajib itu adalah sifat roh kita sendiri...

Jika kita berpegang keAKUan pada Allah, dimana AKU itu ditujukan kepada Allah, maka roh adalah diriKU (Allah), jasad atau badan adalah badanKU (Allah)...

Dimanakah letaknya keakuan kita ?

Ini bergantung kepada kesedaran kita...

Jika kita sedar pada badan dan kita mengaku bahawa aku itu adalah badan kita dalam ertikata kita merasai bahawa badan kita ada, kita akan merasai badan kita itu hidup dengan sendiri, tanpa bergantung lagi kepada yang lain, walaupun kita tahu bahawa badan kita itu bergantung hidup kepada roh, dalam ilmu kita, kita akan berpegang bahawa roh itu adalah roh kita sendiri ( roh itu kepunyaan badan ), kita akan merasa badan kita yang berkuasa keatas roh bukan roh yang menguasai badan.. Kita langsung tidak sedar kepada kewujudan Allah, dan roh, kerana dengan berpegang yang ada itu adalah badan kita, kesedaran kita tidak sedar kepada kehadiran roh dan kewujudan Allah...

Semasa kita berpegang keakuan pada badan kita memberi makna kepada kita, kita telah bertuhan kepada badan kita, kita telah menjadikan badan kita ( patung ), sebagai tuhan, kita sedang bertuhan kepada badan.

Berasaskan kepada ilmu yang kita pelajari, dimana ilmu mengatakan jasad kita tidak hidup dengan sendiri tetapi ianya dihidupkan oleh roh kita,

Dengan berpegang, dengan berperasaan atau berkesedaran bahawa yang ada dan yang hidup ialah roh kita, kita telah berpindah pegangan dari aku badan kepada Aku roh, kita mula berpegang Aku adalah roh kita.. Kita akan merasai roh kita sedang menguasai badan kita, oleh kerana kita merasai yang ada adalah roh kita, kita tidak merasai badan kita itu ada, demikian juga kita tidak menyedari akan kewujudan Allah, kita sedang merasai yang ada itu adalah roh kita, badan kita dan Allah menjadi tidak ada, Semasa kita menyedari atau berkesedaran atau merasai ada yang dirasai itu adalah roh kita. Membawa makna kita sedang bertuhan kepada roh atau diri kita.... Dengan kata lain kita sedang bertuhankan kepada hawa nafsu kita... Firman Allah "Tidakkah kamu melihat mereka-mereka yang mengambil hawa nafsu mereka sebagai tuhan"

Berdasarkan kepada ilmu pengetahuan kita, bahawa roh itu tidak hidup sendiri tatapi dihidupkan oleh Allah... ( didalam kesedaran atau didalam iktikad kita, kita sedang bertuhankan kepada roh, didalam pengetahuan kita, kita bertuhankan kepada Allah)

Apabila kita tahu yang ada dan yang menghidupkan roh itu adalah Allah, kita rasa pada kesedaran yang sedang kita sedar sekarang ini, ada yang sedang kita rasai, hidup yang sedang kita rasai sekarang ini adalah ada Allah dan hidup Allah...

Apabila ada yang sedang dirasai, hidup yang sedang dirasai itu diakui sebagai ada Allah, diakui sebagai hidup Allah, (keadaan inilah membawa maksud badan dan diri atau roh sedang bertuhankan kepada Allah)...

Apabila ada dan segala sifat ma'ani yang 7 itu telah diakui sebagai sifat Allah sendiri (semasa merasai hidup yang sedang dirasai pada badan diri itu, kita mengaku bahawa hidup yang sedang dirasai itu adalah hidup Allah, malah yang sedang merasai hidup Allah itu juga diakui sebagai Allah yang sedang merasai hidup Allah)..

Ketika ini kita telah berpegang kepada AKU Allah.. Bila disebut AKU, AKU itu membawa maksud kepada Allah kerana kesedaran yang timbul pada ketika itu adalah kesedaran Allah sendiri yang sedang menyedari akan kewujudan Allah. (Badan diri kita dan selain dari Allah sudah tidak ada lagi didalam kesedaran itu, yang tinggal ketika itu hanya Allah yang sedang menyedari akan wujud Allah...

Apabila sampai kepada AKU Allah, rohKU akan menjadi rohhullah, badanKU akan menjadi badan Allah..

AKU adalah Allah
RohKu adalah Rohullah yang dipanggil dengan Nama Muhammad.
BadanKU adalah jasad Allah yang diberi nama dengan nama Adam.

Bicara ini sekadar pendapat ... sebab itu lah kita perlu matikan diri.. maksudnya matikan kehendak badan.. matikan kehendak roh.. matikan kehendak aku... mengenal akan Allah itu bila kita tidak lagi tahu dan tdak lagi kenal akan makhluk/ hamba/ diri/ roh/ aku... melihat akan allah itu bila kita tdak lg melihat keberadaan / kwujudan makhluk/hamba/diri/roh/
aku... sebab itu dlm proses syuhud, apabila rasa terasa bergetar memgaliri d hujung2 jari dan seterusnya keseluruh anggota bdn, maka kita merasa gerak itu adalah gerak allah dan masih lg menyedari akan gerak itu adalah gerak allah dan merasai akan ketika itu allah sdg mengenalkan akan diriNya dan masih lg merasa gerak itu adalah gerak allah... lalu bgmana nak matikan dan nafikan kesedaran gerak dan rasa itu? -.. kenalah juga matikan nafas, nupus, ampas, tanapas... secara praktikal.. mungkin kena bertanya dgn nyawa, bermain dgn nyawa atau Se Nyawa-kan bdn, roh, aku pd zat hakiki mutlak wajibul wujud yg tdk lg berhuruf.. tdak lg bersuara...tdak lg terasa.. tdak lg merasa.... terpulang..samada nak diadakan aku ini atau nak di tiadakan aku ini... allahurrabbi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.