Siapakah sebenarnya yang hendak di cari?.
Yang hendak dicari itu, adalah diri kita sendiri. Susah kiranya kita hendak mencari diri orang lain, apa lagi jika orang itu masih hidup, lainlah jika kita mencari orang yang sudah mati.
Orang yang sudah mati, senang kita hendak cari, kerana kita sudah tahu tanah kuburnya. Bagi mencari orang yang masih hidup itu memang susah, kerana dia selalu berpindah randah!.
Ilmu makrifat itu, adalah ilmu yang paling senang, paling mudah, paling ringkas, paling senang dan ilmu yang paling asas. Mudahnya mempelajari dan mendalami ilmu makrifat itu, adalah kerana yang hendak dicari itu, bukan diri orang lain, yang hendak dicari itu, adalah “diri kita sendiri”.
Kitalah “diri yang dicari itu!”. Yang menilik itu, adalah yang ditilik!, yang memangil itu, adalah diri yang dipanggil. Yang menyembah itu, adalah juga diri yang disembah!.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.