Pages

Selasa, 5 November 2013

Apakah sebenarnya maksud makrifatulah

Apakah sebenarnya maksud makrifatulah (awaluddin makrifatullah)?
 
Maksud sebenar mengenal Allah (makrifatullah) itu, adalah bertujuan untuk memperkenalkan diri kita!. Seumpama diwujudnya sifat garam itu, adalah bertujuan bagi memperkenalkan sifat masin. Sifat masin susah untuk dikenal, kerana ianya hanya berada didalam lautan luas. Tidak ramai yang berkesempatan untuk turun kelautan bagi megambil masin. Untuk memperkenalkan sifat masin, maka dijadikanlah sifat garam, supaya dengan sifat garam itu, mudah-mudahan kita tahu dengan mudah untuk mengenal apa itu masin!.
 
Bilamana mengenal garam, maka dengan sendirinya, mengenallah kita kepada masin!.
Bagaimana kita nak mengenal masin jika tidak dengan garam. Orang tidak pernah berkata, masin seperti laut. Selalunya yang kita dengar, orang akan berkata bahawa masin itu seperti garam. Jadi untuk memperlihatkan sifat masin, maka dijadikannya sifat garam. Dengan mengenal garam, mudah-mudahan kita mengenal masin dengan mudah!.
 
Yang dimaksud, yang dierti dan yang dimaknakan dengan sifat garam itu, adalah diri kita sendiri!. Diri kitalah yang dikias atau yang diibaratkan kepada sifat garam!. Untuk mencari masin, terlebih dahulu hendaklah mengenal sifat garam. Untuk mengenal Allah, hendaklah terlebih dahulu mengenal diri (sifat garam). Kenal garam maka akan kenallah kita kepada masin! (kenal diri, akan kenallah kita kepada Allah Taala). Untuk itu, marilah kita bersama-sama mencari diri sendiri (garam)!…………………………………………..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.