Pages

Selasa, 5 November 2013

Kenapa dan apakah sebabnya Allah tidak perlu dikenal dan tidak perlu dicari?

Kenapa dan apakah sebabnya Allah tidak perlu dikenal dan tidak perlu dicari, sedang agama Islam menuntut supaya kita mengenal Allah?.
 
Kenapa hendak mencari Allah, sedang Allah itu tidak hilang!. Yang hendak dicari itu, adalah perkara atau sesuatu yang hilang. Adpun Allah itu, tidak pernah hilang, tidak pernah luput dan tidak pernah jauh!. Kenapa perlu mencari barang yang tidak hilang, cuba jawab pertanyaan saya?…………………
 
Kenapa kita hendak mengenal Allah?, sedangkan akal atau ilmu pengetahuan yang ada didalam dada, didalam otak atau yang ada didalam akal kita itu, tidak memungkinkan mengenal Allah!. Ilmu pengetahuan akal, tidak sekali-kali akan dapat sampai kepada tahap mengenal Allah. Kerana apa ilmu pengetahuan akal tidak akan sampai kepada tahap mengenal Allah?. Sebabnya adalah kerana Allah itu maha tinggi dari ilmu pengetahuan!. Sebabnya Allah itu, berkedudukkan lebih tinggi dari ilmu pengetahuan.
 
Tinggi ilmu pengetahuan kita, tinggi lagi Allah. Tinggi ilmu pengetahuan kita, tinggi lagi Allah dan tingggi ilmu pengetahuan kita, sesungguhnya tinggi lagi Allah!. Setinggi manapun ilmu pengetahuan kita, sesungguhnya tinggi lagi Allah. Cuba jawab pertanyaan saya, jika sekiranya Allah itu berkedudukkan lebih tinggi dari ilmu pengetahuan akal kita, bolehkan Allah itu akan dapat dikenal denngan akal atau ilmu pengetahuan?.
 
Sifat bagi Allah itu, berkedudukkan lebih tinggi, bila Allah itu selalu dalam berkedudukan lebih tinggi atau duduk pada tahap yang lebih teratas, mana mungkin akal dapat mengenal Allah!. Bermakna akal yang lemah lagi cetek ini, tidak mungkin sampai kepada tahap Allah, apa lagi untuk mengenal Allah!.
 
Akal atau ilmu pengetahuan manusia itu, berkedudukkan lebih rendah dari Allah. Jika akal kita sebagai makhluk manusia duduk lebih rendah dari Allah, bagaimana mungkin pengetahuan akal atau kepandaian otak boleh sampai kepada tahap Allah?.
 
Itu makanya para guru-guru makrifat terdahulu berkata yang bahawasanya Allah itu, tidak akan dapat dikenal oleh akal pengetahuan, melainkan hanya Allah sahajalah yang mengenal diriNya sendiri!. Benarlah sebagaimana Hadis Baginda Rasulullah bersabda “Ana raftu rabbi birabbi” (aku mengenal Allah dengan Allah).
 
Allah itu berkedudukkan lebih tinggi dan maha tinggi dan dari ilmu pengetahuan akal makhluk manusia!. Jika duduknya Allah itu lebih tinggi dari akal pengetahuan makhluk manusia, bagaimana mungkin akal pengetahuan manusia dapat sampai kepada tahap mengenal Allah!. Akal makhluk manusia itu, terhad dan terbatas. Mana mungkin akal yang terhad dan terbatas itu, boleh sampai kepada tahap Allah?.
 
Allah itu, lebih tinggi dari akal manusia!. Bila Allah itu berkedudukkan lebih tinggi dari akal kita sebagaimana mungkin makhluk manusia akan dapat mengenal Allah!.
 
Jika sekiranya ilmu pengetahuan akal makhluk manusia itu dapat sampai kepada tahap Allah, bermakna dan bererti taraf makhluk manusia itu, sama besar, sama taraf, sama berkuasa dan sama tinggi dengan Allah!. Jika sifat Allah itu sama tarafnya dengan sifat manusia, apa beza, apa lebih dan apa tingginya Allah berbanding kita manusia?.
 
Bagi mengambarkan Allah itu tinggi (Maha Tinggi), Allah itu sepatutnya lebih berkuasa berbanding kuasa makhluk manusia. Bilamana Allah itu lebih tinggi dari makhluk, sudah tentu akal atau ilmu pengetahuan makhluk manusia itu, tidak sekali-sekali boleh sampai kepada tahap Allah, kerana Allah itu, kedudukkannya lebih tinggi. Apa lagi melalui ilmu pengetahuan akal makhluk manusia yang terbukti bersifat lemah. Sekalipun kita itu berkelulusan dari Universiti Al-Azhar atau berkelulusan Asia Barat!.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.