Pages

Khamis, 27 Februari 2014

biar gila biar dikata

biar gila biar dikata 
itu memang lumrahnya manusia
tahu sedap mulut sahaja 
asal puas pada hatinya
disangka alim sudah amalnya 
disangka benar sudah fahamnya
menyangkal segala bentuk bicara
berselera dengan apa yang ada
kata keramat hanya tersemat
pada mereka yang telah tamat
tiada terikat apa dilihat
tiada terasa apa disekat
lupakah kita cerita si gila
melaungkan azan jam tiga
semua marah memaki cerca
si gila jawab siapa yang gila
lupakah kita cerita pembunuh
akhirnya hidayah melimpah jatuh
terkejar malaikat mengukur jenuh
niatnya pembunuh terang bersuluh
lupakah kita cerita pelacur
hatinya bersih niatnya luhur
memberi minum anjing kebulur
syurgalah tempat pelacur yang jujur
bersabda sang nabi tentang iman
untuk manusia menjadi pedoman
dihimpunkan semua manusia ini zaman
tetap Abu Bakar menang ditimbangan
fahamkan ini wahai manusia
ambillah hikmah setiap yang ada
jangan berbalah menyalah pula
kita manusia sama sahaja ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.