DIA memberiku Hidup. Hidupku bergantung pada-Nya, suatu
pemberian dari Yang Maha Pengasih. Maka hiduplah Aku sebagai
kekasih dari Yang Maha Pengasih dan hidupku terjamin.
Jaminannya ialah DIA menghidupkan Aku.
Maka duduklah Aku di tempatku. Dan semenjak itu
berjalanlah kehidupan di dalam badan diriku. Dan jadilah Aku
menjadi seorang manusia yang dihidupkan.
Siapa Aku? Mahu apa aku? Dan hendak ke mana aku?
Sebagai seorang manusia Aku harus menjalankan kehidupan
sendiri di perantauan ini. Ya, memang Aku seorang perantau,
seorang pengembara, mengembara sebagai seorang musafir. Dalam
perjalanan pengembaraanku, banyak sudah Aku berbuat dan telah
banyak pula telah Aku lakukan.
Adakalanya perjalananku sebagai seorang tua, berjalan dengan
sebuah lentera di tangannya, yang sentiasa berjalan terus siang dan
malam, yang mana dengan lentera yang ada di tangan itu Aku
mendekati seseorang atau setiap orang yang Aku temui seolah-olah
ada sesuatu yang aku cari. Yang anehnya, biasanya seseorang
memakai lentera pada malam hari, akan tetapi dalam perjalanan
pengembaraan, Aku memakainya bukan malam saja, juga siang
hari sehingga adakalanya menjadi ejekan dan tertawaan orangorang
yang melihat tindak-laku perbuatanku itu. Seolah-olah
mereka itu mengatakan, “Apa juga yang dicari orang tua itu, pada
siang hari bolong dia masih memakai lampu?”
Apa betulkah tindak-laku perbuatanku itu ada mencari
sesuatu? Hanya yang tahu juga yang akan dapat mengetahuinya.
Dan aku akan mengatakan, “Berlainan pandangan dan
penglihatan.”
Mereka memandang dan melihatku dengan pandangan
penglihatan zahir saja, sedangkan Aku memandang dan melihatnya
dengan apa yang ada padaku, seolah-olah Aku mengatakan, “Inilah
Aku!” Sayang mereka tak mengerti dan tak tahu dan Aku berjalan
terus dan terus berjalan sebagai seorang musafir.
Adakalanya tindak-laku perbuatanku seolah-olah memasukkan
malam kepada siang dan siang kepada malam; mengeluarkan yang
hidup daripada yang mati dan yang mati daripada yang hidup. Dan,
inipun selalu Aku lakukan terhadap badan diriku sendiri dan diri
orang lain. Akan tetapi, Aku bukan ayam yang mengeluarkan telur
(barang yang mati) dan bukan pula telur mengeluarkan anak ayam,
barang yang hidup.
Maka adalah apa yang kusebutkan di atas itu adalah hanya
bayangan bagi orang yang mahu tahu dan mengerti siapa Aku
sebenarnya. Aku ialah yang akan kembali ke Hadirat-Nya dengan
dijemput dan bukanlah yang akan dikembalikan ke asalnya dengan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.