Pages

Khamis, 7 November 2013

Aku, kerbau dan pedati

Seekor kerbau yang sedang menarik sebuah pedati yang sarat (penuh) muatannya, pada suatu tanjakan (atau pendakian) dengan air ludah berbuih-buih di mulutnya, melihat ke kiri dan ke kanan seolah-olah bertanya kepada yang ditariknya, “Jauhkah lagi perhentian?”
 
Dia ingin istirahat kerana keletihan berhari-hari berjalan dengan membawa beban. Akan tetapi dia bertanya tidak pada tempatnya. Kenapa dia bertanya kepada pedati? Itu benda
mati. Bukankah lantaran dia makanya pedati sampai ke sana?
Seharusnya dia bertanya kepada orangnya (si tukang pedati) yang duduk seenaknya di tempatnya di belakang kerbau sambil mengendalikan perjalanan kerbau itu. Dan si kerbau tak tahu itu kerana tak melihatnya.
 
Begitulah secara kasarnya perumpamaan hidup dan kehidupan yang sedang berjalan. Tiga sejalan; kerbau - pedati - dan - si tukang pedati. Dan pada perhentian terakhir, kerbau balik ke kandang, pedati tergeletak (terbengkalai) di tempatnya dan si tukang pedati pulang ke rumahnya.
Suatu keluhan yang datang dari seorang pengembara atau petualang yang tak tahu tempat bertanya yang sebenarnya. Dalam perumpamaan yang tiga disebutkan itu, yang mana harus menjadi pegangan seseorang? Pedatikah dia, apa kerbaukah atau tukang pedati? Diri sendirilah yang akan menentukannya, bukan orang lain.
Bagiku sendiri perumpamaan itu terlalu kasar. Dan aku akan mengatakan, aku bukan pedati, bukan kerbau dan bukan pula si tukang pedati. Kalau begitu siapa aku? Aku akan mengatakan aku tetap aku dan padaku ada hamba dan saya.
 
Jadi aku keseluruhannya terdiri dari:
1. Aku;
2. Hamba; dan
3. Saya.
Aku, hamba dan saya, kalau dihalusi lagi dengan mengkaji asal usul cara pemulangan atau pengembalian ke pokok asal, maka akan sampailah seseorang pada pengkajian pengetahuan iaitu:
• Saya yang berjasad (Adam);
• Hamba yang menjalankan tugas (wakil; perantara); dan
• Aku datang daripada Tuhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.